Isnin, 21 Oktober 2013

Siri Permainan Video BATMAN: ARKHAM

Siri permainan video BATMAN: ARKHAM adalah antara siri permainan video yang terkenal yang membabitkan watak adiwira komik terkenal daripada DC Comics ini.

Dalam siri pertamanya iaitu BATMAN: ARKHAM ASYLUM, kita membawa watak Batman dalam misinya untuk membebaskan diri daripada penjara Arkham Asylum setelah diperangkap di situ oleh The Joker sekaligus menghalang rancangan The Joker untuk membebaskan musuh-musuh Batman yang telah dipenjarakan di situ.

Sementara itu, dalam sambungannya pula iaitu BATMAN: ARKHAM CITY yang berlatar belakangkan setahun selepas peristiwa dalam "episod" pertamanya, seorang lagi musuh Batman iaitu Hugo Strange telah berjaya menguasai Arkham Asylum dan menjadikannya suatu bandaraya yang penuh dengan penjenayah, dan tugas Batmanlah menghentikan semua itu (tak pasti sebab tak pernah main lagi, heheh!).

Kedua-dua permainan video ini tengah dalam diskaun 75% di Steam, sebuah servis pengedaran permainan-permainan video secara digital. Aku baru saja beli BATMAN: ARKHAM ASYLUM dengan harga US$5.00 di situ (nak beli sila klik sini: http://store.steampowered.com/app/35140/). Yang BATMAN: ARKHAM CITY tu pun diskaun 75% jugak, tinggal US$7.50, tapi aku beli kemudian nanti la kot, bila dia turun harga nanti, pastu diskaun lagi, mesti lagi murah, heheh... (kot-kot ada nak beli, sila klik sini: http://store.steampowered.com/app/200260/). Tapi, diskaun ini akan berakhir 22 Oktober 2013 (tepat jam 12 tengah malam).

Sebab apa ada diskaun ni? Sebab nak promosi game terbaharunya iaitu BATMAN: ARKHAM ORIGINS yang akan keluar 26 Oktober 2013 ini (tapi dah boleh ditempah, dan boleh dibeli versi digitalnya di sini: http://store.steampowered.com/app/209000/). Harganya ialah US$49.99, dah tentu tak diskaun lagi!

Dalam siri terbaharu ini, jalan ceritanya ialah sebagai prekuel, maknanya menceritakan balik "asal-usul" kejadian Batman ini (sebab tu tajuknya ORIGINS). Banyak trailer dan teaser yang dah keluar, tapi yang aku kongsi kat sini yang paling menarik, memaparkan wajah Bruce Wayne daripada zaman kanak-kanak dan berubah perlahan-lahan menjadi Batman. Saksikan! B^)

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidil Adha 1434 Hijriah

Hari Raya kembali lagi. Hari Raya Aidil Adha atau juga dipanggil Hari Raya Korban atau dalam masyarakat kita, kita sebut "Hari Raya Haji" sebab berbetulan dengan orang melaksanakan ibadah Haji pada ketika ini. Tapi ada seorang Tuan Guru (Allahyarham Syeikh Zakaria Haji Ahmad Wan Besar) pernah berseloroh di corong radio Kedah FM ketika segmen kuliah beliau suatu ketika dulu, "kalau Hari Raya tu Hari Raya Haji, maknanya orang yang pi haji saja la yang boleh raya. Pak-pak lebai atau orang biasa tak boleh raya la. Maka istilah yang lebih tepat ialah Hari Raya Korban".

Sememangnya perkataan "Adha" tu pun membawa maksud "korban" (udhiyah, haiwan untuk dikorbankan). Nama lain ialah Hari Nahar. Dan sememangnya hari berkenaan adalah sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan oleh Allah untuk melakukan "korban" ke atas anaknya Nabi Ismail A.S. dan dipersetujui oleh baginda berdua. Menunjukkan betapa besarnya pengorbanan yang sanggup dan sedia dilakukan untuk Allah.

Dan sempena besarnya peristiwa dan besarnya erti korban itulah hari ini dikenali juga sebagai 'Eidul Akbar: Hari Raya Besar, lebih besar daripada Hari Raya Puasa. Buktinya, Hari Raya Puasa cuma disambut sehari sebab hanya sehari kita bertakbir Raya untuknya (tapi masyarakat kita menyambutnya sampai sebulan!), sementara Hari Raya Korban boleh bertakbir Raya sampai hari keempat. Bahkan pada sembilan hari awal Zulhijjah pun kita dah "menyambutnya" dengan pelbagai kelebihan pahala sekiranya kita beramal pada hari tersebut (dan ini untuk yang TIDAK pergi menunaikan Haji), antaranya ialah boleh menunaikan puasa sunat dari 1 Zulhijjah hinggalah ke hari kesembilan iaitu Hari Arafah. Dan dikatakan dalam hadis, "malam terbaik ialah 10 malam terakhir Ramadhan, dan hari (siang) yang terbaik ialah sepuluh hari pertama Zulhijjah, termasuklah pada 10 Zulhijjah itu sendiri iaitu Hari Raya Korban yang boleh dilakukan ibadah korban padanya. Bahkan disambung lagi pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu Hari Tasyriq yang mana kita turut diharamkan berpuasa padanya selain pada 10 Zulhijjah, dan masih boleh melaksanakan ibadah korban, dan masih boleh bertakbir Muqayyad setiap kali lepas solat, sehinggalah pada akhirnya iaitu pada Solat Asar 13 Zulhijjah.

Secara jujurnya, kita "berhari raya" selama 13 hari, jika dihitung empat hari raya itu dengan sembilan hari awal Zulhijjah! Memang benarlah ini Hari Raya Besar. Maka marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar Hari Raya Korban ini dan menyambutnya dengan penuh sambutan dan keinsafan. Selamat Hari Raya Aidil Adha, taqabalallahu minna wa minkum. B-)

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang