Rabu, 30 Januari 2008

Dalam durian pun ada Cinta!

Haha, apa yang aku merepek? Ya, rupanya kita boleh cari cinta pakai durian! Sungguhpun orang berkenaan tak minat atau alah atau tak lalu makan durian!

Haha, yang sebenar-sebenarnya, ini merupakan tema bagi sebuah drama TV bersiri dalam Bahasa Melayu yang aku secara tidak sengaja telah tertontoni (setiap Rabu jam 3.30 petang). Kat mana lagi kalau bukan RTM1, stesen TV yang orang lain "jarang" ambil peduli, haha!

Tajuk drama ni ialah CINTA DALAM SEBIJI DURIAN, atau kalau nak diringkaskan, kita sebut saja la CDSB. Uuuu, catchy...

Drama ini diterbitkan oleh sebuah produksi yang diterajui Julie Dahlan, diarahkan dan dilakonlayar serta diskrip oleh anak lelakinya Hairy Harmi (ada lagi nama lain dalam credit, tapi aku cam dan ingat nama anak dia ni ja, hehe), dan dibintangi oleh anak perempuannya Hany Harmi. Senangkan kalau anak beranak berkecimpung dalam bidang seni? Ada duit dan idea kreatif, semua boleh buat, haha!

Alkisahnya...

...Cerita CDSB ini mengisahkan tiga orang dara pingitan (tiada kaitan dengan komik TIGA DARA PINGITAN dalam majalah GILA-GILA tu) yang belajar di Kolej Teknologi Geomatika (betul kot ini laman sesawang rasminya, heh..). Mereka bertiga ni selalu bersama, tak pernah renggang. Tinggal serumah, pergi kelas pun bersama. Perangai dan personaliti masing-masing berbeza, tapi mereka ada satu persamaan iaitu semuanya datang dari keluarga yang berada.

  • Aliza (lakonan Hany Harmi) mempunyai sifat yang agak tomboy, pakai baju yang ringkas (tak begitu melawa) dan suka pakai cap.
    Ada dihintkan bahawa sebelum ini dia tak macam itu. Tapi dia berubah jadi begitu setelah... apa istilah orang suka pakai tu? Clash? Aa... lepas dia clash dengan teman lelakinya dulu, atas sebab tertentu (laki tu playboy, hah, semua boy!), maka dia berubah sikap, jadi tak suka lelaki, dan men'tomboy'kan sebagai protes... agaknya la.
  • Mimi (lakonan Harya Zaleha), berasal dari Terengganu (menurut dialog cerita ni la). Seorang yang kita boleh kata sebagai "badut" dalam cerita. Seorang yang agak clueless dan boleh dikatakan (sebab digambarkan oleh kawan-kawannya) memiliki 'sense of fashion' yang sangat rendah, sebab pemilihan warna pakaiannya dikatakan selalunya 'kontra', tak matching. Contohnya pakai baju pink dengan skirt biru... er, tak kena ka padanan tu? Haha, aku tak tahulah sebab aku pun tak pandai soal fesyen ni!
    Dia ada seorang kenalan lelaki, tapi malangnya laki ni kerap menipu duitnya. Kononnya untuk dilaburkan ke skim itulah, inilah. Malangnya sebab dia ni agak lurus, maka berkali-kali duitnya ditipu, sehinggalah dia perasan penipuan tu dan bertindak meng'ignore' lelaki tersebut
  • Nasha (lakonan Hanez Suraya), seorang gadis yang, diperakukan oleh kawan-kawannya sebagai yang paling cantik di antara mereka. Tinggi pula tu! Aku sendiri pun memperakukan kecantikannya, hehe! Memang yang paling pandai melawa. Ya lah, dah sorang tu tak reti melawa, yang sorang tu lagi pulak dah pakai fesyen tomboy, jadi secara automatiknya kalau mereka bertiga berjalan bersama, mestilah akan kelihatan dia yang paling menonjol kan?
    Tak macam dua kawannya, dia ni turut dikenal sebagai yang paling banyak bertukar teman lelaki (sepertimana dia menukar bajunya kot). Tapi aku rasa (menurut pemerhatian aku la, hoh!), dia buat macam itu untuk menutup kesedihan/masalah keluarganya. Beberapa episod kemudian baru kita tahu bahawa ibu bapanya akhirnya bercerai.

Macam mana boleh dikaitkan durian? Haa... begini. Mereka akan bercuti akhir semester pengajian, sebelum bermula pula semester baru. Memandangkan dah nak cuti, ibu bapa mereka masing-masing sudah menetapkan untuk membawa mereka bercuti ke luar negara (destinasi masing-masing la). Tapi mereka yang sudah muak bercuti di luar negara (orang kayalah katakan...) bercadang untuk meminta daripada pensyarah mereka supaya mereka diberikan "tugasan" yang perlu diselesaikan sepanjang cuti tersebut, dan yang paling utama, supaya boleh dijadikan ALASAN agar mereka tak boleh mengikuti keluarga masing-masing melancong.

Maka mereka pun berjumpa dengan pensyarah berkenaan, yang dikenali sebagai Cik Lat (lakonan Nik Sayyidah, yang sememangnya masih "bulat" ketika berlakon dalam siri ni, hoho...). Disebabkan permintaan mereka sangat "gila-gila", maka Cik Lat yang turut "gila-gila" itu pun memberikan mereka tugasan yang "gila-gila", iaitu supaya mereka mencari, berkenalan, dan mendalami lelaki yang memiliki personaliti dan latar hidup yang BERBEZA dengan diri mereka masing-masing, untuk dijadikan "pasangan". Lelaki-lelaki berkenaan hendaklah dibawa ke rumah Cik Lat pada majlis hari jadi Cik Lat nanti.

Hah, apa punya tugasan (yang mereka gelar sebagai "Cabaran Cik Lat") la ni, kan? Menggalakkan orang berpacaran, haha! Rosak... rosak...

Hoh, jadi kat mana duriannya? Ha, setelah puas mencari, maka di sinilah datang tiga orang lelaki, secara tak sengaja, dalam hidup mereka masing.

  • Salim (lakonan Buzen Hashim) seorang lelaki miskin, anak tunggal kepada ibunya (watak ayah tidak kelihatan, anak yatim kot). Ibunya itu sakit, dan dia juga ingin mencari wang untuk membuka kolam ikan, maka dia mencari rezeki dengan menjual... DURIAN!
    Aku tak ingat dengan tepat (sebab ada jugak termiss episod tertentu) bagaimana Salim ni boleh "menambat" hati Aliza, apatah lagi, Aliza, Mimi dan Nasha memang tersangat ANTI dengan durian, maka sepatutnya very unlikely la mereka nak bertemu kan? Tapi yang pasti, mereka pertama kali bertemu waktu Aliza menemani ibunya (yang kaki durian, tak macam dia) membeli durian yang dijual oleh Salim. Dan Aliza la yang paling terakhir membuat keputusan untuk menjadikan Salim sebagai lelaki yang nak dijadikan "bahan tugasan" untuk "Cabaran Cik Lat" mereka tu.
  • Raden (lakonan Razif Ariff, pelakon dari Singapura) merupakan seorang pemuda dari Indonesia yang bekerja di restoran milik seorang makcik (lakonan Maimon Talib. Kepakarannya ialah memasak Mi Jawa. Dia ni sebijik macam Mimi, bertindak sebagai "badut" dalam cerita ni.
    Dia ni lagi la aku tak pasti macam mana boleh membuatkan Mimi sangkut dengan dia. Pada episod di mana Mimi bengang dengan teman lelaki yang kerap menipu duitnya tu, dan tersinggah di warung tempat Raden tu bekerja tu kot. Tak ada angin dan ribut, tetiba ja mereka berdua ni dah keluar bersama. Tak ada backstory yang kukuh sangat yang membuatkan mereka berdua boleh "bercinta". Rasanya yang buat Mimi tertawan tu sebab rasa sedap Mi Jawa yang dimasak Raden kot. Hmm... tapi bila difikirkan, mereka berdua ni sememangnya watak/pasangan lawak dalam cerita ni, jadi tak perlu kot backstory yang kukuh.
  • Nazim (lakonan Hasnol Rahmat), seorang lelaki yang pemalu. Songkok adalah pakaian "rasmi"nya. Waktu siang dia bekerja sebagai penjual ubat, sementara waktu malam pula, dia mengajar bebudak di kawasan perumahannya melaungkan Marhaban. Kalau ada majlis, maka dialah tekong Marhaban. Diberi jolokan "budak Marhaban" oleh Nasha.
    Antara ketiga-tiga "pasangan" ni, Nasha dan Nazimlah yang paling AWAL bertemu. Dan kekerapan mereka bertemu secara tak sengaja, ditambah pula dengan bantuan yang dihulurkan oleh Nazim ketika Nasha diragut, membuatkan Nasha tertambat hatinya pada Nazim. Kalau tak salah ingatan aku, minyak ubat yang dijual Nazim tu la yang digunakan untuk merawat kaki Nasha yang terseliuh sebab jatuh setelah begnya direntap peragut.

Haha, tak sah kalau cerita apa pun, tak ada watak penjahat kan? Maka di sini aku perkenalkan dua watak penjahat "utama" siri ni.


  • Shawn (lakonan Putera Hang Jebat), lelaki kaya yang sungguh tinggi susuk tubuhnya, hoho. Belajar sekolej dengan tiga heroin kita. Kalau nak tahu, dia la lelaki yang clash dengan Aliza tu, yang sampai membuatkan Aliza bertukar jadi tomboy tu. Kesnya ialah Aliza ternampak si Shawn tu berfoya-foya dengan perempuan lain
    Nak cerita punya la "jahat" si Shawn ni, setelah dia gagal memujuk Aliza, dia pernah cuba memasukkan dadah ke minuman Aliza, tapi malangnya Aliza tak minum pun, haha! Kemudian dia cuba la "membuat sesuatu" pada Aliza, tapi mujur dia sempat lari. Kemudiannya, setelah mengetahui kewujudan lelaki lain dalam hidup Aliza (si Salim penjual durian tu), dia pernah mengupah orang untuk memukul Salim. Ha, takat tu saja la kejahatannya. Masih kabur lagi la watak dia ni.
  • Rozie (lakonan Noris Ali), belajar sekolej, dan boleh dikatakan sebagai "musuh ketat" kepada tiga orang heroin kita ni. Pantang jumpa ja, mesti mau bergaduh. Aku tertarik sebab Rozie menggelar mereka bertiga tu sebagai "Diva Deevana", haha!
    Dia ni lagi la aku kabur "matlamat hidupnya" sebagai penjahat siri ni. Dia la yang mendedahkan kepada Shawn mengenai hubungan Salim dan Aliza. Setakat itu saja "pakatan jahat" mereka berdua. Selebihnya, masih kabur, heh...

Durian, Mi Jawa dan Ubat

Ya, begitulah sedikit sebanyak kisahnya. Yang pasal durian tu lebih menjurus kepada Salim dan Aliza selaku hero dan heroin utama. Nak tambah menarik tu, aku suka dengan ironisnya di mana Aliza dan kawan-kawannya tu bukannya suka durian pun.

Haha, terus terang aku cakap, cerita ni memang tak ada arah yang sebenarnya. Tapi saja la aku seronok jugak tengok, santai. Dalam banyak-banyak "couple", aku paling suka dengan kisah Nasha-Nazim, biarpun mereka berdua ni langsung tiada kaitan dengan durian. Aku rasa mereka paling menepati syarat yang ditetapkan oleh Cik Lat, iaitu lelaki yang dipilih haruslah BERLAWANAN sama sekali dengan personaliti dan latar hidup.

Tak macam Salim-Aliza atau Raden-Mimi yang bezanya cumalah pada status kekayaan (dan tambahan bagi Raden-Mimi, mereka berbeza warganegara), tapi secara zahirnya mereka tiada suatu pun yang bertentangan. Malah, dalam kes Raden dan Mimi, dua-dua tu "pak lawak".

Tapi berbeza dengan Nazim-Nasha, kira boleh la nampak kontra di antara mereka berdua ni. Nasha kaya dan suka bergaul, sementara Nazim miskin, pemalu dan (kononnya) menjaga batas pergaulan. Biarpun aku rasa lelaki macam Nazim ni SEPATUTNYA tak akan bertindak keluar dengan perempuan sesuka hati tanpa kehadiran mahram, tapi biasalah, cerita Melayu ni biasanya suka "mengabaikan" aspek macam ni.

Kalau aku jadi Cik Lat, gerenti aku bagi markah penuh kat Nasha sebab berjaya "menjawab" kehendak tugasan dengan baik, hehehe...

Cerita ni biasa-biasa saja. Tapi sebab tajuk dan tema tu agak pelik, membuatkan aku tertarik. Rasa macam aku baca komik yang biasa ada dalam majalah-majalah lawak macam Gila-Gila atau Ujang atau G3 la pulak, hehe...

Setakat hari aku taip ni, dah ada 11 episod, jadi kalau menurut format biasa yang kita selalu pakai, dua episod lagi tamat la siri ni kot...

Oh ya, lagu JIKALAU AKU nyanyian Ezlynn yang dipakai sebagai lagu tema drama ni, rasanya lebih sesuai berbanding dengan penggunaannya dalam drama KISAH KAISARA.

3 ulasan:

  1. Drama ni sasarannya kepada golongan remaja aje. Sah bukan untukku! Dah serik dengan drama-drama cinta remaja semenjak menonton Cinta Medik di YouTube. Haha..

    BalasPadam
  2. Haha, untuk berlaku adil, izinkan hamba menyatakan bahawa drama ini SEPULUH kali lebih bagus daripada CINTA MEDIK.

    Nak tahu kenapa?

    Sebab drama CINTA MEDIK tu diarahkan oleh Prof Madya Abdul Razak Mohaideen!

    Yeah, hakikatnya, apa saja drama yang diarahkan oleh pengarah² SELAIN daripada beliau (dan Yusuf Haslam), maka secara otomatis hamba anggap ianya SEPULUH kali lebih baik.

    Oh, padanlah, lupa lak nak sebut, drama ni drama komedi lar! Jadi segala logik boleh ditolak ketepi.

    Dan cerita kat RTM macam ni, jangan harap la nak dicari di Youtube, heh!

    Tapi teringin jugak nak tahu, siapalah yang menyuruh anda menonton CINTA MEDIK? Siap cari kat Youtube lagi? Aduh, banyaknya cerita lain yang lebih bagus untuk ditonton, cerita Prof Madya tu jugak yang dicarinya! Kan dah "trauma"! :P

    BalasPadam
  3. cite ni best lah..sy tngok kat tv1 ulangan dia kul 11pg

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang