Selasa, 15 Julai 2014

Salam Nuzul Quran 1435 Hijriah

Wah, dah lama aku tak update blog aku ni. Boleh dikatakan setahun hanya sekali aku update. Bila ditengok kembali, rupanya dah LAMA aku buka blog. Dari hujung tahun 2007! Sekarang ni dah nak masuk 7 tahun (dah masuk darjah 1 dah, kalau kat sekolah di Malaysia ni).

Waktu mula-mula buka blog ni dulu, aku "tak bekerja" lagi (menganggur). Sebab tu kerap boleh update blog. Tapi bila dah mula kerja, dah tak ada masa nak buat semua ni. Namun rakan blogger lain dulu boleh saja sambil bekerja sambil update, kan?

Walau bagaimanapun, setelah munculnya Facebook, Twitter dan yang seumpamanya, aku dapati ramai di kalangan kenalan-kenalan blogger dah tak aktif berblog, sebaliknya lebih cenderung mengemaskini perihal diri masing-masing di akaun FB dan Twitter masing-masing. Dahulunya, kita saling berhubungan secara dalam talian menerusi Yahoo Messenger atau Skype (yang terkenal la), atau MSN Messenger atau Google Talk. Nak berhubung secara serius, menerusi e-mel. Selebihnya luahan perasaan sendiri menerusi blog masing-masing. Namun sekarang, semuanya dah boleh dibuat menerusi FB sahaja, tiga sekaligus.

Menjejaki kenalan bloggerku yang lain, Tawel Sensei dah dua tahun tak buat entri terkini. Bayan pula entri terakhirnya setahun lepas. Begitu juga dengan geng Bilik Sebelah nampak gayanya dah tiga tahun tak aktif aktif.Yang lain-lainnya ada yang dah hilang daripada "radar". Tapi Ustaz Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern' (juga dikenali sebagai MR. SATU UMAT) masya-Allah tabarakallah masih aktif.  Semoga aku dapat jadi macam depa semua. Maaf kalau ada rakan blogger yang aktif tapi saya tak sebut kat sini.

Maka dengan itu, aku ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak dan Salam Nuzul Quran dan selamat merebut malam Al-Qadar. Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, semoga kita dapat Rahmah, Maghfirah dan 'Itqun minan-Naar, semoga dapat menghabiskan Ramadan tahun ini dan kembali kepada Fitrah, dan semoga dapat diketemukan dengan Ramadan tahun hadapan, amin. Dan semoga Allah menangkan Islam dan Muslimin dan Mujahidin di Palestin dan semua tempat di Malaysia, amin ( #prayforgaza ).

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang