Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Jumaat, 19 September 2014

Artikel FB: "SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR?"

Aku nak kongsi satu lagi "artikel" daripada FB (juga tidak aku edit dan ubah walau satu huruf pun), berkenaan dengan UPSR, bocor, integriti dan pendidikan untuk anak-anak. Satu perkongsian yang menarik dan membuka minda untuk kita semua, terutamanya ibu bapa dan guru-guru.

Mungkin suatu lonjakan paradigma yang tinggi perlu kita tempuhi untuk mengubah mindset kita terhadap institusi pendidikan, terutama sekali di kalangan guru-guru sekolah rendah (yang aku pasti ada dua kategori; 1) yang memang selari dengan kehendak pentadbir sekolah yang selari dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2) yang berfikiran sama dengan artikel ini tetapi terikat dengan mantra "saya yang menurut perintah" tanpa memahami SIAPAkah "saya" yang dimaksudkan yang kena "menurut perintah" itu). Guru-guru "tersepit" di antara penggubal dasar pendidikan peringkat rendah (learning is fun, bimbingan akhlak dan sahsiah diutamakan) vs. pentadbir sekolah/PPD/JPN/Nazir KPM (kecemerlangan! prestasi! gred! peratusan! bilangan A! Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)... ohhh, isu PBS ni lebih rumit dan mengelirukan!). Apatah lagi yang menulis ini merupakan kakitangan KPM sendiri.

Artikel ini ditulis oleh seorang kakitangan KPM yang bernama Haji Darus Awang (pautan asal) bertarikh 10 September 2014, jam 10:08 malam.

SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: "pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor". Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: "esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok". Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.

Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca "command" atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.

Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.

Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini.

Khamis, 18 September 2014

Artikel FB: "UPSR TIDAK MEMBERI MAKNA APA-APA"

Mutakhir ini heboh isu kebocoran kertas UPSR yang dilaporkan, dan berlaku segala macam kesan sampingan daripada kejadian itu. Maka ingin aku kongsikan "artikel" yang ditulis orang yang diposkan ke dalam status FB individu-individu tertentu.

Aku rasa amat rugi kalau mereka tiada blog sendiri untuk arkibkan artikel mereka ini, sebab artikel sebegini, sefaham aku la, takkan naik dalam carian enjin pencari macam Google. Lepas tu artikel mereka ini akan "tenggelam" daripada timeline mereka setelah beberapa kali mereka kemaskini status mereka, maka aku terpanggil untuk berkongsi salah satu daripada artikel yang aku jumpa di FB. Aku copy-paste tanpa ubah satu huruf pun, dan aku sertakan juga pautan asal ke posting asal mereka di profil FB masing-masing.

Ini merupakan tulisan seorang guru bernama Nor Azizuddin Abdul Manan (pautan asal) bertarikh 12 September 2014, jam 11:26 malam.

UPSR TIDAK MEMBERI MAKNA APA-APA

1. Kepada calon2 UPSR yang sudah merancang untuk mengikuti kedua ibubapa mengerjakan ibadah haji dan dijangka berangkat sebelum tarikh 30 September 2014 (tarikh peperiksaan ulangan subjek Sains dan B.Inggeris), nasihat saya, ikutilah kedua ibubapa anda mengerjakan ibadah haji, jangan bertangguh lagi. Begitu juga kepada kepada calon UPSR yang mengikuti lawatan sambil belajar ke luar negara samada anjuran sekolah, NGO's atau mana-mana tajaan syarikat atau secara persendirian, pergilah mengikuti lawatan tersebut, itu juga merupakan sesi pembelajaran berterusan. Kepada keluarga calon2 UPSR yang sudah merancang untuk melancong samada dalam dan luar negara, pergilah melancong, bawalah anak-anak melancong, senang hatikan, bergembiralah sambil merafakkan rasa syukur dengan keamanan yang dinikmati.

2. Usah dipedulikan dengan peperiksaan ulangan UPSR itu,

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang