اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
Allahuma Barik lana fi Rajaba wa Sha’bana wa ballighna Ramadhan
Ya Allah Berkatkanlah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah (sampaikanlah) kami dengan bulan Ramadhan.
Doa ini selalunya kita baca seawal bulan Rejab sehinggalah nak masuk bulan Ramadhan. Dan memandangkan (bermula pada tarikh aku menaip entri ini) kita sudah tinggal lebih kurang seminggu lebih saja lagi nak masuk bulan Ramadhan, maka marilah kita pakat-pakat amalkan doa ini. Bukannya apa, sebab kita ni tak tau berapa lama lagi kita mau hidup, maka oleh sebab itu kita kenalah berdoa agar Allah panjangkan umur kita agar sempat bertemu dengan Ramadhan.
Nak sambut Ramadhan ni kita kena buat sepertimana kita nak sambut orang yang kita sayang ke rumah kita. Sebab apa? Sebab Ramadhan ni adalah sebagai "pembasuh" yang akan membasuhkan dosa-dosa kita dan akan "melahirkan" kita semula sepertimana sediakala atau fitrah asal kita (sebab itulah perayaan sesudah Ramadhan tu disebut HARI RAYA FITRAH). Ada yang seorang ustaz yang aku kenal yang membahasakan Ramadhan ni sebagai "kem" atau "akademi" atau "kursus", dan selama sebulan itu kita akan diasuh jadi manusia baik. Kemuncaknya, kita akan bergraduasi pada Hari Raya nanti. Haha, suka hatilah nak pakai nama apapun, yang penting, kita faham apa fungsi Ramadhan dan macam mana nak menghidupkannya.
Apa kita boleh buat selain berpuasa? Yaa, berpuasa itu sendiri pun kena buat betul-betul, jangan jenis yang tak dapat apa-apa melainkan hanya sekadar "lapar dan dahaga" saja, sebab puasa yang sedemikian sangatlah rugi. Antara yang kita boleh buat ialah baca Al-Quran banyak-banyak, hadiri majlis ilmu banyak-banyak, dan yang paling utama, yang mana benda ni memang tak ada dalam bulan lain selain Ramadhan: SOLAT TARAWIH.
Ini pun nanti ada pulak yang pertikai, nak buat lapan atau dua puluh? Alahai, buat dan ikut saja la imam kat tempat anda. Dia buat lapan, lapanlah. Dia buat dua puluh, dua puluhlah. Ikut sampai dia habis buat dengan Solat Witirnya sekali. Janji buat. Seteruk-teruk manusia ialah dia pertikai sana pertikai sini, last-last dia sendiri langsung tak buat, haha!
Lepas tu, bila habis nak Ramadhan tu, kenalah bersedih, sebab "kekasih" kita tu dah nak tinggalkan kita. Iyalah, ianya datang setahun sekali saja beb. Sedih sebab mungkin tahun seterusnya kita dah tak sempat nak meraikannya. Jangan pulak jadi macam orang kebanyakkan kita, dia lebih seronok sambut Raya sebab DAH TAK PAYAH NAK PUASA. Lagi teruk lagi, makhluk yang haram tak puasa, tapi lebih-lebih seronoknya menyambut Hari Raya.
Cakap pasal nak sambut Ramadhan ni, aku teringat kata-kata Ustaz Zainal Asri yang aku dengar kat Kelas PAKSI di Menara Zakat. Dia hairan tengok orang kita berlumba-lumba buat kenduri kahwin dalam sekitar bulan Ogos ni. Almaklumlah, cuti sekolah! Orang kita ni, cuti sekolah saja, kenduri kahwinlah. Tapi dia tak nampak pulak, kebetulan dalam tahun ini, kalender Gregory dan Hijri kita ni berdekatan. Dia macam tak perasan bahawa tak sampai sebulan lepas tu, dah nak masuk Ramadhan dah.
Apa yang dirisaukan ialah, BERNIKAH sebelum Ramadhan. Bernikah tu tak salah, tapi tarikh dipilih tu tak berapa kena. Dan bila ustaz tu cakap macam tu, baru aku terperasan, betul jugak kata dia. Bernikah sebelum Ramadhan tu, biarpun tak salah, TAPI boleh ka pasangan baru bernikah ni tahan diri masing-masing sepanjang bulan Ramadhan? Baru bernikah beb, faham-faham sajalah kan! Memang betul-betul punya "cobaan" la si pasangan suami isteri ni kena hadapi.
Ada yang kata, "ala, boleh buat waktu malam apaa?". Iyalah, betullah jugak tu. Tapi waktu siang tu memang SAH la tak boleh kan. Itulah cabaran utama mereka. Kalau "ter" jugak, alamat batallah puasa. Si isteri tu okay lagi, tapi yang teruknya ialah si suami. Sebab apa? Sebab kalau puasa terbatal akibat "ter" yang demikian itu, alamat kena puasa DUA BULAN BERTURUT-TURUT la jawabnya! Mana nak cari hamba yang nak dimerdekakan dalam zaman macam ini? Puasa dua bulan ni, tak boleh terberhenti sehari (sakit ka uzur ka), sebab kalau berhenti sehari, kena MULA SEMULA.
Hei, bayangkan, 60 hari berturut-turut beb! Sebulan nak puasa pun tercirit, inikan dua bulan. Segala macam kenduri waktu siang, tak boleh la nak hadiri. Isteri pun tak boleh dilayan siang hari. Sakit demam dalam jangkamasa 60 hari tu, macam mana? Kalau dah 59 hari berpuasa, hari ke-60 terkantoi pulak, sebab sakit ka apa ka, kena mula balik, haha!
Yaa, semuanya gara-gara sehari "terkantoi" puasanya akibat "ter" dengan isteri di siang hari Ramadhan. Sehari kantoi, 60 hari kena bayar. Berat kan? Maka nasihat aku (yang memandai saja biarpun belum beristeri ini, hehe!) kepada para suami (terutamanya yang baru berkahwin sekitar Ogos 2008 ini, hah!), tahanlah diri anda. Yang si isteri pun, bertimbang rasalah sikit. Janganlah melawa sangat waktu siang Ramadhan tu. Kalau anda sayangkan dan kasihankan suami anda, aku ulangi JANGAN melawa waktu siang Ramadhan.
Sebab itu jugak ustaz tu cakap, eloknya buatlah kenduri kahwin sekitar Syawal. Dan aku nak tambah sikit, nak buat kenduri tu, ada ustaz lain pulak yang cakap, kalau tak buat pada 1 Syawal, maka buatlah sekitar 8 Syawal dan ke atas. Kenapa? Supaya ini memberi peluang kepada sesiapa yang nak melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal.
Kita anggaplah si folan itu berpuasa bermula 2 Syawal, kalau dia buat berturut-turut, maka hari terakhir dia berpuasa ialah pada 7 Syawal, dengan kata lain dia akan "berhari raya enam" pada 8 Syawal (molek sangatlah kalau majlis kenduri tu pada hari berkenaan). Itu bagi yang buat berturutan la. Kalau yang berselang-seli itu, terpulanglah. Boleh jadi dia "berselang-seli" pun sebab memenuhi undangan kenduri orang lain, yang dibuat oleh pihak yang mungkin "kurang" peka bab-bab ini, yang dibuat pada hari sebelum 8 Syawal.
Hehe, cakap pasal kenduri dan puasa ini, aku teringat jugak sekitar cuti sekolah baru-baru ini, ada yang buat kenduri pada 17 Ogos 2008. Sebenarnya tak jadi masalah kenduri pada hari berkenaan, cumanya kebetulan ianya jatuh pada Nisfu Syaaban. Selalunya Nisfu Syaaban tak jatuh pada "hari cuti sekolah", maknanya tak wujudlah kenduri kahwin pada hari berkenaan. Tapi dah tahun ini serentak, maka memang ada la yang buat kenduri pada hari tersebut. Kasihan juga pada mana-mana individu yang terlibat, pasti dia berbelah bahagi, sebab kalau dia diundang ke majlis yang jatuh pada tarikh berkenaan, dia kena hadiri, dan dia tak dapat berpuasa sunat pada hari tersebut. Hari-hari istimewa macam itu biasanya setahun sekali sahaja.
Maka, satu lagi nasihat aku, kalau nak buat majlis kenduri tu, pilihlah tarikh yang betul-betul sesuai. Seeloknya tak payahlah pilih tarikh yang orang biasanya berpuasa sunat pada hari berkenaan. Kesian, macam "teraniaya" pulak individu berkenaan sebab tak dapat puasa untuk menjaga hati si penganjur majlis berkenaan.
Akhir kata, selamat bersedia untuk menyambut Ramadhan. Hari Kebangsaan tu Hari Kebangsaan jugak, tapi jangan lupa, sehari lepas tu dah masuk 1 Ramadhan. Mana tau, kot-kot ada yang ghairah sambut "merdeka", tapi "terlupa" nak bersedia untuk meraikan Ramadhan, sedangkan dalam Ramadhan itu "permulaannya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (AMPUNAN) dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA". Haha, "merdeka" yang mana satu yang lagi kita mahu? Jeng jeng jeng... B-)
Oh ya, tak dilupakan, Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang baru saja bernikah sekitar bulan Ogos ini. Selamat menempuh hidup baru sebagai suami isteri. Moga mendapat rumahtangga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.
Daaaan, cabarannya ialah, dalam Ramadhan nanti, kalian kena menahan diri LEBIH daripada sekadar lapar dan dahaga taw?! Wakakakaka! :P
Salam Saladin....
BalasPadamDalam nasihat tu, sempat lagi nak mengenakan orang erk...
Tapi kak su nak ambik nasihat yg paling power utk para isteri... yg siap diulangi lagi tuh... "JANGAN melawa waktu siang Ramadhan." Kekeke... Sabo je lah...
Kalau melawa siang bahaya... melawa malam pun bahaya jugak. karang ada yg tak sembahyang terawih lak kang... haha
Tapi kan... kalau isteri melawa utk suami, dpt banyak pahala tau.. tak kiralah siang atau malam pun. Bukan Ramadhan ni kan bulan berkat, bulan yg patut dikumpul pahala sebanyak mungkin.
Paling penting ialah para suami kena bertahan dan bersabar lebih sikit, demi pahala bersama... Lagipun, bukankah nafsu lelaki tu satu je... tak kan tak boleh bersabar kot ;) kekeke
Apapun... terima kasih atas ingatan yang amat berharga tuh... berapa ramai agaknya para suami yg membaca nasihat Saladin nih? Tak pe...nanti kak su cari jalan utk link kan ye!
Sabtu lepas kak su pegi ceramah Ustaz Ridzuan Tee. Dia ada sebut ttg sambutan Merdeka dan Ramadhan yang bersaing tahun ni. Dia menyebut ttg Merdeka yg disambut pada 12 malam setiap tahun. Waktu bermulanya peralihan hari mengikut kalender Gregory. Itu budaya Kristian tu... Dalam Islam, kita mulakan hari baru bila masuknya waktu maghrib, Chinese pun lebih kurang sama (mrk makan besar setiap kali CNY pun waktu maghrib gak).
Alangkah bagusnya kalau sambutan Merdeka disambut mengikut permulaan hari dalam Islam, iaitu bila masuk je waktu Maghrib. Bayangkan... kat Dataran Merdeka, selepas je azan Maghrib berkumandang, laungan Merdeka pula memenuhi ruang. Lepas tu solat Maghrib berjemaah kat Padang Merdeka, dan kemudian sujud syukur... (kak su punya angan-angan mmg sempurna sangat, kan? kekeke) Tak salah kan, menyatakan harapan...?
Ini tidak... waktu 12 malam tu lah laungan merdeka kedengaran, pastu konsert bermula... atau mencapai kemuncak kemeriahannya. Abih konsert dah pukul berapa... 2-3 pagi pun masih ramai yg melepak. Sedangkan waktu tu lah waktu terbaik utk berdoa... (dah mulalah membebel ni...)
Sebelum bebelan menjadi semakin parah, baik kak su berenti dulu. Untuk Saladin dan semua pembaca setia kat sini, bayangkanlah ini adalah Ramadhan yg terakhir... banyakkan beribadat, berikan yg terbaik untuk dipersembahkan kepada Pencipta kita.... semoga Dia sudi reserve kan tempat utk kita di syurga nanti. InsyaAllah...
Haha, sebab saya ni belum berumahtangga lagi, maka tak tahulah saya macam mana perasaan orang berumah tangga di bulan Ramadhan ni, apalagi kalau yang betul² baru berkahwin sebelum Ramadhan. Entah sempat merasa berumahtangga, entah dijemput Ilahi terlebih dahulu, kita pun tak tahu lagi.
BalasPadamTapi apa yang saya cakap ni saya dengar dari Ustaz yang berkenaan itu yang bercakap. Saya tak ada nak retinya nak memandai kata sendiri, hehe. Dia kata lebih elok nikah dalam bulan Syawal, macam zaman Nabi SAW dulu katanya (Wallahu a`lam).
Sorang lagi plak Ustaz (Syeikh yang alim nih) pesan, kalau SAYANG kat suami tu, (dalam bahasa mudah dia) JANGAN melawa di siang hari. SAYANG sebab apa? Sebab tak mau suami sorang² terkial² puasa dua bulan berturut² la, haha! Nak merdekakan hamba, dah tak wujud hamba zaman ni. Nak tolong puasakan pun tak boleh, pompuan lagi la takleh puasa banyak² hari, nak puasa sebulan pun belum tentu dapat sepenuhnya (atas sebab tertentu).
Malam? Haha, takut tak tarawih? Teruk lagi kalau terbatal puasa, apalagi kalau sampai kena kifarah, hah!
Suami kena sabar? Oh, semestinya. Tapi apa pulak peranan isteri? Semua beban kat suami saja ka? Isteri pun leh berperanan kan? Kurangkan melawa. Melawa kat suami memang dapat pahala, tapi kalau sampai "ter" di siang Ramadhan, apakah ianya "berpahala"? Jeng jeng jeng... Alah, melawalah puas² di hadapan suami dalam bulan Syawal nanti. Sebelas bulan boleh melawa depan suami, sebulan Ramadhan ni, "tahan" la sket... ;)
...
Haha, tak perlulah bersusah² nak paut kata² saya yang tak seberapa ini. Sebaliknya, ajaklah suami² tu belajar dari Ustaz² yang thiqah.
...
Ahaa, nak buat waktu Maghrib? Hmm... rasanya tahun lepas, semua jabatan kerajaan diwajibkan buat majlis pada Maghrib 30 Ogos, iaitu pada malam Kemerdekaan. Baca Yasin lepas tu doa selamat. Tapi ada pula suara sumbang mengatakan baca Yasin pada malam merdeka tu Bid`ah pulak, huhuhu...
Maknanya persoalan nak buat waktu Maghrib tu, memang dah ada dah orang yang dok buat. Itu sambutan Merdeka yang seIslam yang boleh dah la tu.
Oooh, Kak su maksudkan acara sedemikian buat di Dataran Merdeka ya? Haha, itu, kena tengok nanti kalau MP Permatang Pauh jadi PM, mana tau kot² salah satu parti komponennya akan mencadangkan untuk membuat acara sedemikian di Dataran Merdeka, itupun kalau ianya tak ditentang hebat oleh parti lagi satu yang merupakan rakan seperjuangan mereka jugak la. Sebab dua² parti berkenaan tak berapa ngam sikit dasar perjuangan mereka.
Whoooops, terselit bab politik pulak dah~! :P
Adapun yang buat tengah malam di Dataran Merdeka itu, adalah acara "wajib" muda mudi. Sendiri fahamlah kot. ;)
Tapi itulah dia, memang Kak su punya harapan ni, sempurna lagi idealis bangat. Tapi itu juga harapan majoriti umat Islam di seluruh dunia pun, haha! B-)
...
Berkenaan kalendar Gregory tu, nak kata Kristian tak Kristian pun, dah memang sistemnya macam itu, pakai sistem 24 jam. Hari baru adalah pada pukul 12 tengah malam. Sekadar formaliti saja kot.
Tapi ada jugak bagusnya sistem² ni. Kena manfaatkan semuanya sekaligus.
- Kalendar Hijri, kita boleh tau fasa bulan.
- Kalendar Gregory, kita boleh tau musim di dunia
- Sistem waktu Solat kita boleh menentukan peredaran matahari dalam sesuatu hari, dan menentukan bila siang dan bila malam (tak sama untuk sesuatu hari dalam setahun tu kan?)
- Sistem 24-Jam, yaa, memudahkan kita nak menentukan waktu untuk buat temujanji dan sebagainya, dan juga untuk menyatakan waktu Solat dalam jam dan minit.
Apahal pun, ini bukan kata² mana² pakar, melainkan hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Pandai²lah kita manfaatkan kesemua sistem ini untuk kemudahan kita. Kalau kita cuma nak pakai SALAH SATU sistem saja dan nak BOIKOT yang lain yang kita tak setuju, silakan, tapi susah sikit kot nak berurusan dengan orang lain di seluruh dunia ni, hihihi...
...
Akhir kalam, sebelum masuknya bulan Ramadhan, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa saja yang pernah saya buat salah. Seterusnya, mengulang kata² akhir Kak su jua, selamat memasuki IPT Ramadhan.
Marhaban Ya Ramadhan! B-)