Saladin Convoy?

Nama sebenar aku bukanlah SALADIN CONVOY. Nama aku bukan juga SALADIN (atau Salahuddin dan yang sewaktunya), dan pastinya nama aku bukanlah CONVOY (mahupun KONVaOI). Hah, nama pun internet, maka apa salahnya kita pakai pseudonym kan?

Maka, kenapa SALADIN CONVOY? Haha, aku dah pakai banyak nama "samaran", dari pelbagai jenis watak dari pelbagai sumber kisah fiksyen, tapi kesemuanya adalah "cilokan" secara bulat-bulat daripada karya fiksyen berkenaan. Maka aku perlukan suatu nama yang "asli", haha!

Asal-Usul nama "SALADIN CONVOY"

saladin2.jpgKalau sebut SALADIN ni, pastinya semua orang akan terbayangkan صلاح الدين الأيوبي (Salahuddin Al-Ayyubi), ataupun nama penuhnya ialah "Salahuddin" (gelaran) Yusuf bin Ayyub (nama sebenar).

Yep, memang tepat sekali, memang aku ambil nama inipun dari tokoh yang ini. Aku memang minat tokoh ni sejak pertama kali aku kenal dia melalui filem Mesir lama (tahun 1963) yang bertajuk الناصر صلاح الدين (AL NASSER SALAH AD-DIN, bermaksud SALADIN SI PENYELAMAT), yang pertama kali aku tengok waktu di sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, watak Saladin yang paling aku gemari adalah menerusi drama bersiri dalam Bahasa Arab yang bertajuk البحث عن صلاح الدين (AL-BAHTH `AN SOLAHIDDIN, "The Search for Salah El Din") yang pernah ditayangkan dalam bulan Ramadhan sekitar tahun 2005 lalu.

Ahem, pertama kali aku pakai nama SALADIN ni ialah ketika nak komen di sebuah blog milik seorang "penyokong" Syiah, sebab aku tahu orang macam itu tak begitu berkenan dengan tokoh Saladin ni, atas sebab-sebab tertentu... 8)

51205.gifSementara itu, kalau sebut CONVOY, anda semua pasti terbayang "konvoi" macam konvoi merdeka, konvoi lori, konvoi trak, dan sebagainya.

Apa yang mungkin anda semua tidak tahu, CONVOY juga adalah nama "asal" bagi watak OPTIMUS PRIME dari siri TRANSFORMERS.

Nama asal? Yep, untuk versi Jepun, watak berkenaan lebih dikenali dengan nama CONVOY. Panjanglah juga ceritanya mengenai bagaimana namanya boleh jadi CONVOY dan dikenali di Amerika dan di seluruh dunia sebagai OPTIMUS PRIME.

Yang pasti, memandangkan dia ni ketua dan mengetuai sekumpulan kenderaan, ketika di jalanan, pasti mereka akan dilihat sebagai sebuah "konvoi", dan nama CONVOY tu memang cocok dengan peranannya sebagai ketua konvoi.

Saladin + Convoy?

Haha, untuk pengetahuan, dalam versi Jepun, nama "Convoy" hanya merujuk kepada Optimus Prime yang mengetuai AUTOBOTS (versi Jepun: CYBERTRONS) dalam siri animasi TRANSFORMERS generasi yang pertama tu.

Untuk setiap siri animasi "baru" yang diterbitkan di Jepun, watak ketua AUTOBOTS/CYBERTRONS ini, biarpun memilik persamaan rekabentuk dan perwatakan dengan Convoy/Optimus Prime, tapi ianya diberi nama yang berbeza, bersesuaian dengan tema siri animasi berkenaan. Contohnya ketua Cybertrons dalam siri TRANSFORMERS: GALAXY FORCE diberi nama "Galaxy Convoy". Dalam versi Amerika pula, namanya kekal sebagai "Optimus Prime".

Maknanya, dalam versi Amerika, setiap ketua Autobots akan dikenali dengan nama "Prime" di belakangnya. Bagi versi Jepun pula, ianya akan dikenali dengan nama "Convoy" di belakangnya.

Jadi, dengan mengambil "tradisi" yang dipakai oleh versi Jepun, maka aku menggabungkan nama SALADIN dengan nama CONVOY, dan jadilah seperti nama "pena" yang aku pakai sekarang ni... 8)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang