Khamis, 31 Julai 2008

Ulangan Episod Akhir "Sembilu Kasih"

Pada hari Sabtu, 26 julai 2008 (iaitu ketika rumahku ketiadaan talian telefon gara-gara kecurian kabel telefon), bersamaan jam 11 pagi yang berlalu baru-baru ini, aku telah mengambil kesempatan untuk menonton siaran ulangan untuk episod terakhir drama bersiri SEMBILU KASIH di TV9 (dekat di haatiiiiiiii!). Yeah, biarpun apapun yang orang kata mengenai drama ini (termasuklah aku sendiri pun pernah mengatakannya), aku tengok jua drama ini sebab aku nak tahu apakah kesudahannya, memandangkan aku terlepas peluang menontonnya waktu tayangan asalnya dua-tiga bulan sebelum itu. Oh ya, selain di TV9, siri ini juga MASIH SEDANG DIULANGTAYANG pada waktu tengahmalam/awalpagi di TV3suku.

Ahaks, pabila orang mengata-ngata mengenai drama Yusof Haslam ini, aku rasa tak adil menyalahkan dia seorang sebab menurut kredit drama itu, ianya diarahkan BERSAMA oleh Faizal Yusof. Apakah ini Faizal Yusof, pelakon yang merupakan suami penyanyi yang bernama Siti Nordiana itu? Walau apapun, kita kena sandarkan juga "kredit" kualiti pengarahan drama ini kepada dia. Tapi mungkin jugak stail itu dipaksakan kepada drama itu, agar kelihatan bercirikan "Yusof Haslam".

Untuk pengetahuan, aku bukanlah ikuti pun siri drama ni, cuma sekali-sekala saja TERtengok, maknanya aku tak berapa tahu dengan teliti sangat jalan ceritanya, tapi secara keseluruhannya aku faham la jugak, sebab adanya babak "sedutan episod lalu". Biarpun drama ini memang orang kata tak best, tapi bagi aku ianya lebih best daripada sesetengah BESAR drama import dari negara seberang itu, yang (bergantung kepada tajuk) mempunyai kualiti lakonan yang jauh lebih memualkan.

Alkisahnya,

Selasa, 22 Julai 2008

Majlis Jamuan Rakyat - Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Kedah masih lagi dalam suasana sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah. Dalam entri yang lalu, iaitu pada 15 Julai 2008, diadakan sambutan perasmian dan perarakan Jubli Emas yang menyaksikan Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah diarak menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa dan diiringi tiga ekor gajah yang didatangkan khas dari negeri Kelantan, serta pancaragam-pancaragam dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Sekolah Menengah Sultanah Asma dan Sekolah Menengah Keat Hwa.

Aturcara sempena sambutan ini sebenarnya masih banyak lagi. Pada 19 Julai 2008 (hari Sabtu), bermula jam 11:30 pagi, diadakan pula Majlis Jamuan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Dan, aku pun turut ke situ...

Ahad, 20 Julai 2008

Drama "Bulan Retak" - Kisah Qazaf dan Li`an

Sedang aku melepak-lepak pada petang Sabtu, setelah pulang dari Majlis Jamuan Rakyat (sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah), sesudah solat Zohor, aku mengadap peti televisyen dengan penuh kemalasan. Hari Sabtu la katakan!

Dalam jam 3 petang, sesudah selesai siaran Berita jam 3, bermulalah tayangan sebuah drama Melayu dalam slot Panggung 1. Aku ni memang antara yang melayan drama Melayu jenis one-shot (bukan bersiri) macam ini, tapi kalau ianya ditayangkan di RTM la, sebab aku tak suka drama poyo di TV3suku (Cerekarama apa semua tu). Drama RTM ni macam low-profile, dengan menampilkan pelakon yang pelbagai (yang hensem, yang femes, yang pandai berlakon), tak macam di TV3 yang asyik menampilkan pelakon popular dengan cerita yang entah apa-apa.

Haha, pada petang itu, memandangkan dah lama aku tak melayan drama Melayu di RTM, maka tertontonlah akan aku suatu drama yang mempunyai tajuk yang agak menarik: BULAN RETAK...

Rabu, 16 Julai 2008

Debat Anwar-Shabery

Sebetulnya aku tak mahu la menulis apa-apa pasal Debat ini, sebab ianya bercanggah dengan tema blog aku. Tapi bila fikir balik, blog aku mana ada tema khusus, haha! Lagipun, boleh toi sekaki dengan isu yang hangat yang pasti jadi carian orang ini! Maka, aku pun menulislah jugak!

Seperti yang diketahui, rancangan debat yang boleh dikatakan mencipta sejarah di Malaysia ini diadakan pada 15 Julai 2008 jam 9 malam di DBP, anjuran Agenda Daily. Pada awalnya dikatakan nak buat sejam setengah, tapi akhirnya bertukar jadi hanya sejam (tolak pulak 8 minit iklan, maknanya tak sampai sejam). Lepas itu, daripada disiarkan di TV3, akhirnya ditukar pula ke TV9. Ada la yang tak puas hati sebab TV9 yang sungguhpun "dekat di hati" tapi hakikatnya masih belum "dekat" di TV kesemua rakyat sebab dikatakan liputannya masih tak seluas TV3. Tak tahulah yang itu.

Walau apapun, debat ini berjalan jua, dan dapat disaksikan secara langsung, selain di TV9 ialah di Astro Awani dan Bernama TV di mana kedua-dua ini adalah saluran di Astro (tak melewah/redundant ka?). Memula aku menonton di ruang tamu (ada hawa dingin!) menerusi saluran Bernama TV, tapi sebab bosan tengok sorang-sorang, akhirnya aku berganjak ke dapur dan bersama dengan ahli keluarga aku yang lain menonton di TV9 (DEKAAAAT DI HATI!).

Selasa, 15 Julai 2008

Sekitar Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Seperti yang aku war-warkan dalam entri yang lepas, hari ini (15 Julai 2008, hari Selasa) ialah hari sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Upacara bermula seawal 7:45 pagi lagi sebenarnya, tapi sebab Mak dan Bapak aku pi market lak pagi-pagi tu (dan aku sendiri tertidur lepas Subuh, hahah! :P), aku pun tengok la di NTV7 dulu sementara nak bertolak ke tempat sambutan.

Akhirnya, sekitar jam 9:50 macam itu (lewatnya!), barulah kami (aku + 2 orang adik + Bapak) bertolak ke "Medan Bandar" (Balai Besar, depan Masjid Zahir). Letak motosikal di Bangunan Sultan Abdul Halim, kami pun berjalan la kaki (ada shortcut) menuju ke sekitar Lebuhraya Darul Aman (lokasi).

Isnin, 14 Julai 2008

Daulat Tuanku! Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah

Pada 15 Julai 2008 bersamaan 12 Rejab 1429 Hijrah, genaplah 50 Tahun negeri Kedah Darul Aman di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (profil di Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Malaysia).

Bersempena dengan itu, seluruh rakyat negeri Kedah akan menyambut Jubli Emas 50 Tahun Kedah di dalam pemerintahan beraja ini di bawah Tuanku Baginda. Sempena dengan sambutan ini, pelbagai acara akan diadakan, di mana kemuncaknya ialah pada tarikh 15 Julai 2008 di mana hari berkenaan dijadikan hari cuti umum bagi membolehkan semua orang dapat menyaksikan upacara Istiadat Perbarisan Kehormat dan Perisytiharaan Jubli Emas di Medan Bandar, Alor Setar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan ini (serta apa saja yang berkaitan dengan Negeri Kedah), sila layari laman-laman sesawang berikut:
Kepada seluruh rakyat Kedah, silalah turun beramai-ramai meraikan apa saja acara yang berkaitan, sebagai tanda taat setia kita kepada Sultan kita, sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara yang kedua; "Kesetiaan kepada Raja dan Negara".

Daulat Tuanku! B-)

...

Entri-entri yang berkaitan:

Sabtu, 12 Julai 2008

Kecintaan Khalid bin Al-Walid terhadap Rasulullah SAW

Dalam satu entri aku yang lalu, aku telah memautkan sebuah video iklan mengenai "peranan Syaitan dalam pemakaian wanita" (bukan tajuk sebenar!) setelah terlihat sebuah entri daripada blog Mujahideen Ryder.

Kali ini, aku terlihat lagi, suatu entri beliau yang menarik di blognya, yang bertajuk "Khalid bin Waleed’s Love for The Prophet (s)".

Di dalam entrinya itu, diletakkan satu video yang menarik. Video iklan sebenarnya, memaparkan babak tertentu melibatkan Khalid bin Al-Walid R.A. ketika mengetuai perang di Yarmuk menentang bala tentera Byzantine.

Ini dia video berkenaan.



Dari satu sisi, kita dapati video ini kelihatan sungguh epik. Macam menonton filem perang epik yang lain, padahal ianya cuma sebuah iklan. Alangkah baiknya kalau ada yang menyumbangkan dana untuk buat filem macam ni (bukan setakat iklan). Tinggal lagi nak cari pengarah dan pelakon yang mantap saja.

Hmm... mengingatkan aku kepada sebuah siri drama Arab yang berjudul KHALID IBN AL-WALID: SAIFULLAHI MASLULUN (Pedang Allah yang terhunus). Tak salah aku, aku menontonnya di saluran ART (Arab Radio Television kat Astro), ketika bulan Ramadhan tahun lepas. Ya, memang aku suka drama Arab (sayangnya RTM2 dah tak tayang drama Arab semenjak drama AL-HASHEEM tu tamat, huhuhu...). Tapi drama pasal Khalid Al-Walid tu tak sempat la aku tengok kesemuanya. Dan pengetahuan Bahasa Arab aku yang sedikit terbatas tu memustahilkan aku memahami kesemua jalan cerita dan dialognya. Tapi sempat la tengok ada babak berperang dengan Musailamah Al-Kazzab (nabi palsu) dan pengikutnya.

Berbalik kepada video di atas tu. Bagi yang mungkin tak berapa faham, video itu memaparkan betapa cintanya Khalid bin Al-Walid RA ini kepada baginda Nabi SAW sehingga sanggup menggadaikan nyawanya untuk mendapatkan kembali topi perangnya yang terjatuh ketika sedang bertempur. Beliau tidak sanggup kehilangan topi tersebut kerana ianya mengandungi beberapa helai rambut Nabi SAW yang mulia itu yang dijahitnya pada topi berkenaan, satu-satunya athar Nabi SAW yang beliau ada sebagai kenang-kenangan. Itu bukti betapa cintanya beliau kepada baginda Nabi SAW.

Sudah tentulah gambaran babak di video ini sudah didramatisasikan, tapi peristiwa ini memang ada dalam riwayat. Pengajarannya di sini ialah, sejauh manakah kecintaan kita kepada junjungan besar kita baginda Rasulullah SAW? Sejauh manakah kita menzahirkannya? Sejauh mana kita menghormati Rasulullah SAW? Atau apakah cuma kata di mulut saja bila orang tanya, sedangkan setiap amalan kita saban hari tidak menggambarkan kecintaan itu? Bahkan, ada pula yang kata kononnya dia cinta sedangkan perbuatannya lebih menjuruskan ke arah menghina baginda SAW? Hmm...

Laman Web "The Dark Knight" kena sabotaj?

Masa tayangan dah menghampiri, tapi alih-alih, laman sesawang rasmi bagi filem THE DARK KNIGHT pulak kena sabotaj! Apa kes? Siapa punya kerja yang dengki sangat ni?

Jumaat, 11 Julai 2008

Konsert KARNIVAL JOM PROTES 678

Sebetulnya aku tak pergi pun ke karnival PROTES. Selain daripada tak berminat, sebab paling utama ialah aku MEMANG tiada di sekitar situ dan tiada keupayaan untuk ke situ. Tapi sebab berlaku suatu insiden yang menyebabkan ramai orang di alam maya ini memperkatakannya, maka aku pun nak tumpang sekaki jugak la.

Biarpun ada jiwa dan keinginan untuk memprotes, tapi aku tetap tak suka berhimpun beramai-ramai untuk berdemo. Untuk ke konsert ka, karnival ka, ceramah umum (di tempat terbuka) ka, memang aku tak berminat nak sertai. Ini disebabkan aku memang tak suka ke tempat orang ramai berkumpul. Aku memang tak suka "beramai" la, senang cerita.

Tapi "insiden" itu, membuatkan aku tertarik nak tulis juga entri ini.

Rabu, 9 Julai 2008

Viral Marketing "The Dark Knight"

Dalam mana-mana filem, terutamanya filem Hollywood, "kempen" atau "promosi", atau lebih tepat lagi disebut "pemasaran" untuk sesuatu filem tu sangat penting. Pihak studio, produksi, penerbit, semuanya tu masing-masing ada banyak duit yang dikeluarkan untuk filem yang dibuat, tapi mesti la mereka nak untung balik kan?

Maka, demi menjamin keuntungan yang maksima, filem itu kena "dipasarkan" sebaiknya. Lebih agresif, lebih bagus. Setiap ruang dan sudut yang ada mesti digunakan sebaiknya untuk mengiklankan mengenai tayangan filem tersebut. Maka, perbelanjaan yang "ekstra" mesti dikeluarkan. Kalau menjadi, nanti mereka akan dapat untung yang berlipat kali ganda. Kalau dah untung, peluang untuk ada filem sekuel akan jadi lebih cerah.

Di skrin (TV atau iklan sebelum tayangan filem lain di pawagam), ada "teaser trailer" (tunjuk sikit, bagi "perangat" sikit perasaan ingin tahu terhadap filem itu) dan "trailer penuh" ketika waktu tayangan dah hampir tiba. Selain poster biasa di dinding, sekarang ni di bas pun boleh ada iklan! Pihak penaja dari kalangan syarikat produk tertentu (telefon bimbit ka, bijirin sarapan ka, syarikat permainan dan permainan video, produk makanan, kecantikan kecantikan, alat tulis, restoran, perabot, apa saja!) pun giat mempromosi filem yang mereka taja tu. Pendek kata, biar "melekat" di benak (bakal) penonton sampai ke peringkat bahawa mereka "WAJIB" menonton filem tu bila ditayangkan di panggung kelak.

Yeah, itulah dia "the power of marketing". Ewah, cam kuliah la pulak!

Tapi ada satu teknik pemasaran yang aku rasa sangat tertarik dengannya, teknik yang digunapakai untuk "mengiklankan" filem THE DARK KNIGHT ni, teknik yang diberi nama "viral marketing"

Selasa, 8 Julai 2008

Sarah Connor Chronicles: Episod Propaganda 9/11

Siapa di sini yang melayan siri TV TERMINATOR: THE SARAH CONNOR CHRONICLES? Haha, bagi yang kaki download, mesti dah lama dah dia tengok sampai tamat kesemua sembilan episod untuk musim pertama siri. Tapi bagi yang "tradisionalis" (macam aku), maka bolehlah melayannya di stesen TV yang paling aku tak suka, iaitu 8TV.

Intro sikit pasal siri ni.

Isnin, 7 Julai 2008

Batman vs. Batman vs. Batman vs. Batman!

Filem Batman yang terkini, THE DARK KNIGHT (laman sesawang rasmi, profil di IMDb) akan mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Julai 2008 (sehari lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat sendiri). Filem sekuel bagi BATMAN BEGINS yang merupakan adaptasi bagi watak yang muncul dalam siri komik terbitan DC Comics ini diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Christopher Nolan dan sekali lagi menampilkan aktor Christian Bale sebagai Batman, dan kali ini menampilkan juga lakonan kedua terakhir buat aktor Heath Ledger sebagai musuh tradisi Batman, iaitu The Joker.

Dalam pada itu, aku teringat kepada TIGA aktor lain yang berbeza yang pernah memegang watak Batman bagi versi filem sepanjang dua puluh tahun yang lalu (ini tak termasuk versi drama bersiri atau siri animasi ya). Dalam pada itu, aku terbayang pula, alangkah bestnya kalau keempat-empat "Batman" ini (termasuk yang versi terkini tu) dapat berentap dalam satu filem!

Eh, memang ada la!

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang