Alwan Mini #003 sudah terbit!
Download segera di sini! (Nota: URL ini mungkin sudah tidak wujud lagi...)
Whoa, nanti dulu!
Hoh, apa itu Alwan? Alwan Mini? #003???
Haha, "alwan" (الوان) tu perkataan dalam Bahasa Arab, jama` (plural) bagi perkataan "laun" (لون) yang bermaksud "warna". Kiranya "alwan" ni maksudnya "warna-warna" la tu.
Yang sebenarnya benda yang aku cakap ni ialah komik ALWAN, iaitu sebuah majalah komik underground (zine la kot) yang berunsurkan dakwah. Haha, bunyi macam ganas la pulak kan? Mungkin istilah 'indie' lebih sesuai kot.
Aku tak pasti berapa lama dah majalah ni beroperasi, tapi aku pertama kali perasan akan kewujudannya apabila melihat pameran lukisan kartun yang diadakan di masjid USM, yang bertujuan sebagai respon kepada penyiaran kartun di sebuah akhbar Belanda yang menghina junjungan besar kita Rasulullah SAW, suatu peristiwa yang pernah menggemparkan umat Islam seluruh dunia sekitar tahun 2005 dulu. Ha, pada waktu ni la, dalam pameran kartun tu, aku ternampak sebuah kartun yang disertakan alamat URL http://www.alwancomics.com/, dan barulah aku kenal dengan majalah komik ni. Baru aku tau bahawa mereka terbit dan jual 'zine' ni secara kecil-kecilan, sesama mahasiswa, yang ada wakil pengedar... haha, aku pun tak faham sistem yang mereka pakai ni.
Kemudiannya, dalam sekitar tahun 2006, waktu membeli sesuatu di kedai mahasiswa di USM, aku terpandanglah pulak majalah Alwan ni. Ohho, rupanya tuan kedai ni pun pengedar jugak kot. Apa lagi, tanpa berfikir panjang, terus aku sambar (dan bayar la, bukannya curi). Kiranya ada juga la rasa bangga sebab berjaya memilik satu naskhah majalah ni. Tu gambar kat bawah tu sebagai "bukti pembelian", hehe!
Dalam sekitar hujung 2006 kalau tak salah, menerusi laman sesawang mereka tu, baru aku tahu rupanya mereka dah menerbitkan komik mereka secara rasmi, iaitu isu #0 atau. Dan cara penjualan pun sama, menerusi pengedar jugak. Malangnya pada waktu tu aku dah pun tiada di sekitar USM, jadi aku tiada contact atau tempat untuk mendapatkan majalah tu. Tak mengapalah, tak ada jodoh kot.
Tapi tak lama kemudian, aku mendapat e-mel dari admin laman tu (sebab aku ada sertai mereka punya messageboard, hehe) bahawa ALWAN MINI sudah terbit dan boleh dimuat turun.
Ha, ini yang aku nak cerita tujuannya ni (punya la panjang intro), bahawa mereka menerbitkan komik ni secara "mini" dan "percuma" untuk dimuat turun. Dah tu, mereka suruh sebar-sebarkan pulak pada rakan atau saudara-mara. Maka aku ambil kesempatan untuk menyebarkannya di sini.
Sekarang dah ada isu yang ke #003 (aku tak tahu apa pasal ada "00" di depan tu, apakah mereka berhajat nak buat sampai beratus-ratus isu?). Gambar "sampel" cover depan majalah tu boleh dilihat di bawah ni (aku print screen dan paste kemudian edit pakai perisian Paint ja! Gila low-tech!)
Oh ya, kat mana mau download? Silalah ke laman sesawang rasmi ALWAN COMICS (sekarang tengah dalam renovasi, yang ada cuma pautan untuk memuat turun komik tu).
Takpun, boleh dimuat turun melalui sini: (Nota: URL-URL ini mungkin sudah tidak wujud lagi...)
Isu #001
Isu #002
Isu #003 (sama dengan apa yang ada di laman utamanya).
Kenapa dinamakan MINI ya? Dan agaknya isu UTAMA majalah ALWAN ni bila nak terbit pula ya? Hmm...
Aku tersangat menyokong penerbitan majalah komik macam ni. Kita ketandusan komik dakwah. Memang ada ANA MUSLIM, yang aku rasa bermula dengan cara yang hampir sama, adik aku pernah ada versi "asal" majalah tu sebelum di"rombak" (makeover) menjadi majalah bulanan yang mempunyai kualiti cetakan yang tinggi. Mungkin agaknya mereka mendapat sokongan dan tajaan yang banyak kot. Syabaslah.
Aku pun suka dan pernah membeli beberapa isu terawal majalah ANA MUSLIM (sebab suka komik SATRIA BULAN BINTANG!). Tapi majalah tu khas untuk kanak-kanak (malu aku nak terus membelinya...), dan kita masih tiada majalah komik yang bersifat lebih "remaja/dewasa" yang berunsurkan dakwah, dan rasanya di sinilah geng-geng "Alwan" ni cuba memainkan peranan. Tak mengapa, aku doakan kalian berjaya. Aku sokong cara macam ni saja la, nak lukis artwork untuk dihantar pun, tak pandai melukis (stroke lukisan masih sama macam waktu di sekolah menengah dulu, tak meningkat pun, hah!).
Apahalpun, selamat memuat turun, dan sebar-sebarkanlah pula kepada orang lain. Tak rugi membantu menyampai mesej dakwah ni, dalam apa bentuk (yang HALAL) pun boleh.
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...