tag:blogger.com,1999:blog-18527264834728536852024-02-02T20:45:49.698+08:00Catatan Seorang "Silent Protagonist"Seorang Silent Protagonist yang hidup di alam ini.Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.comBlogger101125tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-16438226212520784652015-09-14T21:45:00.000+08:002015-09-14T21:45:40.776+08:00Pokémon GO, game Pokémon untuk orang dewasa?

(Sejarah) 19 tahun yang lalu (tahun 1996), game Pokémon mula bertapak di Jepun dan kemudiannya di Amerika Syarikat dan menjadi fenomena di seluruh dunia. Sungguhpun muncul kemudian daripada Digimon, tapi Pokémon lebih mendapat perhatian. Kedua-duanya merupakan francais yang berbeza, cuma sama pada nama "Mon" di belakangnya, dibuat di Jepun dan berkonsepkan memelihara "raksasa" atau "makhluk" khayalan yang digunakan untuk bertarung. Tapi itu kita cerita lain kalilah.

Aku sendiri hanya kenal Pokémon pada sekitar tahun 1998/1999, melalui buah mulut orang mengenai ianya ialah agenda Yahudi serta "Pokemon (atau sebetulnya mereka merujuk kepada salah seekor spesis Pokémon yang ada iaitu Pikachu) ialah babi". Zaman itu penggunaan Internet kurang meluas, terhad kepada e-mel dan melayari laman sesawang biasa (tiada laman media sosial). Aku diperkenalkan kepada game Pokémon Yellow oleh kawan aku yang memberikan aku meminjam CD yang berisi ROM dan emulator untuk game ini yang sepatutnya dimainkan pada konsol mudah alih Game Boy (zaman itu tak ada PSP atau iPhone atau Android atau Tablet atau iPad). Setelah bermainnya, aku sedar bahawa memang terdapat Pokémon yang berasaskan babi, tapi bukan Pikachu Pokémonnya itu.

Zaman itu, nak menzahirkan bahawa aku peminat Pokémon adalah sesuatu yang "memalukan".

Almaklumlah, aku dah sekolah menengah, di negeri Kedah (lain la kalau di KL, lebih open-minded kot, agaknyalah) pulak tu. Tak cool sangat meminati benda macam ini, macam budak-budak, kata orang lain. Aku pun tak ada akses dan tak mampu untuk bermain Pokémon Trading Card Game, permainan orang kaya-kaya yang tinggal di KL (agaknyalah), tapi pernah la beli dua-tiga booster pack yang mengandungi kad-kad Pokémon ini di kedai STR di Star Parade, Alor Setar.

Namun, ternyata francais Pokémon ini masih bertahan, masih mengeluarkan game-game terkini di konsol portable keluaran Nintendo, dan siri animenya masih menampilkan heronya berusia belasan tahun, sungguhpun sepatutnya dia itu sebaya dengan aku pada awal kemunculannya, masih tak tua-tua.

Dan yang paling terkini, mungkin sempena ulang tahun ke-20 francais ini pada tahun 2016 (dah tua rupa-rupanya aku ni), akan keluar pula game Pokémon terbaharu dengan konsep yang sama tapi sedikit berbeza, iaitu Pokémon GO. Sama dari segi masih kena "catch 'em all", tapi berbeza sebab ianya dimainkan pada peranti Android dan iOS. Dan ianya melibatkan "dunia sebenar" dan teknologi "augmented reality" di mana kita kononnya akan menangkap dan bertarung dengan Pokémon di dunia realiti.

Memang sejak kemunculan telefon pintar, ramai peminat-peminat Pokémon yang dah "dewasa" yang inginkan Nintendo mengeluarkan game untuk platform ini tapi kecewa sebab "dasar tertutup" Nintendo hanya mengeluarkan game untuk platform Nintendo sahaja. Tapi era sekarang ini, konsol utama Nintendo pun kurang menyengat berbanding platform gaming yang lain, mungkin antara sebab mereka sekarang dah berubah fikiran.

Ya, kalau ditonton pada teaser trailer Pokémon GO ini, nampak sangat ianya meraikan peminat dewasa (ada seorang saja watak kanak-kanak dalam iklan ini, itupun dia menemani ayahnya menangkap Pokémon, hahah!), dan kelihatan pada watak-watak Pokémon yang ada dalam iklan ni cuma daripada generasi pertama dahulu (zaman aku la tu). Paling menarik, kita mungkin boleh menangkap Pokémon itu hanya di belakang rumah kita, dalam pasar raya, sekolah, bilik darjah, tandas, wah, menarik! Lepas ini kita bolehlah berasa cool dan tidak malu-malu lagi menjadi Pokémon Trainer.

Dibangunkan oleh Niantics Labs yang membangunkan game Ingress (aku pun baru saja download game ini, baru nak rasa macam mana gameplaynya), Pokémon GO akan menggunakan lokasi sebenar iaitu lokasi pemain berdasarkan GPS pada peranti pemain untuk mengesan kedudukan kita seterusnya membolehkan kita "menangkap" Pokémon yang berada pada lokasi sekeliling kita. Kita kenalah banyak bergerak atau berjalan ke lokasi tertentu untuk menangkap Pokémon (tak adalah nanti kita duduk statik saja waktu main game). Aspek sosial yang merupakan intipati game Pokémon dari dulu pun rasanya akan lebih dikembangkan. Terdapat aksesori tambahan yang akan dijual untuk meningkatkan keseronokan bermain (konon-kononnya bertindak sebagai Poké Ball untuk menangkap Pokémon), tapi ianya cuma aksesori tambahan sahaja, tak diperlukan oleh orang yang kedekut dan nak main free. Oh, aku rasa game ini akan menggunakan format free-to-play dengan in-app purchases seperti kebanyakan game sosial media zaman ini.

Apapun, sementara menantikan keluarnya game ini pada tahun 2016, terpaksalah aku melayan dulu game Ingress atau mencari dan memuat turun ROM-ROM game Pokémon yang lama-lama untuk dimainkan menerusi emulator pada komputer aku. Sementara itu, layankan trailer di bawah ini:

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-75946081451180073952014-10-02T00:28:00.000+08:002014-10-02T00:28:33.791+08:00Berakhirnya #MYCyberSALE BookCafe.com.my

Tepat jam 12 tengah malam, 2 Oktober 2014, maka bermulalah harga baru buat minyak Petrol RON 95 berakhirlah tawaran #MYCyberSALE BookCafe.com.my PTS. Sepatutnya aku promosikan jualan ni dalam post blog aku lebih awal, tapi nak buat macam mana, sibuk, maka aku buat juga la posting untuk memberitahu bahawa hangpa semua dah terlepas peluang!

Peh, diskaun 50%, 35% sampai 90% atau buku jadi semurah RM1 pun ada. Siap ada kupon yang membolehkan kita dapat penghantaran percuma (tapi TAK SAH untuk pembelian kategori diskaun 90%).

Maka aku pun membeli tiga buah buku komik terbitan Komik-M (bawah PTS) yang mendapat diskaun 15% untuk setiap judul. Kalau biasa aku beli di kedai buku Popular dengan kad ahli, boleh dapat 10% diskaun sahaja. Maka dengan ini aku anggap ianya merupakan tawaran yang menarik, tambahan pulak aku boleh guna kupon penghantaran percuma tu, berbaloi-baloi la, hehehe!

Berikut merupakan tiga judul yang aku beli:

DUNIA KARTUN: ANNUR & MEOW

Karya Emit Ahmad Nazri Mahmood. Buku ini merupakan koleksi kartun gelagat Annur dan Meow serta Efi (adik Annur) dalam hidup seharian yang berwarna-warni. Pelukis pernah melukis dan memuat naiknya di FB "AnNur & Meow", tapi dah tak buat macam itu, mungkin sebab ada pihak yang "merembat" kartunnya (dan kartun-kartun lain di FB pelukis lain) dan memuat naik di FB mereka tanpa memberi penghargaan kepada pengkarya asal.

Menariknya kartun/komik ni ialah ianya dalam tulisan Jawi. Siapa yang nak ajar anak-anak baca Jawi, eloklah membeli buku ini.

Ultra Qalif #4: Kuasa Baru dan Ultra Qalif #6: Pasukan Adiwaja

Karya Bophairy. Komik ini merupakan kesinambungan siri komik Ultra Qalif. Mengisahkan seorang remaja bernama Qalif yang sememangnya pandai dalam seni mempertahankan diri, memperoleh kuasa luar biasa setelah bertemu dengan topeng misteri penuh sakti. Dia menggunakan kebolehannya itu untuk menentang kejahatan. Yap, cerita super-hero.

Alkisahnya, aku beli isu #4 dan #6 sebab aku dah ada #1, terbeli #2 dua kali (akibat beli lepas tu tapuk lama-lama tak baca, tinggal/bekerja jauh di perantauan, buku beli tinggal di kampung, bila pi kedai nampak buku yang teringin nak beli terlupa bahawa dah PERNAH BELI, maka terbeli sekali lagi), #3 dan terskip terus ke #5, maka aku beli ni pun untuk melengkapkan koleksi.

Saat aku taip entri ini, aku baru saja lepas buat pesanan secara dalam talian. Buku aku tu mungkin sampai lepas Raya Qurban la gamaknya, tapi takpa, asalkan sampai. Nanti bila dah sampai dan kalau aku rajin, aku buat rebiu ka apa ka, okay?

Akhir kata, marilah kita sapot industri buku dan komik tempatan. Rajin-rajinlah membaca. Belilah daripada BookCafe.com.my (ewah, promosi sikit!). B-)

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-8375956301421932312014-09-19T11:21:00.000+08:002014-09-19T11:57:13.048+08:00Produk-produk Steam kini ditawarkan dalam Ringgit Malaysia!

Berita baik untuk PC Gamers di Malaysia! Steam kini menawarkan harga produk-produk digital mereka dalam Ringgit Malaysia RM. Maknanya kita tak perlu kepeningan mengconvert matawang kita daripada US$ kepada RM apabila ingin membuat pembelian. Lepas itu setelah diconvert pun rupa-rupanya harga tak sama antara yang kita kira sendiri dengan yang dicaj dalam kad kredit kita (biasanya lebih mahal dalam beberapa sen).

Tapi dengan harga tersedia dalam RM, kita boleh lebih "bijak" dalam "merancang" pembelian games kita, heh heh heh! Tambahan pula, rupa-rupanya harga games ni dalam RM jauh lebih murah daripada harganya dalam US$. Contohnya game Batman: Arkham Origins (yang sedang dalam diskaun sekarang), harganya dalam US$ ialah $7.49 (harga asalnya $29.99), lebih kurang (biasanya LEBIH!) RM24.26 (harga asalnya jadi RM97.15, mungkin lebih!) apabila diconvert US$ ke RM. Tapi dengan harga baru dalam RM cuma RM14 sahaja (harga asal jadi RM56 sahaja)! Rugi aku tak bersabar dan dah terbeli banyak games dalam US$ dulu-dulu... :'(

Walau bagaimanapun... masih ada games yang masih region-locked, yang tak boleh dibeli secara SAH di Malaysia... :( Tapi tak mengapa, nasib baik ada BANYAK games lain untuk dipilih, daripada langsung tak ada pilihan, kan? ;)

Ni dia pautan asalnya. Dan di bawah aku copy-paste artikelnya.

Steam is now priced in Malaysian Ringgit.

The entire Steam catalog is now priced in Malaysian Ringgit for customers living in Malaysia.

How do I use eClub Points?

During checkout, select eClub Points as your payment method and confirm that you live in Malaysia.

After reviewing your purchase, click "Continue to eClub Store".

Sign in with your eClub Store member login if required.

Confirm your payment by re-entering your eClub Store member password.

Purchase addition eClub points if required, then click "Pay Now".

Wait for eClub Store to redirect you back to Steam.

Once we receive confirmation from eClub Store that the transaction has been completed, we will send you an email telling you your purchase is complete.

Frequently Asked Questions

What happened to USD in my Steam Wallet?

Malaysian accounts with Steam Wallets in USD have automatically been converted to Ringgit, at a conversion rate dictated by market value at the time of conversion. To view your wallet balance and account details, go to https://store.steampowered.com/account.

Can I continue to make purchases in USD?

Ringgit is the currency that is available for purchases made in the Malaysia.

Has the availability of games on Steam changed with this?

No changes have been made to the contents of your library. All of the languages and features in the games that existed when the store was priced in USD are still available. Most games previously available in USD are now priced in Ringgit and are available for purchase in Malaysia, but an occasional product may be missing until it is priced in Ringgit.

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-2206866639295527842014-09-19T10:11:00.000+08:002014-09-19T10:11:21.161+08:00Artikel FB: "SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR?"

Aku nak kongsi satu lagi "artikel" daripada FB (juga tidak aku edit dan ubah walau satu huruf pun), berkenaan dengan UPSR, bocor, integriti dan pendidikan untuk anak-anak. Satu perkongsian yang menarik dan membuka minda untuk kita semua, terutamanya ibu bapa dan guru-guru.

Mungkin suatu lonjakan paradigma yang tinggi perlu kita tempuhi untuk mengubah mindset kita terhadap institusi pendidikan, terutama sekali di kalangan guru-guru sekolah rendah (yang aku pasti ada dua kategori; 1) yang memang selari dengan kehendak pentadbir sekolah yang selari dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2) yang berfikiran sama dengan artikel ini tetapi terikat dengan mantra "saya yang menurut perintah" tanpa memahami SIAPAkah "saya" yang dimaksudkan yang kena "menurut perintah" itu). Guru-guru "tersepit" di antara penggubal dasar pendidikan peringkat rendah (learning is fun, bimbingan akhlak dan sahsiah diutamakan) vs. pentadbir sekolah/PPD/JPN/Nazir KPM (kecemerlangan! prestasi! gred! peratusan! bilangan A! Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)... ohhh, isu PBS ni lebih rumit dan mengelirukan!). Apatah lagi yang menulis ini merupakan kakitangan KPM sendiri.

Artikel ini ditulis oleh seorang kakitangan KPM yang bernama Haji Darus Awang (pautan asal) bertarikh 10 September 2014, jam 10:08 malam.

SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: "pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor". Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: "esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok". Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.

Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca "command" atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.

Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.

Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak, jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.

Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.

Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau "straight A". A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.

Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan "straight A".

Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara "natural" seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila mendudki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.

Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah mendudki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tuisyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tuisyen dan tiada paksaan.

Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.

Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri.

Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.

Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Ababila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini. Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.

Agak lama juga saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasaa ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.

Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-28027609325266390502014-09-18T11:43:00.002+08:002014-09-19T10:09:19.078+08:00Artikel FB: "UPSR TIDAK MEMBERI MAKNA APA-APA"

Mutakhir ini heboh isu kebocoran kertas UPSR yang dilaporkan, dan berlaku segala macam kesan sampingan daripada kejadian itu. Maka ingin aku kongsikan "artikel" yang ditulis orang yang diposkan ke dalam status FB individu-individu tertentu.

Aku rasa amat rugi kalau mereka tiada blog sendiri untuk arkibkan artikel mereka ini, sebab artikel sebegini, sefaham aku la, takkan naik dalam carian enjin pencari macam Google. Lepas tu artikel mereka ini akan "tenggelam" daripada timeline mereka setelah beberapa kali mereka kemaskini status mereka, maka aku terpanggil untuk berkongsi salah satu daripada artikel yang aku jumpa di FB. Aku copy-paste tanpa ubah satu huruf pun, dan aku sertakan juga pautan asal ke posting asal mereka di profil FB masing-masing.

Ini merupakan tulisan seorang guru bernama Nor Azizuddin Abdul Manan (pautan asal) bertarikh 12 September 2014, jam 11:26 malam.

UPSR TIDAK MEMBERI MAKNA APA-APA

1. Kepada calon2 UPSR yang sudah merancang untuk mengikuti kedua ibubapa mengerjakan ibadah haji dan dijangka berangkat sebelum tarikh 30 September 2014 (tarikh peperiksaan ulangan subjek Sains dan B.Inggeris), nasihat saya, ikutilah kedua ibubapa anda mengerjakan ibadah haji, jangan bertangguh lagi. Begitu juga kepada kepada calon UPSR yang mengikuti lawatan sambil belajar ke luar negara samada anjuran sekolah, NGO's atau mana-mana tajaan syarikat atau secara persendirian, pergilah mengikuti lawatan tersebut, itu juga merupakan sesi pembelajaran berterusan. Kepada keluarga calon2 UPSR yang sudah merancang untuk melancong samada dalam dan luar negara, pergilah melancong, bawalah anak-anak melancong, senang hatikan, bergembiralah sambil merafakkan rasa syukur dengan keamanan yang dinikmati.

2. Usah dipedulikan dengan peperiksaan ulangan UPSR itu,

bukan salah calon2 UPSR, tidak ada satu catatan kesalahan yang calon2 UPSR lakukan, bahkan calon2 berhak untuk memilih samada mahu menduduki atau tidak menduduki peperiksaaan ulangan yang dibuat bukan atas faktor kesalahan calon2 UPSR.

3. Harus diingatkan UPSR hanya pengujian selama 6 tahun calon2 mengikuti sesi PdP di sekolah rendah, masakan mungkin calon2 masih tidak tahu membaca, menulis, mengira,menaakul dan mentafsir sesuatu disiplin ilmu di peringkat sekolah rendah walhal calon2 UPSR sudah mengikuti lebih daripada 12 kali peperiksaan (Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun dari tahun 1 sampai tahun 6) belum masuk campur tolak bahagi darab dengan ujian-ujian bulanan (disebut juga Ujian Prestasi) sepanjang 6 tahun pengajian di sekolah rendah, masih tidak cukup lagikah BILANGAN 'A' yang diperolehi ?. Mahu berapa 'A' lagi ? 100 ? 200 ? 1000 A?.

4. Samada calon2 UPSR memperolehi 5A, 7A, 4A, 3A,1A, 5E, 7E sekalipun semuanya layak untuk memasuki ke tingkatan satu dimana-mana sekolah menengah kelolaan Kerajaan Persekutuan (KPM), tidak ada yang terkecuali, cuma untung nasib jika dapat 'A's dari atas sampai ke bawah mungkin mudah memasuki mana-mana Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, SMKA dan lain-lain Sekolah Kawalan JPN terpilih. Jika ibubapa berduit lebih bolehlah mendaftarkan anak-anak mereka dimana-mana sekolah menengah swasta, sekolah persendirian, sekolah antarabangsa, Ikut selera masing-masing.

5. UPSR, apa yang ada pada sekeping Sijil yang tak sampai pun sebesar saiz kertas A4, adakah dengan 5A, 7A sudah layak untuk memasuki program Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Perakaunan dan lain-lain lagi ?. Tidak ada apa-apa signifikan pun. Allah.

6. Untuk apa mahu menangisi atas apa yang berlaku, senangkan hati, bertenang, usah gundah gulana. Saya rasa bersyukur jika papan-papan kenyataan yang memaparkan Graf Turun Naik Subjek2 UPSR dibiarkan kosong. Biarlah papan kenyataan sebesar pintu jamban (barangkali) itu diisi dengan nota-nota, hasil kerja murid, aktiviti-aktiviti bergambar murid dan guru, sekolah serta PIBG. Ada apa dengan ranking ?, Gaji guru masih sama sahaja, Guru Besar tetap bergred DG32, 34 dan 41. Mungkin saiz badan GB sahaja yang berubah, dari kecil kepada besar, atau besar menjadi kecil. Tak lebih tak kurang, perangai guru, murid dan staff, masih macam biasa. Gegak gempita suara guru mengajar, hilai tawa, sedu sedan tangis murid, semua masih sama. Saya rindu ragam sekolah macam dulu-dulu. Era 80-an, 90-an.

7. Saya tidak tahu pedajjal mana yang merancang "benda pelik-pelik" dalam sistem pendidikan Malaysia. Tak cukup kertas, dibuatnya online, tak cukup online dibuatnya "offline", belum habis "offline" akhirnya berpatah balik kepada kaedah bertulis. Haramjadah apakah ini ?.

8. Ingat wahai calon2 UPSR, penentu masa depan anda ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), itulah jambatan samada anda akan melangkah ke peringkat yang lebih tinggi atau berhenti sebelum kaki melangkah lebih jauh. Selepas tamatnya pengajian di sekolah rendah, pergilah kemana-mana sekolah menengah sekalipun, jika ada kemahuan untuk berjaya, disitulah kejayaan anda akan tercipta. Ingat, sejak awal tahun 2002 sehingga tahun 2013, pelajar terbaik SPM peringkat Kebangsaan kebanyakkan datang dari sekolah yang "biasa-biasa" saja. Ambillah contoh Nik Nur Madihah dan Siti Fatimah Mokhtar, kecemerlangan mereka dari sekolah menengah agama (Maahad Al Muhammadi Lil Banat), Azali Azlan datang sekolah menengah agama (SMKA Yan), Nur Amalina dari sekolah menengah harian biasa, jadi, apa yang perlu dirisaukan jika tidak memperolehi 5A dalam UPSR sekali pun ?.

9. Yang GILA dan MENGGILA sekarang ialah golongan "pengejar ranking" yang banyak menyusahkan orang lain, sanggup mencabuli amanah asalkan "ranking" menjadi keutamaan. Mata hati sudah gelap untuk merasai betapa panasnya api neraka. Golongan "atasan" apa lagi yang mereka tahu ?. Entah-entah bau kapur tulis pun sudah mereka lupa, maklumlah hanya kenal pen dakwat "Chayaq". Meeting sana-sini, bilik berhawa dingin, guru dan murid dibiarkan kepanasan dalam "microwave" pelan pendidikan entah apa-apa. Peduli apa, asalkan Pelan itu dipuja puji orang kulit putih, hitam legam, mata sepet, inilah Pelan Pendidikan terbaik Seantario dunia. Dijajanya pelan sampai ke Eropah, cecah ke Korea, titik di Singapura. Megah dan bangga kononnya. Walhal "bocor" sana sini, muka mahu diletak mana ?. Oh, muka kita setebal Tembok Besar China rupa-rupanya.

10. Akhirnya, apa perasaan anda wahai calon2 UPSR ?, sudah berasa lega atau masih gundah gulana memikirkan perkara yang tidak sepatutnya difikirkan. Elok difikirkan apa yang perlu dilakukan semasa di peringkat menengah nanti bak kata pepatah "Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun". Buat sehabis baik, SPM disitulah penentu langkah anda seterusnya bukannya UPSR.

Salam ikhlas,

Nor Azizuddin Bin Abdul Manan

Hamba Abdi DGA32 [entah bila akan dapat DG42].

* Artikel diatas adalah pandangan peribadi penulis semata-mata, tidak ada kena-mengena samada yang masih hidup atau sudah mampus dimamah bumi.

Link : http://www.astroawani.com/news/show/luluh-hati-anak-saya-tidak-dapat-ke-as-dek-kebocoran-kertas-upsr-ibu-43788

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-52572347333094527742014-07-15T01:54:00.001+08:002014-07-21T01:39:45.193+08:00Salam Nuzul Quran 1435 Hijriah

Wah, dah lama aku tak update blog aku ni. Boleh dikatakan setahun hanya sekali aku update. Bila ditengok kembali, rupanya dah LAMA aku buka blog. Dari hujung tahun 2007! Sekarang ni dah nak masuk 7 tahun (dah masuk darjah 1 dah, kalau kat sekolah di Malaysia ni).

Waktu mula-mula buka blog ni dulu, aku "tak bekerja" lagi (menganggur). Sebab tu kerap boleh update blog. Tapi bila dah mula kerja, dah tak ada masa nak buat semua ni. Namun rakan blogger lain dulu boleh saja sambil bekerja sambil update, kan?

Walau bagaimanapun, setelah munculnya Facebook, Twitter dan yang seumpamanya, aku dapati ramai di kalangan kenalan-kenalan blogger dah tak aktif berblog, sebaliknya lebih cenderung mengemaskini perihal diri masing-masing di akaun FB dan Twitter masing-masing. Dahulunya, kita saling berhubungan secara dalam talian menerusi Yahoo Messenger atau Skype (yang terkenal la), atau MSN Messenger atau Google Talk. Nak berhubung secara serius, menerusi e-mel. Selebihnya luahan perasaan sendiri menerusi blog masing-masing. Namun sekarang, semuanya dah boleh dibuat menerusi FB sahaja, tiga sekaligus.

Menjejaki kenalan bloggerku yang lain, Tawel Sensei dah dua tahun tak buat entri terkini. Bayan pula entri terakhirnya setahun lepas. Begitu juga dengan geng Bilik Sebelah nampak gayanya dah tiga tahun tak aktif aktif.Yang lain-lainnya ada yang dah hilang daripada "radar". Tapi Ustaz Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern' (juga dikenali sebagai MR. SATU UMAT) masya-Allah tabarakallah masih aktif. Semoga aku dapat jadi macam depa semua. Maaf kalau ada rakan blogger yang aktif tapi saya tak sebut kat sini.

Maka dengan itu, aku ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak dan Salam Nuzul Quran dan selamat merebut malam Al-Qadar. Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, semoga kita dapat Rahmah, Maghfirah dan 'Itqun minan-Naar, semoga dapat menghabiskan Ramadan tahun ini dan kembali kepada Fitrah, dan semoga dapat diketemukan dengan Ramadan tahun hadapan, amin. Dan semoga Allah menangkan Islam dan Muslimin dan Mujahidin di Palestin dan semua tempat di Malaysia, amin ( #prayforgaza ).

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-64596733041871925162013-10-21T15:15:00.000+08:002013-10-21T17:33:25.000+08:00Siri Permainan Video BATMAN: ARKHAM

Siri permainan video BATMAN: ARKHAM adalah antara siri permainan video yang terkenal yang membabitkan watak adiwira komik terkenal daripada DC Comics ini.

Dalam siri pertamanya iaitu BATMAN: ARKHAM ASYLUM, kita membawa watak Batman dalam misinya untuk membebaskan diri daripada penjara Arkham Asylum setelah diperangkap di situ oleh The Joker sekaligus menghalang rancangan The Joker untuk membebaskan musuh-musuh Batman yang telah dipenjarakan di situ.

Sementara itu, dalam sambungannya pula iaitu BATMAN: ARKHAM CITY yang berlatar belakangkan setahun selepas peristiwa dalam "episod" pertamanya, seorang lagi musuh Batman iaitu Hugo Strange telah berjaya menguasai Arkham Asylum dan menjadikannya suatu bandaraya yang penuh dengan penjenayah, dan tugas Batmanlah menghentikan semua itu (tak pasti sebab tak pernah main lagi, heheh!).

Kedua-dua permainan video ini tengah dalam diskaun 75% di Steam, sebuah servis pengedaran permainan-permainan video secara digital. Aku baru saja beli BATMAN: ARKHAM ASYLUM dengan harga US$5.00 di situ (nak beli sila klik sini: http://store.steampowered.com/app/35140/). Yang BATMAN: ARKHAM CITY tu pun diskaun 75% jugak, tinggal US$7.50, tapi aku beli kemudian nanti la kot, bila dia turun harga nanti, pastu diskaun lagi, mesti lagi murah, heheh... (kot-kot ada nak beli, sila klik sini: http://store.steampowered.com/app/200260/). Tapi, diskaun ini akan berakhir 22 Oktober 2013 (tepat jam 12 tengah malam).

Sebab apa ada diskaun ni? Sebab nak promosi game terbaharunya iaitu BATMAN: ARKHAM ORIGINS yang akan keluar 26 Oktober 2013 ini (tapi dah boleh ditempah, dan boleh dibeli versi digitalnya di sini: http://store.steampowered.com/app/209000/). Harganya ialah US$49.99, dah tentu tak diskaun lagi!

Dalam siri terbaharu ini, jalan ceritanya ialah sebagai prekuel, maknanya menceritakan balik "asal-usul" kejadian Batman ini (sebab tu tajuknya ORIGINS). Banyak trailer dan teaser yang dah keluar, tapi yang aku kongsi kat sini yang paling menarik, memaparkan wajah Bruce Wayne daripada zaman kanak-kanak dan berubah perlahan-lahan menjadi Batman. Saksikan! B^)

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-63371003111243527362013-10-15T05:00:00.000+08:002013-10-15T05:00:06.046+08:00Salam Aidil Adha 1434 Hijriah

Hari Raya kembali lagi. Hari Raya Aidil Adha atau juga dipanggil Hari Raya Korban atau dalam masyarakat kita, kita sebut "Hari Raya Haji" sebab berbetulan dengan orang melaksanakan ibadah Haji pada ketika ini. Tapi ada seorang Tuan Guru (Allahyarham Syeikh Zakaria Haji Ahmad Wan Besar) pernah berseloroh di corong radio Kedah FM ketika segmen kuliah beliau suatu ketika dulu, "kalau Hari Raya tu Hari Raya Haji, maknanya orang yang pi haji saja la yang boleh raya. Pak-pak lebai atau orang biasa tak boleh raya la. Maka istilah yang lebih tepat ialah Hari Raya Korban".

Sememangnya perkataan "Adha" tu pun membawa maksud "korban" (udhiyah, haiwan untuk dikorbankan). Nama lain ialah Hari Nahar. Dan sememangnya hari berkenaan adalah sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan oleh Allah untuk melakukan "korban" ke atas anaknya Nabi Ismail A.S. dan dipersetujui oleh baginda berdua. Menunjukkan betapa besarnya pengorbanan yang sanggup dan sedia dilakukan untuk Allah.

Dan sempena besarnya peristiwa dan besarnya erti korban itulah hari ini dikenali juga sebagai 'Eidul Akbar: Hari Raya Besar, lebih besar daripada Hari Raya Puasa. Buktinya, Hari Raya Puasa cuma disambut sehari sebab hanya sehari kita bertakbir Raya untuknya (tapi masyarakat kita menyambutnya sampai sebulan!), sementara Hari Raya Korban boleh bertakbir Raya sampai hari keempat. Bahkan pada sembilan hari awal Zulhijjah pun kita dah "menyambutnya" dengan pelbagai kelebihan pahala sekiranya kita beramal pada hari tersebut (dan ini untuk yang TIDAK pergi menunaikan Haji), antaranya ialah boleh menunaikan puasa sunat dari 1 Zulhijjah hinggalah ke hari kesembilan iaitu Hari Arafah. Dan dikatakan dalam hadis, "malam terbaik ialah 10 malam terakhir Ramadhan, dan hari (siang) yang terbaik ialah sepuluh hari pertama Zulhijjah, termasuklah pada 10 Zulhijjah itu sendiri iaitu Hari Raya Korban yang boleh dilakukan ibadah korban padanya. Bahkan disambung lagi pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu Hari Tasyriq yang mana kita turut diharamkan berpuasa padanya selain pada 10 Zulhijjah, dan masih boleh melaksanakan ibadah korban, dan masih boleh bertakbir Muqayyad setiap kali lepas solat, sehinggalah pada akhirnya iaitu pada Solat Asar 13 Zulhijjah.

Secara jujurnya, kita "berhari raya" selama 13 hari, jika dihitung empat hari raya itu dengan sembilan hari awal Zulhijjah! Memang benarlah ini Hari Raya Besar. Maka marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar Hari Raya Korban ini dan menyambutnya dengan penuh sambutan dan keinsafan. Selamat Hari Raya Aidil Adha, taqabalallahu minna wa minkum. B-)

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-28041769741697682542013-04-19T17:36:00.000+08:002013-08-17T14:01:07.359+08:00Trailer Rasmi Man of Steel!

18 April 2013, genaplah 75 tahun "penciptaan" watak Superman. Dan sempena hari jadi Superman kali ini, mari kita tonton trailer rasmi (yang ketiga dah setakat ini) untuk filem MAN OF STEEL yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 13 Jun 2013.

"What's the 'S' stand for?"

"It's not an 'S'. On my world it means 'hope'."

"Well, here it's... an 'S'!"

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-77569485782507637642012-12-20T20:12:00.000+08:002012-12-30T08:13:10.501+08:0020.12.2012! TMNT dan Transformers Prime!

Tarikh cantik lagi! Sempena jam dan tarikh yang cantik ini (jam 2012, 20.12.2012), aku nak berkongsi dua siri animasi Barat yang aku tengah layan. Kedua-dua siri ini menggunakan animasi CGI, yang ada sesetengah pihak tak suka sebab lebih suka animasi tradisional (dan kedua-dua siri ini pernah ada versi lamanya yang dianimasikan secara tradisional), lebih-lebih lagi kualiti animasi CGI untuk bajet siri televisyen (kartun) adalah lebih rendah berbanding untuk taraf filem Hollywood, tapi ternyata kedua-dua siri ini menafikan dakwaan itu. Sebabnya ialah kedua-dua siri ini ternyata mendapat sambutan dan pujian yang sangat baik daripada peminat-peminat asalnya (yang biasanya sudah pun dewasa sebab siri asal bagi kedua-dua siri ini pernah ditayangkan bermula sejak tahun 80an dahulu!).

Siri yang aku maksudkan ialah TRANSFORMERS: PRIME dan (Nickelodeon's) TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES! Ya, bagi yang pernah membesar sekitar tahun 80an dan 90an, pasti dah kenal sangat dengan kedua-dua siri ini. TRANSFORMERS dan TMNT merupakan antara produk yang sangat terkenal pada ketika itu, menjadi fenomena dan kegilaan kepada kanak-kanak zaman itu. Siri animasi kedua-duanya tak lebih daripada "alat" untuk mempromosikan siri permainan dan figura aksi yang menampilkan watak-watak daripada kedua-dua francais ini (walau bagaimanapun, TMNT bermula dengan komik indie yang jalan cerita dan tonnya langsung tak sama dengan keceriaan siri animasinya, pada ketika itu). Kedua-duanya pernah popular, diadaptasi kepada komik, filem, dan siri animasi susulan (Transformers ada lebih banyak), dan kini kedua-duanya kembali menggegarkan dunia dengan siri animasi. (dan semestinya permainannya juga!) yang terkini!

TRANSFORMERS: PRIME

Siri animasi TRANSFORMERS: PRIME ini mula ditayangkan pada 29 November 2010 yang lalu, dan kini ditayangkan di NTV7 setiap hari Ahad jam 12:00 tengah hari. Siri ini merupakan "permulaan semula" (reboot) bagi siri Transformers, setelah beberapa versi berlalu. Siri ini digemari kerana menggabungkan elemen-elemen yang diminati peminat dari pelbagai era Transformers, termasuklah era Generation 1 yang sangat digemari, di samping elemen daripada filem Michael Bay sikit-sikit (tapi plot dan jalan cerita serta rekabentuk watak robotnya jauh lebih baik daripada versi filem Michael Bay, itu yang diakui hampir semua peminat Transformers!). Paling menarik, siri ini menampilkan pelakon asal bagi suara Optimus Prime iaitu Peter Cullen (turut membuat suara untuk wataknya bagi versi filem) dan Frank Welker akhirnya kembali sebagai suara Megatron. Nak cerita pun tak perlu, layankan saja video-video yang berkaitan dengan siri ini.

Intro:

Lagu Tema:

Optimus Prime lawan Megatron:

TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES

"Heroes in a half shell, Turtle Power!"

Wira dalam cengkerang ini sangat aku minat zaman aku sekolah rendah dulu. Animasi pertama bermula tahun 1989 yang mana adaptasi daripada komik indie yang langsung tak sama dengan versi komik. Komiknya berunsur satira yang agak dark, tapi kartunnya sangat ceria dan komedi, diselit aksi sikit. Animasi kedua tahun 2003 ada sedikit mirip versi komik, lebih aksi, kurang komedi. Sebelum itu ada tiga filem live-action yang disambung dengan siri live-action a la Tokusatsu (Bayangkan siri Power Rangers, tapi gantikan dengan watak-watak Ninja Turtles. Bahkan, ada episod di mana Power Rangers In Space bertemu dengan Ninja Turtles versi ini!). Lepas itu ada satu filem CGI pada tahun 2007. Semua tu ada keseronokannya tersendiri.

Mula-mula dicipta bersama oleh Kevin Eastman dan Peter Laird, kemudiannya Eastman jual sepenuhnya bahagian haknya kepada Laird, dan akhirnya Laird menjual keseluruhan haknya kepada Viacom, syarikat yang memiliki saluran TV Nickelodeon. Dan sejurus selepas itu, bila Viacom menerbitkan siri animasi baharu dan memberikan hak siri komik kepada IDW Publishing, tiba-tiba muncul balik Kevin Eastman terlibat dalam pembikinan kedua-dua siri komik dan animasi baharu ini (apakah mereka pernah bergaduh, Eastman tarik diri, dan bila Laird pun tarik diri, Eastman kembali kepada TMNT?). Dan, terbitnya siri yang terbaharu ini mula ditayangkan pada 29 November 2012 (eh, selang dua tahun daripada tarikh tayangan TRANSFORMERS: PRIME la!). Di Malaysia pun dah mula ditayangkan di saluran Astro Nickelodeon (612). Siri ini juga menggunakan formula iaitu menggabungkan kesemua elemen yang digemari peminat daripada seluruh versi TMNT yang pernah ada. Berikut adalah video-video yang berkaitan.

Intro (Karaoke):

Trailer/Iklan:

TMNT lawan Shredder:

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-25326251616567288592012-12-12T12:12:00.000+08:002012-12-13T14:52:41.974+08:0012:12:12 121212! Untuk Peminat Superman!

Yah, tepat pada jam 12:12:12 (okaylah, takdak la tepat sangat sebab aku edit masa aku publish entri ini, padahal aku taip pada waktu yang kemudian daripadanya) pada 12 Disember 2012 (121212), aku telah kembali menulis entri blog aku yang dah lama aku berhenti ini. Semenjak 2010, aku telah sibuk dengan kerjaya aku (alasan!) di samping sibuk dengan perkara-perkara lain seperti beribadah, menuntut ilmu, bersosial, makan, tidoq, mengadap komputer (sekarang pakai laptop) untuk buat kerja, melayari internet dan bermain games, jadi aku tak ada masa nak menaip entri untuk blog.

Apatah lagi kemunculan Facebook dan Twitter sedikit sebanyak telah mengambil alih peranan blog dan blogger yang suam-suam kuku (macam aku) dah tak pakai blog lagi untuk berkongsi apa-apa (gambar terutamanya) sebab dah dapat dilaksanakan dengan mudahnya menerusi Facebook. Dan beberapa servis blog dah pun ditutup seperti Yahoo 360, blog Friendster (yang dah pun dirombak jadi laman sosial gamer untuk game-game internet, macam yang ada kat Facebook jugak, apakah?!), dan terkini Multiply pun dah tutup fungsi blognya. Teknologi memudahkan manusia, dan juga memalaskan manusia! Oh, dan Google pulak dah buat langkah drastik dengan menyatukan akaun Google+ (laman sosial Google yang macam Facebook dan Twitter) dengan akaun GMail, Youtube (pilihan), Blogger.com (jugak pilihan) dan semua servis Google yang lain. Ada Pinterest lagi sekarang ni (dah lost track dah aku!). Microsoft pun ada buat laman sosialnya sendiri, dikenali sebagai So.cl. Macam-macam da!

Ooops, dah termelalut dah aku ni. Tujuan aku bukan nak sembang pasai teknologi perkongsian sosial dalam talian ni, tapi nak berkongsi pasal filem yang sangat aku minat yang bakal keluar 13 Julai 2013 nanti, iaitu MAN OF STEEL. Ya bebeh, Superman kembali ke skrin besar! Er, maksud aku, layar perak! Setelah tamat trilogi THE DARK KNIGHT, Warner Brothers dan DC Comics mengalihkan pandangan kepada adiwira utama mereka, yang nampak gayanya macam sangat sukar untuk diterjemah ke layar perak setelah kegagalan Brandon Routh menjiwai watak Superman dalam SUPERMAN RETURNS arahan Bryan Singer yang tak berapa nak menjadi itu. Dengan me-'reset' semula cerita Superman versi filem, filem ni diberi nafas baharu tajuk  sesuai dengan gelarannya dan stail tajuk sepertimana yang diberikan kepada Batman (THE DARK KNIGHT).

Selain menampilkan Henry Cavill (tak familiar kan? Dia pelakon British yang pertama melakonkan watak Superman), filem ini turut menampilkan Amy Adams dan aktor-aktor besar Hollywood seperti Laurence Fishburne, Kevin Costner, Diane Lane dan Russel Crowe (sebagai bapak kandung Superman, Jor-El). Dan khabarnya, filem ini dikatakan akan menjadi pemangkin kepada filem , liga/pasukan yang dianggotai adiwira-adiwira terhebat dunia DC Comics (termasuk Batman, Wonder Woman, The Flash, Green Lantern dan Aquaman), dan penonton filem yang tak pernah baca komiknya sudah pasti akan membandingkan dan mengatakan idea ini meniru Marvel Comics punya . Apapun, kita tunggu dan lihat, sebab filem Green Lantern baru-baru ni dianggap "gagal", sementara Batman versi filem baru-baru ini pulak didapati "tak masyuk" dengan dunia komik adiwira DC Comics sebab Batman dalam filem itu ditampilkan dalam versi yang lebih "realistik", dan filem Superman ini pun belum tayang, jadi bergantung kepada keberhasilannyalah baru boleh diketahui apakah DC Comics dan Warner Brothers mampu "meniru" kejayaan Marvel Comics dan Disney (yaaa, Disney dah beli kompeni Marvel Comics!) dalam siri-siri filem adiwira mereka (Iron Man, Thor, Captain America, Avengers).

Jalan cerita untuk filem ini masih agak samar-samar, tapi menurut trailernya (yang baru dirilis hari ini! Sepatutnya ianya disertakan dalam tayangan perdana filem  14 Disember nanti!), filem ini akan meneroka Clark Kent yang mengembara di seluruh dunia, mencari dirinya dan asal-usulnya, serta mempelajari apa tujuan hidupnya (sebelum dia menjadi Superman). Dan kelihatannya filem ini bakal menjadi epik, dan akan menjadi filem pertama Superman akan ditentang dan dicabar secara fizikal sebab ada watak penjahat yang juga berasal dari planet Krypton yang sama kuat atau mungkin lebih kuat daripadanya, dan babak pertarungan pastinya lebih epik berbanding filem Superman terdahulu, dengan teknologi kesan efek khas yang terkini. Oh, dan kelihatannya Supeman menyerah diri dalam keadaan bergari (seperti gambar di atas), apa sebabnya ya? Sedangkan kalau dia nak, bila-bila masa saja dia boleh melepaskan diri.

Di sini aku letak TIGA trailer untuk filem MAN OF STEEL. Teaser trailer pertama seperti yang kat bawah ini ada suara latar watak Jor-El (bapa kandung Superman dari planet Krypton) lakonan Russel Crowe.

Yang ini pulak teaser trailer yang sama macam di atas, tapi bersuara latarkan watak Jonathan Kent (bapa angkat Superman di Bumi) lakonan Kevin Costner.

Sementara yang terakhir ini, aku tinggalkan dengan trailer terkini yang sangat epik blockbuster, trailer rasmi kedua (atau pertama atau ketiga?). Layan! B-)

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-13002291970972745812011-08-07T02:20:00.003+08:002012-12-13T14:59:49.529+08:00Foto Pertama "Man of Steel"Mungkin tak ramai yang perasan atau menyedari, sekarang ini Hollywood tengah dalam pembikinan filem Superman yang terbaharu. Diberi tajuk "MAN OF STEEL", filem ini diterbitkan oleh Christopher Nolan, orang yang sama yang mengangkat dan mengarahkan trilogi filem Batman yang terkini ("BATMAN BEGINS", "THE DARK KNIGHT" dan akan datang, "THE DARK KNIGHT RISES") dan akan diarahkan oleh Zack Snyder (yang terkenal dengan filem adaptasi komik juga iaitu "WATCHMEN" daripada komik dengan tajuk yang sama). Siri filem Batman yang dilakonkan oleh Christian Bale ini terkenal dan diminati ramai kerana Christopher Nolan menggarapnya secara lebih "realistik" berbanding siri komiknya. Jadi, ramai juga yang berharap filem Superman yang terbaru akan datang ini juga menggunakan pendekatan yang serupa apatah lagi mendapat sentuhan daripada orang yang sama. Apapun, diharapkan ianya lebih bagus daripada filem Superman yang sangat mengecewakan aku, iaitu "SUPERMAN RETURNS" yang tak best tu... (urghh!)

Apa-apa hal pun, filem "MAN OF STEEL" ni sebenarnya belumpun memulakan penggambaran, dan dijangka akan ditayangkan pada Jun 2013 nanti nun (aduh lambatnya lagi nih!), lebih lewat daripada jangkaan pertama mereka iaitu sekitar Disember 2012. Superman/Clark Kent akan dilakonkan oleh aktor British iaitu Henry Cavill. Sepertimana Christian Bale yang berasal dari Wales, melakonkan watak Batman yang sepatutnya berbangsa Amerika, watak Superman juga kali ini buat pertama kalinya dilakonkan oleh pelakon yang bukan berasal dari Amerika Syarikat (dan ada jugak peminat rakyat Amerika yang "marah" dengan pemilihan ini). Turut membintangi ialah Amy Adams sebagai Lois Lane (yang lawaknya, dia pernah muncul sebagai watak penjahat dalam satu episod daripada siri "SMALLVILLE", siri yang mengisahkan Clark Kent sewaktu remaja sebelum menjadi Superman), Russell Crowe (Jor-El, bapa kandung Superman) Laurence Fishburne (Perry White, watak yang sepatutnya "orang putih" dalam komik, ketua editor Daily Planet tempat Clark dan Lois bekerja), Michael Shannon (General Zod, musuh ketat Superman yang berasal dari planet yang sama), dan Kevin Costner dan Diane Lane sebagai Jonathan dan Martha Kent (ibubapa angkat Clark Kent di Bumi).

Paling menarik sekali, foto pertama yang menampilkan Henry Cavill sebagai Superman telah didedahkan baru-baru ini. Setelah peminat siri SMALLVILLE "hampa" kerana tak dapat melihat (dengan jelas) Tom Welling sebagai Superman dalam episod akhir siri tersebut (mungkin disengajakan atas sebab undang-undang), maka kini peminat Superman boleh bergembira kerana foto pertama ini menampilkan rupa bentuk kostum Superman yang akan ditampilkan dalam filem ini. Pastinya peminat tertanya-tanya, bagaimanakah rupa kostum Superman yang direka untuk filem ini, apakah nampak lebih moden dan canggih, atau nampak "murah"? Sama-samalah klik kat bawah ini...

Klik imej di atas untuk gambar yang lebih besar

Yah, pada pendapat aku, kostum ini nampak sleek, setanding dengan kostum filem-filem Superhero lain yang ada sekarang, material kainnya nampak memang "mahal" dan "tahan lama", sesuai dengan fungsinya sebagai kostum Superhero. Nampak macam material yang sama dengan yang digunakan untuk kostum Spider-Man dalam filem terbaharunya 2012 nanti iaitu "THE AMAZING SPIDER-MAN". Tapi, macam mana pun, kena la tunggu, lambat lagi la 2013... ;)Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-49044096390201878332011-07-25T17:47:00.001+08:002011-07-25T19:48:47.111+08:00Belasungkawa: Dato' Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan BesarPada hari ini, aku serta warga Kedah khususnya, dan juga sesiapa yang mengenali beliau, telah kehilangan seorang lagi tokoh ulama besar negeri Kedah. Dato' Syeikh Zakaria merupakan tokoh yang amat dikenali di negeri Kedah, khususnya bagi mereka yang mengikuti siri kuliah beliau di Radio Malaysia KedahFM pada setiap Selasa jam 5:30 petang. Beliau juga sangat rajin mengajar, boleh kata hampir seluruh negeri Kedah beliau menjelajah, pada setiap hari, setiap minggu, tanpa henti (kecuali cuti Raya, atau cuti beliau tak sihat). Sebut saja, Alor Setar, Pendang, Sik, Kulim, bahkan di Kepala Batas Pulau Pinang dan Seberang Perai Utara pun beliau pergi, demi mencurahkan ilmu kepada yang sudi menadahnya.

Aku juga mula mengenali beliau waktu saya menganggur tak ada kerja, jadi aku mula dengan mendengar siaran radio KedahFM, dan pada akhir kuliah beliau akan menyebut jadual kuliah beliau. Pertama kali aku dengar, aku memang terkejut, padatnya! Dan jauh-jauh pulak tu antara satu sama lain. Bila aku dengar salah satu tempat kuliahnya di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar, akun mula berjinak menghadirinya. Orangnya memang kecil dan sudahpun tua, tapi semangat dan kegigihan beliau sangat aku kagumi.

Kini, sebab aku dah kerja jauh di Selatan, aku dah tak dapat lagi hadiri kuliah di masjid tu. Berbekal talian internet, aku bukak jugak siaran KedahFM pada setiap petang Selasa. Pada akhir-akhir hayatnya, beliau sering tak sihat dan meminta para pendengar mendoakan agar beliau dapat mengajar. Kini tidak lagi. Dan aku juga akan merindui kelibat kereta Serenanya di perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah. Lebih utama lagi, aku akan merindui kuliah dan suara beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang syahid dan soleh.

Lebih maklumat lanjut mengenai beliau, boleh dibaca di blog Al-Fanshuri ini.

Al-Fatihah...Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-2692461224192027952011-07-20T17:48:00.005+08:002012-12-13T14:59:16.915+08:00Superman Bertukar Fesyen!Jika dulu, bila kita sebut Superman secara sinis, perkara pertama yang akan kita kata ialah "dia memakai seluar dalam di luar". Biarpun ramai sahaja superhero lain yang memakai seperti dia (Batman pun pakai la kalau dalam komik dia, tapi dah hangpa terpengaruh dengan filem dia, dan aci tengoklah weh, bukan setakat tu ja, Wolverine pun sama la, siap pakai kuning lagi... ;P), tapi bila sebut superhero, terbayang pakaian sebegitu dan akan terbayang Superman. Begitulah hebatnya pengaruh Superman ni, dari pelbagai aspeklah, tapi dari segi sinisnya, kebanyakkan orang akan terbayang pakaiannya tu lah.

Biarpun pakaiannya nampak sangat "memalukan", tapi wataknya tetap tanpa segan silu memakainya dengan bangga, mungkin sebab dia tahu dia kebal, jadi hangpa katalah apapun, aku tetap Superman, begitulah agaknya yang akan bermain di fikiran orang yang menjadi "Superman" ni. Dan, seperti yang dipaparkan dalam filem "SUPERMAN", Christopher Reeve telah berjaya meyakinkan penonton bahawa dia tidak kelihatan canggung dalam mengenakan pakaian sebegitu, bahkan nampak elegan dan "regal" la pulak (ewah!). Dean Cain pun boleh la tahan jugak dalam bawaannya dalam siri "LOIS & CLARK", tapi tetap tak boleh lawan Chris Reeve. "SMALLVILLE"? (SPOILER EPISOD AKHIR!!!) Kita tak nampak sangat "Superman"nya.

Namun, walaupun wataknya tak segan-silu dan malu mengenakan pakaian sebegitu, nampak gayanya syarikat penerbitannya iaitu DC Comics mungkin berfikiran sebaliknya. Mungkin nak cari pelanggan dan peminat baharu, jadi mulai September 2011, mereka telah bertindak mengadakan "pelancaran semula" (relaunch) siri-siri komik mereka yang melibatkan 52 judul, termasuk di antaranya ialah dua judul melibatkan Superman iaitu "ACTION COMICS" dan "SUPERMAN". Kesemua judul-judul ini akan mengalami penomboran semula di mana kesemuanya akan kembali bermula kepada isu pertama (sayangnya, Action Comics dah pun sampai isu ke-900, kena mula balik pulak). Di samping bermulanya kembali nombor isunya, berlaku juga sedikit (atau banyak, bergantung kepada judul komik/watak yang terlibat) rombakan dari segi penceritaan dan kisah asal-usulnya (origins), dengan alasan untuk disesuaikan dengan generasi sekarang dan untuk menarik pembaca/peminat baharu (di samping mengetepikan/alienate pembaca/peminat setia lama?). Almaklumlah, watak-watak ni ada yang dah muncul sejak tahun 1930an dan masih tak tua-tua, jadi itulah antara resepinya, diperbaharui pada setiap generasi pembaca. Di samping rombakan dari segi jalan cerita dan asal-usul, dari segi kostum juga ada rombakan, dan Superman antara yang terlibat dalam rombakan ini.

Maka, bagaimanakah bentuk kostum Superman yang berubah itu? Mari kita saksikan...

Ini merupakan cover bagi komik SUPERMAN #1, dan sekali imbas, tak nampak sangat perbezaan kan? Tapiii... cuba lihat betul-betul. Ya, ternyata "seluar merah" itu sudah tiada, diganti dengan talipinggang sahaja yang berwarna merah (alaa... suka talipinggang kuning tu). Dan kelihatan kostumnya seperti lebih ke arah ke'armour'an berbanding jenis 'tight' yang dia pakai dulu. Dia memang dah kebal, tapi mungkin juga kostum sebegitu agar tahan kerosakan ketika dia bertarung dengan musuh, berbanding kalau dia hanya pakai baju yang dibuat daripada kain biasa kan? Haa... ini bentuk kostumnya yang terkini, tapi ada satu lagi kostum lain yang akan muncul.

Apakah?!!!

Ini diambil daripada cover Action Comics #1, dan sekali lagi ditanyakan, APAKAH?!!! Ya... ini... aku macam sedikit terkedu. Kelihatan seperti seorang peminat Superman yang pakai T-shirt Superman, berseluar Jeans dan melilitkan kain tuala warna merah di kolar T-shirtnya itu (yaa... kita zaman budak-budak dulu pernah buat kan? Kan? Kan?). Superman takkan pakai macam ini, kan?

Malangnya, ini memang Superman dan itu memang kostum yang dia pakai. Tapi diceritakan bahawa kisah dalam siri komik ini dikatakan berlaku lima tahun sebelum komik yang di atas tadi, iaitu Superman yang masih muda dan baru "berani" menonjolkan diri di khalayak dunia. Dan kelihatannya kemunculannya itu tidak disukai pihak berkuasa yang bertindak memburu dan menembaknya. Superman versi ini juga dikatakan masih tidak berkuasa sepenuhnya dan tidak sekuat Superman yang kita kenal, di mana antaranya ialah dia masih belum boleh terbang tapi hanya mampu melompat tinggi. Beberapa ketika kemudian, kuasanya akan berkembang meningkat dan akan menjadi sekuat dan berkuasa sepertimana sepatutnya, dan dia akan beralih kepada kostum seperti yang kita tengok pada gambar pertama tadi. Hmm... macam menarik juga cerita ni.

Di samping itu, diceritakan juga pada artikel di laman sesawang USA TODAY ini bahawa dalam versi cerita terkini ini, Superman kembali "bujang". Maknanya perkahwinan Superman (atau lebih tepat lagi, perkahwinan Clark Kent) dengan Lois Lane yang berlaku dalam komik pada tahun 1996, akan dijadikan sebagai tidak, atau belum berlaku. Alahai, aku lebih suka sebenarnya cerita mereka dah bersuami-isteri, tapi mungkin nak buat cerita yang lebih dinamik mengenai cerita cinta tiga segi Superman-Lois-Clark itu lebih menarik kalau mereka belum berkahwin. Sekurang-kurangnya kita tahu, ini cerita yang dimulakan semula, maknanya satu ketika nanti mungkin mereka akan berkahwin juga. Tak macam cerita dalam siri komik Spider-Man iaitu "ONE MORE DAY" dan susulannya iaitu "BRAND NEW DAY" di mana status quo Peter Parker dan Mary Jane Watson yang sepatutnya sudah berkahwin, kini menjadi solo. Lagi bodoh, perkahwinan mereka dibatalkan dengan cara (melibatkan sihir segala bagai) di mana mereka dan seluruh dunia (dalam komik itu la) sudah lupa bahawa mereka pernah berkahwin, jadi masing-masing hidup solo.

Dan satu lagi aspek yang mereka ubah yang aku agak tidak berkenan; Jonathan dan Martha Kent, ibubapa angkat Clark Kent, sudah ditiadakan atau dimatikan daripada hidup Superman. Ini bermakna, status Superman akan kembali sepertimana siri komik awalnya dulu di mana Clark Kent sudah jadi yatim piatu sebelum atau ketika dia mengambil keputusan untuk menjadi Superman, berlawanan dengan siri reboot Superman pada tahun 80an di mana watak Jonathan dan Martha Kent dikekalkan hidup dan bertanggungjawab secara langsung membantu Clark membina persona Superman (bahkan Marthalah yang menjahitkan baju Supermannya). Walau bagaimanapun, watak Jonathan dimatikan pada pertengahan cerita, mengikut sepertimana versi filem dan siri Smallville, biarpun umur Clark dan situasi/penyebab kematiannya berbeza, tapi punca kematiannya tetap sama iaitu akibat serangan sakit jantung.

Selain itu, dikatakan juga Superman ini lebih muda (dah tentu la, dah mula balik, mesti la wataknya pun "dimudakan") dan lebih brooding atau macam berjiwa muda yang baran. Superman jugak dikatakan akan bersikap lebih "alien" daripada manusia. Alamak, ini tak berapa sedap dengar, sebab Superman selalunya watak yang cool, bukan perongos macam Wolverine atau pendendam macam Batman, dan jugak watak yang lebih "manusiawi" berbanding watak superhero lain, sungguhpun hakikatnya dia bukan manusia dan jugak sangat berkuasa dan boleh saja berbuat jahat menggunakan kuasanya, tapi "kemuliaan" hatinya itu membuatkan dia terus menjadi superhero yang berbuat kebaikan. Ini bukan Superman yang asal yang aku kenal. Tapi tak mengapalah, aku rasa aku nak kena baca jugak siri komik baharu ni nanti bila dia keluar. Mana tahu ceritanya jadi menarik, boleh layan, kalau tak menarik, hmm... terpaksalah berpaut pada nostalgia (dan komik-komik lama yang aku beli) mengenai watak Superman yang asal yang pernah ku kenali. Yep, mesti baca, sama ada secara sah (beli) ataupun (kalau dah memang tak jumpa kat kedai), secara "kurang sah", iaitu, mencari di internet dan... fikir sendiri la ya... ;-)Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-9968518810294690212010-04-24T08:00:00.004+08:002010-07-24T22:32:54.286+08:00"Zaid sanggup nikah dengan hang..."Dipetik daripada filem MAMI JARUM JUNIOR arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Babak yang berdialog itu dilakonkan oleh Rita Rudaini sebagai Rita (Mami Jarum Junior), Rosnah Mat Aris sebagai Chombee, dan Ikhzal Azfarel Ideris sebagai Zaid.

Pinangan pihak Chombee terhadap ibu bapa Jasmin untuk dijodohkan dengan Zaid telah ditolak. Semua ini gara-gara Ezad. Pada masa yang sama, Rita juga semakin hari semakin tertekan dihina dengan gelaran "Anak Dara Tua". Seolah-olah macam semua orang yang dijumpainya, akan memulangkan kata-kata itu kepadanya setiap kali dia membuka mulut menceritakan kisah orang lain (sebagaimana peranannya sebagai 'Mami Jarum Junior'). Hm... tapi ini bukan gara-gara Ezad.

Rita nekad. Walau apapun yang terjadi, dia tetap akan bertindak seperti yang dirancangnya. Dia mengenakan pakaian yang paling mengancam pada hari itu. Dia akan ke pejabat Ezad. Dia akan menggoda Ezad. Biar Ezad tergoda dengan keayuannya. Semua ini dilakukan dengan bermatlamat.

Supaya dia dapat berkahwin dengan Ezad dan menghapuskan status andartunya itu.

Atau.

Supaya dia dapat memastikan Zaid dapat berkahwin juga dengan Jasmin setelah Ezad meninggalkan Jasmin untuk bersama Rita.

Hmm... yang mana satu motif sebenar Rita ni? Alahai, malangnya, sampai ke hari ini, aku masih keliru dengan motif sebenar Rita menggoda Ezad di pejabatnya. Motif sebenarnya memang tak digambarkan dengan jelas. Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum Rita bertindak sedemikian membuatkan aku (selaku penonton) menyangka Rita berbuat demikian kerana tak tahan digelar andartu.

Pada masa yang sama, dia juga marahkan Ezad, sebab kerana Ezadlah Chombee tak dapat meminangkan Jasmin untuk Zaid, jadi tindakannya itu boleh juga dibaca supaya Ezad tergoda dengan Rita dan meninggalkan Jasmin dan seterusnya Jasmin boleh dipinang Zaid.

Ataupun boleh jadi juga "sambil menyelam minum air". Tapi tetap tidak dapat menjelaskan kenapa tidak Rita saja yang dipasangkan dengan Zaid? Senang cerita kan?

Walau bagaimanapun, ternyata cubaan Rita menggoda Ezad gagal. Mungkin sebab Rita terlebih-lebih memburukkan Jasmin, sementara Ezad pula dah masak dengan perangai mengadu domba Rita itu. Lalu dengan tidak gentlemannya Ezad melayangkan sebuah "penampaq" ke muka Rita sebagai tanda tidak setujunya. "Tahniah" kerana telah memukul seorang wanita, anda memang "hero"! :P

Lalu, dengan marahnya Rita berlari keluar dari pejabat Ezad. "Jantan pendek hitam!" menjadi kata-kata terakhir dalam jeritan Rita sebagai tanda protes kepada Ezad.

Kesian Rita. Tapi ini tak sedahsyat dengan apa yang bakal berlaku kepada Rita beberapa hari kemudiannya.

Beberapa hari kemudian, Rita yang sudah siap mengenakan pakaian yang jauh lebih daring daripada sebelumnya, sedang menunggu-nunggu kehadiran seseorang. Menerusi perbualan telefon bimbitnya, rupa-rupanya dia menunggu Chombee. Kelihatannya mereka ada berjanji untuk ke sesuatu tempat, dan kelihatannya juga Chombee sudah terlambat, memandangkan menurut Rita, "mekapnya sudah cayaq".

Sebaik sahaja tamat berbual telefon, datang dua orang lelaki yang tak dikenali. Mereka memberi salam kepada Rita dan bertanyakan sesuatu kepada Rita. Ternyata mereka sudah salah rumah, kerana bukan rumah Rita destinasi matlamat mereka. Walau bagaimanapun, setelah dinyatakan mereka ini "pengimport barang-barang emas permata dari Senegal", Rita pun terus cair dan dengan serta-merta menjemput kedua-dua lelaki itu masuk ke rumahnya.

Rita menutup pintu rumahnya (takut perompak masuk) dan membawa turun barang-barang emas simpanannya untuk ditrade-in dengan barang-barang yang dibawa oleh dua orang lelaki itu (hmmm... cerdik sungguh Rita ni). "Boleh tayang kat Chombee satgi!", hilaian ketawa Rita sayup-sayup kedengaran, menyembunyikan tragedi yang bakal menimpa dirinya.

Chombee dan Zaid akhirnya sampai ke rumah Rita, serentak dengan keluarnya kedua-dua peniaga emas itu dari rumah Rita. Tanpa mengesyaki apa-apa, Chombee dan Zaid bersalam-salaman dengan kedua-dua lelaki itu yang kelihatan kusut-masai dan cuak, seolah menyembunyikan sesuatu. Chombee dan Zaid masuk ke rumah Rita, tanpa menyedari kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri.

Chombee: Rita? Rita? Hang nak main sembunyi-sembunyi dengan aku ka?

Malangnya, gurauan Chombee itu ternyata benar, apabila menemui Rita tersembunyi di sebalik sofa di suatu sudut ruang tamu rumahnya itu.

Chombee: Astaghfirullahalazim!

Chombee segera mendapatkan Rita yang didapatinya terikat tangan dan mulutnya. Keadaan Rita yang memalukan itu membuatkan Zaid yang memang malu-malu itu bertambah malu.

Zaid: Eee malu!

Chombee: Hang pi, hang pi hambat depa!

Chombee mengarahkan Zaid mengejar dua lelaki tadi yang dipercayai bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Rita. Zaid segera berlari keluar dan cuba mencari-cari dua lelaki tadi. Malangnya mereka sudah lama meninggalkan tempat itu, mustahil untuk Zaid menentukan arah mana mereka pergi. Zaid kecewa lalu merubahkan wajahnya yang kelihatan agak heroik tadi itu kembali kepada sifat asalnya yang keanak-anakan itu, lalu kembali ke dalam rumah.

Sementara itu, Chombee yang sudah membuka ikatan Rita, menangis sambil menenangkan Rita yang teresak-esak menangis.

Chombee: Alahai, apa dah jadi?

Rita: Chombee...

Chombee: Sabaq... bawak bertenang Rita...

Rita: Chombee... (sambil memegang kotak barang kemasnya yang kini kosong) habih baghang maih Rita depa ghompak...

Esakan Rita semakin kuat apabila mengenangkan nasib dirinya pula.

Rita: Rita... dah hilang dagha, Chombee... Rita dah tak suci lagi... Rita kena rogol...

Zaid: Baghu padan dengan muka hang!

Kata-kata Zaid yang sangat tidak gentleman secara tiba-tiba itu membuatkan Rita terdiam. Chombee juga tergamam melihat kelakuan anaknya itu.

Zaid: Selama ni, mengata jadi hobi hang! Fitnah jadi makanan hang! Hang tak penah pikiaq pasai oghang lain!

Rita kembali menangis mengenangkan kebenaran kata-kata Zaid itu.

Zaid: Ada hang pikiaq hang banyak sangat harta? Hang senang-senang, suka-suka bagi oghang yang hang tak kenai masuk dalam ghumah!

Rita semakin menangis. Menyesal.

Zaid: Sekaghang, hang nak mengata? Hang nak meghayu? Hang nak menangih sampai keluaq ayaq mata daghah sekalipun, dah tak guna Rita.

Zaid duduk di sofa berhampiran. Sedikit tenang daripada emosinya tadi.

Zaid: Rita, walaupun hang dah tak suci lagi, tak bermakna takdak laki yang tak suka dengan hang. Rita, aku sanggup nikah dengan hang.

Rita kembali terdiam. Seolah tidak percaya apa yang didengarinya.

Zaid? Nah tudia! Akhirnya mengaku jua dia. Zaid tersengih memandang Rita. Mengharapkan Rita sudi menerimanya, sepertimana dia sanggup menerima Rita.

Dan skrin pun terpaku pada wajah Rita yang memandang ke arah Zaid, seolah harapan kembali bersinar di sebalik musibah yang menimpanya. Apakah respon Rita kepada Zaid?

Rita: Huh, tak mau la cek!

Zaid: Dah jadi lagu ni pun hang dok ketegaq lagi? Aku tampaq hang baghu hang tau!

Rita: Ee... dah la tak betoi, botak pulak tu!

Zaid: Maaak... cek maluu...

Bersambung lagi? Dah tamat daa... melainkan kalau A. Razak Mohaideen nak sambung cerita ni. Malangnya beliau beralih kepada filem-filem lain, meninggalkan plot-plot filem ini tidak terhurai sepenuhnya. ;)Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-34839441902408224782010-04-22T15:50:00.003+08:002010-07-24T22:31:21.338+08:00"Zaid pun ada maruah jugak!"Dipetik daripada filem MAMI JARUM JUNIOR arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Babak ini dilakonkan oleh Rita Rudaini sebagai Rita (Mami Jarum Junior), Rosnah Mat Aris sebagai Chombee, Azizah Mahzan sebagai Zaiton, Chik sebagai Chik, dan Ikhzal Azfarel Ideris sebagai Zaid.

Dahulu, memang Fatimah digelar 'Mami Jarum', namun setelah keburukan rumah tangga orang yang sering diceritakannya itu turut menimpanya, Fatimah sudah insaf dan bertaubat lalu pergi ke Mekah mengerjakan Umrah (kerana dalam cerita Melayu, orang yang insaf mesti kena pi ke Mekah, heh!). Walau bagaimanapun, kekosongan jawatannya segera diisi oleh anak didiknya, iaitu Rita! Memakai gelaran 'Mami Jarum Junior', Rita meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Fatimah.

Memandangkan Rita kini kesendirian, dia berkawan pula dengan Chombee. Walau bagaimanapun Chombee tidaklah pula mengambil alih peranan Fatimah, kerana dia tidak mengata hal orang sepertimana Fatimah. Namun dia juga menjadi mangsa hasutan Rita.

Ya, untuk pengetahuan, Rita lebih 'jahat' daripada Fatimah. Kalau Fatimah hanya membawa cerita buruk orang lain, mengumpat mengenai orang lain, berdasarkan fakta atau cakap-cakap orang, Rita pula terang-terang memfitnah dan mengadu domba, apatah lagi melaga-lagakan antara satu sama lain dengan mendakwa bahawa orang tertentu menghina orang tertentu, padahal semua itu rekaan Rita semata-mata. Dan fitnah Rita ini membuatkan pihak-pihak yang dilagakannya betul-betul bergaduh.

Rita melaga-lagakan Datin Nora dan keluarganya dengan Fatimah (mentornya sendiri!) dan keluarganya, memandangkan Datin Nora kini bermadu dengan anak Fatimah iaitu Sheqah. Shafinaz dan Ezad juga berpisah akibat bawaan mulut Rita (tapi memang cinta mereka dah jadi terlarang dah pun, kan kakak Shafinaz dah menikah dengan bapak Ezad?). Chombee sendiri juga bertarik-tarik rambut dengan Bee (adik Fatimah) akibat difitnah oleh Rita.

Orang ramai bertambah meluat dengan Rita, sehingga menggelarkannya sebagai ANDARTU (ANak DARa TUa), memandangkan dalam umurnya yang tidak begitu muda, dia masih belum berkahwin. Hal ini membuatkan Rita menjadi terdesak, lantas mengubah penampilan dirinya, daripada berkebaya dan memakai banyak barang kemas (sepertimana mami-mami tua yang dia berkawan, seperti Fatimah dan Chombee) kepada penampilan yang lebih muda dan daring.

Walaupun begitu, satu perangai Rita yang agak baik lagi mulia ialah, dia tidak jemu-jemu membantu mencarikan calon isteri untuk Zaid, anak lelaki Chombee itu. Entah kenapa dia berbuat demikian, dan entah kenapa dia sendiri tidak mencalonkan dirinya untuk menjadi menantu Chombee, masih menjadi misteri, padahal Zaid seolah sudah memberi hint (bunga) kepada Rita.

Antara yang dicarinya ialah seorang gadis cantik yang mana Rita dan Chombee sendiri pergi ke rumahnya. Malangnya, suara gadis itu seperti jantan, lalu ditolak mereka. Seterusnya, Rita tertarik pula kepada Jasmin, anak kepada Chik, tukang emas yang selalu dikunjungi oleh Rita dan Fatimah, setelah melihat kelibat Jasmin di situ dan terpesona dengan kesopanannya. Lantas dia mengunjungi rumah Chombee dan menceritakan mengenai hal itu. Dan seterusnya, berangkatlah Rita, Chombee dan Zaid ke rumah Chik.

Zaiton: Kami berbesaq hati la dengan hajat Kak Chombee dengan Cik Rita tu. Tapi bukan lah kami ni tak sudi, Kak Chombee. Maksud Kak Chombee tu kami paham, tapi anak kami tu dah ada pilihan hati.

Zaid pun merengek kepada ibunya setelah mendengar kata-kata itu. Sementara mereka berpandangan, Rita cuba mengambil alih.

Rita: Sapa?

Chik: La, dengan bos tempat dia gheja tu. Ezad, pengurus syarikat tu. Hensem!

Rita: Ooo, Ezad anak Dato' Meera tu ka? Iiish, Chik, suka hati ja nak bagi anak dia kat oghang. Chik tak siasat ka dulu latar belakang dia? Ni haa, Rita kenai la dia tu sapa!

Chik: Okey pa, tak gelong. Betoi dak Ton?

Sementara itu, Chombee memberi isyarat kepada Rita supaya memaklumkan pekerjaan anaknya itu sambil membisikkan perkataan "Lawyer!".

Zaiton: Ha, elok perangai, sopan santun, hormat orang tua.

Rita: Allah, mengkala kata anak oghang kaya, elok, hensem. Ni ha, anak Kak Chombee ni, apa kughangnya? Hensem, lawyer lagi! Mangkit, mangkit (sambil memberi isyarat kepada Zaid).

Zaid: This is my card Uncle, Auntie. Kalau ada apa-apa nak mintak bantuan, boleh talifon saya di nombor talifon yang tertegha di kad tu, no?

Zaiton: Saya ni, bagi pihak keluarga kami, sekali lagi mintak maaf la banyak-banyak na?

Rita: Awat, tak jadi jugak ka?

Chombee: Tak apa lah.

Zaid: Mak! (Zaid merengek seperti budak-budak, sementara sayup-sayup kedengaran Rita menyatakan simpatinya kepada Zaid).

Chombee: Dah takdak rezeki kita nak berbesan, nak buat macam mana. La ni nak cari bunga yang belum makan dek ulat, susah Cik Ton oi! Bunga yang dok makan ulat, melambak-lambak kat luaq sana. Anak laki-laki kita ni masih teruna lagi.

Zaid yang tidak berpuas hati, tiba-tiba membentak.

Zaid: Cek malu la mak! Awat mak tak check dulu depa setuju tak ngan kita ni? Cek pun ada maruah jugak!

Chombee: Pasai ap...!

Rita: Shhh, pelan sikit!

Chombee: (Berbisik) Pasai apa nak salahkan mak? Salahkan Rita tu!

Dengan tak semena-mena Zaid bingkas bangun, sambil melihat ke arah Rita.

Zaid: Rita tak salah mak!

Nah itu dia, satu lagi 'pembayang' yang diberikan oleh Zaid, yang sedikit sebanyak menyatakan isi hatinya dan perasaannya terhadap Rita. Kerana dia sanggup mempertahankan Rita tatkala ibunya menyalahkan Rita. Hmm... inikah cinta?

Walau bagaimanapun, maka sekali lagi, gagallah jua usaha Chombee nak menjodohkan anaknya dengan anak gadis yang dirisiknya itu. Sampai bilakah Zaid akan membujang? Bilakah Chombee akan berjaya menimang menantu? Sampai bilakah Rita akan mendara, atau kekalkah dia dalam keadaan begitu?

Bersambung...Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-56970488752437775602010-04-21T15:00:00.007+08:002010-07-24T22:31:09.296+08:00"Zaid nak minum!"Dipetik daripada filem MAMI JARUM arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Babak ini dilakonkan oleh Kartina Aziz sebagai Fatimah (Mami Jarum), Norlia Ramli sebagai Datin Nora, Maidin sebagai Elvis Rosli, Vanida Imran sebagai Sheqah, Zahida Rafik sebagai Shafinaz, Rita Rudaini sebagai Rita (Mami Jarum Junior), Sheila Mambo sebagai Bee, Rosnah Mat Aris sebagai Chombee, Ezad Exist sebagai Ezad, Ismail Din sebagai Dato' Meera, Piee sebagai Piee, dan Ikhzal Ideris sebagai Zaid.

Seminggu telah berlalu, dan tibalah hari yang dijanjikan. Fatimah, adiknya iaitu Bee, dan teman seperjuangannya iaitu Rita menanti-nanti kehadiran rombongan meminang. Setelah puas menunggu, akhirnya sampailah sebuah kereta mewah di hadapan rumah Fatimah. Alangkah terperanjatnya Fatimah mendapati tetamu yang sampai itu ialah Datin Nora, kawan barunya itu. Bertambah-tambah terkejut lagi apabila mendapati bahawa anak Datin Nora yang ingin meminang Shafinaz itu ialah Ezad, posmen yang dihalau dan dihinanya beberapa hari sebelum itu. Setelah termalu seketika, Fatimah lega mendapati dia akan berbesankan seorang Datin. Walau bagaimanapun, Dato' Meera, bapa Ezad, ada temujanji dan hanya akan datang lewat sedikit.

Setelah menjemput rombongan Datin Nora masuk ke rumah, kedengaran pula salam diberikan dari luar. Rupa-rupanya Chombee datang bersama Zaid dan rombongan mereka. Dengan suka hatinya, Fatimah menjemput mereka masuk. Agenda pun dimulakan dengan perbincangan mengenai peminangan, pertunangan dan tarikh pernikahan untuk Shafinaz dan Ezad. Setelah semuanya selesai, Fatimah meneruskan dengan agenda "tergemparnya", yang tidak diketahui oleh semua hadirin, kecuali Chombee.

Fatimah: Alhamdulillah. Semua dah selesai. Bab-bab hantaran, semua dah pakat-pakat setuju. Jadi Mami ada satu nak umumkan pada semua yang ada. Pasai hat bongsu lepaih dah. Ni ada lagi hat sulong. Oghang kata kan, kalau dilangkah bendoi, kan tak beghapa elok? Jadi Mami dengan bangganya nak umumkan majlis perkahwinan anak kedua-dua ni ataih pelamin seghentak sekali pada hari, tarikh yang kita tetapkan.

Datin Nora: Lagu ni Fatimah. Tadi dok kata satu, la ni jadi dua. Sapa pulak lagi satu?

Fatimah: Maksud saya kan ka Datin, saya ni dah caghi dah jodoh untuk anak saya yang sulong tu, Sheqah.

Wajah Sheqah, kakak kepada Shafinaz yang diraikan pada hari itu, serta-merta berubah mendengar kata-kata ibunya. Seolah-olah seperti dia ada suatu rahsia yang disembunyikan selama ini yang bakal terbongkar sekiranya dia tidak berbuat sesuatu. Namun kelihatannya, rahsianya itu akan terkantoi jua walau apa cara pun dia buat. Oh, patut la Chombee pun datang bersama anak terunanya. Patut la dari tadi Zaid asyik dok menjeling ke arahnya, mengacah-acahkan sejambak bunga yang dibawa itu ke arahnya. Rupa-rupanya untuk meminang aku! Namun dia perlu berbuat sesuatu. Apapun yang bakal berlaku, dia sanggup menerima risikonya.

Sheqah: Mak! Nanti sat mak. (Sheqah mendekati ibunya) Mak tak boleh buat lagu ni, Sheqah tak mau.

Fatimah: Pasaipa pulak tak boleh? Mak dah caghi dah jodoh untuk Sheqah menikah, Sheqah tak boleh tolak. Hang kena teghima Sheqah.

Elvis Rosli: Sheqah, awat? Hang habaq, pasaipa hang tak mau kat Zaid ni? Apa dia kughang? pasaipa hang tolak dia?

Fatimah: Ha, ni pasaipa? Habaq mai?

Sheqah: Mak... Sheqah...

Fatimah: Sheqah apa?!

Sheqah: ...Sheqah dah menikah mak...

Fatimah: Apa dia Sheqah?! Hang habaq betoi-betoi, hang habaq jelaih-jelaih, hang habaq bagi mak dengaq teghang-teghang kat telinga mak ni, apa dia ni, habaq, habaq! Hang nak contiang aghang kat muka aku Sheqah?!

Fatimah kelihatan seperti orang yang hilang akal. Seolah mahu sahaja dia membelasah anak sulungnya itu tanpa menghiraukan orang ramai yang hadir. Bee segera bangun menenangkan kakaknya yang memang terkenal panas baran itu.

Bee: Jangan, malu kat oghang ghamai ni!

Sheqah: Sheqah dah menikah dah dua bulan dah mak...

Orang ramai tekejut mendengar pengakuan Sheqah itu. Fatimah terkedu tak terkata-kata. Mendengarkan pendedahan ini, Chombee berasa marah dan bingkas bangun.

Chombee: Zaid, hang tunggu apa lagi! Bangkit!

Bee: Nanti, sabaq.

Chombee: Apa yang sabaq? Hei, dengaq sini! Aku pun tak mau lagi dengan keluarga yang tak tau malu!

Fatimah menangis teresak-esak. Dia merasakan seolah-olah cerita-cerita keburukan rumah tangga orang lain, kali ini benar-benar sudah menimpanya.

Chombee: Hai Timah, lagu mana hang hajaq anak hang? Hang dok mengata anak oghang, pandai! Semua tak betoi, semua jahat! Habih, anak hang ni, baik ka? Tak jahat ka? Hei Timah, aku pun tak kebuloq nak amik anak hang menjadi menantu aku, tau! Sudah (sambil menarik Zaid), balik, mai!

Zaid: Sssssat!

Chombee: Apa lagi?

Dengan tak semena-mena, bunga yang dibawa oleh Zaid, yang ingin ditujukan kepada Sheqah, kini diserahkan pula kepada Rita. Rita terkejut. Hermmm... apakah ini bunga-bunga cinta? Heheh! Walau bagaimanapun, keromantisan Zaid itu tidak berkekalan lama. Zaid kembali kepada perangai tiga-sukunya itu.

Zaid: C...c...c...cek nak minum!

Chombee: Tak payah! Kita minum di kedai! (Chombee memanggil rombongannya) Jom, maih maih!

Zaid: ...Cek nak minum, lapaq...

Sebaik saja rombongan Chombee keluar, Fatimah tiba-tiba hilang sabar, lalu mengamuk sambil memukul-mukul Sheqah. Setelah puas dihalang oleh Bee, Shafinaz, dan semua yang hadir, akhirnya Fatimah berhenti dan mendesak Sheqah memberitahu siapa suaminya.

Kebetulan pada ketika itu, suami Bee iaitu Piee yang bekerja sebagai pemandu peribadi Dato' Meera, tiba di rumah Fatimah bersama-sama dengan Dato' Meera. Sebaik sahaja Dato' Meera berada di pintu rumah dan memberi salam, Sheqah terus berlari ke arahnya dan memeluknya sambil menangis. Maka benarlah kata-kata Piee (yang sebenarnya sudah tahu cerita sebenar tapi dirahsiakan), memang betul Sheqah ni sudahpun menikah dengan "satu jantan tua"; Dato' Meera! Terkejutlah sekalian yang hadir, terutamanya Datin Nora dan Ezad apabila mendapati ketua keluarga mereka sudah "melebarkan sayap". Lebih rumit lagi, apakah Ezad masih boleh menikah dengan Shafinaz sedangkan kakak Shafinaz kini sudah menjadi ibu tirinya?

Dan Fatimah terlebih-lebih lagi tergamamnya mendapati anaknya sendiri sudah menikah dengan "jantan tua", suatu perkara yang sangat-sangat dia 'anti'. "Takkan la pak jadi menantu, anak pun nak jadi menantu?", merupakan kata-kata terakhirnya sebelum seluruh dunia ini gelap pada pandangan matanya lalu rebah di lantai rumahnya.

Bersambung...Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-40565795146369161272010-04-20T01:00:00.005+08:002010-07-24T22:30:54.504+08:00"Zaid ka?"Dipetik daripada filem MAMI JARUM arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Babak ini dilakonkan oleh Kartina Aziz sebagai Fatimah (Mami Jarum), Rosnah Mat Aris sebagai Chombee, dan Ikhzal Ideris sebagai Zaid.

Fatimah digelar "Mami Jarum" oleh orang yang mengenalinya kerana sifatnya yang suka membawa cerita mengenai keburukan orang lain kepada sesiapa yang dijumpainya. Dia juga sentiasa menganggap dirinya yang paling sempurna dari segi pembawaan diri dan penjagaan kedua-dua anak gadisnya berbanding orang lain. Baginya, tiada orang yang lebih pandai menjaga rumahtangga selain daripada dirinya. Antara yang paling tidak disukainya ialah apabila seseorang perempuan berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua daripadanya. Apatah lagi adik perempuannya sendiri, Bee, turut menjadi "mangsa" perkahwinan sebegitu kerana menikah dengan Piee yang jauh lebih tua. Setiap kali berjumpa, Fatimah akan mengungkit perkara demikian dan memperlekehkan adik dan iparnya itu.

Walau bagaimanapun, Fatimah menerima sedikit tamparan hebat apabila mendapati anak bongsunya, Shafinaz, berpacaran dengan seorang posmen, sedangkan dia mengidamkan menantu yang berpendapatan tinggi, sesuai dengan statusnya yang juga dalam kalangan orang berada. Ini ditambah pula dengan cerita yang dibawa oleh Bee, bahawa suaminya iaitu Piee dikatakan ada terlihat anak sulung Fatimah, iaitu Sheqah, "baguih punya dok dating dengan satu jantan tua". Mujurlah anak bongsunya itu akan ada yang akan masuk meminang pada minggu hadapan, tetapi anak sulungnya, dengan "jantan tua"? Oh, tak mungkin Fatimah akan membiarkan maruahnya tercalar. Beliau tidak mahu keluarganya terjebak dalam perkara yang selalu terjadi dalam keluarga orang yang selalu diaibkannya itu. Lalu dia pun pergi ke rumah teman baiknya, Chombee, merisik anak lelaki Chombee untuk dijodohkan dengan anak sulungnya itu.

Fatimah: Ni aku mai ni, semata-mata nak jumpak hang. Nak ceghita kat hang. Oghang lain semua tak tau, hang soghang oghang pertama. Hang tau Karim? Karim nasik kandaq? Dia menikah muda anak dagha! Hang tak tau dia menikah dengan sapa? Oghang gaji diaaa! Eee... bughok no, oghang tua pi menikah dengan anak dagha? Eeiiiish!

Chombee: (Menggunakan loghat Penang yang "palsu", Chombee menjawab) Tu la Fatimah. Anak-anak kita la ni semmmmmua kena tanya, "Pi mana? Keluak dengan siapa?", semmmmua kena tanya. Tambah-tambah anak betina. Sat lagi, oghang dok boh, sia-sia.

Fatimah: Sunggoh! Heran no? Eee... depa ni tak macam kita. Kalau jaga anak-anak, semua baguih-baguih, teghtib-lentit anak-anak kita, no?

Setelah puas mengumpat sebagai pembuka bicara, maka Fatimah pun menjeling ke arah sebuah foto di atas meja di ruang tamu rumah Chombee, lantas mengutarakan hasrat sebenar kedatangannya.

Fatimah: Erm, sebelum terlupa, saja nak tanya. Anak hang hat ni, segak no? Dia dah gheja ka?

Chombee: Zaid ka? Daaaah. Lepaih... chambering!

Chombee seolah-olah sedang mencari-cari mana-mana barang kemas yang berada di badannya yang sesuai untuk dikaitkan dengan perkataan yang disebutnya itu. Memang selalu menjadi kebiasaan antara Fatimah dan Chombee yang akan menunjuk-nunjukkan barang kemas masing-masing secara tidak langsung sedemikian bagi memperlihatkan siapakah di antara mereka yang paling mewah barang kemasnya. Lalu Chombee mendapat idea untuk mengaitkan perkataan itu dengan cincin emas di jarinya itu.

Chombee: Cham... chamberrrr...RING! (sambil menunjuk-nunjuk cincin di jari tangan kanannya lantas ketawa) Teghos dia keja pejabat loya (lawyer).

Kebetulan anak lelakinya itu baru pulang lantas bertemu dengan mereka berdua di ruang tamu.

Zaid: Mak...

Chombee: Zaid!

Fatimah: Hat ni la Zaid? Oooh, besaq... (sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zaid, tapi sebaliknya Zaid menghulurkan begnya kepada Fatimah) ...ni beg dia (getus Fatimah dalam hati, kehairanan, apakah Zaid "kurang cerdik"?)

Zaid: Ssssss... sapa ni mak? Mak? (tergagap-gagap Zaid bertanyakan ibunya)

Chombee: Ni, salam Makcik Timah tu.

Fatimah: (setelah bersalam dengan Zaid) Allah, sopannyaaaa.

Zaid: Mak...

Fatimah: Dia tak mau menikah lagi ka?

Zaid: (Tersipu-sipu) ...Zaid malu...

Chombee: Cek takut nanti Zaid jatuh hati dengan perempuan yang tak senonoh. Mana kita tau!

Fatimah: Sunggoh laaa... budak-budak peghempuan la ni peghangai bukan la baik sangat. Tak macam kita dulu-dulu. Ni, cuba la hang tanya pasai anak aku tu, Sheqah tu.

Chombee: Ya ka?

Zaid: ...Suka!

Chombee: Sheqah ka? Zaid tentu suka! Depa pun dah kenai daghi kecik.

Fatimah: Hmm, toksah dok panjang-panjang ceghita lah, kigha jadi la tu! Ni apa kata, minggu depan hang mai ghumah aku hang bawak mai Zaid sekali. Zaid no?

Chombee: Eeellok la tu.

Fatimah: Aah, tak pa lah, kalau lagu tu aku balik dulu la na? Kalau aku ada ceghita baghu, aku ceghita kat hang la oghang pertama. Balik no Zaid...

Fatimah cuba bersalaman lagi dengan Zaid, namun Zaid yang ketika itu sedang memegang sekeping biskut yang dimakannya yang diambilnya dari hidangan yang dihidangkan oleh ibunya kepada Fatimah, lantas menghulurkan biskut itu ke tangan Fatimah, sepertimana begnya sebentar tadi.

Fatimah: ...Ni... letak tang ni no? Nanti makan, jangan dok baziaq.

Fatimah pun pulang ke rumah, dan tingallah kedua-dua anak-beranak itu dalam keadaan gembira.

Zaid: Mak! C...c...c...cek nak menikah ka?

Chombee: Hang suka ka?

Zaid: Eeee... suka!

Dengan gembiranya, ibunya menyuapkan sekeping lagi biskut ke dalam mulut anaknya. Dalam masa satu minggu lagi, Chombee dan Zaid dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan anak bongsu Fatimah, iaitu Shafinaz, dan serentak dengan itu juga Fatimah berhasrat mahu Zaid meminang anak sulungnya iaitu Sheqah.

Apakah yang akan terjadi pada Zaid? Apakah berjaya dia memilik Sheqah, atau apakah benar Sheqah sudahpun dimiliki oleh "satu jantan tua" sepertimana yang dikhabarkan oleh Piee?

Bersambung...Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-41724430219450036292010-04-13T17:22:00.017+08:002012-12-13T16:12:00.467+08:00Digimon kembali lagi!"Dig... dig... dig... Digimon! Digital Monsters! Digimon are the champions!"

Nah, begitulah berkumandangnya lagu tema siri animasi Digimon versi Amerika Syarikat. Bukanlah sebuah lagu tema yang seronok didengar, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan lagu tema asalnya dalam Bahasa Jepun (kalau siri yang pertamanya iaitu Digimon Adventure ada lagu 'Butter-Fly' dan 'Brave Heart'), tapi sebab iramanya yang agak berulang dan catchy membuatkan muzik yang bersifat generik tu ada kalanya terngiang-ngiang jugak kat telinga peminat Digimon yang seorang ini, heh!

Sejak kemunculan siri anime pertamanya di dunia pada tahun 1999 (dah lebih sepuluh tahun dah rupanya!) dan di negara kita menerusi saluran NTV7 pada sekitar tahun 2001, siri animasi yang berdasarkan francais Digimon ini telah memiliki empat siri yang ditayangkan berturut-turut, bermula dengan siri Digimon Adventure yang diikuti dengan sekuelnya iaitu Digimon Adventure 02 (2000), seterusnya diikuti dengan siri baharu (bukan sambungan/kesinambungan) berjudul Digimon Tamers (2001) dan seterusnya diikuti dengan siri yang baharu juga (tiada kesinambungan iaitu Digimon Frontier (2002). Setelah menyepi selama empat tahun, pada tahun 2006, siri animasi Digimon kembali dengan format yang baharu dengan judul Digimon Savers (ataupun menurut judul versi Amerika Syarikatnya iaitu Digimon: Data Squad).

Dan selepas berakhirnya siri tu, maka Digimon pun kembali menyepi dari persada animasi. Siri-siri permainannya dan siri-siri permainan kad juga ada ketikanya naik dan laku di pasaran (terutamanya apabila munculnya siri animasi yang biasanya memang akan "mempromosikan" permainan tersebut dalam siri animasi mereka), begitu juga dengan siri-siri permainan videonya yang ada ketikanya muncul di persada konsol-konsol permainan. Dan memang benar, dari segi penceritaan dalam animasi, sememangnya boleh menang kat Digimon, tapi dari segi ketahanan produk, nampak gayanya ianya dimenangi oleh pesaing terdekat dan terhebatnya iaitu Pokémon!

Mungkin ramai yang lebih menganggap Pokémon lebih keanak-anakan berbanding Digimon, tapi tak dapat dinafikan, Pokémon masih lagi maintain tahap popularitinya, produksi produk-produknya juga masih konsisten, siri permainan videonya masih lagi diterbitkan dan sentiasa sahaja menguasai pasaran konsol-konsol handheld (daripada generasi pertama di konsol Game Boy sehinggalah ke generasi kelima di konsol Nintendo DS), sementara siri animasinya pula (yang bermula pada tahun 1997) masih belum tamat-tamat sehingga ke hari ini (dah lebih 600 lebih episod, dan dah 13 tahun, watak Ash Ketchum, yang asalnya sebaya dengan aku, masih lagi tak dewasa sepertimana aku sekarang, heheh!). Malah Pokémon ada laman sesawang rasminya sendiri (di samping puluhan laman sesawang peminat), sedangkan Digimon hanya ada laman sesawang rasmi untuk beberapa ketika sahaja (ketika sesuatu siri tengah ditayangkan), sementara komuniti peminatnyalah yang terus-menerus setia memastikan Digimon ni "hidup" di persada dunia.

Namun penantian demi penantian ini mungkin berbaloi memandangkan Digimon akan kembali lagi dengan siri animasi terbaharunya, untuk generasi baharu (iyalah, generasi yang menontonnya dulu dah "tua" dah sekarang ni, hehh!). Apakah nama siri terbaharunya ini?

Mempersembahkan, scan gambar daripada sebuah majalah hiburan dari Jepun mendedahkan mengenai siri animasi terbaharu ini!

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran imej ini. Imej diambil dari laman sesawang Anime News Network.

Info lanjut yang secebis cuma boleh dibaca dari laman sesawang Anime News Network. Daripada gambar ini, didapati bahawa tiada seekor pun watak Digimon yang dipaparkan itu aku kenal, menunjukkan bahawa mereka akan memperkenalkan watak-watak Digimon yang baharu untuk siri ini (sepertimana sebelum-sebelum ini pun). Kecuali watak Digimon yang digelapkan yang berada dalam imej "poster" itu, yang kelihatan seperti (dan dinyatakan/disahkan oleh sumber sebagai) watak Greymon (tapi tak pastilah Greymon versi yang mana), dan caranya seolah macam Greymon dalam siri ini ialah watak jahat (tak seperti versi siri sebelum ini di mana Greymon ialah pasangan Digimon bagi watak hero).

Dan, daripada gambar ini juga, aku rasa mereka akan kembali kepada format asal siri Digimon iaitu dengan memaparkan protagonis utama siri itu sebagai seorang kanak-kanak (mungkin sekitar 10 tahun, umur yang cukup "matang" bagi seseorang kanak-kanak dalam sesebuah siri animasi, namun belum lagi mencecah usia remaja, hihihi!), yang juga memakai goggle, sepertimana protagonis-protagonis sebelum ini! Baguslah jugak, sebab setelah usaha mereka "meremajakan" siri Digimon menerusi animasi Digimon Savers gagal menarik minat aku, maka ini suatu yang baik. Sebetulnya aku ni tak berapa gemar dengan ciri-ciri klise dalam anime, dan malangnya, Digimon Savers ada kesemua aspek yang aku tak gemar tu, membuatkan aku tak boleh belah dengan siri tu. Watak utamanya digambarkan berumur 14 tahun, tapi perangai dan fizikal seolah dah berumur 19 tahun (dan tak memakai goggle!), dengan perangai samseng dan terlampau nak menegakkan kejantanannya yang tak bertempat (malah boleh bertumbuk dan menang dengan lebih daripada tiga orang dewasa, tak logik tu!). Harap-harap watak protagonis baharu ni "ceria" sepertimana watak-watak protagonis yang sebelum ini.

Oh, hampir terlupa pula nak bagitau judulnya. Ketika khabar angin mengenai siri ini muncul hujung tahun lepas, dikatakan tajuknya ialah "Digimon AROUnD". Itu baru working title dan tajuk sebenarnya mungkin berbeza dan akan diketahui bila nak diriliskan nanti. Dikhabarkan siri ini akan ditayangkan di Jepun pada bulan Julai tahun ini. Kepada "pencari-pencari" siri animasi secara tidak berapa sah (faham-faham la yea?), nantikan dan carikan di tempat-tempat anda selalu memuat turun siri TV anda, heheh!

Sementara itu, aku tak pasti apakah kita boleh menyaksikan siri ini secara "sah" di TV kita, sebab "terima kasih" kepada NTV7 yang berhenti menayangkan siri Digimon setakat Digimon Tamers sahaja, sementara siri Digimon Frontier (yang tidak digemari ramai kerana bertukar format kepada ala-ala "Power Rangers" sebab watak-watak dalam siri itu boleh "bertukar" menjadi Digimon dan bukannya memelihara Digimon seperti yang sepatutnya) langsung tak ditayangkan di sini. Digimon Savers yang lebih bercorak "dewasa" dan banyak perkara yang perlu dicensor kalau nak ditayangkan di sini itupun tak "berjaya" menembusi stesen TV kita. Mungkin ada harapan kot dengan siri terbaharu yang kelihatan lebih kid-friendly seperti siri-siri terawal (berbanding Digimon Savers).

Apapun, dengan munculnya siri animasi terbaharu ini, pasti akan muncul juga permainan-permainan yang akan dijadikan sebagai tie-in kepada siri ni. Tak sabar nak tengok bagaimana pula bentuk dan fungsi Digivice serta watak-watak Digimon baharu yang akan mengiringi siri ini, di samping permainan kad dan videonya yang pasti juga akan menyusul. "Perbincangan" lanjut mengenai siri ini boleh diikuti di internet, di laman-laman sesawang komuniti peminat Digimon, antaranya ialah laman sesawang With The Will ini.

*Kemaskini: Menurut laman yang aku rujuk, sudah ada tajuk rasmi bagi siri ini (namun mungkin ada perubahan pula nanti). Siri ini akan dikenali dengan tajuk DIGIMON CROSS WARS. Lagi perbincangan lanjut boleh melawat laman forum With The Will ini.

*Kemaskini lagi: Menurut imbasan gambar yang aku letakkan kat bawah ini, tajuk siri ini juga ditulis sebagai DIGIMON XROS WARS.

Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-45724482496527348812010-04-10T17:02:00.002+08:002010-07-24T22:30:31.786+08:00Mencuri di Masjid Amalan "Mulia"?Anda rajin pergi ke masjid? Atau soalan paling jujur, anda pernah pergi ke masjid?

Ya? Alhamdulillah, bagus!

Berapa kali sehari? Aaah, seminggu sekali saja (Solat Jumaat)? Ish ish, rajin-rajin la sikit pergi masjid, solat berjemaah kat situ, kan lebih baik daripada solat sorang-sorang kat rumah?

Apa? Setahun sekali (Hari Raya)? Tak pergi langsung (tak Solat Jumaat)? Tak solat langsung? Astaghfirullahalazim!

Bagi yang pergi ke masjid tu, apa yang selalu anda buat di sana? Solat? Semestinya kan? Menghadiri kuliah agama? Mengaji kitab? Ya, itu antara aktiviti yang kita boleh buat kat situ. Selain daripada mengaji secara online misalnya menerusi laman portal Al-Muttaqin TV atau yang seumpamanya ka), eloklah meluangkan masa pergi masjid. Dapat pahala iktikaf sekali.

Apa lagi aktiviti orang buat di masjid? Bersembang? Bersosial? Merokok?! Mengumpat!? Hahah, yang itu pun ada jugak, biasanya orang tua-tua yang "kureng" kesedaran siviknya. Waktu orang mengutip pahala beriktikaf dalam masjid, mendengar kuliah atau mengaji kitab (sesudah solat, biasanya antara Maghrib dan Isyak), ada segolongan penghadir masjid ni akan melepak di luar dan bersembang merapu sambil merokok. Macam mana hukumnya tu ya? Kan merokok tu hukumnya... ermm... faham-faham sendirilah ya?

Tapi apapun, aku rasa ianya jauh lebih baik dan bagus la daripada golongan yang langsung tak pergi ke masjid tu. Nak kata sibuk, dah pencen pun. Rumah pun di belakang masjid, tapi tak pergi jugak. Yang pergi dan imarahkan masjid dah dapat pahala dah (biarpun MUNGKIN ditolak dengan dosa mengumpat, merokok, heheh...), tapi yang tak pergi langsung tu dah sah tak dapat sahamnya.

Tapi ada juga golongan yang suka mencuri di masjid. Apakah hukumnya mencuri di rumah Allah ni? Dapat pahala ibadahkah? Hahah, faham-faham sendirilah jugak ya? Dan agak-agak apa yang selalu mereka curi, atau maksud aku, apakah yang selalu anda kecurian/kehilangan setiap kali anda pergi ke masjid?

"KASUT!"

Tidak syak lagi, pasti ramai yang akan menjawab dengan jawapan ini. Agak sayang kan, dalam banyak-banyak pakaian yang kita boleh pakai dengan cantik dan berbelanja lebih untuk digunakan untuk bertemu Allah, kasut merupakan pakaian yang paling ramai orang tak berani nak bawa/pakai yang mahal-mahal. Sehinggakan kalaupun tak dicuri pun, tapi kalau bawa yang mahal-mahal, tuan kasut tu mesti tak khusyuk solatnya memikirkan "keselamatan" kasutnya. Atau kalau yang tak bawa yang mahal pun, risau jugak, sebab kalau kasutnya hilang, bagaimana dia nak balik ke rumah dengan selamat keadaan kakinya kan? Lainlah kalau yang memandu kereta, bagi yang bermotosikal, berbasikal, apa lagi berjalan kaki, kasihan la mereka ni nak balik berkaki ayam. Iya lah, takkan dia nak balas kasut orang pulak kan?

Aku? Hahah, jangan ditanya berapa kali dah aku kehilangan kasut (atau mulai saat ini, aku akan menggelarnya "sandal" atau "selipar"). Ada yang marahkan aku, dengan berkata, "Lain kali jangan pakai kasut mahal-mahal, kan dah hilang! Pakai yang murah-murah/lama-lama/buruk-buruk sudah lah!". Masalahnya, bila aku bawa yang buruk pun, kalau nak hilang tu, hilang jugak! Dah habis semua kasut lama aku disumbangkan kepada jemaah yang "baik hati" mengambilnya daripada aku. Tinggallah yang paling baharu yang aku miliki, dan bila itu pun diambil orang juga, maka kenalah beli yang baharu pulak. Yang baharu tu pun, belum sempat dia nak jadi lama dan buruk, pun diambil orang jugak, jadi macam mana lagi nak buat kan?

Dah bermacam jugak cara aku buat untuk mengelakkan diri daripada berlakunya tragedi ni. Menanda pada selipar tu dah ramai orang buat, maka aku cuba pendekatan lain. Ada ketikanya, aku pisahkan kedua-dua belah selipar aku tu, sebelah di hujung sana tangga masjid dan sebelah lagi di hujung sini. Alhamdulillah, berkesan. Tapi malangnya, kalau ada pulak hamba Allah yang datang kemudian daripada kita, memakai selipar jenis yang sama, letak di tempat berhampiran dengan salah sebelah daripada selipar kita, lepas tu dia keluar dulu, apakah kebarangkalian yang dia akan tersarung selipar kita sebelah? Yeaaa... tak mengapa kalau seliparnya elok, tapi biasanya seliparnya lebih buruk daripada yang kita miliki.

Benda ni jugak berlaku kalau kita letak dua-dua belah di tempat sama. Adakalanya mungkin niat si pengambil tu nak mencuri, tapi rupa-rupanya memang ada yang jenis tak peka, atau saraf tapak kakinya keras kot, dia main sarung saja selipar orang yang disangkakan seliparnya. Memang baguih sangat la kalau dia dapat yang jauh lebih elok daripada yang dia punya kan? Maka atas sebab tu, kita kadang-kadang bersangka baik pada orang yang tak sengaja macam itu.

Tapi banyak kali berlaku, memang betul-betul selipar kita diambil orang dan tiada sepasang pun selipar yang tinggal tu mirip selipar kita, membawa kepada kemungkinan selipar kita betul-betul dicuri. Malah aku pernah kehilangan selipar dari rak yang disediakan di tepi tangga. Mustahillah ada yang secara "tak sengaja" terambil selipar dari rak menyangka itu seliparnya, sedangkan dia mesti tahu kat mana dia letak selipar asalnya (yang di atas lantai mungkin dah disepak oleh orang lain dan tercampak lalu berselerak). Ada pula yang mencadangkan agar kita menunggu sehingga habis semua jemaah keluar dari masjid, dan mengambil sahaja selipar yang tertinggal, dengan keyakinan bahawa itulah selipar milik hamba Allah yang mengambil selipar kita tadi. Tapi tidakkah tindakan kita itu sama saja dengan tindakannya, iaitu mengambil hak orang lain tanpa izin (bahasa "lembut" bagi mencuri)?

Apapun, itu bab kasut, yang memang sangat normal untuk kita kehilangannya di masjid. Tapi selain daripada kasut, apakah ada di kalangan anda yang kehilangan barang-barang lain? Aku pasti mesti ada. Mungkin beg? Sebab pemilik beg tu tercuai sikit dan meninggalkannya di dalam masjid sementara dia pergi ke tandas atau berwuduk?

Tapi aku nak spesifikkan sikit la kepada penunggang motosikal. Pernah anda kehilangan apa-apa barangan ketika di masjid? Helmet? Mungkin jarang, sebab yang pergi ke masjid tu biasanya golongan yang tidak memilik helmet yang mahal-mahal (heheh... ooops!) ataupun mereka tu tak pernah pergi ke masjid memakai helmet (ooops!).

Walau bagaimanpun, ingin aku berkongsikan suatu peristiwa yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Ini berlaku di sebuah masjid di sebuah daerah bandar di sebuah negeri di utara Semenanjung. Malam. Terdapat sebuah program pengajian yang dianjurkan oleh masjid berkenaan, di mana mereka menjemput seorang ulama terkenal dari negara seberang. Beliau ni memang selalu datang sini (dan aku pernah tulis pasal beliau dalam entri-entri yang lalu, tapi sebab aku nak anonimuskan lokasi dan manusia yang terlibat, maka aku tak tulislah namanya di sini, heheh). Beliau mengajar di masjid itu selama lima hari berturut-turut (Ahad sampai Jumaat), setiap pagi dan malam (lepas Maghrib dan Isyak).

Aku pun teringin la nak sertai dan tak mahu lepaskan peluang, maka aku pun ikutlah menghadirinya. Malam pertama aku pergi, dan aku pun tak ada la pulak kitab yang diajarkannya. Mujur di ruang legar masjid tu ada dijual, khusus untuk yang tak pernah ada, di samping dijual juga buku-buku agama lain. Duitnya digunakan untuk disumbangkan kepada murid-murid sekolah agama rakyat yang turut mengikuti pengajian ini, bahkan digalakkan juga bagi sesiapa yang sudi untuk sponsor dan belikan kitab yang diajar itu kepada murid-murid berkenaan, sebab merekapun tiada bukunya dan apatah lagi wang.

Aku pun belilah buku kitab yang diajarkan itu, beserta dua buah lagi buku judul lain yang menarik minat aku. Memandangkan aku tidak memerlukan dua buah buku itu untuk kuliah berkenaan, maka aku pun simpanlah kedua-duanya di raga motosikalku. Yang dibawa masuk tu, yang sebuah tu saja la.

Habis selesai kelas untuk malam itu, maka dengan gembiranya aku menuju ke motosikalku, sebab aku tak sabar nak pulang dan membelek salah sebuah daripada dua buah buku yang kusimpan di raga tadi, sebab buku tu memang aku dah lama dah cari. Gembira aku bertukar menjadi terkejut bila mendapati raga aku tu kulihat dari jauh macam kosong, kecuali yang ada cuma helmet merahku. Aik, biaq betoi?

Aku angkat helmet dan perhati betul-betul kat raga tu, mana la tau aku silap nampak, malam pulak kan. Eh, memang tak ada buku-buku tu. Macam orang tak berapa betoi, aku jenguk ke bawah motosikal aku, kot-kot terjatuh, tak ada jugak. Dengan niat buruk sangkanya, aku menjeling ke raga beberapa buah motosikal sebelah aku, mana tau kot-kot tadi aku tersilap bubuh kat moto depa ka (atau memang depa ambik), pun tak ada. Mata aku meliar mengusha beberapa orang yang dah keluar dari masjid, memerhati pada apa-apa saja yang mereka kelek di bawah ketiak mereka, pun tak ada rupa paras buku-buku yang aku beli (majoritinya cuma ada buku yang digunakan untuk kuliah tadi).

Macam orang yang tak berapa betoi, aku secara spontan menelefon adik aku, menceritakan situasi yang berlaku dan bertanyakan pendapatnya. Setelah beberapa ketika, barulah aku menerima hakikat, memang sahlah buku-buku aku dicuri! Yep, buku agama, dicuri daripada raga motosikal aku, yang berada di luar masjid. Sebelum ini aku memang ada kotak berkunci yang aku pasang kat belakang motosikal aku, tapi nak jadi cerita, kotak tu aku buang sementara sebab tiada keperluan. Kalau aku simpan dan kunci dalam tu, tak hilang la buku-buku aku, heheh!

Tapi itulah dia, pengalaman aku meninggalkan (atau selalunya tak sengaja TERtinggal) macam-macam jugak benda berharga kat raga motosikal ni, dan di merata-rata tempat jugak. Helmet (murah saja, sebab tu tak pernah hilang kot, orang tak minat, tadak harga), beg, buku, fail, kadang-kadang kunci motosikal pun aku pernah dan banyak kali tertinggal di lubang kuncinya, tapi Alhamdulillah, belum pernah hilang. Ini pertama kali benda yang aku tinggal kat motosikal aku yang kena curi. Buku agama pulak tu! Di masjid pulak tu!

Agaknya kenapalah orang tu ambil buku-buku aku tu? Tolong simpankan ka? Sebab nampak aku tinggal kat moto, jadi takut dicuri, maka dia tolong ambil dan simpan? Tapi tak ada pula sesiapa yang pulangkan kat aku, sedangkan aku memang tunggu kot-kot ada hamba Allah yang mai kat aku dan kata "Nah, ni buku hang, aku tolong simpan takut hilang atau kena hujan". Atau mungkin buku aku "dirampas" oleh pihak tertentu sebab tajuknya agak kontroversi? Atau dia menyangka aku mencuri daripada peniaga buku, lalu diambilnya dan dikembalikan kepada penjual? Heh, macam mengarut pulak teoriku ini!

Akhirnya kesimpulan aku tetap jugak mengatakan, orang itu mengambilnya untuk dirinya. Mengambil untuk manfaatnya barangkali? Buku agama kan? Mesti dapat pahala membacanya, menambah ilmu lagi berkat? Tapi berkatkah ilmunya kalau diambil daripada barang yang diambil daripada orang lain tanpa izin (mencuri)? Fikir-fikirlah sendiri...

Namun aku redha sebab mungkin ini untuk mengajarku supaya MEMBACA (dan bukan menyimpan sahaja) setiap buku yang aku beli. Adui, banyaknya buku-buku yang aku beli sejak... heheh... lima tahun yang lalu... yang masih menunggu giliran untuk dibaca, kekekek...

Walau bagaimanapun, akibat daripada peristiwa ini, aku pun jadi agak tawar hati nak pergi secara zahir ke masjid itu pada malam berikutnya (pi mai pun masjid tu bukan dalam qariah aku), tapi mujurlah ada siaran langsung ditayangkan di laman sesawang portal Al-Muttaqin TV (yeah, kita kasi promosi sama ini laman sesawang, benda baik patut dikongsi, maka layarilah laman itu untuk mengikuti pengajian-pengajian secara dalam talian, tapi tetap tak sama la dengan menadah kitab di hadapan guru tu sendiri, tapi sekurangnya ada ikhtiar kan?). Hehe, lagi mantap, aku siap mengirimkan soalan menerusi ruangan chat yang disediakan dalam sesi sidang video tu, dan dihantar dan dijawab terus oleh ulama yang mengajar tu (aku tanya pasal hukum mengaji pakai kitab curi, heheh...). Oh ya, selain siaran secara langsung (biasanya ada jadual yang boleh dirujuk), laman sesawang ini juga mempunyai koleksi kuliah dan pengajian, baik audio mahupun video, oleh tokoh-tokoh agama terkenal, yang Malaysia, yang Indonesia, yang Arab pun ada. Memang bagus la laman sesawang yang dibangunkan oleh Unit Dakwah dan ICT Yayasan Islam Negeri Kedah ni, pakat-pakatlah melawat dan menyokongnya yea?

Kesimpulannya, janganlah mencuri kat mana-mana pun, tambah-tambah kat masjid la. Kesian orang yang pergi masjid tu, dia niat nak beribadat, tapi sebab kecurian, boleh jadi dia "terberhenti" daripada menghadiri masjid tu. Yang mencuri itulah puncanya, dapat dosa mencuri sepasal, dapat pulak "saham" sebab orang tu jadi tak mau pergi masjid disebabkan pencuri tu membantutkan kesungguhan dia. Dan marilah pakat-pakat meramaikan bilangan orang yang pergi masjid. B-)Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-60110428925822930252010-01-22T18:42:00.001+08:002010-07-24T22:30:17.689+08:00Drama "Aku Masih Popular"Sepulangnya (ada ka perkataan ni? :P) aku dari solat Jumaat petang tadi, aku yang baru nak makan tengah hari, telah menghidupkan TV yang terletak di dapur. Sambil menghadap makanan, aku telah membuka stesen TV2. Kebetulan pada waktu itu, tengah ditayangkan sebuah drama Melayu yang mula ditayangkan pada 2:30 petang (aku buka beberapa minit selepas itu). Yang menarik perhatian aku terhadap drama ini ialah gandingan dua pelakon utamanya, iaitu Allahyarham Shukery Hashim dan Allahyarham Ismail Din. Wah, sememangnya kedua-dua mereka ni merupakan pelakon kegemaran aku, dan memandangkan mereka berdua digandingkan, maka aku pun mengagak ini pastinya drama komedi.

Selesai makan, aku pun menghadap pulalah ke stesen TV, tapi tidaklah pula menontonnya dengan serius, sebab sambil membaca akhbar. Rupanya tajuk drama itu ialah AKU MASIH POPULAR, dan memandangkan interaksi antara kedua pelakon dalam babak pertama yang aku tengok ketika aku tengah makan tadi, aku dapat mengagak ini mengisahkan golongan 'has-been' atau secara mudah cakapnya, golongan yang dahulunya terkenal tapi sekarang sudah makin menurun populariti mereka.

Memang benar, drama ini mengisahkan seorang Pengarah (lakonan Shukery Hashim, tapi aku lupa nama wataknya, dengan ini aku akan merujuk wataknya sebagai "Sang Pengarah", dan "sang-sang" yang lain untuk watak-watak lain yang aku akan sebut kemudian nanti) yang sudah 10 tahun tidak bekerja kerana tiada projek yang membabitkan penglibatannya. Sang Pengarah ini telah dijemput dan ditawarkan oleh Sang Penerbit (lakonan Ismail Din) untuk mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta. Dalam pada itu, Sang Penerbit juga telah memilih seorang Sang Model yang jelita (lakonan Yasmin Suraya, seorang pelakon yang dah lama aku tak nampak kat TV, dan aku pernah terkeliru antara beliau dengan selebriti yang bernama Yasmin Hani, huhuhu...) untuk dijadikan pelakon utama (heroin) filem berkenaan.

Rupa-rupanya Sang Penerbit ini ada hubungan dengan Sang Model yang belum pernah berlakon ini, jadi demi mencapai cita-citanya untuk menjadi pelakon, maka Sang Penerbit telah memilih Sang Pengarah ini kerana meyakini kemampuan beliau mengangkat seseorang yang tiada pengalaman dalam lakonan dan menjadikannya pelakon yang berbakat. Kisahnya boleh diagak, pengarah lama dengan egonya dan pandangannya sementara model yang baru nak berlakon pula dengan kerenahnya yang tak suka disuruh-suruh membuat babak-babak romantis yang difikirkan sebagai ketinggalan, maka timbullah konflik antara pengarah dan pelakon ini.

Masalah pertama ialah Sang Model telah mempengaruhi Sang Penerbit supaya menyuruh Sang Pengarah mengubahsuai skrip filem itu agar memenuhi citarasa Sang Model, sementara Sang Pengarah pula merasa tercabar kerana dipersoalkan kredibilitinya oleh Sang Model yang masih mentah itu. Sementara itu, masalah Sang Pengarah jadi makin rumit kerana isterinya, Sang Primadona (lakonan Azizah Mahzan), juga seorang 'has-been', sentiasa mengganggu suaminya itu agar mengambilnya berlakon dalam filem berkenaan. Dalam celah-celah itu, terdapatlah beberapa rencah-rencah biasa dalam drama kita, cinta bersegi-segi antara Sang Model dengan, bukan dua, tapi tiga lelaki iaitu Penerbit, Pengarah, dan teman lelakinya iaitu Imran (haha, yang ini aku ingat nama watak tapi tak kenal pulak siapa pelakonnya!).

Apapun, aku sebenarnya nak utarakan satu perkara yang tersangat lawak dan tak logik yang aku temui dalam drama ini. Bukan setakat babak di mana Sang Pengarah kena ubahsuai skrip (bahkan dia juga digambarkan sebagai yang menulis skrip itu, jadi ini bermakna tiada watak penulis skrip dalam cerita ni), tapi ada satu kecacatan utama dalam sepanjang drama ini. Nak tahu apa dia?

Ya, sebagai sebuah filem yang kononnya bertemakan cinta, nampak sangatlah bahawa cerita ini LANGSUNG tidak memaparkan watak pelakon lelaki sebagai hero untuk digandingkan dengan watak yang sepatutnya dilakonkan oleh Sang Model. Bahkan, jangan kata muka pelakon-pelakon lain, satu krew pun tak kelihatan, padahal terdapat beberapa babak di mana kononnya berlaku penggambaran (atau mungkin babak tu cuma menggambarkan Sang Model tengah menjalani sesi raptai bersama Sang Pengarah, tapi takkan la pulak kot).

Iya tuan-tuan dan puan-puan, secara asasnya, menurut drama ini, filem cinta itu hanya dilakonkan oleh seorang sahaja pelakon iaitu Sang Model itu! Wahkahkah, habis tu, dengan siapa sepatutnya watak lakonan Sang Model tu kena bercinta? Hehehe, inikah dia filem yang, menurut dialog yang diutarakan oleh Sang Penerbit, filem yang dia tak mahu rugi juta-juta ringgit? Amboi mak, jimat sungguh dia ya? Upah seorang pengarah dan seorang pelakon saja, "besar" sungguh produksi filem beliau ni kan?

Heheh, aku tak pastilah ini salah penulis skrip drama atau pengarah atau penerbit, tapi aku rasa ini suatu drama yang betul-betul di luar ruang lingkup logik yang boleh dipaparkan dalam sesebuah drama komedi. Takkanlah punyalah nak 'highlight' kisah cinta antara Sang Model dengan Penerbit dan Pengarah, sampai terlupa aspek-aspek "remeh" seperti perlunya digambarkan kepada kita bahawa wujudnya sebuah krew, atau setidaknya pun, bagilah ada watak yang memegang peranan sebagai hero dalam filem mereka tu. Sebab yang aku perhati, kalau babak perbincangan mengenai filem, asyik-asyik watak mereka bertiga ni sahaja!

Tak tahulah kot-kot ada cerita macam ini dalam dimensi keempat! Yang pasti, penerbit drama ini (yang sebenar, yang menerbitkan drama ini untuk siaran TV ni) pun tahu bahawa sesebuah drama TV yang berbajet rendah pun takkan boleh "hidup" kalau cuma ada pengarah dan seorang pelakon wanita, tambah-tambah lagi la kalau nak buat cerita cinta! Heh, pengalaman "membuat filem" menerusi permainan komputer THE MOVIES (laman sesawangnya) susah juga, nak kena urus studio, set, kebersihan set, pelakon, pengarah, penulis skrip, kebajikan mereka kena jaga, bukan setakat pakai seorang pengarah merangkap penulis skrip dan seorang pelakon saja tau, pelakon ekstra pun kena ada!

P/S: Ada sesiapa pernah main tak game yang aku sebut tu? Seronok tau, ala-ala THE SIMS tapi melibatkan studio filem dan pekerja-pekerjanya (termasuk tukang sapu sampahnya sekali). Menarik jugak, boleh la berlatih dan "belajar" (kononnya la) cara-cara pembikinan filem, antaranya kena upah penulis skrip menulis skrip dalam genre-genre tertentu, dah siap skrip kena raptai dulu, lepas tu baru masuk set dan mula penggambaran. Kita boleh rombak sebagaimana yang kita suka. Ramai pemain game ni yang buat filem pendek dan muat naik ke Youtube, cubalah cari di sana, dan cubalah main game ini... ;-)Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-54266533830900561162009-12-30T02:00:00.003+08:002010-07-24T22:28:40.780+08:00Tahun BaharuTahun 2009 hampir berakhir. Tahun 1430 Hijriah pun dah melabuhkan tirai, kini dah separuh pun berlalunya bulan pertama tahun 1431 Hijriah. Akan datang tahun 2010. Wah, dah lebih setahun aku tak menulis kat blog aku ni! Maknanya, inilah entri pertama dan terakhir aku untuk tahun 2009 ni! Tapi kira okaylah kan, sebab aku ada jugak satu entri untuk tahun 2009, daripada membiarkan ianya terlangkau setahun tanpa sebarang coretan.

Tahun 2009 merupakan tahun yang paling sibuk buat aku. Aku buat blog ni ketika aku tengah, err... ahem... "menanam anggur", heheh! Takdak la dok saja kat rumah tu, ada jugak la kerja-kerja sampingan, tapi sebab banyak sangat masa lapang, tu yang aku cuba-cuba buat blog tu. Tapi dalam pada itu aku rasa macam susah jugak nak sentiasa kemaskini, nak bagi terkini, wah, dalam keadaan banyak masa lapang tu pun susah jugak.

Maka tibalah tahun 2009, aku dipanggil berkursus. Kursus selama setahun. Aku terus menjadi sibuk yang agak sibuk. Sibuk bagi aku, mungkin biasa saja bagi orang lain, tapi bagi aku, sampai tak menang tangan jugak la nak buat apa-apa pun. Nak sentuh blog ni? Kirim salam.

Menjelang 2010, aku akan mula bertugas. Aku kena merantau dari kampung aku di utara semenanjung ini, ke selatan semenanjung. Alhamdulillah, insya Allah aku akan mula makan gaji secara tetap. Ketika itu, aku tak dapat bayangkan bagaimana kesibukan aku nanti. Mungkin lebih relaks atau mungkin lebih sibuk. Insya Allah, bila aku dah ketemu titik keselesaan dan keseimbangan nanti, aku akan cuba sedaya upaya menulis, apa-apa sahajalah, kat blog aku ni. Nak tutup terus tu tidak la kot, tapi tengok la macam mana.

Kerja apa aku nak buat ni ya? Hahaha, mungkin ada yang dah tahu dah. Tapi aku harap mereka itu simpan sahajalah di sanubari mereka, jangan didedahkan lagi (ewah!) sebab aku masih belum bersedia nak mengakuinya lagi di sini (double ewah!). Pendek kata, biarlah rahsia dulu! Nanti bila aku ada masa nanti, akan ku dedahkan jua di sini. Mungkin tukar imej dan niche blog ni ka, mana tau kan?

Apapun, takat ini sahajalah coretan pertama dan terakhir untuk tahun 2009 ini (owh, aku termiss terus tahun 1430H!). Insya Allah aku akan kembali. Akhir kata, SELAMAT TAHUN BAHARU 1431 HIJRIAH, dan SELAMAT TAHUN BAHARU 2010! B^)Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-84271334892306140472008-12-02T07:30:00.002+08:002010-07-24T22:25:03.636+08:00Cuti Panjang 3 - Balada Internet dan Komputerku...Ahem, setelah tiga bulan "bercuti", beserta satu entri untuk bulan pertama aku kembali "bekerja" di blogku ini, ternyata kelihatannya seperti aku sudah menukarkan blog aku ni menjadi diari aku... ohh, tidaaak!

Mungkinkah sebab aku bersikap "apologetik" atas "percutian panjang" aku dari berblog, lantas aku jadikan blog aku ini seperti catatan dalam sesebuah diari, sedangkan aku sendiri tak pernah menyimpan diari? Hmm, tak mengapalah, abaikan saja persoalan itu, sebab kali ni aku nak menyambung pula "alkisah" aku setelah di"bersambung"kan daripada entri yang lalu.

Meh aku recap mengenai kenapa aku bercuti:

Sebab Pertama: Cuti yang asal, sempena bulan Ramadhan.

Sebab Kedua: Cuti yang tak diduga, sempena kehilangan kabel telefon yang memutuskan tali silaturrahim antara aku dan dunia siber.

Sekarang izinkan aku menceritakan Sebab Ketiganya pula...

Oh ya, sebelum itu, aku terlupa nak sebut dalam entri sebelum ni, bahawa, pada ketika aku tengah bengang setelah kehilangan semula kabel telefon TIGA HARI selepas disambung semula setelah menunggu hampir DUA MINGGU, aku mengambil suatu tindakan "nekad". Iyalah, cuba bayangkan, baru ada tiga hari berinternet, sekali dirembatnya pula kabel telefon. Tunggu dua minggu, sempat main tiga hari saja?! Dalam masa tiga hari tu, aku sempat memeriksa kotak e-mel aku sahaja, yang bertimbun dengan e-mel (ewah, perasan femes la pulak!), tau? E-mel kerjaya dari JobStreet yang paling lama aku layan, err.. heheh!

Aku syak, jangan-jangan sang kontraktor yang tolong pasangkan kabel tu, yang turut menyumbang dari segi me"roger"kan sang pencuri agar merembat kabel di sesuatu kawasan tu tak? Itupun kalau bukan dia sendiri yang merembatnya lah, huh!

Apapun, berbalik kepada alkisah kebengangan serta "tindakan nekad" aku tadi, ianya tidak lagi tertahan, lantas, ketika datangnya pasukan TV9 mengadakan Karnival Sua Rasa yang ditaja oleh Celcom tu, yang diadakan di Stadium Darulaman, yang diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2008 yang lalu, aku melihat ini suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, aku menuju ke booth yang terbesar di situ, iaitu yang dimiliki oleh sang penaja, iaitu Celcom. Aku nekad, aku nak berinternet jugak, maka aku pun memesanlah Celcom Broadband.

Oh ya, sebelum aku teruskan, aku teringat suatu insiden, di mana, di laluan di sekitar kawasan parkir kereta di stadium tu, sebelum menuju ke pintu gerbang tempat berlangsungnya karnival Sua Rasa, terdapat dua "gerai" yang, pada mulanya aku hairan, kenapa mereka seolah tak menyertai Sua Rasa (sepatutnya buat kat dalam kawasan karnival tu lah, kan?). Cerdiknya taktik mereka ni, mereka beroperasi dan menahan pelanggan yang ingin menuju ke karnival tu agar singgah dulu ke tempat mereka.

Persaingan yang sihat?

Wah, rupanya mereka itu adalah pihak Astro dan Maxis! Padanlah tak masuk karnival, mereka kan dari "suku" yang berbeza daripada yang menganjurkan karnival tu! Yang sorang tu stesen TV swasta yang lain, sementara yang sorang lagi tu adalah daripada syarikat telekomunikasi yang bersaingan.

Untuk Astro tu, aku tak kisah sangat, sebab mereka menawarkan suatu perkhidmatan yang unik di Malaysia ni (setelah berjaya mendominasi dan mengalahkan pesaing mereka yang terdahulu sudah semestinya!). Bahkan TV9 sendiri boleh ditonton menerusi Astro, jadi macam ada sedikit "hubungan kekeluargaan" lah antara mereka ni.

Tapi yang aku rasa kurang gentleman tu, kenapalah Maxis pun toi sekaki gak? Seolah macam nak "mencuri" hati pelanggan berpotensi pulak. Kamon lah bebeh, kalian kan dah ada Karnival TV3 Jom Heboh? Kalian promosilah puas-puas produk kalian dalam karnival anjuran kalian tu. Be a good sport, man! Lagipun, kalian punya Maxis Broadband mana ada lagi kat Kedah ni lagi, hehe! Walau bagaimanapun, pada hari kedua karnival, aku dah tak nampak gerai mereka tu, yang tinggal cuma Astro, jadi aku hanya boleh berspekulasi sajalah mengenai apa yang terjadi kat mereka tu...

Kembali pada cerita asal...

Tamat sudah sesi cerita yang menyimpang pada kisah asal, mari kita kembali semula, yah?

Memang betul, menurut tempat bayar bil Maxis sendiri (aku pakai Maxis), Alor Setar masih belum (atau "tak akan"?) support Maxis Broadband. Jadi, selain TMNet, kalau nak pakai yang wayarles ni, memang tak dapat tidak, kena cari Celcom jugak la jawabnya.

Kemudian aku disedarkan oleh suatu realiti. Rupanya terdapat banyak "kedai" yang mengedar modem wayarles Celcom Broadband ni. Jenamanya memacam, Huawei lah, Vodafone lah (model yang sama sebenarnya), dengan pakej dan harga tawaran yang berbeza-beza. Tu tak termasuk lagi dengan "cerita" yang berbeza-beza dari wakil yang berbeza-beza. Yang modem original, yang ada waranti, yang kena kontrak, yang tak payah kontrak, yang harga diskaun, yang diseludup, yang diberikan kepada kakitangan kerajaan... apa nih?! Kenapa menyusahkan pelanggan sebegini? Menyampah betul, hoh!

Tapi apa boleh buat, di Malaysia ni, pengguna tidak dilindungi daripada kerakusan peniaga yang menipu, huhuhu...

Akhirnya, dengan penuh tawakkal, kami memilih satu pakej daripada satu kedai (sebulan RM98). Bila dah buat pembelian, kami diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah.

Oh ya, untuk pengetahuan, pada ketika liputan jam 6 petang dari karnival Sua Rasa yang disiarkan secara langsung oleh TV9 tu, langsung dari booth Celcom ketika wartawan Zuhairah Mustafa Al-Hussin yang membuat liputan mengenai cabutan bertuah yang bakal diadakan pada jam itu juga, aku yang turut berada di situ pada ketika rupanya telah masuk TV! Tapi malangnya, disebabkan aku berdiri betul-betul di belakang kotak cabutan yang lutsinar tu, tak berapa kelihatan la pulak wajah aku. Maknanya hanya baju yang aku pakai sajalah yang kelihatan dan mendapat glamour, heh!

Ehem, berbalik kepada Celcom Broadband, setelah terpaksa menunggu hampir dua hari sesudah pendaftaran (daftar terlewat sejam, hari Sabtu, kena tunggu hari Isnin baru diuruskan pendaftaran kami dan malamnya baru dapat online, heh!), aku mendapati ianya tidaklah sepantas mana pun. Lebih kurang macam Streamyx aku saja pun. Kengkadang lebih lambat lagi, namun ada ketikanya, lebih pantas juga daripada Streamyx. Dan aku dapati ianya sangat tidak ngam dengan Yahoo!, sebab aku mengalami kesukaran nak login aku punya Y!M, biarpun pada ketika ianya tersangat laju sehingga memuat turun video dari Youtube pun tak perlu tunggu lama.

Dan, dua hari lepas aku pakai Celcom Broadband, talian telefon pun kembali berfungsi (macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni, mereka cuma sambung ke dua tiga buah rumah sahaja). Maknanya sekarang, aku ada dua talian Internet yang nak kena dibayar bilnya setiap bulan. Herrmmm... ni yang mana satu yang aku nak terminate ni ya?

Ni baru nak cerita punca aku bercuti panjang ni, iaitu SEBAB KETIGA itu, heh!

Punca ketiga ni aku akan bahagi kepada dua faktor yang saling berkaitan. Faktor pertama ialah dari segi internet aku itu sendiri. Kalau pakai Celcom, ianya tak begitu stabil, kadang laju, kadang perlahan. Mungkin sebab lokasi aku kot.

Kalau pakai Streamyx pulak, di samping kepantasannya yang tak seberapa (aku pakai yang 521K punya), di rumah aku, ada suatu masalah "unik" yang menimpa Streamyx aku ni. Aku tak pastilah sama ada puncanya adalah disebabkan talian Streamyx itu sendiri, atau disebabkan kabel telefon pada tiang telefon (yang kerap diganti sebab asyik kena curi tu), atau disebabkan pemisahan yang bapak aku buat pada talian di rumah aku ni (kami split kepada beberapa buah lokasi di rumah; ruang tamu, bilik tidur utama, bilik kedua dan di dapur).

Apakah masalahnya? Haaa... apabila ada panggilan masuk, tatkala diangkatnya gagang telefon itu untuk menjawab panggilan, secara automatik sambungan ke internet tu akan terputus dan kena disambung semula. Itu baru "keunikan" yang pertama.

"Keunikan" yang kedua pula ialah, akan ada suatu ketika, sambungan ke internet itu terputus, dan modem yang aku setkan supaya menyambung kembali secara automatik tu, akan menghadapi kesukaran untuk menyambung talian. Selagi aku tak perasan akan hal ini (keluar rumah ka apa ka), selagi itulah dia takkan tersambung, sehinggalah aku kena buat sesuatu yang bagi aku agak lawak bila memikirkannya.

Satu cara yang aku buat, aku angkat gagang telefon dan tekan butang engage berkali-kali sehingga aku dengar bunyi modem aku membuat panggilan ke internet (ya, aku boleh dengar deringan modem menerusi gagang telefon rumah aku!) dan biarkannya untuk beberapa ketika sehingga ia betul-betul bersambung dan tak putus-putus lagi dah.

Atau, cara yang terkini, aku kena guna telefon bimbit aku dan dail ke nombor rumah, lepas tu aku angkat gagang telefon rumah, dan biarkan beberapa ketika. Setelah aku buat benda-benda ni, baharulah modem aku berjaya membuat panggilan dan menyambung ke internet. Apa cerita neh?!

Itu faktor pertama. Faktor Kedua, PC aku sendiri yang sudah tua lagi semput. Kerap juga mereboot diri sendiri tanpa terduga. Ditambah pulak dengan tabiat aku yang suka melayari internet menggunakan kaedah "tabbed browsing" pada browser yang mengakibatkan PC tua aku ni menjadi makin lembab, menjadi penggunaan aku terhadap komputer aku ni jadi sedikit terbatas.

Dua faktor tadi membentuk Sebab Ketiga aku lama tak berblog; aku jadi MALAS. Malas lama tak buat. Lama tak buat sebab terhalang oleh "asbab" yang aku ceritakan tadi. Aku memang macam ni, kalau lama tak dapat buat sesuatu aktiviti akibat dihalang oleh sebab-sebab tertentu, akhirnya aku akan jadi "hilang minat" atau "malas" dah nak buat aktiviti berkenaan. Andai aku nak buat juga, aku akan jadi sedikit kekok, dan akan mengambil sedikit masa untuk kembali "aktif"... seandainya aku mahu aktif.

Di samping itu, ada satu lagi sebab tambahan yang buat aku "malas". Bahkan, sebab inilah yang membuatkan ada individu blogger tertentu yang akhirnya bertindak berhenti terus daripada berblog. "Masa" dan "komitmen dunia sebenar". Dan, bagi kes aku yang sekali taip sampai beribu patah perkataan (aduih, tabiat apakah ini?!), sedikit sebanyak, banyak juga masa yang diperlukan. Heh, tapi ini boleh diselesaikan. Aku kena belajar macam mana nak kurangkan bilangan patah perkataan. Tu pun akan makan "masa" jugak nih!

Nah, itulah dia, penamat bagi trilogi "Cuti Panjang" aku ini.

Tammat...(?)

P/S: Dalam aku dok kata yang kununnya aku "kekok" ni, hasil karangan aku jadi panjang jugak yea? Seribu patah perkataan lebih! Waduh, tabiat lama sukar dihapuskan! :PSaladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-41986167349024062632008-12-01T07:30:00.002+08:002010-07-24T22:24:46.982+08:00Cuti Panjang 2 - Dilema Kabel Telefon...Dalam entri aku yang lalu, aku dah serba sedikit menerangkan mengenai "Fasa Pertama" daripada "Cuti Panjang" aku, yakni mengenai sebab-musabab aku lama "menghilangkan diri" daripada berblog sebegitu lama.

Secara dasarnya, aku cuma nak bercuti sebulan saja, iaitu sepanjang bulan Ramadhan tu. Walau bagaimanapun, seminggu sebelum Raya, suatu "tragedi" telah menimpa aku...

Tanggal 24 Ramadhan 1429H, bersamaan 24 September 2008, ketika aku bangun bersahur, aku mendapati tidak semua lampu di modem aku menyala. Aku mengesyaki, sesuatu yang sememangnya sudahpun kerap berlaku semenjak tahun 2008 ini, berlaku lagi sekali pada hari berkenaan.

Dipendekkan cerita, kabel telefon di kawasan rumahku kena curi. Sekali lagi. Sekitar tengah malam buta/awal pagi buta. Yep, yang anda dok tengok/dengar di berita mengenai kes kecurian kabel telefon tu, akulah antara mangsanya, heheh! Kali ni lagi teruk daripada selalu, sebab sampai TUJUH tiang dirembat kabelnya. Lorong masuk ke tempat kawasan perumahan aku ni, memang pada bahagian awalnya tiada rumah di kiri kanan lorong tu. Tiang-tiang di situlah "port" tetap yang dirembat sang pencuri, sebab bila malam gelap, tiada rumah melainkan belukar, maka siapa yang akan perasan kehadiran dan aktiviti mereka kan?

Macam mana aku tau kehilangan kabel telefon pada saat aku bangun sahur? Senang saja. Modem aku buka 24 jam. Kalau lampu tertentu di modem tu tak bernyala, aku angkat gagang telefon rumah tak berbunyi, dan bila aku buat panggilan masuk dari telefon bimbit aku ke telefon rumah dan mendapati panggilan itu berjaya masuk TAPI tak telefon rumah tak berdering, petandanya kabel telefon kena curilah tu.

Biarpun dah banyak kali kes ni berlaku (bermula tahun ini sahaja tau!), tapi inilah kali pertama kami "offline" daripada telefon dan internet selama hampir dua minggu lamanya. Bahkan aku berhari raya tanpa internet! Tak dapatlah nak hantar atau balas e-kad raya ka, e-mel raya ka, testimonial Friendster ka, semua tu tak terbuat tahun ini. Apa lagi nak buat entri khas untuk Hari Raya!

Kenapa lama sangat nak diambil tindakan? Pertama: Cuti Raya... biasalah beb! Kedua, dan ini spekulasi saja: TM dah malas nak perbaiki. Kalau di kampung, memang pemandangan normal kalau ada tiang telefon yang "dogol". Dalam ertikata lain, memang TM takkan ganti kabel di situ. Macam bagi percuma saja pada sang penyangak pencuri kabel tu, buat apa kan? Dan sebab ketiga tapi yang paling utama: Pihak TM kat tempat aku dah kehabisan kabel. Kena order baru. Agaknya itu kot yang makan masa lama sikit tu.

Alternatifnya, TM menyediakan satu perkhidmatan telefon wayarles, dan perkhidmatan ini ditawarkan kepada "mangsa-mangsa" kecurian kabel telefon yang tak dapat diselamatkan atas faktor-faktor logistik (tempat terpencil, senang dicuri semula) dan kewangan (berapa juta ringgit bazir untuk menyenangkan pencuri besi?).

Bagusnya perkhidmatan ini, aku difahamkan, selain daripada berfungsi seperti telefon rumah biasa (cuma bezanya, ianya tidak bergantung kepada kabel telefon di tiang tu), kita juga boleh bawak telefon ini ke mana-mana yang kita suka. Kita tetap boleh terima panggilan walau di mana pun kita bawa telefon ini, tetapi untuk buat panggilan keluar, ianya hanya tertakluk di sekitar daerah yang kita diami/daftar sahaja. Internet pun boleh main, tapi sekadar perkhidmatan dial-up 1515 saja.

Bila difikir balik, ini dah macam pakai telefon bimbit, bahkan penggunaan telefon bimbit tu sendiri lebih banyak fungsi tambahan daripada perkhidmatan telefon ni (sebab boleh pakai di mana saja... tempat yang ada liputan la, hehe!). Dengan kata lain, orang kita zaman sekarang ni sebetulnya KURANG memerlukan talian tetap di rumah sebab masing-masing dah ada telefon bimbit. Satu keluarga lima beranak contohnya, dari bapak sampai ke anak bongsu, semua ada nombor masing-masing.

Tapi ada satu sebab kenapa aku perlu juga talian tetap di rumah: STREAMYX! Di sini, tak ada cara lain nak berStreamyx melainkan menerusi talian tetap. Mana boleh bayar tiap-tiap bulan harga tetap, tapi tak boleh nak berStreamyx sebab kabel kena curi. Sudah la kelajuannya pun tak seberapa, tapi lebih baik banyak la daripada tak ada langsung. Maka, sesudah beberapa kali menelefon, malah pergi sendiri ke TMPoint dan beberapa kali berjumpa dengan mereka yang bertanggungjawab, siap "mengugut" akan menamatkan langganan Streamyx kami, maka akhirnya dipasang jua kabel baru pada 13 Oktober 2008 (dah dua minggu berhari raya dah!).

Malangnya, baru tiga hari sempat berinternet semula, dah kena curi lagi, kali ni di tiang lain pula, iaitu tiang-tiang yang berikutnya bersebelahan tujuh tiang yang dirembatnya sebelum ini. Oh, baiknya hati tak curi kabel baru, sebaliknya pi curi kabel lain. Kali ni tiang-tiang yang dicuri bersambung sehinggalah ke depan rumah orang. Wah, makin berani!

Kami dengan tebal muka menelefon dan bertemu lagi dengan pihak TM. Mereka pun menggeleng kepala. Selain menyangkut kabel di tiang, kabel telefon juga boleh ditanam, tapi itu mungkin sukar sikit nak dibuat. Iyalah, nak kena korek dan tanam, dan nanti "berserabut" pulak dengan Jabatan Air, sebab paip air pun ditanam jugak.

Solusinya, mereka sambung juga kabel, tapi aku tengok saiznya lebih kecil dari tiang yang lain (yang masih BELUM dicuri). Rupanya mereka hanya menyambungkan ke beberapa buah rumah sahaja (termasuk rumah aku), sebab rumah kami ni pakai Internet. Rumah lain yang tak pakai internet, dibekalkan dengan telefon tanpa wayar yang aku sebut tadi.

Maka, buat masa ini, "selamat" juga kawasan kami ni dari kecurian kabel. Iyalah, dua-tiga urat kabel saja yang ada di tiang, pencuri pun tak tergamak nak rembat, sebab berapa duit saja mereka boleh jual dengan "besi" pada kabel yang sebanyak itu? Hehe, kecurian kabel ni cuma salah satu saja daripada beberapa kebejatan sosial di kawasan perumahan aku ni. Kalau nak dihimpun kesemua "cerita-cerita" mengenai penduduk sini, boleh buat siri DESPERATE HOUSEWIVES versi kami sendiri, hah!

Tapi itulah dia, aku rasa kecurian kabel ni, serta penggantian yang kerap ini, MUNGKIN memberi kesan kepada potensi/kualiti kelajuan Internet di rumah aku ini, sebab di situ sudah berlaku kerosakan. Atau itulah yang diungkapkan oleh operator talian 100 yang aku pernah dail untuk kompelin masalah internet. Entahlah, aku pun tak paham, boleh jadi dia auta aku saja, nak lepas diri, heh! Lagipula, masalah ini, yang dijanjikan akan diselesaikan dalam masa dua hari bekerja, rupanya masih lagi tak diselesaikan biarpun dah lebih DUA MINGGU BEKERJA dari tarikh aku telefon.

Aaa... masalah apakah itu? Rasanya ini aku kena bagi bersambung dululah yea?

Bersambung (lagi?!)...Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-1852726483472853685.post-32824604026122004142008-11-08T18:10:00.004+08:002010-07-24T22:24:34.632+08:00Cuti Panjang 1 - Ramadhan yang lalu...Ulala, kali terakhir aku pos kat blog aku ini ialah pada 31 Ogos 2008, sehari sebelum masuknya 1 Ramadhan 1429H. Sekarang dah berapa haribulan?

Haha, rupanya sudah lebih dua bulan aku tak mengepos di sini! Kenapa ya?

Jeng jeng jeng...

Alkisahnya, sememangnya aku berniat untuk "bercuti" sepanjang bulan Ramadhan yang mulia itu. Selain daripada meneruskan rutin harian kita seperti (bekerja ka, belajar ka), kita digalakkan menambahkan amal ibadah dalam bulan berkenaan. Kiranya bulan Ramadhan ni boleh dianggap sebagai bulan "pesta ibadah" la bagi mereka yang beriman. Yang tak sabaq nak raya punya jenis manusia tu, aku cuma boleh kata, "insaflah kamu", heheh!

Disebabkan kemuliaan Ramadhan ni, aku pun mengurangkanlah aktiviti yang aku rasa "kurang berfaedah" bagi diri aku, aktiviti yang kalau aku buat juga, akan memakan masa tapi faedahnya tak seberapa, termasuklah mengemaskini blog, ahaks! Walau bagaimanapun, menonton TV tu aku buat jugak, tapi terhad kepada rancangan seperti SYAHADAH, JEJAK RASUL 14: RIHLAH IBNU BATTUTAH, AL-RISALAH: MUSA KALIMULLAH (kalau aku sempat balik dari Tarawih). Melayari Internet tu aku buat jugak, cuma taklah sekerap selalu. Tapi bila dah terbaca satu artikel mengenai perbuatan-perbuatan "buruk" yang kita selalu buat pada waktu-waktu biasa tapi kita "terhenti" seketika bila tibanya Ramadhan, aku pun terfikir dan insaf. Sebab benda dosa ni, dia akan ada satu "getaran" di hati kita apabila kita melakukannya. Tu bagi orang yang ada iman la tu. Kalau yang jenis tak ada langsung, yang mati hati tu, dia main belasah jua, kan?

Berbalik pada artikel tadi, aku jadi terfikir, kalau sesuatu "benda" tu kita selalu buat di bulan lain tapi kita rasa "berdosa" nak buat di bulan Ramadhan, lalu kita pun berhenti pada bulan itu, maka kenapa kita tak berhenti terus saja, kan? Sebab hati kita pun dah kata, "benda ni berdosa". Contoh mudah, yang suka menonton atau melayari laman sesawang yang memaparkan gambar "biru", dalam bulan Ramadhan, dia mungkin takkan melakukan kerja yang terkutuk itu. Yang merokok pulak, mungkin akan berhenti daripada melakukan kerja yang HARAM (menurut Fatwa Kebangsaan) itu.

Dengan mengabaikan mereka yang masih buat juga benda-benda ini di bulan puasa (apalagi kalau orang itu LANGSUNG tak puasa), mari kita tanya diri kita, kenapa kita tinggalkan benda-benda tertentu itu dalam bulan puasa? Kemudiannya, hatta pada 1 Syawal pun ada juga, kenapa kita kembali buat benda-benda yang kita tinggalkan sepanjang sebulan yang lalu? Kenapa tak berhenti terus saja kan?

Haha, rasanya aku sudah terlebih daripada penulis asal artikel tadi tu. Silalah ke pautan yang aku letak tu untuk membaca artikel tu dengan lebih lanjut.

Sementara itu, baru aku perasan, aku sebenarnya belum lagi menceritakan kenapa aku "bercuti panjang" daripada ke sini...

Bersambung...Saladin Convoyhttp://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.com5