tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post845993199173302324..comments2023-05-23T20:42:30.671+08:00Comments on Catatan Seorang "Silent Protagonist": Drama "Bulan Retak" - Kisah Qazaf dan Li`anSaladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-60146475776678412832008-07-31T16:48:00.000+08:002008-07-31T16:48:00.000+08:00Heheh, novel AAC tu memang marabahaya! Boleh membu...Heheh, novel AAC tu memang marabahaya! Boleh membuat orang berangan tanpa perlu mendengar lagu nasyid cintan!

Pasal drama yang mendidik "sesempurna" yang Kak su idamkan tu, rasanya sukar la nak jumpa.

Bagi saya pula, kalaupun drama itu nak mendidik, biarlah mendidik dengan cara menunjukkan adab atau akhlak yang universal yang betul. Kalau watak yang buat salah, pastikan dia menerima akibat dan penyesalan daripada kesalahan dia. Kalau boleh, disebabkan kejahilan pembikin drama/filem itu sendiri, maka ELAKKANLAH daripada mengaitkan hukum Islam tertentu dalam drama/filem dia itu.

Yang saya tak mahu, dia mengajarkan benda yang SALAH, tapi dijustifikasikan sebagai BETUL (benda ni banyak dalam drama kita). Apatah lagi, kalau dia nak bawak keluar hukum agama ka, ayat Al-Quran ka, biarlah dalam konteks yang betul. Kalau dia seleweng tafsiran, haa, itu kira yang paling jahat la tu. Sebab tu saya rasa depa patut ELAKKAN (macam yang saya kata tadi tu), melainkan kalau dah dirujuk betul² dengan orang yang pakar dalam hukum agama ni.

Apapun, cerita sebetulnya bukanlah nak mendidik, cuma nak menyampaikan mesej (kalau ada). Kalau tak ada mesej tu, tak payah la buat cerita.

Betul, memang saya suka la perempuan bertudung lagi berstokin tu! :P

Tapi, saya menganggap menonton cerita TV ka filem ka apa semua ini, sebagai "guilty pleasure". Sebab itu saya tak kisah sangat kalau cerita tu tak memaparkan pelakonnya menutup aurat, hahah! Asalkan dia tak justifikasikan perbuatannya itu sebagai BETUL, sudahlah.

Yang saya tak suka, macam saya sebut tadi, ialah kalau pembikin cerita ini cuba menyelitkan unsur dakwah, tapi dengan cara yang SALAH sebab kejahilan pembikin cerita itu sendiri.

Namun, kalau pelakon wanita tertentu yang kita ketahui dalam dunia sebenarnya memang tak bertudung, tapi dia mengenakan tudung dalam drama tertentu yang dilakonkannya itu, majoritinya saya dapati memang kelihatan sungguh AYU bila bertudung. ;)Saladin Convoyhttps://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-35393241704557698382008-07-25T16:20:00.000+08:002008-07-25T16:20:00.000+08:00Bila Saladin sebut balik ttg Ayat-Ayat Cinta, kak ...Bila Saladin sebut balik ttg Ayat-Ayat Cinta, kak su just nak bgtau... KAK SU DAH KHATAM! kekeke

Tak nak komen pasal cerita tu lebih-lebih. Cukup kalau dikatakan 'kesempurnaan' wataknya mmg menjadikan ramai pembaca kat luar ni pun berharap utk dpt seseorang yag sewaktu dengannya. Nasib baik kak su dah kawin, jadi tak leh berangan lagi dah... hehehe.

Rasanya kalau AAC the movie, kak su akan tunggu kot-kot akan ditayang kat TV. Beli CD atau DVD tak kot, apatah lagi nak masuk panggung. Fikir ttg kenaikan harga petrol, nafsu membeli belah ni boleh dikekang sikit. hehe

Tulis buku? Kak Su? Buku lima boleh lah kot... opss... buku tiga lima (555) la. Haha

Kak su mmg mengharapkan drama yg mendidik, tapi bukanlah macam drama gerak khas tu. Mungkin drama yg santai tapi menampilkan watak yg mendidik secara tidak langsung. Paling tidak mendidik dgn pakaian yg betul, yg menutup aurat.

Lagipun tentu Saladin suka tengok perempuan bertudung memegang watak ibu yg baik berbanding yg tak bertudung, walaupun hakikatnya ramai ibu yg tak bertudung juga baik. Apatah lagi kalau anak dara yang bertudung dan memakai stokin... lagi nampak ayu, kan..kan..kan... ;) (saja ngusik saladin sbb teringat komen yg lama... hehe)suarahttps://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-55330348522826429292008-07-23T01:54:00.000+08:002008-07-23T01:54:00.000+08:00Salam.Ya Kak su, sebab saya tau orang tak berapa n...Salam.

Ya Kak su, sebab saya tau orang tak berapa nak tengok la yang saya buat entri pasal cerita ni. Rasa tak berapa puas hati itu tak boleh dibendung, harus diluahkan, hahah!

Kecacatan dalam drama Melayu dari segi Islam ni memang tak terkira, dan yang syoknya tu, berulang² kesilapannya, KECUALI drama JELATANG tu, yang terlebih berfalsafah sampai terdakwah ke ajaran agama lain pulak!

Anak lelaki nak kahwin cari WALI? Hahaha, ini lebih lawak daripada kebiasaan yang saya jumpak: pasangan yang dah BERPULUH TAHUN bercerai, akhirnya nak berbaik semula dan nak RUJUK! Wah, tahan lama sungguh `iddah si perempuan itu ya? Tak perlu nikah semula dengan suaminya, sebab boleh RUJUK saja!

Kalau di Malaysia ni, nak abaq bagi kat Kak su, majoriti penerbit adalah orang Islam. KECUALI si David Teo itu, kebanyakkan drama/filem Melayu yang memang kemelayuan (bukan jenis pelik macam SEPET GUBRA) memang produser orang Melayu.

Lain pulak kalau di negara jiran seberang kita nun. Produksi bukan Muslim bercambah menerbitkan drama atau filem yang Islamik. Contoh paling senang, produksi MD ENTERTAINMENT milik Manoj dan Dhamoo Punjabi (Malin Kundang, Bawang Merah Bawang Putih), selain dok buat drama SINEMA HIDAYAH atau sinetron lain yang kononnya ada unsur Islam (contohnya siri HIKMAH), depa ni jugak yang buat filem AYAT-AYAT CINTA!

Yaaa, filem itu, biarpun ada penglibatan langsung daripada pengarang novelnya (Kang Abik) dan pengarahnya pun cuba sedaya upaya menampilkan keislaman filem tu, tapi desakan dan tekanan produser (yang memang kompom bukan Muslim tu) untuk mengkomersilkan filem ini, maka kena jugak ditambah babak² yang biasa dilihat dalam filem remaja, SUPAYA (katanya) remaja mahu menonton dan tak bosan. Hasilnya, jadilah filem AYAT-AYAT CINTA seperti yang ada sekarang ni.

Tu tak termasuk lagi cerita Islamik mereka yang lebih banyak memuatkan unsur tahyul.

Tapi ada jugak drama/filem yang Islamik terbitan mereka yang okay dan santai. Contoh paling mudah: filem/sinetron komedi KIAMAT SUDAH DEKAT la. Deddy Mizwar si pengarah dan pelakon filem tu, memang banyak buat cerita komedi dan dakwah.

Cakap pasai KIAMAT SUDAH DEKAT, Ahmad Idham kita nak buat filem berjudul SYURGA CINTA lakonan Awal Ashari dan Heliza AF5. Premis dan plot cerita tu macam MIRIP dengan filem KIAMAT SUDAH DEKAT. Sama² la kita tengok hasilnya nanti, heheh!

Haha, oh, tajuk buku rupanya! Dia pun tulis buku, semua orang tulis buku, Kak su bila lagi? ;D

Yep, TV boleh mendidik, tapi kalau dalam drama ni, tak boleh la "mendidik" dengan cara berkhutbah secara langsung pulak (macam GERAK KHAS), orang pun tak suka. Seeloknya buat secara indirect, macam KIAMAT SUDAH DEKAT!

Hehe, saya ni boleh dikatakan "liberal" sikit la berbanding Kak su kot. Saya tak kisah kalau tak ada pengajaran yang JELAS dalam sesuatu drama atau wataknya. Yang saya tak suka ialah KALAU ada pengajaran yang SONGSANG atau SALAH. B-)Saladin Convoyhttps://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-45752146403621011732008-07-21T13:32:00.000+08:002008-07-21T13:32:00.000+08:00Salam.Kak Su tak tengok pun drama ni. Walaupun beg...Salam.
Kak Su tak tengok pun drama ni. Walaupun begitu, rasanya bila dah baca tulisan Saladin ni, dah boleh bayangkan babak-babak dlm drama tu sendiri. Detail sungguh. Tahniah!

Saladin pun macam kak su jugak, kalau tengok drama, kadang tu rasa nak kritik pasal jalan cerita yang kadang tu tah apa-apa. Banyak drama yang boleh selitkan unsur pengajaran dan pendidikan secara tak langsung, tapi sayangnya yang terhasil adalah 'kecacatan'yang melibatkan pandangan orang terhadap Islam.

Mereka (penerbit dan penulis skrip) yang mahu menerapkan ajaran Islam melalui drama/filem memang dialu-alukan, tapi sayangnya ada yang mengambil jalan mudah tanpa merujuk kepada yang arif dan yang pakar. Hasilnya tanpa sedar ada yg menjadi 'pendakwah' pd pihak lawan, seperti ulasan salah seorang blogger berkenaan drama 'Jelatang' yang pernah disiarkan tak lama dulu.

Kak Su jugak teringat beberapat tahun yang lepas ada satu drama yang memaparkan kisah anak angkat (lelaki) yg berusaha mencari ayah kandungnya kerana nak dijadikan wali. Lelaki mana pakai wali!!...

Nampak sangat cetek benar ilmu penulis skrip. Tapi tak tahulah kot penerbit dan penulis skrip tu ialah non-muslim. Tapi kalaupun begitu, pelakonnya adalah Melayu yang insyaAllah muslim. Tak kan tak boleh suarakan 'kecacatan' yang sebegitu jelas pd pengarah?

Zaman sekarang, anak-anak lebih banyak meluangkan masa di depan TV dari mengadap muka mak ayah yang sibuk bekerja. Bukan semua ibu-bapa yang kesibukan mampu mendidik anak-anak sebaiknya sepertimana keluarga Ustaz Hasrizal (Kak Su dah baca buku Aku Terima Nikahnya, buku yg bagus, mmg direkomen utk Saladin baca). Ajaran guru disekolah juga amatlah terhad. Lalu kalaulah drama TV/ filem boleh dijadikan medan pendidikan yang berbentuk amal makruf nahi mungkar, bukankah itu lebih baik?

Kak Su mengimpikan drama yg mampu menyelitkan secara jelas unsur pengajaran dan pendidikan dlm setiap babak dan wataknya... yg membuatkan hati penonton berdetik, berfikir dan mungkin juga berubah kearah kebaikan, berusaha mencari kesempurnaan walaupun kak su tahu sempurna itu tak mungkin wujud untuk kita yang bernama manusia...suarahttps://www.blogger.com/profile/12811980056560662302noreply@blogger.com