Rabu, 25 Jun 2008

Poster filem Dragonball!

KAME HAME HA!!!

Ini antara jeritan yang sangat popular pada sekitar 90an dulu apabila komiknya buat pertama kalinya diterjemahkan ke versi Bahasa Malaysia, dikenali dengan tajuk MUTIARA NAGA (bukan "MUTIARA HAAATIIII... wowowowooo..." tu ya!). Kontroversi pun ada, yang aku ingat ialah pada babak yang melibatkan seluar dalam wanita tu... eww! Oh, perlu ditegaskan, aku ni bukannya penggemar siri komik tu sangat ya? Aku tahu pasal kontroversi tu pun menerusi akhbar dan majalah ilmiah (cewah!), bukannya menerusi komik itu sendiri!

Lepas itu, pada awal 2000an pula, muncullah secara RASMInya siri animasinya (alihsuara Bahasa Melayu semestinya) di kaca TV kita (RTM2/TV2 pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9:30 pagi, dibawakan khas oleh APOLLO!). Pun begitu juga, aku tak layan sangat jugak pun, hanya tertonton seketika apabila aku sedang menunggukan siaran siri DIGIMON ADVENTURE yang lebih aku gemari (jam 10 pagi setiap hari Ahad). Tapi aku terperasan la, nama watak utama tu disebut dengan nama yang tak betul (Suzikon?) dan nama kuasa aura pemusnah pun tak betul jugak (Kue Pau Heng Kong? Kuih PAU?), mungkin gara-gara pengalihbahasa ini malas nak belajar Bahasa Jepun, maka diambil jalan mudah dengan menterjemahkan daripada versi Bahasa Cina (agaknya la).

Ya, itulah dia, siri francais (manga dan juga anime) terkenal, yang boleh dikatakan telah meletakkan animasi Jepun di mata dunia pada era itu, dan digilai oleh peminatnya di merata dunia (dunia Barat dan kita pun dijangkitinya), iaitu siri DRAGON BALL.

Tapi, aku bukanlah nak cakap pasal siri komik atau animasinya (termasuk filem animasi) beserta siri permainan videonya yang berlambak tu. Aku nak tunjukkan poster filem... filem versi live-action yang RASMI punya beb! Aku kata "rasmi" sebab sebelum ini dah banyak kali dah cerita ini diangkat secara "haram" ke layar perak (curi idea dan nama serta jalan cerita, tapi langsung tak ada kebenaran dari pihak yang memegang hak cipta iaitu penciptanya, Akira Toriyama).

Mau tengok bagaimana rupa posternya, sekaligus rupa pelakon-pelakon yang membintangi filem ini? Jeng jeng jeng...

Isnin, 23 Jun 2008

Blogger.com Block Blog Chedet.com

Hahaha, tajuk yang sangat "catchy" lagi berima! Cuma leceh sebab ada satu perkataan tu yang memang lari terus daripada tema, tapi tak mengapalah.

Tengah seronok melayari blog-blog mereka yang bergenrekan "politik" tadi. Ya, aku pun suka juga layari laman blog pasal politik ni, tapi sengajalah aku tak pautkan ke senarai blogroll aku ka apa ka, sebab aku ni "neutral" dan tak mahu kelihatan terlampau memihak ke mana-mana pihak secara bersangatan!

Ya, sedang asyik melihat entri demi entri, secara tiba-tiba aku ternampak satu tajuk entri di sebuah blog, dengan tajuk yang sangat menarik, menarik perhatian aku lagi mencetuskan suatu perasaan yanga boleh "membunuh kucing" (sebab orang kata "curiousity kills the cat"! Apa? Tak faham? Huhuu!)

Sabtu, 21 Jun 2008

Firefox 3 "sucks"???

Pada suatu hari yang lalu, aku mendapati bookmark Firefox aku hilang!

Beberapa hari kemudian, setelah aku memuat turun dan memasang perisian Firefox 3, aku mendapati bookmark-bookmark aku yang hilang tempoh hari itu, telah kembali! Oh, dia main aci sembunyi ("aci lut chak") dengan aku rupanya!

Walau bagaimanapun, aku tak rasa ianya kembali sebab aku memasang perisian Firefox 3 itu. Dan sekembalinya bookmark-bookmark Firefox aku itu pun tetap tidak membantu apa-apa. Sebab apa? Aaa... nanti aku cerita lagi.

Oh ya, perlu diberi penegasan di sini, hari aku memuat turun Firefox 3 adalah pada DUA HARI selepas mereka punya "Firefox Download Day", kempen mereka untuk mencipta rekod dunia bagi kategori "Perisian terbanyak yang dimuat turun dalam satu hari". Poyo kan? Hahah, memang tak ada perkataan Bahasa Melayu (rasmi ka perkataan itu?) yang lebih tepat menggambarkan situasi ini, melainkan "poyo"!

Dan, apakah yang "best"nya Firefox 3 ini?

Khamis, 19 Jun 2008

Mission: Impossible - Episod Perdana Menteri vs. Timbalan Perdana Menteri

Aku memang suka siri ini. Sukanya aku terhadap siri ini bukannya hanya sebab ianya menyangkut soal "spy-menyepai" sahaja, tapi juga disebabkan analogi yang dibuat dalam cerita ini terhadap peristiwa sebenar di dunia, dan yang paling seronok ialah betapa ironisnya aku rasa apabila mendapati ada episod tertentu yang sangat mirip dengan suasana politik negara kita.

Ya, memang ada episod tertentunya yang kelihatan seperti berlaku dalam negara kita. Memang dalam siri ini, negara yang "dikacau" itu merupakan negara-negara Eropah tertentu yang tak sebulu dengan Amerika Syarikat, namun gambaran dan suasana politik tertentu dalam negara-negara Eropah tersebut sangat hampir dengan suasana yang berlaku dalam negara kita.

Contohnya ialah dalam suatu entri aku yang lalu, episod siri MISSION: IMPOSSIBLE berkenaan sangat hampir dengan suasana negara kita yang nak menghadapi pilihanraya pada ketika itu. Dalam episod yang aku tonton pada 19 Jun 2008 jam 12:30 tengah malam di RTM2 pulak, sekali lagi episod itu persis suasana di negara kita.

Rabu, 18 Jun 2008

Lawak "Bersemuka dengan Media" dan "Hujah"

[Dikemaskini pada 19 Jun 2008]

Hari Selasa, 17 Jun 2008. Sepatutnya aku nak muat turun perisian Firefox 3, tapi disebabkan "insiden itu", aku menangguhkan dulu hasrat aku. Aku tak mahu bantu mereka cipta rekod itu, heh!

Jadi, apa yang menarik? Yaaa... sebaik saja tamat rancangan CSI: CRIME SCENE INVESTIGATION (episod menarik di mana seorang gadis genius berusia 12 tahun mengcover abangnya daripada didapati bersalah atas tuduhan membunuh, dan episod ini tiada langsung kemunculan watak Grissom, Greg dan Kapten Brass) di ntv7, aku telah menonton suatu rancangan khas...

Isnin, 16 Jun 2008

Firefox "menganiayai" aku!

Pada hari Ahad, 15 Jun 2008, aku telah mendapati aku telah dianiayai oleh Mozilla Firefox.

Sampainya hati beliau. Dan beliau melakukannya tak berapa lama setelah aku "berbai`ah" untuk memuat turun Firefox 3 apabila keluar pada 17 Jun 2008 nanti, agar mereka dapat memecah rekod dunia (jenama arak itulah, apa lagi!) sebagai "perisian paling banyak dimuat turun dalam satu hari".

Nak tahu apa dia buat? Ya, pada satu ketika, aku buka Firefox aku, tetiba, aku dapati, bukan saja kesemua tab yang aku buka sebelum ini hilang (namun itu biasalah tu), aku juga mendapati "perangai" Firefox pada ketika itu adalah seperti aku buka perisian itu buat pertama kalinya, seperti waktu kita baru mula-mula install. Antaranya ialah dia bertanya sama ada aku mahu jadikan Firefox sebagai perisian pelayar utama untuk PC aku.

Maka, aku syakkan sesuatu dan ternyata sesuatu itu berlaku pada aku. Aku periksa bahagian bookmark dan mendapati kesemuanya telah...

...HILANG!!!

Yeah, boleh kata kesemua laman-laman sesawang yang aku bookmarkkan, semuanya hilang. Bukan puluhan, bukan ratusan, malah ribuan! Ya, beginilah cara Firefox membalas jasa aku, setelah aku menambahkan bilangan "bai`ah" mereka dan berjanji nak membantu mereka memecahkan rekod. Ibarat membalas susu dengan tuba!

Hoho, oh ya, memang ini salah satu hobi masa lapang aku: membookmark laman-laman sesawang yang aku rasa menarik dan ingin dilawati lagi! Jumpa ja atau orang bagi saja alamat URLnya, lepas tengok dua-tiga kali dan mendapati ianya macam best, tanpa ragu-ragu lagi, terus aku bookmark!

Dan sekarang semuanya sudah tiada, hahaha!

Oh well, mujurlah Firefox ni pelayar kedua saja, sebab pelayar utama aku masih lagi Internet Explorer 7, dan biarpun ramai yang kata IE ni tak selamatlah, namun aku masih tetap memakainya. Memang perlu diakui, IE ni banyak masalah dia. Memang macam tak stabil, tak secure (virus, spyware dan adware banyak masuk menerusi IE), makan banyak virtual memory (dah la PC aku tak cukup RAM, maka semputlah PC aku jadinya!), dan selalu crash, tapi aku masih memakainya. Mungkin aku dah terbiasa dan selesa dengan paparan antaramukanya kot.

Dan, ada satu benda yang aku memang boleh harapkan sangat dengan IE ni. Iaitu, ianya masih menyimpan kesemua bookmark aku dengan selamat! Bahkan, ianya disimpan dalam bentuk fail yang "fizikal", yang aku boleh cari dan nampak dengan tepat di mana kedudukannya dalam PC aku ini. Bahkan, ada kes di mana, aku dah padam dah beberapa bookmark yang aku dah tak mahu, tapi esok lusa (atau biasanya selepas IE aku crash, aku dapati yang aku padam itu tadi, masih ada pula. Liat nak dipadam la pulak! Memang pelik, tapi itu yang berlaku!

Haha, aku mengaku, mungkin aku ni agak "buta IT" dan tak reti banyak perihal perisian Firefox ni, tapi aku rasa memang bookmark Firefox tak dapat aku capai melainkan menerusi pelayar itu sendiri. Ada sistem tersendiri kot. Dan bila ianya tiba-tiba "hilang", aku tak tahu di mana nak dapatkan balik, melainkan aku import semula daripada IE.

Sebenarnya bukan aku seorang yang jadi macam ni. Awal tahun ini, aku pernah berchatting dengan seseorang, dan dia mengaku dia ni "jahil tukil soal IT", dan dia tanyakan aku bagaimana nak dapatkan balik kesemua senarai bookmark beliau di Firefox yang tetiba "hilang", dan aku tak dapat menjawabnya. Dan dia pun terpaksalah cari balik semua laman sesawang yang "hilang" itu, heheh! Dan sekarang, aku pula "mangsanya".

"Terima kasih" kepada IE aku yang masih setia menyimpan senarai bookmark aku, maka tidaklah aku terasa sangat kehilangannya. Cuma rasa terkilan la jugak aku pernah menghabiskan masa untuk mengemaskinikan senarai itu di Firefox, dan ternyata aku telah membuang masa kerana sekarang ni semua tu dah hilang, huhu...

Dengan ini, disebabkan telah mengecewakan aku, maka aku akan cuba mengelakkan diri daripada menjadi antara yang memuat turun perisian Firefox versi ketiga itu pada 17 Jun nanti. Aku tak mahu jadi antara penyumbang kepada "Rekod Dunia" yang mereka nak capai tu. Dah la tu, ditaja oleh satu jenama arak tu pulak (yang sangat sinonim dengan rekod-rekod dunia kononnya tu), jadi aku rasa adalah lebih baik untuk aku tidak melibatkan diri. Lepas sehari atau dua-tiga hari kemudian, baru aku akan muat turun, heheh!

Oh ya, ni satu lagi hobi "aneh" aku! Aku suka guna pelayar-pelayar internet yang berbeza dan pelbagai! Berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa ini, selain daripada IE (yang menggunakan enjin Trident) dan Firefox (Gecko), aku juga guna Opera (Presto) dan Safari (WebKit).

Antara banyak-banyak ini, aku berpendapat Opera la yang paling cantik dan "sedap mata memandang" (sekarang dah keluar versi 9.50!). Telefon bimbit, Nintendo DS dan Nintendo Wii pun pakai pelayar ini. Dan, sudahkah aku katakan tadi, bahawa paparannya cantik? Hehe...

Safari pun cantik gak, tapi berat sangat la, terutamanya kalau aku buka banyak tab. Semput PC aku nak handle keberatannya. Dan, dia tak simpan sesi tab terakhir, sebaliknya akan buka homepage sahaja setiap kali kita buka baru (setakat yang aku tahu la, tak tau la kot-kot ada setting yang aku tak jumpa!).

Firefox pun okay sebenarnya (malah, ini la yang selalu direkomenkan oleh orang pun, terutamanya bagi mereka yang anti-Microsoft, hehe!). Agak ringan, agak cantik. Tapi itulah, sepertimana yang terjadi kepada aku baru-baru ini. Hei, geramnya! Aku tau, ramai yang "minat" dengan Firefox ni dan pastinya tak puas hati melihat aku tak puas hati dan geram dengan Firefox ini. Biarkan aku melayan rasa geramku ini. Alaa, nanti dia lega la tu, hoho...

Dan, IE tetap sebagai pelan backup aku. Selain sebagai kegunaan utama, setiap kali aku beralih ke pelayar lain, dan ada rasa ketidakserasian yang timbul, maka aku akan kembali ke IE.

Akhir kata, walau apapun pelayar pilihan anda, gunalah dengan bijak, dan berhati-hatilah dengan ancaman "dunia siber" terhadap keselamatan PC anda!

Ahad, 15 Jun 2008

Anwar Ibrahim kalah dengan Otai Game!

[Dikemaskini pada 10:50 pagi, 16 Jun 2008]

Nama Anwar Ibrahim memberikan reaksi yang berbeza-beza kepada individu-individu yang berbeza-beza. Biasanya ianya bergantung kepada pendirian atau fahaman politik bagi individu tersebut.

Bagi peminat/pengkagum, malah penyokong setia beliau, nama beliau disertakan dengan suatu perasaan yang menyanjung dan segunung harapan kepada beliau. Bagi yang neutral, nama beliau turut juga ditunggu, rasa ingin tahu apa pula yang beliau akan lakukan. Bagi yang tak suka kepada beliau, sebut saja namanya, akan timbul perasaan marah dan pada masa yang sama, ada juga yang gerun dengan namanya itu.

Maka, kita boleh kata beliau ini manusia yang paling berpengaruh di Malaysia. Di negara seberang kita juga, beliau dikagumi. Malah ada kenalan aku di situ yang "irihati" mengenangkan beliau ni rakyat negara kita, hah! Dunia juga kenal beliau. Media pun rajin juga menyebut namanya.

Namun berpengaruhkah beliau di seluruh dunia? Ya, memang beliau antara 100 individu yang disenaraikan oleh majalah TIME sebagai antara yang paling berpengaruh di dunia. Rakyat Malaysia yang pertama dan satu-satunya tersenarai pulak tu! Namun, apakah beliau nombor satu? Kalaupun tidak, agak-agak beliau berada di tangga yang ke berapa?

Ahha, dengan menggunakan undian daripada orang ramai (bukan AFUNDI atau sebarang undian SMS yang lain!), ternyata beliau tidak mendapat tempat pertama! Sepuluh yang pertama pun bukan, dua puluh, malah lima puluh yang pertama pun bukan juga! Menurut senarai di laman sesawang majalah TIME, beliau cuma mampu menduduki tangga yang ke-93 (sembilan puluh tiga) dalam seratus yang teratas. Heh, hairan, pertama kali aku tengok senarai 'Top 100' yang menampilkan sampai 207 nama, lebih 107 daripada yang sepatutnya!

Maka, siapa pula yang mengungguli "carta" itu?

Isnin, 2 Jun 2008

Anti-Rokok!

Pada setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan tarikh 31 Mei pada setiap tahun sebagai "HARI DUNIA TANPA TEMBAKAU" (laman sesawang rasmi untuk "WORLD NO TOBACCO DAY").

Dan, seperti tahun-tahun sebelumnya, dan tahun ini pun (2008), sambutan ini tetap juga berjalan. Tapi, persoalannya ialah, berapa orangkah di negara kita yang tercinta ini, menyedari akan hakikat kewujudan hari ini. Perlu aku akui, aku sendiri pun baru terperasan tarikh sambutan ini pada sehari lebih lewat daripada tarikh yang sepatutnya disambut!

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang