Jubli Perak TMNT


For more widgets please visit www.yourminis.com

Selasa, Disember 02, 2008

Cuti Panjang 3 - Balada Internet dan Komputerku...

Ahem, setelah tiga bulan "bercuti", beserta satu entri untuk bulan pertama aku kembali "bekerja" di blogku ini, ternyata kelihatannya seperti aku sudah menukarkan blog aku ni menjadi diari aku... ohh, tidaaak!

Mungkinkah sebab aku bersikap "apologetik" atas "percutian panjang" aku dari berblog, lantas aku jadikan blog aku ini seperti catatan dalam sesebuah diari, sedangkan aku sendiri tak pernah menyimpan diari? Hmm, tak mengapalah, abaikan saja persoalan itu, sebab kali ni aku nak menyambung pula "alkisah" aku setelah di"bersambung"kan daripada entri yang lalu.

Meh aku recap mengenai kenapa aku bercuti:
Sebab Pertama: Cuti yang asal, sempena bulan Ramadhan.
Sebab Kedua: Cuti yang tak diduga, sempena kehilangan kabel telefon yang memutuskan tali silaturrahim antara aku dan dunia siber.

Sekarang izinkan aku menceritakan Sebab Ketiganya pula...

Oh ya, sebelum itu, aku terlupa nak sebut dalam entri sebelum ni, bahawa, pada ketika aku tengah bengang setelah kehilangan semula kabel telefon TIGA HARI selepas disambung semula setelah menunggu hampir DUA MINGGU, aku mengambil suatu tindakan "nekad". Iyalah, cuba bayangkan, baru ada tiga hari berinternet, sekali dirembatnya pula kabel telefon. Tunggu dua minggu, sempat main tiga hari saja?! Dalam masa tiga hari tu, aku sempat memeriksa kotak e-mel aku sahaja, yang bertimbun dengan e-mel (ewah, perasan femes la pulak!), tau? E-mel kerjaya dari JobStreet yang paling lama aku layan, err.. heheh!

Aku syak, jangan-jangan sang kontraktor yang tolong pasangkan kabel tu, yang turut menyumbang dari segi me"roger"kan sang pencuri agar merembat kabel di sesuatu kawasan tu tak? Itupun kalau bukan dia sendiri yang merembatnya lah, huh!

Apapun, berbalik kepada alkisah kebengangan serta "tindakan nekad" aku tadi, ianya tidak lagi tertahan, lantas, ketika datangnya pasukan TV9 mengadakan Karnival Sua Rasa yang ditaja oleh Celcom tu, yang diadakan di Stadium Darulaman, yang diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2008 yang lalu, aku melihat ini suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, aku menuju ke booth yang terbesar di situ, iaitu yang dimiliki oleh sang penaja, iaitu Celcom. Aku nekad, aku nak berinternet jugak, maka aku pun memesanlah Celcom Broadband.

Oh ya, sebelum aku teruskan, aku teringat suatu insiden, di mana, di laluan di sekitar kawasan parkir kereta di stadium tu, sebelum menuju ke pintu gerbang tempat berlangsungnya karnival Sua Rasa, terdapat dua "gerai" yang, pada mulanya aku hairan, kenapa mereka seolah tak menyertai Sua Rasa (sepatutnya buat kat dalam kawasan karnival tu lah, kan?). Cerdiknya taktik mereka ni, mereka beroperasi dan menahan pelanggan yang ingin menuju ke karnival tu agar singgah dulu ke tempat mereka.

Persaingan yang sihat?

Wah, rupanya mereka itu adalah pihak Astro dan Maxis! Padanlah tak masuk karnival, mereka kan dari "suku" yang berbeza daripada yang menganjurkan karnival tu! Yang sorang tu stesen TV swasta yang lain, sementara yang sorang lagi tu adalah daripada syarikat telekomunikasi yang bersaingan.

Untuk Astro tu, aku tak kisah sangat, sebab mereka menawarkan suatu perkhidmatan yang unik di Malaysia ni (setelah berjaya mendominasi dan mengalahkan pesaing mereka yang terdahulu sudah semestinya!). Bahkan TV9 sendiri boleh ditonton menerusi Astro, jadi macam ada sedikit "hubungan kekeluargaan" lah antara mereka ni.

Tapi yang aku rasa kurang gentleman tu, kenapalah Maxis pun toi sekaki gak? Seolah macam nak "mencuri" hati pelanggan berpotensi pulak. Kamon lah bebeh, kalian kan dah ada Karnival TV3 Jom Heboh? Kalian promosilah puas-puas produk kalian dalam karnival anjuran kalian tu. Be a good sport, man! Lagipun, kalian punya Maxis Broadband mana ada lagi kat Kedah ni lagi, hehe! Walau bagaimanapun, pada hari kedua karnival, aku dah tak nampak gerai mereka tu, yang tinggal cuma Astro, jadi aku hanya boleh berspekulasi sajalah mengenai apa yang terjadi kat mereka tu...

Kembali pada cerita asal...

Tamat sudah sesi cerita yang menyimpang pada kisah asal, mari kita kembali semula, yah?

Memang betul, menurut tempat bayar bil Maxis sendiri (aku pakai Maxis), Alor Setar masih belum (atau "tak akan"?) support Maxis Broadband. Jadi, selain TMNet, kalau nak pakai yang wayarles ni, memang tak dapat tidak, kena cari Celcom jugak la jawabnya.

Kemudian aku disedarkan oleh suatu realiti. Rupanya terdapat banyak "kedai" yang mengedar modem wayarles Celcom Broadband ni. Jenamanya memacam, Huawei lah, Vodafone lah (model yang sama sebenarnya), dengan pakej dan harga tawaran yang berbeza-beza. Tu tak termasuk lagi dengan "cerita" yang berbeza-beza dari wakil yang berbeza-beza. Yang modem original, yang ada waranti, yang kena kontrak, yang tak payah kontrak, yang harga diskaun, yang diseludup, yang diberikan kepada kakitangan kerajaan... apa nih?! Kenapa menyusahkan pelanggan sebegini? Menyampah betul, hoh!

Tapi apa boleh buat, di Malaysia ni, pengguna tidak dilindungi daripada kerakusan peniaga yang menipu, huhuhu...

Akhirnya, dengan penuh tawakkal, kami memilih satu pakej daripada satu kedai (sebulan RM98). Bila dah buat pembelian, kami diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah.

Oh ya, untuk pengetahuan, pada ketika liputan jam 6 petang dari karnival Sua Rasa yang disiarkan secara langsung oleh TV9 tu, langsung dari booth Celcom ketika wartawan Zuhairah Mustafa Al-Hussin yang membuat liputan mengenai cabutan bertuah yang bakal diadakan pada jam itu juga, aku yang turut berada di situ pada ketika rupanya telah masuk TV! Tapi malangnya, disebabkan aku berdiri betul-betul di belakang kotak cabutan yang lutsinar tu, tak berapa kelihatan la pulak wajah aku. Maknanya hanya baju yang aku pakai sajalah yang kelihatan dan mendapat glamour, heh!

Ehem, berbalik kepada Celcom Broadband, setelah terpaksa menunggu hampir dua hari sesudah pendaftaran (daftar terlewat sejam, hari Sabtu, kena tunggu hari Isnin baru diuruskan pendaftaran kami dan malamnya baru dapat online, heh!), aku mendapati ianya tidaklah sepantas mana pun. Lebih kurang macam Streamyx aku saja pun. Kengkadang lebih lambat lagi, namun ada ketikanya, lebih pantas juga daripada Streamyx. Dan aku dapati ianya sangat tidak ngam dengan Yahoo!, sebab aku mengalami kesukaran nak login aku punya Y!M, biarpun pada ketika ianya tersangat laju sehingga memuat turun video dari Youtube pun tak perlu tunggu lama.

Dan, dua hari lepas aku pakai Celcom Broadband, talian telefon pun kembali berfungsi (macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni, mereka cuma sambung ke dua tiga buah rumah sahaja). Maknanya sekarang, aku ada dua talian Internet yang nak kena dibayar bilnya setiap bulan. Herrmmm... ni yang mana satu yang aku nak terminate ni ya?

Ni baru nak cerita punca aku bercuti panjang ni, iaitu SEBAB KETIGA itu, heh!

Punca ketiga ni aku akan bahagi kepada dua faktor yang saling berkaitan. Faktor pertama ialah dari segi internet aku itu sendiri. Kalau pakai Celcom, ianya tak begitu stabil, kadang laju, kadang perlahan. Mungkin sebab lokasi aku kot.

Kalau pakai Streamyx pulak, di samping kepantasannya yang tak seberapa (aku pakai yang 521K punya), di rumah aku, ada suatu masalah "unik" yang menimpa Streamyx aku ni. Aku tak pastilah sama ada puncanya adalah disebabkan talian Streamyx itu sendiri, atau disebabkan kabel telefon pada tiang telefon (yang kerap diganti sebab asyik kena curi tu), atau disebabkan pemisahan yang bapak aku buat pada talian di rumah aku ni (kami split kepada beberapa buah lokasi di rumah; ruang tamu, bilik tidur utama, bilik kedua dan di dapur).

Apakah masalahnya? Haaa... apabila ada panggilan masuk, tatkala diangkatnya gagang telefon itu untuk menjawab panggilan, secara automatik sambungan ke internet tu akan terputus dan kena disambung semula. Itu baru "keunikan" yang pertama.

"Keunikan" yang kedua pula ialah, akan ada suatu ketika, sambungan ke internet itu terputus, dan modem yang aku setkan supaya menyambung kembali secara automatik tu, akan menghadapi kesukaran untuk menyambung talian. Selagi aku tak perasan akan hal ini (keluar rumah ka apa ka), selagi itulah dia takkan tersambung, sehinggalah aku kena buat sesuatu yang bagi aku agak lawak bila memikirkannya.

Satu cara yang aku buat, aku angkat gagang telefon dan tekan butang engage berkali-kali sehingga aku dengar bunyi modem aku membuat panggilan ke internet (ya, aku boleh dengar deringan modem menerusi gagang telefon rumah aku!) dan biarkannya untuk beberapa ketika sehingga ia betul-betul bersambung dan tak putus-putus lagi dah.

Atau, cara yang terkini, aku kena guna telefon bimbit aku dan dail ke nombor rumah, lepas tu aku angkat gagang telefon rumah, dan biarkan beberapa ketika. Setelah aku buat benda-benda ni, baharulah modem aku berjaya membuat panggilan dan menyambung ke internet. Apa cerita neh?!

Itu faktor pertama. Faktor Kedua, PC aku sendiri yang sudah tua lagi semput. Kerap juga mereboot diri sendiri tanpa terduga. Ditambah pulak dengan tabiat aku yang suka melayari internet menggunakan kaedah "tabbed browsing" pada browser yang mengakibatkan PC tua aku ni menjadi makin lembab, menjadi penggunaan aku terhadap komputer aku ni jadi sedikit terbatas.

Dua faktor tadi membentuk Sebab Ketiga aku lama tak berblog; aku jadi MALAS. Malas lama tak buat. Lama tak buat sebab terhalang oleh "asbab" yang aku ceritakan tadi. Aku memang macam ni, kalau lama tak dapat buat sesuatu aktiviti akibat dihalang oleh sebab-sebab tertentu, akhirnya aku akan jadi "hilang minat" atau "malas" dah nak buat aktiviti berkenaan. Andai aku nak buat juga, aku akan jadi sedikit kekok, dan akan mengambil sedikit masa untuk kembali "aktif"... seandainya aku mahu aktif.

Di samping itu, ada satu lagi sebab tambahan yang buat aku "malas". Bahkan, sebab inilah yang membuatkan ada individu blogger tertentu yang akhirnya bertindak berhenti terus daripada berblog. "Masa" dan "komitmen dunia sebenar". Dan, bagi kes aku yang sekali taip sampai beribu patah perkataan (aduih, tabiat apakah ini?!), sedikit sebanyak, banyak juga masa yang diperlukan. Heh, tapi ini boleh diselesaikan. Aku kena belajar macam mana nak kurangkan bilangan patah perkataan. Tu pun akan makan "masa" jugak nih!

Nah, itulah dia, penamat bagi trilogi "Cuti Panjang" aku ini.

Tammat...(?)

P/S: Dalam aku dok kata yang kununnya aku "kekok" ni, hasil karangan aku jadi panjang jugak yea? Seribu patah perkataan lebih! Waduh, tabiat lama sukar dihapuskan! :P

Baca lagi/komen..

Isnin, Disember 01, 2008

Cuti Panjang 2 - Dilema Kabel Telefon...

Dalam entri aku yang lalu, aku dah serba sedikit menerangkan mengenai "Fasa Pertama" daripada "Cuti Panjang" aku, yakni mengenai sebab-musabab aku lama "menghilangkan diri" daripada berblog sebegitu lama.

Secara dasarnya, aku cuma nak bercuti sebulan saja, iaitu sepanjang bulan Ramadhan tu. Walau bagaimanapun, seminggu sebelum Raya, suatu "tragedi" telah menimpa aku...

Tanggal 24 Ramadhan 1429H, bersamaan 24 September 2008, ketika aku bangun bersahur, aku mendapati tidak semua lampu di modem aku menyala. Aku mengesyaki, sesuatu yang sememangnya sudahpun kerap berlaku semenjak tahun 2008 ini, berlaku lagi sekali pada hari berkenaan.

Dipendekkan cerita, kabel telefon di kawasan rumahku kena curi. Sekali lagi. Sekitar tengah malam buta/awal pagi buta. Yep, yang anda dok tengok/dengar di berita mengenai kes kecurian kabel telefon tu, akulah antara mangsanya, heheh! Kali ni lagi teruk daripada selalu, sebab sampai TUJUH tiang dirembat kabelnya. Lorong masuk ke tempat kawasan perumahan aku ni, memang pada bahagian awalnya tiada rumah di kiri kanan lorong tu. Tiang-tiang di situlah "port" tetap yang dirembat sang pencuri, sebab bila malam gelap, tiada rumah melainkan belukar, maka siapa yang akan perasan kehadiran dan aktiviti mereka kan?

Macam mana aku tau kehilangan kabel telefon pada saat aku bangun sahur? Senang saja. Modem aku buka 24 jam. Kalau lampu tertentu di modem tu tak bernyala, aku angkat gagang telefon rumah tak berbunyi, dan bila aku buat panggilan masuk dari telefon bimbit aku ke telefon rumah dan mendapati panggilan itu berjaya masuk TAPI tak telefon rumah tak berdering, petandanya kabel telefon kena curilah tu.

Biarpun dah banyak kali kes ni berlaku (bermula tahun ini sahaja tau!), tapi inilah kali pertama kami "offline" daripada telefon dan internet selama hampir dua minggu lamanya. Bahkan aku berhari raya tanpa internet! Tak dapatlah nak hantar atau balas e-kad raya ka, e-mel raya ka, testimonial Friendster ka, semua tu tak terbuat tahun ini. Apa lagi nak buat entri khas untuk Hari Raya!

Kenapa lama sangat nak diambil tindakan? Pertama: Cuti Raya... biasalah beb! Kedua, dan ini spekulasi saja: TM dah malas nak perbaiki. Kalau di kampung, memang pemandangan normal kalau ada tiang telefon yang "dogol". Dalam ertikata lain, memang TM takkan ganti kabel di situ. Macam bagi percuma saja pada sang penyangak pencuri kabel tu, buat apa kan? Dan sebab ketiga tapi yang paling utama: Pihak TM kat tempat aku dah kehabisan kabel. Kena order baru. Agaknya itu kot yang makan masa lama sikit tu.

Alternatifnya, TM menyediakan satu perkhidmatan telefon wayarles, dan perkhidmatan ini ditawarkan kepada "mangsa-mangsa" kecurian kabel telefon yang tak dapat diselamatkan atas faktor-faktor logistik (tempat terpencil, senang dicuri semula) dan kewangan (berapa juta ringgit bazir untuk menyenangkan pencuri besi?).

Bagusnya perkhidmatan ini, aku difahamkan, selain daripada berfungsi seperti telefon rumah biasa (cuma bezanya, ianya tidak bergantung kepada kabel telefon di tiang tu), kita juga boleh bawak telefon ini ke mana-mana yang kita suka. Kita tetap boleh terima panggilan walau di mana pun kita bawa telefon ini, tetapi untuk buat panggilan keluar, ianya hanya tertakluk di sekitar daerah yang kita diami/daftar sahaja. Internet pun boleh main, tapi sekadar perkhidmatan dial-up 1515 saja.

Bila difikir balik, ini dah macam pakai telefon bimbit, bahkan penggunaan telefon bimbit tu sendiri lebih banyak fungsi tambahan daripada perkhidmatan telefon ni (sebab boleh pakai di mana saja... tempat yang ada liputan la, hehe!). Dengan kata lain, orang kita zaman sekarang ni sebetulnya KURANG memerlukan talian tetap di rumah sebab masing-masing dah ada telefon bimbit. Satu keluarga lima beranak contohnya, dari bapak sampai ke anak bongsu, semua ada nombor masing-masing.

Tapi ada satu sebab kenapa aku perlu juga talian tetap di rumah: STREAMYX! Di sini, tak ada cara lain nak berStreamyx melainkan menerusi talian tetap. Mana boleh bayar tiap-tiap bulan harga tetap, tapi tak boleh nak berStreamyx sebab kabel kena curi. Sudah la kelajuannya pun tak seberapa, tapi lebih baik banyak la daripada tak ada langsung. Maka, sesudah beberapa kali menelefon, malah pergi sendiri ke TMPoint dan beberapa kali berjumpa dengan mereka yang bertanggungjawab, siap "mengugut" akan menamatkan langganan Streamyx kami, maka akhirnya dipasang jua kabel baru pada 13 Oktober 2008 (dah dua minggu berhari raya dah!).

Malangnya, baru tiga hari sempat berinternet semula, dah kena curi lagi, kali ni di tiang lain pula, iaitu tiang-tiang yang berikutnya bersebelahan tujuh tiang yang dirembatnya sebelum ini. Oh, baiknya hati tak curi kabel baru, sebaliknya pi curi kabel lain. Kali ni tiang-tiang yang dicuri bersambung sehinggalah ke depan rumah orang. Wah, makin berani!

Kami dengan tebal muka menelefon dan bertemu lagi dengan pihak TM. Mereka pun menggeleng kepala. Selain menyangkut kabel di tiang, kabel telefon juga boleh ditanam, tapi itu mungkin sukar sikit nak dibuat. Iyalah, nak kena korek dan tanam, dan nanti "berserabut" pulak dengan Jabatan Air, sebab paip air pun ditanam jugak.

Solusinya, mereka sambung juga kabel, tapi aku tengok saiznya lebih kecil dari tiang yang lain (yang masih BELUM dicuri). Rupanya mereka hanya menyambungkan ke beberapa buah rumah sahaja (termasuk rumah aku), sebab rumah kami ni pakai Internet. Rumah lain yang tak pakai internet, dibekalkan dengan telefon tanpa wayar yang aku sebut tadi.

Maka, buat masa ini, "selamat" juga kawasan kami ni dari kecurian kabel. Iyalah, dua-tiga urat kabel saja yang ada di tiang, pencuri pun tak tergamak nak rembat, sebab berapa duit saja mereka boleh jual dengan "besi" pada kabel yang sebanyak itu? Hehe, kecurian kabel ni cuma salah satu saja daripada beberapa kebejatan sosial di kawasan perumahan aku ni. Kalau nak dihimpun kesemua "cerita-cerita" mengenai penduduk sini, boleh buat siri DESPERATE HOUSEWIVES versi kami sendiri, hah!

Tapi itulah dia, aku rasa kecurian kabel ni, serta penggantian yang kerap ini, MUNGKIN memberi kesan kepada potensi/kualiti kelajuan Internet di rumah aku ini, sebab di situ sudah berlaku kerosakan. Atau itulah yang diungkapkan oleh operator talian 100 yang aku pernah dail untuk kompelin masalah internet. Entahlah, aku pun tak paham, boleh jadi dia auta aku saja, nak lepas diri, heh! Lagipula, masalah ini, yang dijanjikan akan diselesaikan dalam masa dua hari bekerja, rupanya masih lagi tak diselesaikan biarpun dah lebih DUA MINGGU BEKERJA dari tarikh aku telefon.

Aaa... masalah apakah itu? Rasanya ini aku kena bagi bersambung dululah yea?

Bersambung (lagi?!)...

Baca lagi/komen..

Sabtu, November 08, 2008

Cuti Panjang 1 - Ramadhan yang lalu...

Ulala, kali terakhir aku pos kat blog aku ini ialah pada 31 Ogos 2008, sehari sebelum masuknya 1 Ramadhan 1429H. Sekarang dah berapa haribulan?

Haha, rupanya sudah lebih dua bulan aku tak mengepos di sini! Kenapa ya?

Jeng jeng jeng...

Alkisahnya, sememangnya aku berniat untuk "bercuti" sepanjang bulan Ramadhan yang mulia itu. Selain daripada meneruskan rutin harian kita seperti (bekerja ka, belajar ka), kita digalakkan menambahkan amal ibadah dalam bulan berkenaan. Kiranya bulan Ramadhan ni boleh dianggap sebagai bulan "pesta ibadah" la bagi mereka yang beriman. Yang tak sabaq nak raya punya jenis manusia tu, aku cuma boleh kata, "insaflah kamu", heheh!

Disebabkan kemuliaan Ramadhan ni, aku pun mengurangkanlah aktiviti yang aku rasa "kurang berfaedah" bagi diri aku, aktiviti yang kalau aku buat juga, akan memakan masa tapi faedahnya tak seberapa, termasuklah mengemaskini blog, ahaks! Walau bagaimanapun, menonton TV tu aku buat jugak, tapi terhad kepada rancangan seperti SYAHADAH, JEJAK RASUL 14: RIHLAH IBNU BATTUTAH, AL-RISALAH: MUSA KALIMULLAH (kalau aku sempat balik dari Tarawih). Melayari Internet tu aku buat jugak, cuma taklah sekerap selalu. Tapi bila dah terbaca satu artikel mengenai perbuatan-perbuatan "buruk" yang kita selalu buat pada waktu-waktu biasa tapi kita "terhenti" seketika bila tibanya Ramadhan, aku pun terfikir dan insaf. Sebab benda dosa ni, dia akan ada satu "getaran" di hati kita apabila kita melakukannya. Tu bagi orang yang ada iman la tu. Kalau yang jenis tak ada langsung, yang mati hati tu, dia main belasah jua, kan?

Berbalik pada artikel tadi, aku jadi terfikir, kalau sesuatu "benda" tu kita selalu buat di bulan lain tapi kita rasa "berdosa" nak buat di bulan Ramadhan, lalu kita pun berhenti pada bulan itu, maka kenapa kita tak berhenti terus saja, kan? Sebab hati kita pun dah kata, "benda ni berdosa". Contoh mudah, yang suka menonton atau melayari laman sesawang yang memaparkan gambar "biru", dalam bulan Ramadhan, dia mungkin takkan melakukan kerja yang terkutuk itu. Yang merokok pulak, mungkin akan berhenti daripada melakukan kerja yang HARAM (menurut Fatwa Kebangsaan) itu.

Dengan mengabaikan mereka yang masih buat juga benda-benda ini di bulan puasa (apalagi kalau orang itu LANGSUNG tak puasa), mari kita tanya diri kita, kenapa kita tinggalkan benda-benda tertentu itu dalam bulan puasa? Kemudiannya, hatta pada 1 Syawal pun ada juga, kenapa kita kembali buat benda-benda yang kita tinggalkan sepanjang sebulan yang lalu? Kenapa tak berhenti terus saja kan?

Haha, rasanya aku sudah terlebih daripada penulis asal artikel tadi tu. Silalah ke pautan yang aku letak tu untuk membaca artikel tu dengan lebih lanjut.

Sementara itu, baru aku perasan, aku sebenarnya belum lagi menceritakan kenapa aku "bercuti panjang" daripada ke sini...

Bersambung...

Baca lagi/komen..

Ahad, Ogos 31, 2008

Konsert Akhir Akademi Nasyid


Yaaaa... lengkaplah sudah sebelas minggu/episod (angka yang ganjil bagi sesuatu siri TV) penayangannya dan berakhirlah sudah siri AKADEMI NASYID (AN), dan aku menonton konsert akhirnya. Sempena malam menjelang 31 Ogos ni, rupanya aku pun macam orang lain jugak; melayan konsert! Tapi bezanya, aku tengok konsert nasyid di TV, sesuai pula dengan suasana nak menyambut Ramadhan ni, kan? Sementara orang lain pulak melepak di tempat lapang, bercampur laki perempuan, tengok konsert hiburan yang melalaikan. Ewah sempat lagi "berleter" tu! :P

Yang bagusnya Akademi Nasyid ni, berbanding "Akademi nyanyi-nyanyi" yang lagi satu tu, serta majoriti rancangan pertandingan mencari penyanyi segera ni, sudah pastilah kerana ianya program lagu nasyid. Kalau dah nasyid ni, automatik ianya akan lebih baik daripada kategori persembahan pentas yang lain tu. Lagi satu, undian SMS hanya mempengaruhi 40 peratus pemarkahan. Sungguhpun macam itu, tapi berdasarkan trend dan populariti, memang dah dijangka dah bahawa Azhan akan menang.

Apahal pun, izinkan aku menjadi "juri tak rasmi" pulak, mengulas konsert serta peserta-peserta AN ini, yeah...

KONSERT AKHIR

Macam biasa, program ini diacarakan oleh Hafiz Hamidun. Sibuk betul saudara kita ni. Malam sebelumnya, tengah malam pulak tu, dia mengacarakan rancangan TILAWAH INTERAKTIF di RTM1 bersama Ustaz Mohd Farid Ravi. Mujurlah malam ni tak ada program tu di RTM1, kalau tidak, jenuh la dia berkejaran pulak ke RTM1 lepas habis mengacarakan AKADEMI NASYID ni, heehe!

Macam biasa jugak, juri tetap ialah Farihin Abdul Fatah. Kali ni dia ditemani oleh Azmeer, dan (kalau tak salah eja) Ustaz Mohd Rozi, ustaz tarannum yang pernah berduet dengan kumpulan FarEast dalam lagu "AHLAN BINA".

Macam biasa jugak, penyanyi latar yang menyokong persembahan ialah Yasin Sulaiman (ex-Brothersz), Salleh Brothersz dan Faiz Brothersz. "Pengetua" bagi akademi ini ialah Ustaz Asri dari Rabbani, tapi yang lawaknya, beberapa jam/minit kemudian, aku nampak kelibat kumpulan ni di siaran langsung konsert merdeka apa entah di RTM2!

Konsert dimulakan dengan persembahan dikir barat oleh peserta-peserta yang tak jadi finalis, dipimpin oleh Salleh Brothersz dan Akbar. Antara lagu yang aku ingat mereka nyanyikan (atau DIKIRkan, hehe) ialah lagu "LASKAR CINTA".

Kali ini, setiap peserta menyanyikan dua lagu, satu lagu orang lain dan satu lagi lagu khas diciptakan untuk mereka nyanyikan. Lagu "orang lain" yang mereka nyanyikan, disebabkan kita dah pernah dengar sebelum ini, maka kita boleh tentukan sama ada mereka sampaikan dengan baik, biasa atau sebaliknya, sementara lagu baru pulak, payah la sikit nak nilai, sebab baru pertama kali dengar, dan aku memang jenis yang tak pernah "jatuh cinta pendengaran pertama" pada mana-mana lagu pun, kena dengar dua-tiga kali dulu, haha! Macam selalu jugak, dipasangkan dua peserta untuk buat persembahan berturut-turut. Bezanya kali ini, keenam-enam finalis ini hanya dikomen setelah "pasangan" ini selesai buat persembahan kedua mereka masing-masing.

CICIK

Shukri atau nama glemernya, Cicik menjadi peserta pertama yang buat persembahan, dia menyanyikan lagu M. Nasir, "KIAS FANSURI". Lagu baru dia aku tak ingat tajuknya, hah! Suara dia sekali dengar, macam suara Jay Jay. Satu-satunya peserta yang berambut panjang dan sedikit "lari" dari tema dan aspirasi nasyid, hoho. Kelebihan dia ni, selain suaranya, ialah trademark dia waktu buat persembahan pentas, mesti ada gitar. Persembahan dia ni mantap dan okay la, kalau kita tak anggap dia penyanyi nasyid. Bukan peserta kegemaran aku sangat.

D'VISION

Peserta kedua ialah sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka D'Vision. Kumpulan nasyid yang kelihatan sedikit "tradisionalis", tapi sayang, mereka ni terkena juga sindrom "menamakan kumpulan dengan perkataan Inggeris yang diringkaskan agar kononnya nampak cool dan menarik". Dulu aku ada sikit masalah dengan satu kumpulan nasyid bergelar DeHearty, biarpun maksud asalnya mungkin dia nak kata "di hati", tapi kalau diterjemah bulat-bulat perkataan Inggeris ini, akan bermaksud "penyah-hatian" atau, dia "membuang" hatinya, dengan kata lain, menjadi tak berhati perut (haha, macam bagus saja tafsiran aku ini!). Kan macam negatif sikit maksudnya tu? Macam la dengan kumpulan D'Vision ni pun, salah satu maksud yang aku nampak ialah "perpecahan", hahah! Lain kali, cari la nama yang "bebas" dari sebarang unsur atau maksud negatif.

Persembahan mereka ni memang mantap dan baik. Suara vokalis utama dia ni memang ada tarannum, burdah, dan entah apa lagi istilah yang boleh aku pakai untuk menggambarkan suaranya. Orang yang pandai bertaranum waktu mengaji, lebih tahu kot apa jenis burdah dia pakai. Paling suka dengar lagu "DARI TUHAN" nyanyian asal Awie dan kemudiannya diduetkan dengan kumpulan Raihan tu. Menarik disebut di sini, D'Vision menyanyikan lagu ni dengan stail yang lebih mirip kepada versi Awie dulu-dulu, dan bukannya versi Awie dan Raihan.

Tapi sayang sikit, macam Azmeer kata, nama saja kumpulan, tapi yang dok pulun nyanyi (dia guna istilah "tamak" dan "bolot", heheh), vokalis utama tu sorang saja, hahah! Tapi mungkin tak adil jugak kita nak kata macam tu sebab ini stail yang sama digunakan oleh Rabbani dan Hijjaz, di mana vokalis utama saja yang nyanyi bahagian utama, sementara penyanyi lain memang sebagai latar, macam "Panca Sitara" tu, bak kata Azmeer. Ianya tak macam InTeam atau kumpulan nasyid muda-mudi yang bawak stail lain yang lebih "harmoni" sebab semua anggota ada bahagian vokal utama masing-masing.

MUSLIM VOICE

Seterusnya, kumpulan Muslim Voice, yang bawak stail acapella dalam nyanyian mereka. Menyanyikan lagu "Allahu" (nyanyian asal siapa aku tak tau, tapi rasanya mereka nyanyi yang versi Raihan punya, aku pun tak tengok sebab waktu tu aku tengah solat Isyak, haha). Lagu baru khas nyanyian mereka pun boleh tahan sedapnya. Sebab stail acapella yang mereka bawa, persembahan mereka memang kedengaran sangat harmoni sekali vokal-vokal masing-masing. Bak kata Farihin, mereka ni jenis "Halal-Sumbang" (istilah beliau yang orang lain tak boleh tiru, apalagi, cepat la patenkan, haha!), kalaupun sumbang, tetap terhibur.

EDA FAZILAH

Satu-satunya finalis wanita, Eda Fazilah, memulakan persembahan dengan lagu barunya yang aku tak dengar (alasan sama dengan waktu aku tak dengar nyanyian pertama Muslim Voice tadi). Tapi kalau dengar semula melalui ulang tayang sebelum berakhirnya tempoh pengundian, rasanya lagu tu macam sedap. Nanti la aku dengar semula kalau ada kesempatan, hehe.

Lagu orang lain yang dia nyanyi pulak ialah "TIADA YANG KEKAL" (sepatutnya tajuk penuhnya ialah "TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH") nyanyian asal kumpulan Al-Mizan dan dinyanyikan semula oleh Ustaz Akhil Hayy. Suara dia memang sedap lagi bergemersik (entah betul entah salah penggunaannya dalam ayat aku ni, heh). Juri kedua, "ustaz tarannum" tu sampai berkata dia ingat yang menyanyi ialah Ummi Kalthum, penyanyi Arab yang terkenal tu, haha! Cuma, Farihin kata suara dia ni banyak "vibrator" (apa benda tuu? Merujuk pada "getaran" yang dia kerap buat kat suara dia waktu menyanyi kot?). Kot mana pun, dia inilah peserta yang paling aku minati, hihihhiihihihi!

AIMAN

Aiman, seorang lagi finalis solo. Dia nyanyi lagu baru khas untuknya bertajuk "Dusta Berkala", satu-satunya lagu baru yang aku ingat tajuknya, haha! Mungkin sebab aku sempat terbaca bahawa lagu ini adalah ciptaan Hafiz Hamidun (pengacara, penyanyi, ex-UNIC) sendiri dengan Ahmad Fedtri Yahya dari TV3 tu. Hmmm... patutlah aku selalu nampak macam mereka berdua ini macam ada satu persamaan, rupanya inilah dia titik pertemuan mereka, hehe.

Dia juga menyanyikan dengan penuh perasaan lagu "Nur Kasih" nyanyian asal InTeam. Satu yang agak menarik lagi menghairankan mengenai Aiman ni ialah, dia SUKA sangat memilih lagu yang asalnya dinyanyikan oleh sesuatu kumpulan, untuk dinyanyikannya sorang-sorang! Tapi mungkin juga disebabkan dia ada satu lagi "kepelikan", iaitu dia berkebolehan "mengubahsuai" suaranya kepada suara-suara yang berbeza-beza ketika menyanyi, hahahahah! Kejap tinggi, kejap dalam, kejap lunak, kejap macam Yasin, kejap macam penyanyi-penyanyi lain, pendek kata, memang berkepelbagaian sungguh la suara dia ni. Aku tak pasti sama ada dia sengaja atau akibat gemuruh, sebab kelihatan tangan dia juga bergegar-gegar ketika memegang mikrofon di atas pentas tu, huhuh... Tapi persembahan dia memang okay, dia pun berkebolehan "bertaranum" dalam nyanyiannya.

AZHAN

Akhir sekali, peserta kegemaran ramai, iaitu Azhan Atan. Dia menyanyikan semula lagu Ramli Sarip iaitu IQRA' di samping lagu baru untuknya (tak ingat tajuk) yang ditulis oleh Usop Kopratasa. Haha, memang hanya lagu Azhan dan lagu Aiman saja yang aku terbaca nama komposernya. Suara dia memang lantang, tapi aku tetap tak begitu meminati dia. Namun, dia ni memang ramai yang minat, dan sekali lagi aku tak hairan dia menang. Atas sebab itu jugak kot aku tak minat sangat dia, aku memang tak minat apa yang orang ramai minat, hoh! Apapun tahniah buat beliau.

LAIN-LAIN HAL, HEH...

Habis persembahan finalis beserta komen-komen dari juri, sebelum iklan sebelum pengumuman keputusan, Nora menghiburkan penonton dengan lagunya, "SAMUDERA". Yang lucunya, dulu aku tak minat pun lagu ni, tapi bermula saat tadi setelah mendengarnya di AN, aku jadi minat pulak dengan lagu ni! Mungkin sebab aku memang akan minat apa saja lagu bukan nasyid tapi ada kaitan dengan nasyid kot?

Oh ya, Nora mengenakan busana yang berjilbab. Aku tak pasti apakah beliau memang akan kekal begitu, sebab ini dah kali kedua aku tengok dia dalam masa terdekat ni pakai macam itu (kali pertama ialah dalam iklan rancangan BUSANA di TV9). Macam trend pulak selebriti wanita kita sekarang ni, setelah puas menayangkan rambutnya kepada orang lain, akhirnya bertudung jua. Apapun, bak kata orang putih, "better late than never", kan?

Ahha, lagi satu aku rasa tertarik nak memperkatakannya. Nama program ni ialah "Akademi Nasyid", tapi TAK PERNAH LANGSUNG dijemputnya artis nasyid sebagai artis jemputan/undangan (termasuklah Nora). Hafiz Hamidun ada menjawabnya di "Blog Akademi Nasyid" (hehe, sekurangnya "blog" Akademi Nasyid adalah di internet, bukannya macam "Blog Gengsterzz" yang ditayang di TV3, kuang kuang kuang!), cuba baca di perenggan keempat dan kelima. Menurut beliau, ini untuk menarik orang yang "tak dengar/minat nasyid" untuk turut menontonnya.

Baguskah taktik ini? Entah la, bagi aku pulak la kan, dalam pada kita nak mencari lebih ramai "peminat baru" atau memperluaskan skop "penonton sasaran", janganlah pulak sampai ke peringkat "menganaktirikan" atau "alienate" peminat setianya yang asal. Aku tak merujuk kepada AN, aku merujuk kepada apa saja yang ada peminatnya, secara umum (komik, filem, apa sajalah). Mujurlah taktik penerbitan AN ni tak sampai ke peringkat itu, kiranya masih boleh diterimalah oleh orang macam aku ini, hehe.

Akhir kalam, tahniah kepada pemenang nombor satu, iaitu Azhan. Tapi tak ada pulak pemenang nombor dua dan tiga. Apakah ini bermakna kelima-lima finalis yang lain itu sama-sama berkongsi tempat kedua, sementara baki peserta lain yang tak jadi finalis itu berkongsi tempat ketiga? Wahaha, kalau benar begitu, memanglah rancangan ini betul-betul genius!

Apa-apahalpun, dalam kesempatan yang sedikit ini, selamat menyambut kemerdekaan dan SELAMAT BERIBADAH DALAM BULAN RAMADHAN! B-)

Baca lagi/komen..

Ahad, Ogos 24, 2008

Kedah... Kedah pantang kalah!


23 Ogos 2008 mencatatkan suatu sejarah buat Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah. Bukan saja Pasukan Kedah berjaya memenangi Piala Super dan Piala FA, malah malam ini, menang pulak Piala Malaysia.

Aku sebetulnya tak minat pun perlawanan bola sepak ni. Malah aku juga seorang yang kaki bangku, haha! Tapi kalau ada perlawanan penting melibatkan pasukan Hijau Kuning ni, memang aku akan jadi perhatian lagi prihatin untuk mengikuti perkembangannya. Sepertimana malam ni.

Malam ini sebenarnya aku terbelah bahagi. Nak tengok TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA kat RTM1, nak jugak tengok AKADEMI NASYID di TV9. Akhirnya aku settle. Tilawah boleh didengar di IKIM.fm, maka aku boleh dengar. AN tu aku boleh tengok online kat TV9 Online, atau tak tengok terus pun tak apa, hah! Oleh yang demikian, TV pun tertalalah ke RTM2 yang ada siaran langsung perlawanan tu.

Sebaik saja sudah solat Isyak, melihatkan pada awalnya, Selangor mendahului satu berbalas kosong, aku jadi kureng bersemangat nak tengok. Jadi aku lepak dulu di bilik, sementara TV dan Radio di luar berkumandang siaran liputan perlawanan tu. Lepas dengar ada gol penyamaan dari Kedah, aku pun jadi seronok sikit, tapi masih tak jenguk ke TV. Bila tiba waktu makan malam, keluar dari bilik, terjeling kat skrin TV, terkejut tengok Kedah dah mendahului 2-1! Aik, cepat sungguh! Lepas masuk gol ketiga tu, segalanya tinggal sejarah la buat pasukan Selangor, hahah! Baru separuh masa pertama tuuu!

Separuh masa kedua pulak, permainan stail maintain saja la nampaknya. Tapi tetiba terkejut seketika bila Selangor bubuh gol kedua. Aih, suspens la camni! Habis masa, tapi pi tambah tiga minit tambahan pulak! Maintain lagi. Lepas tu, dah tinggal seminit, Selangor pulak dapat sepakan percuma. Kalau masuk ni, memang haru-biru la jadinya, nak kena penalti pulak kan? Tapi syukurlah, bola tak masuk, dan dah masuk lebih dari tiga minit dah. Apa lagi pengadil weh, tiuplah wisel penamat tu! Dah la sepakan percuma pun dibagi saat-saat terakhir dah! Tak puas hati ka kalau Kedah menang? Bias betul la, haha!

Apapun, sejarah tetap dah tercipta. Keputusan yang tercatat ni macam ulang tayang perlawanan Kedah-Selangor merebut Piala FA dulu, di mana Kedah kalahkan Selangor 3-2 jugak, hoho! Dan khabarnya, bilangan penyokong Kedah di Stadium Bukit Jalil tu melebihi bilangan penyokong Selangor? Biar betul! Apa cerita? Kalian macam tahu pulak keputusan malam ini ya? Heeheh, jangan marah, gurauan penawar duka! Tapi nak tergelak la melihat ada kelibat budak-budak sekolah dari Kedah di situ. Oit, cuti sekolah dah habis la, hari Ahad di sini dah mula sekolah tau! Ponteng sekolah la alamatnya tu! Baguih la mak bapak ajaq anak-anak minat bola sampai tuang sekolah, ahaks!

Tahniah buat Ketua Jurulatih Kedah yang sangat aku kagumi kerana sangat merendah diri dan sentiasa sebut nama Allah dalam setiap pengucapan dia, iaitu Mohd Azraai Khor Abdullah. MB Kedah, Ustaz Azizan pun ada jugak tadi, heheh! Tahniah buat seluruh pasukan Kedah. Tahniah buat semua peminat (termasuk aku!).

Dan menjujung kasih buat Tuanku Sultan Kedah, peminat nombor satu Pasukan Kedah. Setiap perlawanan penting melibatkan Kedah, baginda mesti akan turun mencemarkan duli untuk menyaksikannya. Dan kalau Kedah menang, memang bonus la sebab baginda sendiri yang akan menyampaikan hadiahnya. Secara tak langsung, ini juga merupakan hadiah istimewa buat baginda sempena Sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda. Juga hadiah buat Allahyarham Dato Paduka Haji Ahmad Basri yang kembali ke rahmatullah 15 Julai yang lalu (Al-Fatihah).

Walau apapun, ini memang suatu berita yang sangat menggembirakan aku dan keseluruhan Peminat Hijau Kuning, haha! Sebab gembira punya pasal, izinkan aku menyanyi:

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darulaman

Kedah...Kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah
Hijau kuning tanahku
Darulaman negeriku
Hijau Kuning darahku..
Negeri Kedah negeriku

Sebagai bonos, silalah menonton lagu tema pasukan Kedah, versi asal:


...dan versi lebih rock:


Akhir kata, majulah bola sepak Kedah untuk negara! Biar jasa jadi kenangan! Pulun Kedah Pulun! B-)

Baca lagi/komen..

Jumaat, Ogos 22, 2008

"...Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan"

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
Allahuma Barik lana fi Rajaba wa Sha’bana wa ballighna Ramadhan
Ya Allah Berkatkanlah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah (sampaikanlah) kami dengan bulan Ramadhan.

Doa ini selalunya kita baca seawal bulan Rejab sehinggalah nak masuk bulan Ramadhan. Dan memandangkan (bermula pada tarikh aku menaip entri ini) kita sudah tinggal lebih kurang seminggu lebih saja lagi nak masuk bulan Ramadhan, maka marilah kita pakat-pakat amalkan doa ini. Bukannya apa, sebab kita ni tak tau berapa lama lagi kita mau hidup, maka oleh sebab itu kita kenalah berdoa agar Allah panjangkan umur kita agar sempat bertemu dengan Ramadhan.

Nak sambut Ramadhan ni kita kena buat sepertimana kita nak sambut orang yang kita sayang ke rumah kita. Sebab apa? Sebab Ramadhan ni adalah sebagai "pembasuh" yang akan membasuhkan dosa-dosa kita dan akan "melahirkan" kita semula sepertimana sediakala atau fitrah asal kita (sebab itulah perayaan sesudah Ramadhan tu disebut HARI RAYA FITRAH). Ada yang seorang ustaz yang aku kenal yang membahasakan Ramadhan ni sebagai "kem" atau "akademi" atau "kursus", dan selama sebulan itu kita akan diasuh jadi manusia baik. Kemuncaknya, kita akan bergraduasi pada Hari Raya nanti. Haha, suka hatilah nak pakai nama apapun, yang penting, kita faham apa fungsi Ramadhan dan macam mana nak menghidupkannya.

Apa kita boleh buat selain berpuasa? Yaa, berpuasa itu sendiri pun kena buat betul-betul, jangan jenis yang tak dapat apa-apa melainkan hanya sekadar "lapar dan dahaga" saja, sebab puasa yang sedemikian sangatlah rugi. Antara yang kita boleh buat ialah baca Al-Quran banyak-banyak, hadiri majlis ilmu banyak-banyak, dan yang paling utama, yang mana benda ni memang tak ada dalam bulan lain selain Ramadhan: SOLAT TARAWIH.

Ini pun nanti ada pulak yang pertikai, nak buat lapan atau dua puluh? Alahai, buat dan ikut saja la imam kat tempat anda. Dia buat lapan, lapanlah. Dia buat dua puluh, dua puluhlah. Ikut sampai dia habis buat dengan Solat Witirnya sekali. Janji buat. Seteruk-teruk manusia ialah dia pertikai sana pertikai sini, last-last dia sendiri langsung tak buat, haha!

Lepas tu, bila habis nak Ramadhan tu, kenalah bersedih, sebab "kekasih" kita tu dah nak tinggalkan kita. Iyalah, ianya datang setahun sekali saja beb. Sedih sebab mungkin tahun seterusnya kita dah tak sempat nak meraikannya. Jangan pulak jadi macam orang kebanyakkan kita, dia lebih seronok sambut Raya sebab DAH TAK PAYAH NAK PUASA. Lagi teruk lagi, makhluk yang haram tak puasa, tapi lebih-lebih seronoknya menyambut Hari Raya.

Cakap pasal nak sambut Ramadhan ni, aku teringat kata-kata Ustaz Zainal Asri yang aku dengar kat Kelas PAKSI di Menara Zakat. Dia hairan tengok orang kita berlumba-lumba buat kenduri kahwin dalam sekitar bulan Ogos ni. Almaklumlah, cuti sekolah! Orang kita ni, cuti sekolah saja, kenduri kahwinlah. Tapi dia tak nampak pulak, kebetulan dalam tahun ini, kalender Gregory dan Hijri kita ni berdekatan. Dia macam tak perasan bahawa tak sampai sebulan lepas tu, dah nak masuk Ramadhan dah.

Apa yang dirisaukan ialah, BERNIKAH sebelum Ramadhan. Bernikah tu tak salah, tapi tarikh dipilih tu tak berapa kena. Dan bila ustaz tu cakap macam tu, baru aku terperasan, betul jugak kata dia. Bernikah sebelum Ramadhan tu, biarpun tak salah, TAPI boleh ka pasangan baru bernikah ni tahan diri masing-masing sepanjang bulan Ramadhan? Baru bernikah beb, faham-faham sajalah kan! Memang betul-betul punya "cobaan" la si pasangan suami isteri ni kena hadapi.

Ada yang kata, "ala, boleh buat waktu malam apaa?". Iyalah, betullah jugak tu. Tapi waktu siang tu memang SAH la tak boleh kan. Itulah cabaran utama mereka. Kalau "ter" jugak, alamat batallah puasa. Si isteri tu okay lagi, tapi yang teruknya ialah si suami. Sebab apa? Sebab kalau puasa terbatal akibat "ter" yang demikian itu, alamat kena puasa DUA BULAN BERTURUT-TURUT la jawabnya! Mana nak cari hamba yang nak dimerdekakan dalam zaman macam ini? Puasa dua bulan ni, tak boleh terberhenti sehari (sakit ka uzur ka), sebab kalau berhenti sehari, kena MULA SEMULA.

Hei, bayangkan, 60 hari berturut-turut beb! Sebulan nak puasa pun tercirit, inikan dua bulan. Segala macam kenduri waktu siang, tak boleh la nak hadiri. Isteri pun tak boleh dilayan siang hari. Sakit demam dalam jangkamasa 60 hari tu, macam mana? Kalau dah 59 hari berpuasa, hari ke-60 terkantoi pulak, sebab sakit ka apa ka, kena mula balik, haha!

Yaa, semuanya gara-gara sehari "terkantoi" puasanya akibat "ter" dengan isteri di siang hari Ramadhan. Sehari kantoi, 60 hari kena bayar. Berat kan? Maka nasihat aku (yang memandai saja biarpun belum beristeri ini, hehe!) kepada para suami (terutamanya yang baru berkahwin sekitar Ogos 2008 ini, hah!), tahanlah diri anda. Yang si isteri pun, bertimbang rasalah sikit. Janganlah melawa sangat waktu siang Ramadhan tu. Kalau anda sayangkan dan kasihankan suami anda, aku ulangi JANGAN melawa waktu siang Ramadhan.

Sebab itu jugak ustaz tu cakap, eloknya buatlah kenduri kahwin sekitar Syawal. Dan aku nak tambah sikit, nak buat kenduri tu, ada ustaz lain pulak yang cakap, kalau tak buat pada 1 Syawal, maka buatlah sekitar 8 Syawal dan ke atas. Kenapa? Supaya ini memberi peluang kepada sesiapa yang nak melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal.

Kita anggaplah si folan itu berpuasa bermula 2 Syawal, kalau dia buat berturut-turut, maka hari terakhir dia berpuasa ialah pada 7 Syawal, dengan kata lain dia akan "berhari raya enam" pada 8 Syawal (molek sangatlah kalau majlis kenduri tu pada hari berkenaan). Itu bagi yang buat berturutan la. Kalau yang berselang-seli itu, terpulanglah. Boleh jadi dia "berselang-seli" pun sebab memenuhi undangan kenduri orang lain, yang dibuat oleh pihak yang mungkin "kurang" peka bab-bab ini, yang dibuat pada hari sebelum 8 Syawal.

Hehe, cakap pasal kenduri dan puasa ini, aku teringat jugak sekitar cuti sekolah baru-baru ini, ada yang buat kenduri pada 17 Ogos 2008. Sebenarnya tak jadi masalah kenduri pada hari berkenaan, cumanya kebetulan ianya jatuh pada Nisfu Syaaban. Selalunya Nisfu Syaaban tak jatuh pada "hari cuti sekolah", maknanya tak wujudlah kenduri kahwin pada hari berkenaan. Tapi dah tahun ini serentak, maka memang ada la yang buat kenduri pada hari tersebut. Kasihan juga pada mana-mana individu yang terlibat, pasti dia berbelah bahagi, sebab kalau dia diundang ke majlis yang jatuh pada tarikh berkenaan, dia kena hadiri, dan dia tak dapat berpuasa sunat pada hari tersebut. Hari-hari istimewa macam itu biasanya setahun sekali sahaja.

Maka, satu lagi nasihat aku, kalau nak buat majlis kenduri tu, pilihlah tarikh yang betul-betul sesuai. Seeloknya tak payahlah pilih tarikh yang orang biasanya berpuasa sunat pada hari berkenaan. Kesian, macam "teraniaya" pulak individu berkenaan sebab tak dapat puasa untuk menjaga hati si penganjur majlis berkenaan.

Akhir kata, selamat bersedia untuk menyambut Ramadhan. Hari Kebangsaan tu Hari Kebangsaan jugak, tapi jangan lupa, sehari lepas tu dah masuk 1 Ramadhan. Mana tau, kot-kot ada yang ghairah sambut "merdeka", tapi "terlupa" nak bersedia untuk meraikan Ramadhan, sedangkan dalam Ramadhan itu "permulaannya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (AMPUNAN) dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA". Haha, "merdeka" yang mana satu yang lagi kita mahu? Jeng jeng jeng... B-)

Oh ya, tak dilupakan, Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang baru saja bernikah sekitar bulan Ogos ini. Selamat menempuh hidup baru sebagai suami isteri. Moga mendapat rumahtangga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Daaaan, cabarannya ialah, dalam Ramadhan nanti, kalian kena menahan diri LEBIH daripada sekadar lapar dan dahaga taw?! Wakakakaka! :P

Baca lagi/komen..

Khamis, Julai 31, 2008

Ulangan Episod Akhir "Sembilu Kasih"

Pada hari Sabtu, 26 julai 2008 (iaitu ketika rumahku ketiadaan talian telefon gara-gara kecurian kabel telefon), bersamaan jam 11 pagi yang berlalu baru-baru ini, aku telah mengambil kesempatan untuk menonton siaran ulangan untuk episod terakhir drama bersiri SEMBILU KASIH di TV9 (dekat di haatiiiiiiii!). Yeah, biarpun apapun yang orang kata mengenai drama ini (termasuklah aku sendiri pun pernah mengatakannya), aku tengok jua drama ini sebab aku nak tahu apakah kesudahannya, memandangkan aku terlepas peluang menontonnya waktu tayangan asalnya dua-tiga bulan sebelum itu. Oh ya, selain di TV9, siri ini juga MASIH SEDANG DIULANGTAYANG pada waktu tengahmalam/awalpagi di TV3suku.

Ahaks, pabila orang mengata-ngata mengenai drama Yusof Haslam ini, aku rasa tak adil menyalahkan dia seorang sebab menurut kredit drama itu, ianya diarahkan BERSAMA oleh Faizal Yusof. Apakah ini Faizal Yusof, pelakon yang merupakan suami penyanyi yang bernama Siti Nordiana itu? Walau apapun, kita kena sandarkan juga "kredit" kualiti pengarahan drama ini kepada dia. Tapi mungkin jugak stail itu dipaksakan kepada drama itu, agar kelihatan bercirikan "Yusof Haslam".

Untuk pengetahuan, aku bukanlah ikuti pun siri drama ni, cuma sekali-sekala saja TERtengok, maknanya aku tak berapa tahu dengan teliti sangat jalan ceritanya, tapi secara keseluruhannya aku faham la jugak, sebab adanya babak "sedutan episod lalu". Biarpun drama ini memang orang kata tak best, tapi bagi aku ianya lebih best daripada sesetengah BESAR drama import dari negara seberang itu, yang (bergantung kepada tajuk) mempunyai kualiti lakonan yang jauh lebih memualkan.

Alkisahnya, episod akhir ini akan mengkonklusikan permasalahan antara watak Fendi (lakonan Zed Zaidi) dan Zetty (lakonan Hetty Sarlene). Babak bermula dengan memaparkan Diana (lakonan Azza Elite) yang dihospitalkan kerana kemalangan, dilanggar lari oleh seseorang yang tak dikenali. Dia ditemani oleh watak Joe (lakonan Esma Daniel) yang juga merupakan pengurus dan tunang Diana.

Beberapa episod sebelum itu, akibat penyebaran fitnah mengenai hubungan Fendi dan Diana selaku teman artis yang selalu bersama dalam filem dan lagu (fitnah itu dicipta oleh Diana sendiri untuk memerangkap Fendi), Zetty yang ketika itu sedang mengandung, telah mendesak Fendi supaya menceraikannya, dan dalam keadaan "kelam mata", terlafazlah kalimah itu, dan aku tak ingat macam mana, Zetty terjatuh dan anak mereka pun keguguran. Wah, memang kelihatannya macam jahat giler la Fendi ni, cerai bini yang mengandung, pastu bertanggungjawab juga menggugurkannya.

Diringkas cerita, Zetty dengan dihasut oleh abangnya Azman (lakonan Faizal Hussein) telah membenci Fendi selama-lamanya, pergi melanjutkan pelajaran di UK (tipikal drama Yusof Haslam dan drama Melayu lain; tak pernah BERANI nak sebut nama kolej serta negeri mana watak itu melanjutkan pelajaran, hahah!). Oh, hampir terlupa pulak, ada pulak watak orang ketiga yang masuk jarum, iaitu Faizal (lakonan Dr. Fazley). Kisah cinta mereka makin bersegi-segi!

Dalam ketika Zetty bercuti dari pengajiannya (entah berapa bulan entah selepas diceraikan), dia dipujuk oleh watak sepupunya Liza (lakonan Leez AF4 yang baru enter frame, heh!) yang dok membuat perjumpaan sulit dengan Fendi, supaya kembali kepada Fendi. Zetty berkeras tak mahu kembali.

Sementara Liza pula, yang digelar oleh Azman sebagai "posmen Fendi" sebab jadi sibuk jadi orang tengah antara Fendi dan Zetty (sepatutnya digelar "pegawai perhubungan awam", but whatever la kan?). Poyo dan gila control betoi la Azman ni, apa hak dia dok marah-marah sepupu dia macam yang dia dok buat kat adik dia si Zetty tu? Kalau aku jadi bapak Liza, aku pun tak rela anak aku diperlakukan sebegini rupa oleh anak saudara aku, hah!

Sementara itu, polis kita yang memang cekap kalau mengikut yang digambarkan oleh Yusof Haslam, telah menemui dalang di sebalik pelanggaran Diana, iaitulah si Joe sendiri! Dengan babak mirip drama CSI di mana penjahat sebenar cerita ini (iaitu Diana) tidak ditangkap sebaliknya orang lain yang "terjebak" membuat jenayah sebab tak tahan dengan sikap si penjenayah sebenar itu (iaitu si Joe). Haha, untuk pengetahuan, MAJORITI kes jenayah dalam drama CSI (tak kira versi mana pun) adalah yang dilakukan oleh "mangsa keadaan", di mana mangsa terbabit telah melakukan jenayah, biasanya membunuh, di mana si penjenayah sebenar yang telah menganiaya/menzalimi (sama ada si "tertuduh" ataupun orang terdekatnya) dalam episod-episod tertentu, pula menjadi korban. Namun, bagi polis, tak kira macam mana sekalipun, yang tertuduh itu tetap bersalah sebab melakukan jenayah, sedangkan penjenayah sebenarnya pula sudahpun mati dibunuhnya.

Ya, begitulah halnya dengan SEMBILU KASIH ni pun. Joe yang telah digari, membuat "pengakuan terbuka" di situ juga (wah, tak perlu masuk mahkamah!) bahawa dialah yang melanggar Diana dan membunuh salah seorang konco Diana, sebab dia benci dan geram melihat sikap Diana yang tak habis-habis mengejar Fendi sehingga sanggup merosakkan rumah tangga Fendi (dan biarpun dia tak cakap, tapi kita faham, sebagai tunangnya, mestilah dia pun jeles mengenangkan orang yang dia cintai itu asyik dok teringat lelaki lain). Ya, dari satu segi, kita boleh kata bahawa Joe ini adalah "wira" siri ini kerana telah membela watak hero, sehingga sanggup "terkorban", iaitu ditahan oleh polis.

Apa boleh buat, inilah dia "keadilan" bagi drama ini. Watak Joe telah ditangkap, dan kelihatan seperti sudahpun "gila meroyan", sementara watak Diana masih bebas, siap boleh dapat pengampunan lagi, padahal dari awal siri sampai saat akhir, dialah penjahat nombor satu drama ini. Well, at least kaki dia patah akibat eksiden itu, hahah!

Terkesan dengan kemarahan Fendi terhadapnya (yang ketika itu baru tahu cerita sebenar di sebalik segala gossip yang menimpanya yang mengaitkannya dengan Diana hingga terpisahnya dia dengan Zetty), Diana pun mengaturkan untuk berjumpa dengan Zetty bagi menerangkan keadaan sebenar. Akhirnya Zetty pun menerima penjelasan Diana, dan bertemu pula dengan Fendi.

Apakah mereka kembali bersatu? Jeng jeng jeng...

Rupanya, Diana SUDAHPUN berkahwin dengan Faizal ketika berada di UK. Dia kembali ke Malaysia pun (kalau tak silap ingatan aku) adalah untuk menghebahkan perkahwinannya kepada keluarganya, tapi tersangkut kot dengan kes dia dengan Fendi yang baru nak selesai. Aii, rupanya jarak waktu mereka bercerai ni dah sampai ke peringkat habis `iddah Zetty rupanya, sebab kalau tak habis lagi, mana boleh kahwin semula kan? Tapi boleh jadi pembuat drama Melayu macam mereka ini jahil juga seperti yang lain, sebab dialog asyik menyebut dan menyalahgunakan perkataan "rujuk", "rujuk", "rujuk", sedangkan "rujuk" tu hanya bagi pasangan yang bercerai talak satu atau dua yang MASIH DALAM `IDDAH. Kalau dah habis, kena NIKAH SEMULA, bukannya RUJUK lagi dah!

Lagi satu, Zetty berkahwin di sana BERWALIKAN siapa? Kan bapaknya masih hidup dan ada di Malaysia? Astaga, sah ka tidak perkahwinan mereka ini?!

Yaaa, untuk pengetahuan, babak ending ini sebenarnya sangat mirip dengan ending filem SEMBILU II, di mana watak Awie (lakonan Awie la!) pun telah "melepas" apabila watak Watie (lakonan Erra Fazira) telah berkahwin dengan watak orang ketiga juga, iaitu Syamsul (lakonan Zulkiflee Khan ka siapa ntah nama pelakon tu, tapi muka dia pada ketika itu MIRIP muka anak Yusof Haslam sekarang, dan nama anaknya itupun ialah SYAMSUL! Kebetulan???).

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya watak Fendi ni tak adalah melepas TERUS macam Awie tu, sebab dia SEMPAT juga beristerikan Zetty, siap sampai mengandung lagi tu, sementara Awie sememangnya tak dapat langsung Watie tu, hohoh!

Maka, babak pun diakhiri dengan Fendi memandu jipnya sambil kredit akhir pun naik dan berkumandang lagu Awie dari filem SEMBILU. Dan kredit itu diakhiri dengan "kata-kata hikmat/nasihat" yang sebenarnya juga merupakan 'teaser' bagi drama PASRAH (juga drama Yusof Haslam adaptasi dari filemnya dengan tajuk yang sama), sebab diakhiri dengan perkataan itu, siap huruf besar lagi!

Menarik...

Apa yang menarik dan buat aku sedikit suka dengan drama ini ialah lakonan Zed Zaidi tu. Lagipula, dia ada satu kenderaan yang sangat "macho", iaitu sebuah Jeep, mengingatkan aku pada sorang lagi watak hero macho yang pakai Jeep, iaitu MACGYVER.

Satu yang menarik aku perasan di sini ialah, ketika watak Zetty marah, aku terbayang wajah watak Ziana (lakonan Ziana Zain), apatah lagi watak Zetty ketika itu berambut pendek, macam rambut Ziana Zain, sedangkan watak Zetty ini sepatutnya adalah "versi drama" bagi watak Erra Fazira dalam filem SEMBILU, sementara Ziana Zain pula dalam drama ini telah diwakili oleh watak lakonan Azza Elite tu.

Yang aku nak sebut di sini ialah, stail WAJIB drama Yusof Haslam ada dalam ini, babak dialog yang skema, berborak sambil berjalan di tepi jalan lepas itu berhenti di tengah jalan untuk meneruskan perbualan. Yang paling aku nak tergelak ialah babak "dialog tanpa suara", di mana kita tengok watak-watak sedang bersembang, sebab kita nampak mulut mereka bergerak-gerak, tapi suara tak kedengaran sebab sengaja ditenggelami dengan muzik latar. Mungkin ini antara excuse yang paling berkesan untuk mengelakkan diri daripada membuat dialog yang munasabah dan berkesan bagi babak tertentu, sebab dialog mereka yang "tak jadi" itu nanti bakal menghilangkan "mood" babak berkenaan, jadi lebih baik dimatikan saja suara dialognya, hah!

Kesimpulan...

Walau bagaimanapun, perlu aku tegaskan, aku tak minat dengan drama ini serta mana-mana drama atau filem Yusof Haslam. Aku memang alahan benar dengan stailnya. Tapi terus terang aku cakap, drama ini lebih baiklah berbanding drama import dari negara seberang kita. Cara atau stail drama-drama berkenaan menjengkelkan dan menyakitkan hati aku menontonnya, berbanding drama ini.

Tapi disebabkan drama ini adalah adaptasi daripada dua buah filem Melayu yang agak berjaya pada zamannya itu (kutipan tiket masing-masing filem berkenaan ialah RM4.2 juta dan RM6.4 juta), maka di sana ada sedikit nostalgianya (filem pertama menaikkan nama Awie dan Erra Fazira, dan merupakan PASANGAN CINTA terhangat pada era 90an!) yang menarik perhatian aku untuk ingin "mengambil tahu" akan perkembangan drama ini. Dan ternyata, endingnya pun tak lari daripada ending filem SEMBILU II.

Oh ya, aku juga ada sedikit "soft-spot" terhadap "episod terakhir" ni. Maksud aku, aku memang akan suka untuk menonton episod terakhir bagi hampir apa saja cerita bersiri yang aku berkesempatan untuk menontonnya, biarpun ianya siri yang aku tak minat (ataupun yang aku benci terus). Mungkin sebab mengenangkan bahawa siri berkenaan sudah tidak akan keudara lagi dengan episod baru (melainkan ulangan semata), maka timbul perasaan seolah aku akan "berpisah" dengan watak-watak dalam sesuatu siri berkenaan untuk selama-lamanya. Maka, menonton episod terakhir adalah cara aku mengucapkan "selamat berpisah" kepada siri berkenaan beserta watak-wataknya. Ewah, romantis la pulak! :P

Pendek kata, sokonglah drama dan filem tempatan, muakakaka! B-)

Baca lagi/komen..

Selasa, Julai 22, 2008

Majlis Jamuan Rakyat - Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Kedah masih lagi dalam suasana sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah. Dalam entri yang lalu, iaitu pada 15 Julai 2008, diadakan sambutan perasmian dan perarakan Jubli Emas yang menyaksikan Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah diarak menaiki Bahtera Emas Lapis Suasa dan diiringi tiga ekor gajah yang didatangkan khas dari negeri Kelantan, serta pancaragam-pancaragam dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Sekolah Menengah Sultanah Asma dan Sekolah Menengah Keat Hwa.

Aturcara sempena sambutan ini sebenarnya masih banyak lagi. Pada 19 Julai 2008 (hari Sabtu), bermula jam 11:30 pagi, diadakan pula Majlis Jamuan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Dan, aku pun turut ke situ...

Sungguhpun majlis bermula jam 11:30 pagi kalau mengikut jadual, tapi biasalah kita nih. Memang takkan mula tepat pada masanya punya! Oleh yang demikian, aku pun melewat-lewatkan keberangkatan ke stadium itu, haha!

Dalam jam 12 kot (lupa pulak tengok jam!), barulah aku dan bapak serta adik aku bertolak ke sana, konvoi dua bijik motosikal. Sampai di situ, orang pun tak berapa nak ramai lagi (peh, tak sama dengan waktu Nik Aziz ke situ 20 Mac 2008, sementara aku terlupa pulak nak pi ke stadium tu waktu Anwar Ibrahim pulak ke sini 12 Julai 2008, jadi aku tak tahu berapa ramai yang hadir). Biasalah, awal lagi, mana nak ramainya. Tapi biarpun tak sesak, namun keramaian itu boleh dikatakan sebagai ramai jugak la.

Sebaik saja motosikal kami melalui pintu pagar stadium, kami disuakan dengan cenderahati sebagai penghargaan kehadiran kami kot. Di dalam sebuah kotak merah, rupanya ada rantai kekunci tertera logo Kedah Jubli Emas yang aku rasa tak ada pun dijual sepertimana cederamata-cenderamata rasmi Jubli Emas yang lain.

Lepas memarkirkan motosikal kami, kedengaran siren polis. Ohoo, rupanya ketibaan Tunku Malik (Raja Muda) dan tak lama lepas tu, Sultan Kedah sendiri. Kiranya kami sampai on time la untuk majlis ni sebab orang kenamaan pun baru sampai jugak!

Maka menujulah kami ke suatu khemah di tengah padang di luar kawasan stadium itu (ini stadium tertutup tau, sebab itulah padang rumputnya DI LUAR stadium, hahha!). Rupa-rupanya, cuaca hujan baru-baru ini menyebabkan padang rumput itu menjadi sedikit becak, aiyaa! Nasib baik aku pakai sandal getah, senang sikit nak basuh! Lagipun, memang ada satu tangki air khas disediakan untuk membasuh kaki sempena padang becak ni. Prihatin!

Kami pun berebut beratur untuk mendapatkan hidangan yang berupa nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan daging masak... err... masak apa entah, jenis-jenis macam kari tu! Sambil itu, kami turut mengutip beberapa botol air mineral minuman (RO punya) untuk diminum.

Yang menariknya, selain botol air minuman yang biasa, ada satu kelompok yang diberi percuma tu, botol air (yang aku tak pasti air minum biasa atau mineral) berbentuk seperti MENARA! Menara Alor Setar atau Menara KL punya bentuk (aku rasa Menara KL). Dan botol sebegini, kami ambil sampai ENAM BOTOL, dan sampai hari ini, setitik pun kami tak minum daripadanya lagi, sebab buat hiasan, haha!

Kembali kepada hidangan nasi tadi, lepas kami ambil sorang sepinggan, kami pun mencarilah di tempat duduk yang lebih hampir dengan pentas utama, dan kami pun melantak di situ. Tengah syok melantak, rupanya majlis pun baru bermula, dengan ucapan oleh pengelola dan Menteri Besar Kedah. Timbul pula rasa tak enak sebab kami makan terlebih dahulu sebelum majlis bermula dan sebelum Sultan mula menikmati santapan, tapi sebab orang lain pun buat, kami pun teruskan juga la. Ketika majlis makan secara RASMInya bermula, kami dah pun selesai, hehehe!

Sementara Tuanku Sultan dan kerabatnya menikmati santapan bersama hadirin VIP yang lain (yang makan awal macam kami dahpun selesai), hadirin pun dihiburkan dengan persembahan lawak oleh Ali Mamak dan Abon. Mereka berdua ni kemudiannya berduet menyanyikan lagu "Joget Hitam Melekat". Selesai persembahan Ali Mamak dan Abon untuk seketika, muncul pula Ustaz Akhil Hayy yang mendendangkan lagu "Kembara" dan "Berita Kepada Kawan".

Persembahan berhenti seketika untuk memberi laluan kepada azan Zuhur memandangkan pada ketika itu memang dah masuk waktu Zuhur pun (tapi tak terdengar pulak bunyi laungan azannya). Sebaik saja tamat, acara persembahan pun bersambung semula. Tapi kami dah tak tunggu lagi, lalu kami pun bertolaklah pulang.

Setelah berjaya keluar dari kebecakan padang rumput, aku pun beraturlah di hadapan tangki air tadi tu, nak basuh kaki aku yang terkena sikit lumpur (becaknya pun taklah banyak sangat). Elok sampai giliran adik aku (beratur di depan aku), air tangki pun dah habis, ayooo! Tak ada pilihan, kenalah guna saki baki air minuman dalam botol tadi untuk meredakan keadaan kasut daripada palitan lumpur, haha! Setelah itu, kami pun menghidupkan enjin motosikal dan bertolaklah pulang ke rumah...

Nah, silalah melihat sedikit gambar yang diambil secara sangat tak profesional menggunakan kamera yang terbina di dalam telefon bimbit Nokia 6680 yang diperturunkan oleh bapaku kepadaku. Kualitinya memang sangat tak memuaskan, hoho!


Di atas padang yang becak itulah berdirinya khemah tempat makan...


Sedaaap...


Nasib baik aku pakai sandal getah...


Santapan Diraja.


Makin jauh...


...makin jauh...


Kalau diperhati betul, akan kelihatan kelibat Ali Mamak dan Abon (lensa kamera berkualiti tinggi! :P )


Kelihatan kelibat Ustaz Akhil Hayy di sebalik lensa "berkualiti tinggi" ini...


Tempat membasuh kaki.


Yeah, botol minuman yang menarik, bentuk menara lagi!


Macam Menara KL!


Cenderamata berupa rantai kunci (gambar blur, lensa kamera tak berkualiti, hah!).

Baca lagi/komen..

Ahad, Julai 20, 2008

Drama "Bulan Retak" - Kisah Qazaf dan Li`an

Sedang aku melepak-lepak pada petang Sabtu, setelah pulang dari Majlis Jamuan Rakyat (sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah), sesudah solat Zohor, aku mengadap peti televisyen dengan penuh kemalasan. Hari Sabtu la katakan!

Dalam jam 3 petang, sesudah selesai siaran Berita jam 3, bermulalah tayangan sebuah drama Melayu dalam slot Panggung 1. Aku ni memang antara yang melayan drama Melayu jenis one-shot (bukan bersiri) macam ini, tapi kalau ianya ditayangkan di RTM la, sebab aku tak suka drama poyo di TV3suku (Cerekarama apa semua tu). Drama RTM ni macam low-profile, dengan menampilkan pelakon yang pelbagai (yang hensem, yang femes, yang pandai berlakon), tak macam di TV3 yang asyik menampilkan pelakon popular dengan cerita yang entah apa-apa.

Haha, pada petang itu, memandangkan dah lama aku tak melayan drama Melayu di RTM, maka tertontonlah akan aku suatu drama yang mempunyai tajuk yang agak menarik: BULAN RETAK...

Alkisah...

Drama ini menampilkan Zul Huzaimi sebagai watak heronya yang bernama Haikal, Fauzi Nawawi sebagai protagonisnya yang bernama Jais (bukan nama "jabatan" tertentu itu ya!), Aishah Mat Desa (hei, aktres ni kali terakhir aku tengok dalam drama BUJANG REBUTAN!) sebagai heroinnya yang bernama Mawar (isteri Jais), dan Hamidah Wahab sebagai Long Piah (ibu Haikal).

Apa yang buat aku tertarik nak menonton drama ini ialah apabila melihat iklannya, ada babak perlawanan silat. Ohoo, rupanya watak Haikal dan Jais ini merupakan sahabat baik dan juga saudara seperguruan, yang akhirnya berselisih faham dan membawa kepada perbalahan, ala Tuah-Jebat, sepertimana premis drama ini.

Alkisahnya, Haikal, seorang pemuda yang berjaya dalam hidupnya dan kaya, serta sudahpun beristeri dengan Mariah (tak ingat nama aktresnya) seorang anak orang besar. Pada permulaan drama ini, dia kembali ke kampungnya setelah merantau di Kuala Lumpur (ke mana lagi kan? Semua drama Melayu macam tu; orang dari sebuah KAMPUNG yang tak bernama dan tak pasti di negeri mana, merantau ke Kuala Lumpur! :P ), dan singgah di rumah teman lamanya iaitu Jais. Dengan muka yang tak senang (macam dah lama bergaduh), mereka berjabat tangan ala orang silat gitu.

Haikal ini dah la kaya, dermawan pulak, tapi sangat insist agar orang tak sebut nama dia dalam apa saja sumbangan yang dia berikan, sebaliknya berkata biarlah YB di tempat berkenaan sahaja yang ambil namanya. Dan orang kampung membalas bahawa dialah yang sepatutnya menjadi YB (ai, sindiran apakah ini?). Malangnya, isterinya pula jenis berlagak dan tak suka kampung Haikal (ini tema tipikal drama Melayu jugak ni), sebab itulah Haikal balik sendirian.

Sementara itu, Jais pula masih kekal di kampung itu, mewarisi kerja di kebun, dan kelihatan agak iri dengan kejayaan hidup Haikal. Namun ada satu sahaja yang dia BERJAYA mengatasi Haikal, iaitu dia berjaya merebut Mawar dari tangan Haikal, dan kini sudahpun memperisterikannya. Oh, bekas awek Haikal rupanya si Mawar ni!

Malangnya, Jais tak melayan Mawar seperti yang sepatutnya, sebaliknya selalu mengasari, memukul, dan namakan apa saja jenis penderaan yang biasanya si suami buat pada isterinya, maka pastinya itulah yang dibuat Jais kepada Mawar (kiranya ini sejenis 'domestic violence' la ni). Ini membuatkan Mawar menderita dan tidak bahagia, dan ada ketikanya, mengadukan perkara ini kepada Haikal, siap bersedia lagi nak "lari" dengan Haikal, mujurlah Haikal ni gentleman dan tak ambil kesempatan!

Maka inilah dia punca utama konflik antara Haikal dan Jais, iaitu MEREBUT WANITA. Ahahaha, ini tersangatlah tidak sepertimana punca permusuhan Tuah-Jebat. Hei, inipun tema tipikal dalam drama Melayu jugak nih! Cuma, bezanya ialah, persengketaan mereka diselesaikan dengan BERSILAT! Oh yeah! Nanti kita sambung lagi pasal silat ni.

Permusuhan ini sebenarnya dicetuskan oleh Jais sendiri. Haikal sekadar cuba nak membantu Jais dan Mawar, menasihati Jais supaya tidak mendera Mawar, tapi tindakan ini disalahertikan oleh Jais akibat cemburunya pada Haikal. Maklumlah, Haikal tu bini dia punya ex! Lepas itu tetiba datang pula tuduhan liar mengatakan bahawa Haikal dan Mawar berzina, menambahkan lagi kemarahan Jais.

Akhirnya, mereka memilih untuk mensettlekan hal ini secara "anak jantan", iaitu dengan berkokok bersilat sampai mati. Sebagai persediaan, pada malam sebelumnya, si Haikal pun mengasapkan keris pusakanya. Sementara si Jais pula, "bersedia" dengan sekali lagi mengasari Mawar di atas katil (babak implicit saja, jangan bimbang, hahah!). Ish, kesian la Mawar tiap malam kena camtu! Lepas itu, aku rasa, tanpa "mandi wajib" terlebih dahulu (pun diimplykan sebab babak di sebelah katil, sementara Mawar masih di atasnya), si Jais pun mengasapkan kerisnya. Bagus! Tatkala anda berada dalam keadaan "tak suci" (hadas besar), silakan buat aktiviti lain sebelum mandi, syaitan pasti suka! Agaknya inilah sebabnya Jais ni "jahat", dia buat apapun dengan cara yang senang syaitan nak mempengaruhi nafsunya. Heheh, inilah pengajaran yang aku kutip dan tafsir sendiri melalui drama ini!

Keesokan harinya di mana perhitungan terakhir akan dibuat, Jais dan Haikal pun bertemu di sebuah hutan sebelah air terjun, gelanggang mereka bersilat dulu-dulu. Haikal memulakan dengan berwuduk (baguih la budak nih!), sementara Jais pulak melulu ke situ (aku tak pasti apakah dia sudah "mandi wajib" sesudah peristiwa semalam, heheh!).

Langkah diatur, dan mereka pun...

Ooops, babak beralih ke tempat lain. Long Piah, ibu Haikal, tercari-cari manalah perginya anaknya sejak awal pagi tak balik. Cari ke sana ke sini...

Ooop, dah tunjuk babak Jais dah pun kecederaan dengan kelihatannya seperti ada kesan tikaman di belakang (jangan salah tafsir, bukan tikam belakang yang macam itu!). Dalam kecederaan, dia dijumpai oleh seseorang. Sejurus lepas itu, adalah pula watak penyampai berita tak bertauliah menyebarkan berita sambil menaiki motosikal dengan mengatakan "Jais kena tikam!" ke seluruh kampung.

Di rumah Jais, ramai yang mengerumuni, dan tak berapa lama lepas itu, meninggallah Jais. Yang jadi misterinya, Mawar tidak dijumpai di rumah itu dan di mana-mana di kampung. Haikal pun hilang juga (apakah dia bersembunyi di Kedutaan Turki?). Ketiadaan Haikal, dengan disahkan oleh ibunya bahawa keris pusakanya hilang dari tempat simpanan, dengan pakaian silat yang dipakai oleh Jais ketika ditemui, dengan fakta yang diketahui orang kampung bahawa Haikal dan Jais sama-sama belajar silat, membuatkan orang mengesyaki Haikal yang telah "membunuh" Jais (orang putih panggil ini sebagai 'circumstantial evidence').

Ini dikuatkan pula dengan cerita seorang watak yang aku akan gelarkan dia sebagai "Mamat" (sebab aku tak ingat nama watak dia, mahupun aku tak kenal siapa pelakonnya) yang "mendedahkan" bahawasanya pada suatu malam, Jais meminta "Mamat" ni agar menjadi "saksi dunia dan akhirat" (hah?) kepada suatu peristiwa yang akan ditunjukkannya. Dibawanya ke kawasan rumah, di mana Mawar ada berseorangan, lepas itu terdengar tawa Mawar sambil menyebut nama Haikal. "Mamat" mengesyaki bahawa mungkin Mawar berzina dengan Haikal, tapi tak sanggup "menyaksikan" apa yang ingin Jais tunjukkan, lalu dia lari.

Dengan modal cerita inilah "Mamat" menyebarkan ke seluruh kampung bahawa "Haikal yang membunuh Jais", siap mengepung rumah Long Piah untuk menangkap Haikal (wah, siapa lantik dia jadi penguasa undang-undang nih?). Sementara itu, seorang watak yang bernama Imam Bakar (sebab dia pak imam di kampung itu), mengatakan bahawa apa yang "Mamat" ni cakapkan membawa kepada FITNAH (heheheh, ini apa punya imam ni? Nanti aku ulas lagi kat bawah). Apapun, mereka menyerahkan kes ini kepada "kebijaksanaan" Polis kita, yippeee!

Zuuup, kita dipaparkan babak yang tak ditunjukkan tadi, iaitu apa yang sebenarnya berlaku antara Haikal dan Jais (stail babak tak ikut kronologi). Setelah bertarung seperti biasa (koreografi silat yang menarik, perlu diakui...), rupanya Jais yang telah menikam Haikal terlebih dahulu (pada bahagian perut). Dalam keadaan cedera, Haikal melemparkan keris itu ke suatu sudut, dan meneruskan pertarungan. Akhirnya, Haikal telah menolak Jais agar jatuh, dan malangnya Jais jatuh di tempat keris itu tadi, lalu tertikamlah di belakang badan Jais. Maknanya di sini, BUKAN Haikal yang menikam Jais.

Dalam keadaan sedih mengenangkan sahabatnya yang nazak, dan dalam penyesalan kerana bergaduh akibat seorang WANITA (budus la depa nih!), tetiba muncul "semangat" Almarhum guru silat mereka (say what?!), memarahi Jais kerana telah melanggar sumpah dan amarannya bahawa keris itu akan memakan diri kalau mereka mengkhianati agama, nusa, bangsa, bla bla bla.

Pap! Terjaga Haikal dari tidur. Eh, jangan salah faham, ini BUKAN MIMPI la! Haha, rupanya Haikal pengsan akibat kecederaan ditikam tadi, dan di sisinya, ada Mawar?! Woh, di tengah hutan, mereka berdua? Astaga! Dan Mawar tak berada di sisi suaminya yang sudahpun meninggal, bahkan dia pun tak pasti apakah suaminya tu masih hidup atau sudah meninggal! Maleh nak ulas babak ni, kita beralih ke babak...

Ibu Haikal tetiba bertapa di tempat air terjun, gelanggang Haikal vs. Jais tadi. Namun, tetiba diganggu pulak oleh "Mamat" dan tiga orang konconya yang masih berkeras mengatakan Haikal yang membunuh Jais. Tetiba ibu Haikal ni "menurun" dan bersilat di depan mereka, dengan beberapa orang mereka terlihat seolah yang bersilat itu ialah Almarhum guru Haikal dan Jais. "Mamat" yang skeptik, berkata "Ah, karut semua tu". Namun, tiga orang kawannya itu akhirnya "terkena buatan"; sorang muntah darah, sorang pengsan, dan sorang lagi meracau. Wah, "Mamat" yang lebih "jahat" dari geng dia yang hanya mengikut dia saja pula yang masih sihat? Tak aci la camni!

Lepas berjaya "mengenakan" empat orang pengacau tadi, ibu Haikal tu pun kembali bersila dan akhirnya mendapat "vision" mengenai apa yang berlaku. Dan akhirnya, kelihatan tiga pasang kaki sedang berjalan (dah kamera ambil shot di kaki, sebab itu nampak kaki!). Sepasang kaki lelaki tak pakai kasut kepunyaan Haikal, dan dua pasang kaki lagi milik orang perempuan. Selain Mawar, siapa lagi pulak dah?

Oh, rupanya ibu Haikal dah pun jumpa mereka berdua. Dan mereka bertiga pun meneruskan perjalanan, memapah Haikal yang cedera akibat kena tikam tadi, dan terpaksa pula menyeberangi titi (kenapa mesti ada titi dalam babak orang cedera dan susah nak berjalan, kena dipapah pulak tu?).

Dan drama ini ditamatkan dengan memetik terjemahan daripada ayat ke-19 Surah An-Nisa' (kalau tak silap ingatan aku). Hmmm... mungkin usaha pengarah drama ini untuk menampilkan drama ini sebagai sebuah drama yang Islamik, biarpun ada memaparkan beberapa babak yang agak tak cocok dan tak Islamik.

Cerita ini...

Haha, izinkan aku mengkritis ini drama.

Aku bukannya nak sentuh aspek "khurafat" drama ini (silat, menurun, mengasap keris) yang kemudiannya disulami dengan ciri-ciri Islamik untuk menunjukkan ini drama Islamik, sebab dah ada banyak drama dan filem kita yang lain yang dah buat dengan lebih dahsyat lagi daripada itu, mempermainkan ayat Al-Quran, malah mempermainkan nama Allah pun ada, bukan setakat filem FITNA dari Belanda tu saja, filem CONGKAK pun ada, dan lagi menyedihkan sebab yang buat filem tu orang Islam kita jugak, kan?!

Apa yang aku nak sentuh berkaitan dengan tajuk entri aku ini. Hahah, bercanggahan dengan tajuk entri aku, drama ini sebenarnya LANGSUNG tak sebut pun pasal hukum qazaf dan li`an. Yeah, berdasarkan senario politik kita sekarang, pastinya orang kita dah "terjumpak" dan sudahpun "berkenalan" dengan kalimah-kalimah berkenaan (termasuk dengan istilah "mubahalah" jugak).

Macam ini sebenarnya. Dalam drama ini, kita dihidangkan dengan satu tema yang sangat berkait rapat dengan hukum qazaf dan li`an. Pertama, watak Jais menuduh watak isterinya iaitu Mawar berzina dengan Haikal, tapi tiada bukti mahupun saksi yang mencukupi. Dengan kata lain, seandainya ADA perlaksanaan hukum Islam dalam drama ini, Jais boleh dan telah meli`an isterinya. Tapi kenapa dia tak buat? Pertama, sebab dia tak ada saksi dan bukti. Kedua, sebab dalam drama ini, hukum itu TAK WUJUD, hahah! Nanti anda faham apa maksud aku.

Seterusnya, Mawar dan juga Haikal sudah dituduh berzina. Memandangkan mereka ini bersih dan tak melakukan perbuatan tersebut, kita boleh kata bahawa penuduh mereka, iaitu Jais sudah melakukan qazaf. Begitu juga dengan watak "Mamat".

Haa, ini menarik sikit aku nak cerita senario dalam drama ini, iaitu ketika si "Mamat" tu menceritakan kepada Imam Bakar, kenapa dia yakin Haikal yang membunuh Jais. Kerana dia "yakin" Haikal berzina dengan Jais, dan dia percaya natijah daripada itu, Jais dan Haikal bergaduh dan berakhir dengan kematian Jais. Masalahnya di sini ialah pada reaksi si Imam Bakar.

Biarpun Imam Bakar tidak mempercayai atau memakai kesaksian "Mamat", tapi dia tidak pula mempersoalkan ketidakadilan dalam metode yang dipakai oleh "Mamat". Pertama, saksi mata untuk mensabitkan kesalahan Mawar (andai benar, tapi ternyata tak betul pun) adalah tidak mencukupi. Kalau ditolak si Jais yang sudahpun mati pada ketika itu, HANYA "Mamat" seorang sahaja saksinya, sedangkan memerlukan EMPAT ORANG SAKSI yang ADIL dan TAK FASIQ. Lagipun, si "Mamat" dalam cerita ini MELARIKAN diri terlebih dahulu sebelum melihat apa-apa, ertinya dia cuma berspekulasi. Kalaupun dia NAMPAK, kesaksian dia seorang sahaja tetap tidak mencukupi.

Kedua, empat saksi itu haruslah melihat atau TERlihat dengan cara yang tidak disengajakan, dan bukan dengan cara berpakat untuk mengendap. Sedangkan dalam senario cerita ini, si Jais MENGAJAK si "Mamat" untuk menjadi saksi (dunia dan akhirat katanya, apabenda dia cakap?!). Kelihatan seperti si Jais sengaja mewujudkan situasi ini, di mana dia membiarkan isterinya berseorangan di rumah, meninggalkannya dan kemudiannya mencari orang agar menjadi saksi, bertujuan memerangkap isterinya. Kalaupun betul isterinya curang, tetap juga cara ini tidak kena.

Ketiga, watak Imam Bakar, ketika menyangkal kata-kata "Mamat" yang menceritakan kenapa dia yakin Haikal yang membunuh Jais, cuma berkata bahawa apa yang "Mamat" kata ini boleh membawa kepada FITNAH. Betul la tu, tapi yang hairannya, Imam ini gagal menyebut bahawa kata-kata "Mamat" yang menuduh orang berzina tanpa bukti dan saksi boleh membawa kepada QAZAF.

Tapi, aku tahu sangat kenapa ini terjadi. Pastinya penulis skrip dan pengarah drama ini TAK TAHU mengenai hukum Islam yang berkaitan dengan qazaf dan li`an. Akibatnya, watak yang sepatutnya alim dalam bab agama "gagal" menampakkan keilmuannya. Mesti sebab skrip dan pembikinan drama ini dibuat beberapa bulan sebelum bulan Jun yang lalu. Kalau dibuat baru-baru ini (untuk tayangan beberapa bulan kemudian), aku rasa mesti mereka akan menyelitkan juga "pengetahuan" mereka yang sedikit itu untuk dipaparkan dalam drama mereka ini, heheh...

Lagi satu yang aku sikit kurang puas hati, tapi memang dibuat oleh SEMUA pembikin drama, iaitu meletakkan terjemahan ayat Al-Quran TANPA meletakkan terlebih dahulu ayat asalnya (dalam Bahasa Arab). Menurut yang aku dengar dari ramai ustaz (bahkan ada fatwa mengenainya kalau tak salah aku), kita mesti meletakkan ayat Al-Quran yang asal yang dipetik itu terlebih dahulu, barulah boleh dipaparkan terjemahannya. Tapi tak tahulah kalau-kalau drama Melayu diberi pengecualian daripada peraturan ini (eleh, rancangan biasa, rancangan dakwah yang tertentu itu pun ada yang main terus letak terjemahan juga).

Oh ya, satu lagi, pengajaran daripada drama ini dipaparkan menerusi terjemahan ayat ke-19 Surah An-Nisa', yang secara ringkasnya menyuruh supaya tidak menyakiti isteri. Yang lawaknya, selain daripada pengajaran berkenaan, ada lagi beberapa pengajaran lain yang sangat jelas kelihatan dalam drama ini, tapi "gagal" dipaparkan sebagai pengajaran. Yang aku maksudkan di sini ialah pengajaran mengenai qazaf dan li`an dan juga mengenai kesaksian dan menuduh orang berzina, yang turut boleh dikutip dari Surah An-Nisa' dan jugak Surah An-Nur.

Tapi itulah, disebabkan aku rasa penulis skrip ini "tidak menyedari" akan hukum-hukum sebegini, sebab itulah mereka tak perasan bahawa drama yang mereka nukilkan itu secara tidak langsung telah menyentuh mengenai persoalan hukum berkenaan. Akibatnya, akan terpaparlah watak yang sepatutnya arif dalam bab agama, tetapi nampak sangat dia ini "mengaji tak habis" sebab ada beberapa aspek dalam agama yang secara senang-senangnya dia "terlupa", heheh!

Oraitlah, secara keseluruhannya, drama yang menarik, ada babak silat, cuma masih tak faham kenapa judulnya "Bulan Retak". Tapi yang tak seronoknya ialah aspek-aspek seperti yang aku sebutkan di atas itu. Dan juga tak seronok sebab kegagalan memaparkan Islam dan hukum-hukumnya dengan gambaran yang betul, sepertimana yang selalu disajikan di dalam drama-drama dan filem-filem kita. Mujurlah drama ini tak sampai ke peringkat menghina Islam (macam filem SEPET, GUBRA, CONGKAK, BERLARI KE LANGIT, dan yang sewaktu dengannya).

Err... kalau ada yang aku sebut, terutamanya pasal hukum tu, yang tak kena, silalah bagitau dan betulkan ya? B-)

Baca lagi/komen..

Rabu, Julai 16, 2008

Debat Anwar-Shabery

Sebetulnya aku tak mahu la menulis apa-apa pasal Debat ini, sebab ianya bercanggah dengan tema blog aku. Tapi bila fikir balik, blog aku mana ada tema khusus, haha! Lagipun, boleh toi sekaki dengan isu yang hangat yang pasti jadi carian orang ini! Maka, aku pun menulislah jugak!

Seperti yang diketahui, rancangan debat yang boleh dikatakan mencipta sejarah di Malaysia ini diadakan pada 15 Julai 2008 jam 9 malam di DBP, anjuran Agenda Daily. Pada awalnya dikatakan nak buat sejam setengah, tapi akhirnya bertukar jadi hanya sejam (tolak pulak 8 minit iklan, maknanya tak sampai sejam). Lepas itu, daripada disiarkan di TV3, akhirnya ditukar pula ke TV9. Ada la yang tak puas hati sebab TV9 yang sungguhpun "dekat di hati" tapi hakikatnya masih belum "dekat" di TV kesemua rakyat sebab dikatakan liputannya masih tak seluas TV3. Tak tahulah yang itu.

Walau apapun, debat ini berjalan jua, dan dapat disaksikan secara langsung, selain di TV9 ialah di Astro Awani dan Bernama TV di mana kedua-dua ini adalah saluran di Astro (tak melewah/redundant ka?). Memula aku menonton di ruang tamu (ada hawa dingin!) menerusi saluran Bernama TV, tapi sebab bosan tengok sorang-sorang, akhirnya aku berganjak ke dapur dan bersama dengan ahli keluarga aku yang lain menonton di TV9 (DEKAAAAT DI HATI!).

Dari debat ini, aku dapati ianya sangat berat sebelah. Datuk Seri Anwar Ibrahim memang aku dah jangka kepetahan dia bercakap, dan terbukti apa yang aku jangkakan, itu yang dia buat. Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang mempertaruhkan jawatannya itu untuk debat ini pula, macam mana? Hah, aku bagi la sikit benefit of the doubt kepada kredibiliti dia ni, tapi ternyata aku juga yang "rugi". Walau apapun, dia masih lebih baik daripada Menteri Penerangan yang lalu (kalah di Sungai Petani, wakaakkakaak) yang mempunyai kualiti Bahasa Inggeris yang entah apa-apa.

Aku tak mau ulas mengenai segala macam fakta yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim, sebab aku tak hafal semua tu, hah! Tapi aku hanya nak menilai mengenai bagaimana dia dengan yakinnya mengemukakan mekanisme bagaimana nak menurunkan harga minyak jika dia dan sahabat-sahabatnya diberi peluang memerintah. Boleh atau tidak, fakta atau auta, itu memang aku tak boleh nak pastikan, tapi melalui cara dia berhujah, memang aku boleh percaya la apa yang dia cakap ni, sebab dia cakap pakai fakta dan data yang dia bawa. Kalau dia punya kata-kata itu tak betul, maka itu terpulang kepada Menteri Penerangan kita untuk membidas balik hujah Anwar.

Oleh yang demikian, apa yang Menteri Penerangan kita kata untuk menyangkal fakta Anwar Ibrahim? Okaylah, memula dia pun mulakan dengan berkata "harga pasaran minyak dunia bla bla bla", itu semua sungguhpun dah banyak kali diulang, tapi perlu diulang sebagai pembuka dan sebagai premis mengenai kenapa Kerajaan perlu menaikkan harga minyak, okay, itu aku boleh terima. Tapi selepas itu, dia pun banding dengan negara itu dan ini, dan sekali lagi aku rasa, ini pun dah pernah disebutkan berkali-kali. Tak mengapalah, bagi chance, sebab baru nak "perhangatkan" debat.

Tapi sayang, sementara Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan menurunkan harga minyak 50 sen daripada harga sekarang, siap dengan mekanisme dan faktanya (ish, sungguh aku bukan peminat dia, tapi kenapa aku berbunyi sebegini?!), tapi Shabery Cheek... apa dia buat? Ya, malangnya, biarpun dia mengeluarkan "fakta" mengenai hakikat minyak blablabla dia itu (yang sebenarnya boleh dan sudahpun disangkal oleh hujah Anwar Ibrahim), tapi akhirnya, dia bertindak menggunakan taktik seperti seorang YB dan Menteri BN yang sejati: menyerang peribadi "pembangkang". Dia menuduh ini cakap retorik pembangkang sebelum pilihanraya, selepas pilihanraya, dulu kini selamanya. Haru la camni, pembangkang cakap macam mana pun semua tak kena, ditolak dengan cara kebudak-budakkan macam ini.

Namun berjayakah Shabery menjelaskan dengan munasabah kepada rakyat kenapa harga minyak mesti naik? "Err... entah". Berjayakah dia menyatakan apakah usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat? "Ermm... itu...". Berjayakah dia sangkal apa yang Anwar Ibrahim kemukakan? "Ya, dia berjaya, tapi..."

Ya, itulah dia! Dia menyangkal dengan? Menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Ungkit kisah 1974, aku pun tak tahu apa jadi waktu itu, aku mana lahir lagi! Aku ada kira, DUA KALI dia secara LANGSUNG, tidak menjawab soalan yang dikemukakan, sebaliknya, dia pakai taktik "serang peribadi Anwar Ibrahim" dalam setiap hujah dia. Mengejek berkali-berkali saranan menurunkan 50 sen harga minyak. Ungkit balik la segala IMF-krisismatawang-98 tu. Aku kira, ada EMPAT KALI bila diberi peluang berhujah, Shabery Cheek menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Aku rasa, eloklah Shabery Cheek ni jadi Menteri PENYERANGAN. Di samping itu, dia mengeluarkan hujah retorik mengatakan pembangkang suka mengeluarkan kenyataan bersifat retorik. Ironis kan?

Aku kena tabik spring la pada Anwar Ibrahim. Dia dengan budiman lagi gentlemannya tidak menyerang balik Shabery Cheek, sebaliknya terus berhujah blablabla (aku pun bosan sebenarnya dengar banyak fakta ni, kekeke!). Sementara itu, Shabery Cheek pula mengulang semula "pita rakaman" yang sama yang pernah dimainkan oleh orang lain, mengulang fakta itu dan ini sikit, lepas tu memuji kerajaan (baca: DIRI SENDIRI) sikit, lepas itu memuji Perdana Menteri (Pak Lah) dan bekas Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir).

Yang lawaknya, lepas itu, Shabery Cheek menggunakan suatu hujah yang, bagi aku, "memakan diri" sikit, tapi tak semua la yang mungkin perasan. Kalau tadi dia puji Dr. Mahathir, tapi lepas itu dia kata bahawa program debat ini membuktikan keterbukaan kerajaan (baca: di bawah Pak Lah), sekaligus dia menyatakan, secara tidak langsung, bahawa kerajaan di zaman Dr. Mahathir dahulu, TIDAK TERBUKA!

Lagi satu lawaknya, Shabery Cheek (sepertimana gengnya) mengatakan bahawa pembangkang ini suka berkempen biarpun dah tamat dah pilihanraya. Tapi, apa yang berlaku ialah, Anwar Ibrahim berhujah dengan idea yang kedengarannya langsung tidak berbunyi kempen politik kepartian (pendek kata, tak macam kempen pilihanraya). Sebaliknya, Shabery la yang bila bercakap, seperti berkempen pilihanraya kerana menyerang Anwar Ibrahim dengan ayat-ayat yang kita pernah dengar sebelum pilihanraya dulu. Ironis lagi kan? Soalan yang dikemukakan, haram tak dijawabnya jugak.

Sesuai la dengan apa yang dipertaruhkan oleh Shabery ketika nak berdebat, iaitu jawatannya, maka aku rasa eloklah dia letak jawatan sekarang, sebab ternyata dia gagal dalam debat ini. Dia hanya menampakkan lagi ketidak-cekapan menteri dan YB BN untuk menjawab isu, apalagi kalau ianya melibatkan kepentingan rakyat. Kengkadang aku rasa macam mereka ni, kalau bukan "pelakon skrip" bagi sesuatu "pengarah lakon layar", boleh jadi mereka ni "patung boneka" bagi pihak tertentu yang memegang "talinya", atau "automaton" bagi pihak tertentu yang memegang "kuncinya".

Yang jadi wakil Shabery Cheek untuk menyoal pun satu hal. Nordin Kardi BTN/UUM ni, soalan dia entah apa-apa, tipikal penyerang pembangkang. Soalan bukan nak membangkitkan fakta, sebaliknya mempertikai dari segi teknikal, yakni kononnya premis hujah itu begitulah beginilah. Apa ni? Sementara itu, wakil Anwar Ibrahim bila menyoal Shabery Cheek, Shabery haram tak jawab pun soalan itu, sebaliknya, dok tak dok, dia serang peribadi Anwar Ibrahim. Dan penyoal itu pun ada menyatakan dengan jelas bahawa Shabery Cheek tak menjawab soalan (tak payah dia kata pun, kita boleh nampak jugak!).

Sementara itu, mujurlah moderator bagi debat ini, Datuk Johan "kitaadamasayangcukupterbatas" Jaafar hanya moderate dan bukannya mencelah (hanya kepada panel pembangkang) sepertimana program DEBAT PERDANA kat RTM1 dulu. Cuma, dalam minit-minit terakhir itu, terkeluar juga kata-kata trademark dia ketika meminta setiap panel menggulung hujah secepat mungkin kerana "kita ada masa yang cukup terbatas"!

Kesimpulannya? Debat ini memang bagus. Walau bagaimanapun, perlu diingat, debat adalah platform untuk menyatakan kebenaran, bukannya untuk menunjukkan siapa yang jaguh, hero dan menang. Yang nak menyatakan kebenaran itu, boleh jadi dia kalah, kalau pihak yang satu lagi itu punya hujah yang lebih kuat, apalagi kalau penyata kebenaran itu sendiri tak pandai berhujah.

Namun, secara tak rasminya, kita boleh nampak siapa yang, bukan saja berjaya menyatakan kebenaran, tapi dia juga kelihatannya telah memenangi debat ini. Memang nampak sangat siapa yang cakap pakai fakta, dan siapa pula yang sebenarnya lebih beretorik (tapi ada hati menuduh pihak lawannya tu selalu beretorik).

Memang setakat ini saja ka kualiti yang ada pada pihak Kerajaan? Yang tak reti cakap berlambak, tapi yang reti cakap pun, bila dia jadi menteri, dia jadi tak reti jugak, kenapa ya? Sumpahan ka apa ni? Atau memang disediakan skrip di mana mereka MESTI mengulang dialog sebegini setiap kali disoal media?

Hai, kepada penonton yang bijaksana, kita dah lihat dan kita boleh nilai sendiri, berdasarkan kata-kata mereka, siapakah wajah pemimpin kita yang sebenarnya. Ada orang kata, cakap pandai pun tak guna kalau tak reti buat kerja. Aku kata, apa salahnya? Orang politik memang sepatutnya pandai bercakap! Tapi kalau cakap pun tak reti, buat kerja pun hampeh, itu LAGI kita patut tak sokong kan?

Oh ya, tak sabar aku nak tengok, apakah tajuk dan bagaimanakah laporan yang akan disiarkan dalam akhbar arus perdana esok! B-)

...

Berkaitan juga dengan Anwar Ibrahim, aku terbaca pada satu entri di blog Tawel Sensei di mana majalah Islamica Magazine telah membuat suatu "OPEN LETTER CONCERNING DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM" (sila klik untuk membaca isi kandungannya).

Rupanya, ramai juga ulama dan tokoh Islam antarabangsa yang menandatangani surat ini, antaranya ialah Syeikh Habib Ali (pengajar Dar al-Mustafa di Yaman, dan Akademi Pengajian Islam secara online SunniPath), Syeikh Faraz Rabbani (pengasas Sunnipath, blog beliau yang tengah down), Syeikh Nuh Ha Mim Keller (pengajar SunniPath jugak, penterjemah kitab Umdat al-Salik, tenkiu atas infonya Sensei!), Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui (aku "kenal" nama dia menerusi laman IslamOnline.net), Dr. Yusuf Islam (penyanyi nasyid yang terkenal dengan lagu "I Look I See", ini laman rasmi beliau), dan ramai lagi la tokoh-tokoh besar Islam di seluruh dunia.

Tokoh-tokoh Islam ini sepakat menyatakan keprihatinan mereka terhadap "fitnah" yang melanda kepada beliau. Renung-renungkan...

Baca lagi/komen..

Selasa, Julai 15, 2008

Sekitar Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Seperti yang aku war-warkan dalam entri yang lepas, hari ini (15 Julai 2008, hari Selasa) ialah hari sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Upacara bermula seawal 7:45 pagi lagi sebenarnya, tapi sebab Mak dan Bapak aku pi market lak pagi-pagi tu (dan aku sendiri tertidur lepas Subuh, hahah! :P), aku pun tengok la di NTV7 dulu sementara nak bertolak ke tempat sambutan.

Akhirnya, sekitar jam 9:50 macam itu (lewatnya!), barulah kami (aku + 2 orang adik + Bapak) bertolak ke "Medan Bandar" (Balai Besar, depan Masjid Zahir). Letak motosikal di Bangunan Sultan Abdul Halim, kami pun berjalan la kaki (ada shortcut) menuju ke sekitar Lebuhraya Darul Aman (lokasi).

Sampai saja di situ, kami dikejutkan dengan bunyi meriam. Amboi, bunyinya betul-betul menusuk qalbu (rasa macam nak luruh jantung dek gegarannya!). Berebut pi dan berebut mai (ramai sungguh rakyat jelata!), sampailah kami di hadapan Medan Bandar tu. Ayark, rupanya Bahtera Emas Lapis Suasa yang Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah naik tu dah pun sampai ke situ. Secara efektifnya, bukan saja aku terlepas peluang melihatnya di jalan, bahkan aku juga sudah terlepas peluang melihat tiga ekor gajah yang mengiringi bahtera tu, huhuhu! Mujur la sempat jeling kat TV sebelum keluar tadi!

Biarpun awal tu hujan renyai sikit, tapi Alhamdulillah, waktu aku keluar tu, dah tak hujan. Oleh yang demikian, dapat la merasai suasana seperti berada dalam temasya keramaian meraikan Sultan zaman dulu-dulu. Syukur negara kita ni masih ada sistem macam ini. Lagipun, sambutan Jubli Emas (50 tahun) pemerintahan seseorang Sultan ni sesuatu yang amat jarang boleh berlaku. Dan aku yakin ianya boleh dikatakan sebagai sesuatu yang akan berlaku "sekali dalam seumur hidup" seseorang individu itu (termasuklah aku). Iya la, 50 tahun tu lama tu!

Apahal pun, demi merakamkan kenangan indah ini, berikut ialah foto-foto yang diambil secara tidak profesionalnya oleh aku, menggunakan kamera yang terbina pada Nokia 6680 aku ini, heh!



Gambar Bahtera Emas Lapis Suasa, diambil sebaik saja aku sampai. Nampak belakang saja, tak sempat nampak keseluruhannya, huhuhu...


Betul-betul di bawah bahagian belakang Bahtera.


Sekitar Medan Bandar.


Bahtera yang berlabuh kini sedang berlalu pergi. Boleh nampak gerbang ke Masjid Zahir.


Inilah dia Balai Besar.


Pemandangan diganggu payung orang.


Gerbang ke Muzium Diraja Kedah (sebelah Balai Besar).


Di dalam bangunan Balai Besar itulah Majlis Pengisytiharan Sambutan Perayaan Jubli Emas dilangsungkan...


Cubaan mendekatkan pengambilan gambar untuk melihat ke dalam.


Lensa kamera telefon bimbitku tiada keupayaan. Makin gelap pulak!


Ambik gambar Masjid Zahir la senang, hehe!


Majlis dah selesai! Sultan sedang berangkat turun. Boleh nampak ka Baginda? Huhuhu...


Aku pun tak nampak yang mana satu Baginda!


Ada kot somewhere di situ...


Ouch, gambar tak jadi, tersalah angle!


Ini...


Orang Besar Istana?


Hulubalang? Wah, sedang giat "berasap" nampaknya yang dua orang itu!


Ini hulubalang pangkat tinggi lagi kot? Wah, lihat di jari masing-masing, kekeke!


Kereta pun besau!


Ya, berakhirlah sudah paparan foto-foto amatur yang diambil oleh aku. Kualiti memang standard kamera henpon la. Majlis yang bermula pada jam 10 pagi ini berakhir beberapa minit sebelum jam 11 pagi. Dah habis tu, buat apa lagi? Balik la, heheh!

P/S: Wah, ini entri pertama aku yang ada paling banyak foto! :D

...

Akan datang: Majlis Jamuan Rakyat

Baca lagi/komen..

Isnin, Julai 14, 2008

Daulat Tuanku! Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah

Pada 15 Julai 2008 bersamaan 12 Rejab 1429 Hijrah, genaplah 50 Tahun negeri Kedah Darul Aman di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (profil di Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Malaysia).

Bersempena dengan itu, seluruh rakyat negeri Kedah akan menyambut Jubli Emas 50 Tahun Kedah di dalam pemerintahan beraja ini di bawah Tuanku Baginda. Sempena dengan sambutan ini, pelbagai acara akan diadakan, di mana kemuncaknya ialah pada tarikh 15 Julai 2008 di mana hari berkenaan dijadikan hari cuti umum bagi membolehkan semua orang dapat menyaksikan upacara Istiadat Perbarisan Kehormat dan Perisytiharaan Jubli Emas di Medan Bandar, Alor Setar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan ini (serta apa saja yang berkaitan dengan Negeri Kedah), sila layari laman-laman sesawang berikut:

Kepada seluruh rakyat Kedah, silalah turun beramai-ramai meraikan apa saja acara yang berkaitan, sebagai tanda taat setia kita kepada Sultan kita, sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara yang kedua; "Kesetiaan kepada Raja dan Negara".

Daulat Tuanku! B-)

...

Entri-entri yang berkaitan:

Baca lagi/komen..

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang

  • …Ujian… - Cabaran sungguh nak balik raya qurban tahun ni. Banyak pengorbanan. Sabar jelah. Sabar…Sabar…Sabar… In the meantime… ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!...
    3 beberapa jam yang lalu
  • Sabar Atau Lembab? - Pernah tak anda terfollow satu kereta gempak, siap spoiler, sticker depan, belakang, kiri dan kanan tapi lembab nak mamp*s? Hari ni, aku ada terfollow kere...
    4 beberapa jam yang lalu
  • Keindahan Mentari Pagi - Sunrise, originally uploaded by hairieusoff. 1. Pagi tadi selepas menunggu subuh dan mengerjakannya, HE membuka jendela dan melihat mentari sangat indah da...
    4 beberapa jam yang lalu
  • Salam Aidiladha @ Eid-ul-Azha Kepada Semua Warga Malaysia! - esok semua ummat islam hampir di seluruh dunia akan menyambut hari raya aidiladha insyaAllah malaysians kat islamabad akan beramai2 solat sunat hari raya d...
    18 beberapa jam yang lalu
  • Ekspo Agro Johor 2009 -
    1 hari yang lalu
  • Doa Hati - Kisah 2 - Mata saya melilau mencari ruang dicelah-celah kesesakan manusia. Tak ada! "Ibu... belakang... belakang... jalan... jalan..." Kata polis wanita yang berpakaia...
    1 hari yang lalu
  • Fail Bernama ‘Rahsia Saya’ - Hari ini saya menggodek komputer di pejabat yang sudah lama tidak disentuh kerana semua kerja saya lakukan dengan menggunakan komputer riba. Banyak fail ya...
    1 hari yang lalu
  • Me and my beloved bro -
    3 beberapa hari yang lalu
  • Kerja.. kerja baru arr… - Akhirnyaa.. masa untuk mengemas segala sawang yang ada dalam blog ini.. Sejak dua menjak ni aku dok tengelam timbul je.. Ramai yang tertanya mana aku pergi...
    3 beberapa hari yang lalu
  • Makanan Pantas - Salam kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Terima kasih kerna masih melawat blog kami walaupun dah lama blog ni tak di update. Aku amik kesempatan siki...
    1 minggu yang lalu
  • Photoshop Kantoi: Mai Cari Sama - Semalam waktu saya baca Harian Metro tentang kes seorang warga emas berusia 81 tahun yang membunuh isterinya, 73, gara-gara kes cemburu, ada pula 'benda it...
    2 beberapa minggu yang lalu
  • a little update - kalau saya jarang online, itu bukan bermakna saya sibuk. tapi saya selalu tido awal. itu saja. sekarang ni balik kerja malam. habis kerja pukul 8 malam dan...
    1 bulan yang lepas
  • AKTIVITI - OKTOBER BULAN BAHASA KEBANGSAAN *Marilah kita memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita, Bahasa Melayu.*
    1 bulan yang lepas
  • KEMBALI KE WORDPRESS - After 87 entries, I can't help but to admit that I'm still in love with Wordpress. No doubt. So, that's it. I'll be back on Wordpress. No more entries he...
    1 tahun yang lalu