Selasa, 15 Januari 2008

Tagged!! You're IT!!!

Ini merupakan "sequel" kepada pos aku di blog aku yang lagi satu...

Pada ketika itu, aku ditag oleh Cik Bayan, dan setelah menjawabnya "di sana", aku rasa tak adil kalau blog yang ini tiada entri "tag" tu, maka aku pun pos jugalah di sini. Soalan mengenai "Tahun Baru", jadi silalah baca "jawapan" aku, hehe...

1. Azam tahun 2008/ 1429.

Azam aku sangat klise dan bersifat sangat umum. Aku nak jadi cemerlang, gemilang, terbilang! Erm... ya, rasanya itu saja...

2. Kenangan pahit 2007.

Uish, ni payah sikit ni, sebab kenangan pahit biasanya kita selalu nak lupakan atau jadikan ia sesuatu yang positif.

Aik, alamak, jangan marah Cik Bayan! Ayat macam serupa! Bukan plagiat ya, hoho! Nak buat macam mana, dah memang pendirian hampir serupa.

Kenangan pahit banyak la pada tahun-tahun sebelumnya. Tapi tak releven sebab soalan nak tau tahun 2007 kan? Hahah!

Oh ya, kalau ada pun, sebab tak lepas satu interbiu... tu pun tak ada la rasa kecewa langsung pun.

Ah, lagi satu, sedikit kecewa setelah menonton animasi SALADIN di Astro Ria pada 1 September 2007 yang lalu.

3. Pengajaran dari tahun 2007.

Jangan terlampau mencari ilmu agama (dan hanya mengharapkannya) melalui internet. Bahaya. Silap-silap anda boleh "terpesong" aqidah (hehe, antara kenangan pahit "pra-2007"...). Kalau sekadar rujukan tambahan tu tak mengapalah jugak, tapi ini ada yang sampai ke peringkat menganggap apa yang ada di situ sebagai "fatwa", hoho!

Sebaliknya, dan sebaiknya, belajarlah secara bertalaqqi dengan guru, guru yang tsiqah. Ketahuilah, menimba ilmu tanpa guru, maka syaitanlah gurunya.

من لا له الشيخ فالشيطان شيخه (lebih kurang maksudnya "Siapa yang tiada padanya syeikh (guru), maka Syaitanlah "syeikh"nya").

4. Pencapaian paling bermakna pada 2007.

Konvo!!!

Oh ya, aku juga berjaya melepasi ujian dan seterusnya assessment, dan sekarang sedang menunggu untuk ditemuduga bagi suatu jawatan!!!

Oh ya, tak lupa juga "kejayaan" menonton filem TRANSFORMERS!

5. Kalau ada pose menarik sila paparkan di sini.

Haha, ni tak kata kan pose siapa? Aku letak "pose" orang (atau BENDA) lain pun boleh kot?


Ini nama dia GALAXY CONVOY daripada anime TRANSFORMERS: GALAXY FORCE.

6. Sebaran virus kepada 8 sahabat bertuah.

Uish, virus ka?

Adoi, nak cari 8 macam mana, baru ja mula berblog ni, kawan pun tak sampai 8 haha! Tapi tak mengapa, aku cuba cari sesiapa yang mungkin boleh dijadikan "mangsa"...

  1. Diri aku yang lagi satu (dia, yakni AKU, dah pun menjawabnya, heheh!)
  2. Tawel Sensei
  3. Mr.Bilik Sebelah
  4. avataraang (haha, penulis berbeza tapi blog yang sama, boleh jugak kot?)
  5. al-Marbawi
  6. muzem
  7. muthiaismail
Haha, cukuplah dulu kot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang