Rabu, 27 Februari 2008

Lepaskan Kembali Aku Ke Laut la wei!

...Lepaskanlah!!!

Kata patung ikan duyung di pejabat Sir McDonald... eh salah tu! Sir DONALD!

"Ini patung sungguh misteri! Ia seolah-olah meminta aku untuk..."

"Ah sudahlah tu Don! Kamu mabukk!", kata si isterinya yang tidak bernama dan hanya dikenali dengan panggilan 'Mem' itu, dengan "loghat orang putih" yang membuatkan bunyi 'qolqolah kubra' pada setiap perkataan yang berakhir dengan huruf qolqolah.

"Sepanjang malam kamu mabukk-mabukk dan mengulang-ulang itu ayatt, semenjakk Tunku meminta kemerdekaan untukk Malaya", sambungnya lagi.

"Ini patung kesayangan kamu wahai isteriku yang aku tidak tahu nak panggil apa sebab kamu tiada nama! Saya tak faham kenapa kamu sayangkan patung ini. Ianya menggangguku setiap kali aku melihatnya di atas meja pejabatku ini", Sir Donald memberikan comeback dalam Bahasa yang sedikit fasih berbanding isterinya itu.

"Itu meja dan ini bilikk pejabatt kamu. Saya tidakk faham apa yang menghalang kamu untukk memindahkan patung itu ke tempatt lain. Kenapa kamu masih menyimpannya di sini", balas Mem yang sukar difahami nada ayatnya, samada bertanya atau memberi ayat kenyataan, kerana bunyinya yang monotonous.

"Kamu gila Don! Kenapa kamu fikir itu patung mahu minta kamu lepaskan dia kembali ke lautt! Dia itu patung, tidakk bernyawa, tidakk bercakapp, tidakk..."

"Sudahlah itu wahai isteriku. Aku mengerti. Mari kita tidur, besok kita mahu pulang ke London. Aku tidak tahu kenapa aku tak suka Tunku tapi boleh jadi suka bila berbicara dengannya dan kembali tak suka bila berjauhan. Kenapa Malaya mahu merdeka. Kenapa..."

"Marilah Don, mari tidurr. Kemabukan kamu membuat kamu sudah berbunyi monotonous seperti aku. Mari tidurr. Besok perjalanan kita jauh. Aku sudah rindu sama anakk kita Don.", Mem mengakhiri bual bicara mereka.

Selasa, 26 Februari 2008

Bujang Antik (lagi) dan Geletek

Ahaks, TV kita meriah dengan cerita komedi! Aku suka!

Daripada tengok drama bersiri yang konon serius yang entah apa-apa, lebih baik layan yang komedi. Bahkan cerita "serius" pun sekarang ni banyak selit unsur komedi. Nampak sangat lebih seronok buat komedi berbanding cerita serius. Aku rasa la, pasarannya lebih meluas kot.

Lagi pulak, memetik kata-kata The Joker (versi filem THE DARK KNIGHT, wataknya dilakonkan oleh Heath Ledger);
Why so serious?

Isnin, 25 Februari 2008

Kelucuan Drama Polis Malaysia

Sebetulnya aku nak letak tajuk di atas tu sebagai "Kenapa Drama Polis Malaysia Kurang Best", tapi aku rasa tajuk tu terlampau straightforward, maka aku memilih tajuk yang lebih "lucu", haha!

Ya, untuk pengetahuan, antara genre yang memang aku minat ialah genre "polis". Genre "polis" ni pun, (aku rasalah kan?) ada beberapa subgenre di dalamnya. Ada yang lebih kepada penyiasatan (detektif), ada yang menceritakan kisah harian anggota-anggota polis, dan ada pulak yang jenis aksi semata-mata (letup sana, lompat/terbang situ sambil tembak sini). Aku lebih menyukai yang jenis penyiasatan, sepertimana drama bersiri kepolisan (biasanya dari Amerika Syarikat sana nun) berbanding cerita polis ala filem Hong Kong (letup sana, lompat/terbang situ sambil tembak sini).

Kita di sini pun meriah juga dengan drama polis ni. Satu tajuk yang pasti kita kenal kerana siri ini masih "popular" dan paling lama bertahan hingga ke hari ini (baca: TAK RETI-RETI NAK TAMAT) ialah siri GERAK KHAS. Selain itu, ada la beberapa tajuk-tajuk lain yang datang dan pergi dan mungkin kita ingat atau tidak, seperti DEBU-DEBU KOTARAYA... aa, secara peribadi, aku sangat minat drama (Yusuf Haslam) ni dulu-dulu. Dan aku rasa ianya lebih menghiburkan daripada GERAK KHAS. Tapi, mungkin juga ianya disebabkan waktu aku menontonnya dulu, aku masih bebudak dan tak reti nak menilai sama ada cerita itu benar-benar bagus atau hampeh, heh!

Kemudian, ada lagi drama seperti RODA-RODA KUALA LUMPUR la, CID 3278 la, SKUAD ELIT la. Hmm... itu sajalah yang aku betul-betul ingat.

Oops, terlupa la pulak, SKUAD ELIT tu bukannya cerita polis la, tapi cerita KASTAM!

Hmm, sekarang ni bukan setakat polis saja, malah pasukan kastam pun dah ada beberapa drama yang menampilkan mereka jadi hero. Okaylah tu, baguslah. Sekurangnya sekarang baru aku tau kerja kastam ni rupanya hampir tiada beza dengan kerja polis, malah warna seragam pun sama! Maka, aku anggap cerita kastam ka polis ka, boleh dikategorikan sebagai drama polislah no?

Berdasarkan pemerhatian secara rambang (tapi agak lama juga) yang dibuat secara tidak rasminya oleh aku, aku mendapati terdapat beberapa "kelucuan" yang ada dalam drama TV (sama ada bersiri atau bukan) yang berkaitan atau menampilkan/mengetengahkan pasukan polis.

Tapi itulah, tanpa merujuk secara khusus drama polis/kastam yang mana satu, aku ingin menyatakan beberapa kepelikan (kelucuan) yang aku nampak dalam drama-drama ini, yang memang kerap (kalau ianya bersiri) atau sekali-sekala muncul di TV kita.

Semestinya, aku pakai drama Barat sebagai tanda aras, hehe...

Tag lagi!

Untuk berlaku adil, sengaja aku pos juga entri mengenai tag yang sudah aku jawab di "blog aku yang lagi satu" tu...

Soalan tagnya ialah:
  1. Link to your tagger and post these rules.
  2. List 8 random facts about yourself.
  3. Tag 8 people at the end of this post and list their names.
  4. Let them know that they have been tagged by leaving a comment on their blogs.


Maka, untuk menjawabnya, aku akan melanggar beberapa peraturan. Aku cuma akan mengikut arahannya yang kedua itu sahaja.

List 8 random facts about yourself.

  1. Aku seorang lelaki
  2. Aku seorang Muslim
  3. Aku dilahirkan di Utara Semenanjung Malaysia
  4. Aku rakyat Malaysia
  5. Aku makan nasi
  6. Aku pakai Streamyx
  7. Aku tonton TV
  8. Aku masih single... (har har har!)

Sekian jawapan tag dari aku. Semoga pihak penanya berpuas hatilah hendaknya, heheh...

Selasa, 19 Februari 2008

Extreme Jihad!

Pada tahun 1999, sekumpulan "Kanak-kanak Terpilih" yang sedang berkhemah pada musim panas telah dilarikan ke sebuah dunia yang asing, Dunia Digital. Berbekalkan sebuah alat yang dikenali sebagai Digivice, dan masing-masing ditemani dengan partner yang tersendiri, mereka berjaya menghapuskan kejahatan yang bermaharajela di situ, sekaligus menyelamatkan dunia itu dan dunia mereka dari kemusnahan. Gerbang ke dunia itu ditutup, dan penghuni di antara dua dunia ini terpisah selamanya.

Namun, tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, pintu ini kembali terbuka, dan kejahatan baru muncul. Dibantu oleh Kanak-kanak Terpilih yang lebih senior sebagai mentor, generasi baru Kanak-Kanak Terpilih) digandingkan bersama partner masing-masing, dan dibekalkan dengan Digivice baru, D-3, mereka berhadapan dengan kejahatan baru yang lebih berbahaya daripada yang sebelumnya.

Ahad, 17 Februari 2008

Dunia Baru The Movie dan Power Rangers!

Tahukah anda semua bahawasanya DUNIA BARU ada persamaan yang tersangat rapat dengan POWER RANGERS?

Ya, anda tak salah membaca! Aku kata DUNIA BARU dan POWER RANGERS!

Tahu kan DUNIA BARU tu apa dia? Dan pernah dengar kan POWER RANGERS?

Yeah, benar, memang ada persamaan antara kedua perkara yang sepatutnya sangat tiada hubungkait ini!

Kenapa? Tak percaya ka?

Apa dia persamaannya tu?

Rabu, 13 Februari 2008

Cinta Durian dan Bujang yang Antik

Wah, sempena terbubarnya parlimen ini, maka tamatlah sudah drama bersiri 13 episod yang berunsur romantik komedi yang bertajuk CINTA DALAM SEBIJI DURIAN (CDSB) ini.

Aku pernah la bercerita fasal siri ni di sini.

Parlimen Bubar!

Marilah mari, kita mengundi! Tunaikanlah kewajipan pada negara!

Di samping itu, bacalah entri menarik yang ditulis oleh rakan aku, Tawel Sensei, fasal "Zombie Kampung Pisang"... ekekek! Oh, rupanya selain daripada pengundi "HANTU", ada juga pengundi "ZOMBIE" ya!

Ahad, 10 Februari 2008

Tilawah, Nasyid dan Menantu

Tiga kata kunci bagi tiga rancangan TV yang menarik perhatian aku di stesen TV kita.

Haha, ini bukanlah rancangan drama bersiri cintan remaja muda-mudi atau kisah dunia kolej Hitler baru atau seram susuk pontianak saka atau spa kiu atau manja leret atau sama renda kain atau kisah lampin atau kisah air mata atau perang komunis lepas ke laut atau pasukan bergerak khas atau Yusuf Haslam, oh tidak sama sekali.

Malahan, biarpun ianya bersiri, tapi ianya bukanlah drama atau cerita.

Sebaliknya semua ini rancangan yang tiada unsur lakonan di dalamnya. Rancangan bercorak dakwah, Islamik dan boleh diletakkan apa saja perkataan yang membawa erti "positif" di sini.

Rabu, 6 Februari 2008

RTM1 dan muzik Final Fantasy

Ada sesiapa yang pernah tertonton iklan rancangan terbitan RTM1 seperti rancangan ISU SEMASA, BERSAMA MENTERI, dan entah apa lagi rancangan diskusi yang RTM1?

Oh ya, ada juga dalam iklan bagi rancangan EKSKLUSIF BERSAMA yang ditayangkan secara langsung setiap hari Selasa pada setiap awal bulan, jam 9.30 malam di RTM1. Yang terkini bersama KSN kita, baru ja berlalu (5 Februari 2008). Malah muzik ini juga menjadi "lagu tema" bagi rancangan ini. Aku tak tengok dari awal, tapi bila sempat tengok minit-minit terakhir, memang waktu berjalannya ending credit bagi rancangan ni, mereka pakai muzik yang ini juga.

Ha, bila iklan tersebut ke udara, perasankah anda muzik yang dimainkan pada ketika itu? Jika anda peka pasti anda akan ingat mereka akan mainkan suatu muzik yang, kita rasa agak catchy mendengarnya. Ada yang mungkin akan kata muzik yang diambil tu berbunyi agak "epik", hehe...

Tapi, bagi golongan tertentu, mendengar muzik berkenan secara automatik akan kenal dengan tepat muzik apakah itu, atau dari manakah asalnya muzik berkenaan.

Selasa, 5 Februari 2008

Tag: Aku nak... power...

By the power of Greyskull... I HAVE THE POWER!!!

...berkatalah Putera Adam tatkala menghunuskan pedang Greyskull ke atas, lantas bertukarlah ia menjadi HE-MAN, the most powerful MAN in the universe!

Bwahaha, entriku ini ada sedikit kena-mengena dengan istilah "power", atau lebih tepat lagi... "SUPER POWER"!!!

Ini merupakan entri yang sama dengan entri aku di "suatu tempat yang lain". Ada orang "tag" aku dan aku pun menjawabnya. Tajuknya? Ahha, superhero, atau bak kata orang Jepun, suupaa hiro dan superpowernya (atau bak kata orang Jepun, suupaa pawaa).

Isnin, 4 Februari 2008

Hidup Mulia, Mati Syahid

Pada suatu hari, aku menerima sebuah e-mel yang dikirimkan oleh ICe(soul) dari laman sesawang http://alwancomics.com/ kepada aku (selaku salah seorang 'forumer' di situ).

E-mel itu berbunyi:
Al-Fatihah Buat Ahmad Zafran/Panaharjuna/Jihady

Assalamualaikum,

Pada 3hb Februari yang lepas, sahabat kita Ahmad Zafran telah pulang ke rahmatullah. Beliau yang lebih dikenali sebagai Panaharjuna atau JIhady (di dalam forum alwan) merupakan salah seorang penyokong dan pendokong awal gerakan alwancomics. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas segala sumbangan dan jasa baik beliau kepada diri saya khasnya dan kepada seluruh warga alwancomics umumnya.

Semoga rohnya dirahmati dan aman tenteram di alam sana.

Al-Fatihah buat sahabat dunia dan akhirat.


(Gambar diambil dari http://alwancomics.com/forum/files/iftaralwan2_213.png)

Lagi pengkisahannya di sini, sini dan sini.

Baru aku perasan, rupanya beliau ni penulis novel kat sebelah ni. Aku memang dah banyak kali bila lalu di rak-rak kedai buku, bila ternampak saja buku PENDEKAR MERAH BUDIMAN, maka sering rasa teringin nak beli, tapi entah kenapa sampai hari ini masih tak terbeli. Insya Allah, aku memang akan beli juga buku ni nanti...

Moga roh beliau dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.

Sementara itu, aku baru perasan bahawa dalam awal tahun 2008 ni saja, ramai tokoh-tokoh yang meninggal dunia.

Kemudian baru aku teringat "HARTIKEL KARUN" (pinjam istilah ya?) yang ditulis oleh Tawel Sensei mengenai kematian di sini.

Bila membacanya, aku pun terfikir juga, bagaimana nak bagi amaran kepada sesuatu laman web/blog atau laman riendster atau Myspace, bahawa individu yang menguruskan laman berkenaan, atau individu yang memiliki akaun maya berkenaan, sudah menghadap Ilahi. Ataupun, bagi kes tertentu, individu berkenaan kini sedang ditahan di negara China atas tuduhan mengedar dadah kerana dianiaya oleh orang lain.

Maka betul juga kata Tawel Sensei, kalau ada "mekanisme" seperti yang beliau cadangkan tu, senanglah pengunjung laman web/blog berkenaan tahu bahawa pemiliknya sudah tiada. Tapi itu bagi individu yang tiada kenalan rapat di dunia sebenar la, yang mana rakan/kenalan sibernya langsung tidak tahu identiti sebenar individu berkenaan.

Tapi kalau individu berkenaan tersangat low-profile, maka aku rasa masalah ini bukanlah suatu MASALAH pun, sebab datang dan perginya, macam angin lalu ja, tiada siapapun ambil tahu dan peduli, hehe. "I came, I saw, I left, nobody cares".

Apahalpun, kematian suatu kepastian. Bak kata lirik lagu nyanyian Herman Tino (dan kemudiannya dinyanyikan kumpulan Syifa')
Mati adalah Pasti, Hidup Insya-Allah...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang