Rabu, 30 Januari 2008

Pendekar 5: Mencari Puteri Gunung Ledang!

Makin aku menonton PENDEKAR 5 ni, makin rasa menarik la pulak. Aku suka dengan twist yang diperkenalkan oleh Aziz M. Osman dalam "mitos" Hang Tuah bersaudara ni. Ya, aku kata "mitos" ni merujuk pada bagaimana kisah mereka disampaikan dalam siri ni, sebab, macam aku kata dulu, mereka ada buat disclaimer mengatakan siri ni tak ada kena-mengena dengan sejarah atau hikayat Melayu dulu-dulu. Ini merupakan Aziz M. Osman punya spin.

Setelah menonton episod 15 pada hari Rabu (30 Januari 2008), aku rasa macam "terpanggil" pulak nak sembang lagi pasal siri ni, sungguhpun aku dah pernah "ulas" mengenainya di sini, sini dan sini. Sebab apa? Sebab episod yang berkenaan membabitkan PUTERI GUNUNG LEDANG, hehe...

Dalam durian pun ada Cinta!

Haha, apa yang aku merepek? Ya, rupanya kita boleh cari cinta pakai durian! Sungguhpun orang berkenaan tak minat atau alah atau tak lalu makan durian!

Haha, yang sebenar-sebenarnya, ini merupakan tema bagi sebuah drama TV bersiri dalam Bahasa Melayu yang aku secara tidak sengaja telah tertontoni (setiap Rabu jam 3.30 petang). Kat mana lagi kalau bukan RTM1, stesen TV yang orang lain "jarang" ambil peduli, haha!

Tajuk drama ni ialah CINTA DALAM SEBIJI DURIAN, atau kalau nak diringkaskan, kita sebut saja la CDSB. Uuuu, catchy...

Selasa, 22 Januari 2008

Ayat-Ayat Temuduga

22 Januari 2008. Pagi tadi, selepas solat Subuh, aku bersarapan dengan bihun goreng semalam, dan segelas air kosong. Tak mahu minum Nescafé la kononnya, takut nanti sakit perut. Heh, yang pi bantai bihun goreng semalam tu tak takut pulak!

Lepas makan, terus aku menyarungkan pakaian "rasmi" untuk ditemuduga. Kemeja putih beserta seluar hitam dan tali leher... aku tak pasti warnanya, haha! Oh, tak lupa juga sepasang blazer hitam untuk dipadankan dengan semua tu.

Masa untuk bertolak keluar...

Rabu, 16 Januari 2008

Alwan Mini #003 sudah keluar!

Alwan Mini #003 sudah terbit!

Download segera di sini! (Nota: URL ini mungkin sudah tidak wujud lagi...)

Whoa, nanti dulu!

Hoh, apa itu Alwan? Alwan Mini? #003???

Selasa, 15 Januari 2008

Tagged!! You're IT!!!

Ini merupakan "sequel" kepada pos aku di blog aku yang lagi satu...

Pada ketika itu, aku ditag oleh Cik Bayan, dan setelah menjawabnya "di sana", aku rasa tak adil kalau blog yang ini tiada entri "tag" tu, maka aku pun pos jugalah di sini. Soalan mengenai "Tahun Baru", jadi silalah baca "jawapan" aku, hehe...

Jumaat, 11 Januari 2008

Sekilas Fakta: Idea Sambutan Ma`al Hijrah Peringkat Kebangsaan


Dipetik daripada ruangan 'SEKILAS...' dari UTUSAN MALAYSIA, Jumaat 11 Januari 2008 / 2 Muharam 1429:
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan mula diadakan pada 26 Ogos 1987 bersamaan 1 Muharam 1408. Idea tersebut dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Dr. Yusuf Noor kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Empat jawatan kuasa ditubuhkan bagi memastikan majlis julung kali itu berjalan lancar iaitu jawatankuasa induk, jawatankuasa kecil anugerah, jawatankuasa kecil teknikal dan jawatankuasa peraduan nasyid.

Oh, baru aku tahu penganjuran ini merupakan idea Tan Sri Dr. Yusuf Noor...

Khamis, 10 Januari 2008

Syed Mokhtar Al-Bukhary - Tokoh Ma`al Hijrah 1429H

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, TOKOH MA`AL HIJRAH untuk tahun 1429 Hijriah ini!

Seperti yang kita sedia maklum, beliau ni merupakan pengasas Yayasan Al-Bukhary, dan merupakan Bumiputera merangkap orang Islam yang terkaya di Malaysia. Tak kisahlah kalau ada orang kata dia tak "sekaya" orang-orang kaya di Malaysia yang lain (sebab dia hanyalah yang KETUJUH TERKAYA di Malaysia), sebab dia tak mengumpul hartanya secara "tamak" dan untuk dirinya sendiri, sebaliknya menyumbang kepada orang ramai, dengan cara yang pelbagailah melalui Yayasan Al-Bukharynya tu.

Yang buat aku paling bangga dengan dia ni ialah, dia ni orang ALOR SETAR! Wohoo, orang kampung aku la ni!

Memang aku selalu juga pergi ke Masjid Al-Bukhary di Alor Setar untuk Solat Juma`at dan Solat Tarawih (bacaan imam-imam di sana pun sedap!), dan memang aku suka dengan aktiviti dan majlis ilmu yang mereka selalu anjurkan di situ (Alhamdulillah, masjid ni tak dicemari "virus Wahhabi"). Antara yang paling aku ingat ialah lawatan Syeikh Habib `Umar bin Hafiz (ini laman sesawang rasmi beliau), ulama tersohor dari Hadhramaut, Yaman. Oh ya, Syed Mokhtar Al-Bukhary ni pun keturunan Ahlul Bayt yang berasal dari Hadhramaut juga, jadi kiranya mereka ni memang boleh dikatakan sebagai "sepupu" la.

Di sebelah masjidnya tu, ada Souq Al-Bukhary, kompleks membeli-belah. Aku juga selalu "rajin" ke situ sebab di situ ada GIANT, iaitu tempat di mana "rakyat Malaysia membeli-belah".

Ooops, dah termelalut!

Nak cerita jasa beliau ni memang banyak tak terkiralah, dan aku sendiri pun tak tahu sangat secara terperinci, jadi rasanya tak perlulah aku ulas di sini kot. Yang aku pasti, beliau memang tersangat layak menerima anugerah ni.

Apahal pun, sekali lagi aku mahu ucap setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Moga sukses selalu dan istiqamah dalam usaha anda!

SALAM MA`AL HIJRAH 1429H! Bersamalah kita MENJANA UMMAH GEMILANG!

Rabu, 9 Januari 2008

Selamat Tahun Baru 1429 Hijriah!

Masuk hari ini (sepertimana pada tarikh aku publish entri ini) maka genaplah 1429 tahun setelah junjungan mulia kita, Baginda Rasulullah SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Aku tertarik dengan logo "Ma`al Hijrah" kita ni! Huruf 'ha' dengan berlatarbelakangkan sawang/sarang labah-labah (macam Spider-Man la pulak ya?). Ada signifikannya sarang lelabah tu dengan peristiwa Hijrah tu kan? Menurut riwayat, sarang lelabah inilah yang membuatkan Musyrikin Mekah yang memburu Saidina Rasulullah SAW serta sahabatnya Saidina Abu Bakr AS "tak jadi" masuk ke gua tempat mereka bersembunyi, sebab menurut mereka, mustahil gua berkenaan dimasuki orang kerana satu-satunya pintu guanya itu masih dipenuhi sawang. Maka demikianlah Allah SWT melindungi hamba-hambaNya itu daripada ditemui oleh mereka, iaitu dengan mengutuskan labah-labah agar membina sarangnya di pintu gua berkenaan.

Hoho, "canggih" juga logo kita tu kan? Setiap tahun kita akan pakai logo yang sama tanpa perlu menukar rekabentuknya. Aku rasa tak ada negara lain di dunia ni yang ada logo sempena Tahun Baru Hijriah yang sebegitu canggih macam kita ni!

Haha, sebetulnya aku bukanlah nak cakap apa sangat pun, bukan nak berceramah atau apa (sebab aku yakin mesti dah banyak blog lain yang lebih berkelayakan yang akan berbuat demikian), cumanya saja aku nak merenung kembali, bahawa hakikatnya kalau diukur umur aku menggunakan kalendar Hijrah ni, rupanya umur aku sudah pun setahun lebih tua daripada umur aku kalau menggunakan kalendar Gregory!

Tu kalau yang baru lahir sekitar 20 tahun yang lalu, bagaimana pula bagi yang dah lahir 40, 50 atau 60 tahun yang lalu? Rasanya mungkin ada yang sudah menjangkau tiga tahun lebih tua daripada umurnya dalam kiraan kalendar Gregory! Haha, sedarlah, rupanya kita ini sudah lebih TUA daripada yang kita sangkakan!

Ha, bagi yang tidak tahu tarikh lahir anda dalam kalendar Hijriah, cuba anda masuk ke laman web IslamicFinder ini (ataupun di sini juga boleh), masukkan tarikh serta tahun lahir anda dalam kiraan kalendar Gregory, dan kemudian hitunglah dari tahun Hijriah yang anda lahir itu, sehingga ke tahun ini, sudah berapa usia anda.

Hmm... tema bagi sambutan Ma`al Hijrah untuk tahun ini ialah "Menjana Ummah Gemilang". Seperti kebiasaan, pada malam tahun baru, biasanya boleh kata semua masjid, malah kerajaan sendiri menerusi JAKIM juga menganjurkan majlis seperti bacaan doa awal dan akhir tahun, dan seterusnya disusuli dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil.

Seperti kebiasaan juga, akan ada suatu golongan yang akan menentang amalan ini dengan alasan ianya amalan yang bid`ah lagi menyesatkan dan boleh membawa ke neraka. Mujurlah Majlis Agama kita bukanlah terdiri daripada golongan ini. Aku bersyukur kerana, biarpun "sejelik" mana pun Malaysia ini (menurut pandangan individu tertentu), namun Majlis dan Jabatan Agama kita bukanlah terdiri atau diketuai oleh golongan "pembid`ah orang lain" yang ternyata memecahbelahkan umat dengan menimbulkan isu-isu atau perkara-perkara khilafiyah yang sudah disepakati akan halnya (tak perlulah aku ulas panjang akan hal ini, hehe!), malah terdapat usaha untuk membanteras fahaman/anasir ini daripada menular ke pemikiran umat Islam di negara kita yang berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jama`ah ini.

Oh ya, kalau tahun baru orang selalu sebut pasal "azam baru", iaitu melihat ke masa hadapan semata, tapi aku teringat dan tertarik dengan kata-kata Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz dalam rancangan KELUARGA DI 9 di TV9 sehari sebelum tahun baru 2008 yang lalu, iaitu kita seharusnya membuat "muhasabah" diri, iaitu bukan sekadar melihat ke masa hadapan sahaja, sebaliknya perlu merenung ke "masa lalu" kita, iaitu merenung kembali amalan kita, apakah dosa yang kita pernah buat, serta bertekad untuk memperbaiki diri, untuk "masa hadapan". Ha, benar juga, macam ini baru kena dengan konsep "azam baru", sekaligus menepati kalimah "hijrah" itu sendiri...

Ahaks, sekianlah "celoteh" Tahun Baru aku ni. Selamat Tahun Baru! 8)

Berakhirlah sudah Dinasti Bilut...

Tanggal 8 Januari 2008, berakhirlah siri DINASTI BILUT yang ditayangkan di RTM1 (Saluran Inforia anda!) dalam slot ASTAKA PERDANAnya iatu setiap Isnin hingga Khamis (dulunya slot ini tayangannya setiap hari, kemudiannya setiap Isnin hingga Jumaat, sekarang setakat hari Khamis saja) jam 10.30 malam. Hoho, memang berebut dengan slot SAMARINDA di TV3 nih! Kira mau ada fight la jugak antara kedua-dua stesen ni, tapi sekali terlintas di minda kita, kita dah dapat agak stesen mana yang menang kan?

Tak mengapalah, tak kisahlah, biarpun orang lebih suka menonton SAMARINDA (yang asyik-asyik memaparkan kisah orang-orang korporat), aku selaku "peminat drama Melayu" lebih memilih ASTAKA PERDANA, hahaha!

Ops, sebelum termelalut, biarlah aku menjuruskan kepada drama bersiri yang ada 40 episod ni...

Isnin, 7 Januari 2008

Bujang Rebutan - Joe Millionaire Malaysia?

Ahaks, siapa yang pernah tonton atau "ter"tonton drama bersiri komedi yang bertajuk BUJANG REBUTAN di RTM1 setiap Isnin jam 3.30 petang? Hohoh, siapalah yang boleh tengok TV pada waktu macam tu kan? Lainlah kalau kita bercuti (atau memang tak bekerja)!

Haha, yang aku tahu dan pasti, drama bersiri macam ni pastinya akan "datang dan pergi" tanpa disedari oleh orang ramai, almaklumlah, tayang kat RTM, sapa nak tengok atau "pandang" kan?

Promosi apa pun tidak, nak kata gah pun bukan juga. Yang pasti cerita 'low-profile' macam ni adakalanya aku layan jugak. Haha, aku ni memang suka tengok drama Melayu ni, sampai pernah dijolok oleh seorang teman sebagai "Peminat Drama Melayu", suatu jolokan yang sangat ganjil untuk dipegang oleh seorang lelaki macam aku, haha!

Tapi aku ni jenis memilih jugak. Bukan semua drama Melayu aku hentam tengok. Yang mana yang bersifat komedi, dan agak "lain" daripada yang lain, itu yang aku layan. Entah kenapa, aku ni tak layan pulak drama Melayu yang selalu tayang kat TV3 tu, yang jenis macam MANJALARA ka, SPA Q ka, yang biasanya ramai pulak orang kita tengok tu. Entah la, aku memang "tak boleh pi" dengan drama macam tu. Mungkin drama macam tu kelihatan "poyo" sangat kot untuk citarasa aku ni, hahah! Oh, aku jugak tak boleh layan drama Yusuf Haslam, eiii....

Yang jadi tak seronoknya ialah bila tengok drama 'low-profile' macam BUJANG REBUTAN ni, yang jenis diminati orang pun tidak, dibenci orang pun bukan (sebab semua orang tidak menyedari "kewujudannya"), nak berbincang dengan orang ramai, tak kira dalam dunia sebenar ataupun dalam internet, tak ada geng la jawabnya.

Apahal pun, mari kita soroti apakah yang dipaparkan dalam drama ini, heheh...

Rabu, 2 Januari 2008

Animasi Saladin - Indah Khabar dari Rupa?

Dalam pos yang lalu, aku menceritakan "pengalaman" aku "bertemu" dengan projek animasi yang sungguh menarik perhatian aku, iaitu animasi SALADIN (pada saat aku pos entri ini, laman sesawang rasmi animasi Saladin tu tengah down). Ya, daripada pertama kali aku "terserempak" sehinggalah pada saat ini, pendirian aku terhadap projek ini banyak berubah.

Projek ini melalui beberapa perubahan yang menghairankan aku. Daripada filem animasi (seperti yang digambarkan dalam gambar di sebelah, ya, biarpun dia kata "The Animated Series", tapi rekabentuk watak Saladin dalam siri animasinya tidak berjanggut macam tu), kini rupanya kita tahu bahawa projek ini mencakupi dua "fasa". "Fasa" pertama ialah siri animasi sebanyak 13 episod, yang entah bila nak siap untuk ditayangkan tu, menceritakan zaman muda Saladin, sebelum menjadi pemimpin yang kita kenali sekarang. Dan "fasa" terakhir ialah filem animasi yang akan menceritakan Saladin pada zaman dia sudahpun menjadi Sultan dan mengetuai kaum Muslimin menentang keganasan tentera Salib. Dan menurut laman sesawang rasmi animasi Saladin tu, kelihatan seperti gambar di bawah inilah rekabentuk watak untuk siri animasi tu (perhatikan Saladin versi muda ni tak berjanggut).

Ahah, akhirnya, pada tanggal 1 September 2007 (sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia), Astro Ria akhirnya menayangkan buat pertama kalinya di stesen TV di Malaysia ini, DUA EPISOD TERAWAL siri animasi Saladin ini!

Ooops, nanti sat… DUA EPISOD SAHAJA?! Yep, TIGA kalau termasuk sekali dengan rancangan khas "di sebalik tabir" atau apa saja yang nak dipanggilnya tu, hoh!

Jadi, bagaimana dengan episod yang ditayangkan itu? Ya, bagaimanakah pandangan aku terhadap siri "Smallville" versi Saladin ini (sebab menceritakan zaman muda Saladin, sepertimana SMALLVILLE menceritakan zaman muda SUPERMAN), dan bagaimanakah perwatakan Saladin sepertimana yang digambarkan dalam siri tersebut, dan apakah yang membuatnya berubah menjadi Super… er, maksud aku SULTAN Saladin seperti yang kita kenal sekarang?

Selasa, 1 Januari 2008

Malaysia buat animasi Saladin?

Haaa, anda semua kenal kan siapa itu Saladin? Saladin itu nama/ejaan/sebutan orang Barat bagi صلاح الدين الأيوبي (SALAHUDDIN AL-AYYUBI). Mungkin sebab mereka semua tu malas nak mengejanya dan bergulung lidah nak menyebutnya kot (tapi dalam filem KINGDOM OF HEAVEN, semua orang sebut SALAHUDDIN tanpa sebarang masalah pun, hmm...)

Ya, secara ringkasnya, Saladin ini adalah tokoh Islam penting dalam peristiwa Perang Salib, kerana dia telah membebaskan Palestin dari cengkaman Tentera Salib pada tahun 1187. Dia merupakan seorang Sultan, pemimpin, jeneral, pendek kata, seorang wira yang hebat lagi beriman, harus menjadi contoh dan ikutan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Kisahnya sudah beberapa kali diangkat ke medium seperti novel, filem dan juga siri TV, baik secara positif (ni mestilah orang Islam punya produksi), neutral mahupun secara negatif (biasalah tu).

Tapi tokoh ini masih belum diangkat ke medium yang dipanggil ANIMASI. Ya, animasi, ataupun orang dewasa di mana-mana tempat di dunia ini selalu dengan nada sinis menyebut "heh, kartun!" dan "kartun untuk budak-budak". Ya, dalam banyak-banyak siri atau filem animasi yang mengangkat tokoh sejarah atau dongengan fantasi, seperti Mulan, Sinbad, Aladdin, Ramayana, baik oleh studio animasi terkemuka dari Hollywood mahupun studio anime Jepun, memang belum ada satu lagi animasi yang memaparkan Saladin sebagai wira. Jangankan membikin animasi, mengusahakannya supaya terbikin pun tiada. Filem animasi biasa bercorak dua dimensi pun tiada, apatah lagi bercorak CGI (Computer-generated imagery) yang bercorak tiga dimensi yang menjadi kegilaan pembikin filem animasi Hollywood zaman sekarang (trend yang dimulakan oleh filem TOY STORY pada 1995), heh...

Maka, di sinilah munculnya negara kita dalam keseluruhan cerita ini? Apa dia? Ya, negara kita menjadi negara pertama di dunia yang akan menerbit, membikin dan menayangkan filem animasi Saladin yang PERTAMA di dunia!

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang