Isnin, 2 Jun 2008

Anti-Rokok!

Pada setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan tarikh 31 Mei pada setiap tahun sebagai "HARI DUNIA TANPA TEMBAKAU" (laman sesawang rasmi untuk "WORLD NO TOBACCO DAY").

Dan, seperti tahun-tahun sebelumnya, dan tahun ini pun (2008), sambutan ini tetap juga berjalan. Tapi, persoalannya ialah, berapa orangkah di negara kita yang tercinta ini, menyedari akan hakikat kewujudan hari ini. Perlu aku akui, aku sendiri pun baru terperasan tarikh sambutan ini pada sehari lebih lewat daripada tarikh yang sepatutnya disambut!

Maka, bagi aku, aku salahkanlah diri aku sendiri kerana tak peka dengan bab-bab sebegini. Tak mengapa, aku terima kelemahan diriku ini, yang leka dengan dunia sendiri, heheh!

Tapi, berbalik kepada persoalan tadi, iaitu, berapa orang di kalangan rakyat negara kita yang sedar akan hari ini? Lebih bersikap umum pula, aku nak tanya, berapa orang di kalangan rakyat negara kita ini SEDAR akan apa-apa saja isu yang bersifat KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR???

Yah, bagaimana nak jawab ya? Berdasarkan pemerhatian aku, aku rasalah, kita berada dalam tahap kesedaran yang AMAT KURANG! Aku tak tahu apakah aku betul atau salah sebab aku tak ada (baca: MALAS) nak cari statistik untuk menyokong "tuduhan melulu" aku ni, tapi, macam aku kata tadi, "berdasarkan pemerhatian" aku pada orang di sekitar dan sekeliling aku, memang boleh dikatakan HAMPIR TIADA!

Kalau orang biasa, paling koman pun, aku rasa aku HAMPIR tak jumpa manusia yang ambil inisiatif mencari tong sampah untuk dibuangkan sampah beliau, sama ada kertas pembalut gula-gula, gula-gula getah (yang ditenyeh ke tempat tersembunyi, memang cilakak betoi kalau sampai kita terpegang, entah siapalah tuan punya air liur gula-gula getah tu!), hatta puntung rokok sekalipun. Selalunya mereka melemparkan di merata-rata, tanpa rasa bersalah, apalagi berdosa. Takkan aku sorang saja kot yang terhegeh-hegeh buang sampah di tong sampah?

Itu orang biasa, bagaimana pula dengan orang "politik"? Aku rasa sama jugak. Mereka jarang menyentuh isu alam sekitar sebagai kempen politik mereka. Ohoho, baguslah kot, tidak "mempolitikkan" alam sekitar, memandangkan dalam suasana politik di negara kita ni, semua benda dipolitikkan!

Apabila seorang individu meletakkan jawatan dan keluar dari satu parti politik, maka beliau bukan saja "diminta", malah "digesa" melepaskan jawatan tertentu yang lain (yang tak ada kena-mengena dengan parti politik... sepatutnyalah) yang beliau pegang.

Sementara itu, ada pula seorang individu yang menerima tawaran untuk berkhidmat sebagai petugas khas oleh kerajaan sebuah negeri yang dikuasai oleh satu parti lawan. Akibatnya, beliau dipaksa keluar daripada sebuah parti (komponen yang sama dengan parti di perenggan atas tadi) kerana dianggap "menyertai kerajaan pembangkang". Oh, peristiwa hampir sama pernah berlaku sebulan sebelum itu kepada seorang individu yang akhirnya merelakan dirinya untuk keluar dari parti berkenaan.

Kedua-dua senario ini, ditukarkan menjadi bahan politik. Itulah dia negara kita. Mentaliti kelas keberapa ni ya?

Hmm... tapi bila bab kebersihan dan kesihatan, kita tak bising sangat ya? Media pun tak war-warkan sangat pasal hari-hari sebegini, sebab itu aku sendiri pun nyaris tak tahu, haha!

Apahal pun, sempena HARI SEDUNIA TANPA TEMBAKAU ni, aku mengucapkan selamat berhenti merokok kepada yang merokok, dan selamat menyelamatkan diri daripada asap rokok kepada yang tak merokok.

Puas mencari di internet kot-kot ada laman sesawang mana-mana Majlis Agama yang meletakkan fatwa merokok. Hai, susah sungguh mencari rupanya. Hampir tiada kujumpa. Akhirnya terjumpa juga fatwa pengharaman merokok yang diwartakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada tahun 1995 (ketika Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom masih menjadi Mufti Selangor.

Sementara itu, usaha mencari laman sesawang yang meletakkan dengan lengkap fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman merokok tu berakhir dengan kekecewaan (ayat tu!). Kemudian baru aku teringat, aku ada buku HALAL HARAM: PANDUAN PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), yang menuliskan fatwa berkenaan secara lengkap di mukasurat ke-203 yang bertulis:
2. Sukaicta [sic] dimaklumkan bahawa Muzakarah Jawatnkuasa [sic] Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali yang ke-37 yang telang [sic] bersidang pada tarikh 23 Mac 1995 "Bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemuradatan". Pengharaman ini adalah ke atas orang Islam sahaja.

Di samping itu, hasil carian aku menunjukkan negeri-negeri lain di Malaysia (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak) juga memfatwakan bahawa merokok itu HARAM.


"So I'm breaaaaaaaaking the haaaaaabit... tonight!" (gambar dicilok dari sini)

Maka, dengan sebab itu, aku menyeru kepada sesiapa yang merokok supaya berhentilah merokok. Aku tak berminat nak mengulas dari sudut Islam, sebab kalau mengikut konteks negara kita, dah ada fatwa MENGHARAMKANNYA. Fikir sendirilah nak ikut atau tidak, dan fikir sendirilah apa hukumnya kan?

Aku juga tak berminat nak mengulang semula apa yang orang dok selalu dah sebut mengenai kandungan di dalam sebatang rokok dan apakah bahayanya kepada si perokok. Itu sudah kita semua ketahui.

Yang buat aku bengang dengan rokok ini (dan perokok) ialah kesannya kepada kami yang tidak merokok. Terutamanya kepada mereka yang sesuka hati merokok di tempat terbuka. Kami pun dituduh "merokok" juga (perokok pasif) hanya kerana kami meng(ter)hidu asap rokok kalian. Dah tu, kesannya sama (malah lebih) buruk kepada kami. Ini tidak adil.

Kami dah berusaha untuk tidak merokok untuk menjaga kesihatan kami. Kalian nak menjahanamkan diri kalian, dipersilakanlah. Tapi jangan heret kami sekali. Pergi la "main" dengan rokok tu jauh-jauh, di tempat yang sunyi daripada mereka yang tidak merokok.

Ini tidak, aku tengok di tempat yang terang-terang terpampang tanda "LARANGAN MEROKOK" pun kalian bedal. Dunia ni kalian punya saja kot?

Tak mengapalah, tak kasihan kat kami yang tak merokok ni pun, suka hatilah. Tapi fikirlah dan kasihanilah kat bini-bini kalian, apalagi anak-anak kalian. Ini aku tengok, baguih punya dok berasap depan bini yang mengandung, dan depan anak-anak yang masih bayi. Amboi, nak "bunuh" anak-anak kalian ka?

Patutlah zaman sekarang ni ramai budak-budak sekolah yang dah berani mula merokok dalam usia sebegitu. Dulu zaman aku sekolah menengah dulu pun, agak jarang la yang sebaya dengan aku yang dah merokok pada umur macam tu. Dan ada beberapa kawan aku yang tak merokok waktu sekolah dan akhirnya "tumpas" juga dengan "najis rokok" ni (hehhe, kasar la pulak bahasa aku nih!). Tapi sekurangnya mereka dah... ahem... "dewasa", dah tahu menilai mana baik mana buruk (iya ka TAHU MENILAI tu?).

Tapi zaman sekarang ni, dalam perjalanan ke sekolah mengayuh basikal (belum lagi bermotosikal), bagus punya menghembus rokok. Dah tak ada malu. Merokok ni dah jadi satu budaya la pulak. Siapa yang ajar mereka ni semua? Tak lain tak bukan, aku nak salahkan mak bapak (okaylah, bapak sahaja kot) yang merokok di depan anak-anak seawal usia bayi ni.

Jangankan bapak, guru pun serupa jugak. Pergi ke sekolah pagi-pagi, wah, tak tahan ketagihan nikotin, terus mengasap di depan pagar sekolah, sambil kanak-kanak yang dalam perjalanan masuk ke sekolah tu memerhatikan (dan belajar daripada) gelagat guru ini. Waktu rehat pun, tatkala bebudak sedang membeli makanan di kantin, akan terlihat gelagat guru ini berasap di dalam ruang makan guru di kantin.

Wah, ini macam kalu, kalau bapak dan guru tunjuk "contoh tauladan" yang "baik" sebegini, bagaimanalah anak-anak tak terikut kan? Habis tu, bagaimanakah agaknya gambaran masa depan negara di bawah mereka ini nanti? Okaylah, mungkin melampau sangat kot gambaran pasifku ini, hehe...

Memandangkan fatwa kebangsaan dah mengatakan benda ini haram, maka adalah berpatutan kalau kita mengharamkan penjualannya terus. Tapi itu pasti susah nak dilaksanakan, dan pasti banyak pihak yang menentang.

Heh, tapi, kalau nak diikutkan, banyak sungguh cadangan atau saranan (atau larangan) yang berunsur Islamik yang nak dilaksanakan di negara kita ni akan ditentang. Cadangan ini akan dituduh atau dilabelkan sebagai berunsur "TALIBAN". Yang sedihnya, antara yang kuat menentang tu ialah orang Islam kita sendiri (yang bersifat liberal la tu).

Namun, yang lucunya, menurut seorang sahabat aku, rupanya di negara-negara Barat tertentu (Ireland, UK), biarpun mereka ni sekular (Muslim tu jauh sekali la!), tapi ada undang-undang atau larangan yang mereka cadangkan itu, berbunyi "lebih TALIBAN" daripada kita. Dan kita... negara Islam? Renung-renungkanlah...

Apahal pun, selamat membebaskan diri kita daripada pengaruh TEMBAKAU! ;)

11 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum...

    Jawapan untuk persoalan dalam perenggan kedua. Saya pun tak pak pasti akan bilakah tarikh Hari Dunia Tanpa Tembakau. Hatta, namanya juga saya tak pasti. Ingatkan Hari Tanpa Rokok. Inilah padah apabila semua hal perlu campur tangan ahli politik untuk dimasyhurkan (tanpa menidakkan kelemahan diri sendiri yang tak peka ini).

    Salah, bukan sekadar salah golongan yang En. Saladin sebutkan sahaja, bahkan nenek juga memainkan peranan dalam hal ini. Bahkan, di dalam kampung saya ada seorang nenek yang merokok. Bukan sahaja merokok di depan cucu-cucunya, tetapi juga menggalakkan cucunya yang berusia 4 tahun untuk merokok. Dan ini telah berlaku di depan mata saya lebih 15 tahun yang lalu.

    Berkaitan kes sampah-menyampah pula, pemerhatian saya setelah melihat fenomena alam di negara kita yang tercinta ini, sama seperti pemerhatian En. Saladin iaitu amat sukar untuk melihat mereka yang sanggup menuju ke tong sampah untuk membuang sampah di dalamnya. Semalas-malas saya, saya masih rajin menyimpan sampah untuk dibuang di dalam tong sampah apabila ketemu. Sifat ini, saya perolehi dari pengetua Sek. Men. Teknik Slim River semasa zaman saya bersekolah di sana (1998-1999). Beliau bernama Tuan Haji Yusof bin Saidin. Beliau sememangnya seorang yang istiqamah dengan sifat tidak membuang sampah merata-rata. bahkan, beliau tidak segan silu mengutip sendiri sampah yang berada di tempat yang tidak sepatutnya (yang dibuang oleh orang lain la tu) untuk dimasukkan ke dalam tong sampah, walaupun ada pelajar di situ. (Kalau cikgu lain, mesti suruh pelajar yang kutip sampah tu).

    Berkaitan hal bukan politik yang dipolitikkan pula. Itulah salah satu yang menyebabkan saya hilang terus rasa hormat pada parti yang itu. Langsung "tak nak" bekerjasama dengan parti lawan untuk kepentingan rakyat. Korbankan la sikit ego tu untuk kepentingan rakyat.

    "alamak, terlebih sudah!". Komen saya sudah hampir menyamai panjang entri. Dengan itu saya akhiri komen saya setakat ini dahulu.

    BalasPadam
  2. Wa`alaikumussalam warahmatullah.

    Haha, rupanya anda ni mirip saya ya! Saya sendiri kalau nak komen, adakalanya tak dapat nak kawal, dan terpanjanglah jadinya komen itu, hah!

    ...

    Benar juga, terlupa pula saya peranan "Datuk/Nenek" (wah, NENEK yang merokok di depan anda ya? Saya belum lagi berjumpa dengan nenek yang merokok).

    Teringat kisah seorang datuk yang menawarkan kotak rokok pada cucunya dengan mengatakan "ini coklat ni!". Peristiwa ini berlaku dalam feri, nak menuju ke Langkawi. Sungguh tak beretika datuk ini. Sudahlah "mengajar" cucunya "hakikat merokok" pada usia seawal itu, malah dia merokok DI DALAM FERI! Namun, akhirnya beliau pitam dan muntah² dalam feri kerana mabuk laut, heheh!

    ...

    Pasal kes sampah tu, saya bersyukur kerana rupanya ADA manusia lain yang prihatin (macam saya ni, kekeke!). Tapi sikit sangat orang macam ni kan? Akibatnya kita pulak tersipu² malu kerana sikap prihatin kita untuk tidak membuang sampah merata² ni merupakan sesuatu yang "ganjil" bagi kebanyakan orang lain.

    Bagus la sikap cikgu anda tu. Siap kutip sendiri sampah. Payah nak cari cikgu macam ni. Barulah boleh dicontohi pelajar (seperti anda!).

    Maka, marilah kita pakat² buang sampah di tempat yang sepatutnya. Kalau yang hisap rokok tu pun, lepas merokok (di tempat yang sepatutnya juga ya!), silalah buang di tempat yang betul. Jangan main pijak² di lantai saja.

    ...

    Pasal "parti politik itu" tu, memang saya pun menyampah membaca atau menonton berita mengenainya saban hari. Sudah la negara ini seolah milik eksklusif mereka saja (media pun hanya melaporkan mengenai mereka saja). Perangai pulak macam budak².

    Yeah, memang macam budak². Serius, macam budak². Budak² tadika... ;)

    ...

    P/S: Ternyata komen saya ni lebih panjang... :P

    BalasPadam
  3. Salam,inilah luahan hati seorang yang tidak merokok, hehe,samalah , kadang kadanga nak marah takut kecik hati,jadi gaduh, banyak sifat negatif perokok sbenarnya yang mnyebabkan kita makan hati, terutamnya bila ada rumet yang merokok dalam bilik, sabar ajelah...

    BalasPadam
  4. Salam...

    Ish... Ni lagi sorang yang tak pandai nak bagi komen pendek-pendek... Tiba-tiba terdengar Saladin cakap macam tu. hahaha...

    Cakap pasal rokok, satu je yang selalu ada dalam minda ni; 'Perokok Adalah Pembunuh Senyap'. Bunuh diri sendiri dan bunuh orang lain jugak. Erm.. pembunuh biasanya dijatuhkan hukuman gantung, kan? Tapi sebab ianya 'senyap' maka, hukuman tu senyap je, tergantung tak jatuh-jatuh.

    Arwah nenek dulupun perokok jugak, tapi rokok daun je. Dia adalah generasi terakhir wanita dalam keluarga kami yang merokok dan makan sireh.

    Bila tengok perempuan merokok, memang pelik, terutama kalau yang bertudung. Pernah tengok tak? Kak Su pernah ada kawan sepejabat yang begitu. Yang tak bertudung dan merokok pulak, memang berlambak. Berhenti merokok masa mengandung je. Boleh pulak tu... Kenapalah tak berhenti terus je. Jawapannya mudah je... Bila tengok suami merokok, rasa ketagihan tu datang balik!

    Bekerja dengan perokok ni memang menyakitkan hati sebab mereka akan selalu 'take a break' semata-mata mahu melepaskan asap kat luar bangunan, sedangkan kerja masih menimbun. Bila ditanya, macam-macamlah alasannya... tension kerjalah, nak cari idea lah, nak hilangkan ngantuklah... Ahh... alasan... Tak de pulak yang cakap, sbb tak sayang nyawa...

    Berdasarkan kepada sedikit pemerhatian yang dibuat keatas sikap kawan-kawan yang merokok samada lelaki atau perempuan (yg bertudung & tidak), mereka ni ada sifat-sifat negatif yang lain seperti pengotor, pemalas.

    Kalau yang muslim, tambah lagi satu; mrk susah nak lekat sembahyang (dan ada yg tak pernah dilihat bersembahyang langsung). Kebetulan ke tu? Kebetulan yang mana didapati perokok ada sikap buruk begitu? Maaf kalau ada yang salah pada pemerhatian saya ya...

    Erm... Ada perokok yang nak komen kat sini tak?

    BalasPadam
  5. Hafiz, yeah, tanpa syak lagi, perokok memang "jahat"! Hakikat mengenai pemilihan mereka untuk merokok saja dah menunjukkan "kejahatan" mereka itu, hahah!

    Oh, teringat zaman saya di kampus dulu² (tak la lama sangat), setiap kali masuk sidang baru, mesti akan bertukar bilik atau desasiswa terus. Maka, antara doa sebelum bermula sidang baru ialah "Ya Allah, lindungilah aku daripada mendapat roommate yang merokok...".

    ...

    Kak su, saya belum pernah lagi tengok wanita bertudung merokok! Tapi kalau jenis bertudung namun aurat yang lain masih terbuka tu, mungkin tak menghairankan sangat kot. Namun, kalau yang bertudung labuh tu, bagaimana rupanya ya? Harap tak ada kot yang macam itu!

    Ish, kalo laki bini merokok, memang tak menghairankan la si anak tu pun akan turut merokok. Apa nak jadi niiii?

    Ya, saya setuju, kalo kita bekerja dengan perokok ni, MESTI ada satu waktu dia akan minta break untuk merokok. Itu kalau yang bertimbang rasa la, minta izin dulu dan pergi jauh daripada kita yang tak merokok agar dia dapat "melepaskan rindunya" tu.

    Kalau yang tak bertimbang rasa, dia hantam merokok saja di depan kita tanpa sebarang rasa malu atau bersalah. Kot mana pun, prestasi kerja akan tetap terjejas sebab mereka sudah membazirkan waktu untuk benda yang tak berfaedah ni, hehe!

    Ya, sikap negatif mereka dari segi pengotor pun memang setuju sangat². Merokok itu sendiri sudah "mengotorkan" udara. Lepas majoritinya akan membuang puntung rokok tu merata² atas jalan.

    Sikap negatif mereka yang lagi satu ialah, mereka ni memang jenis tak malu. Sebab di depan majoriti orang tak merokok DAN di tempat larangan merokok pun mereka akan merokok tanpa perasaan.

    Dari segi bersolat pulak tu, Wallahu a`lam. Ada yang okay ja solatnya. Ada pula yang tak merokok pun masih tak bersolat. Dan, saya setuju, kebanyakan jenis manusia yang saya nampak yang jenis tak solat ni, MEMANG dia merokok!

    Sementara itu, masih ada golongan ustaz yang merokok, jadi itu tak dapatlah kita nak komen lebih², heheh!

    Oh, perokok kalau nak komen pun, memang mereka tak akan ada hujah dan dalil pun nak membela tindakan mereka itu! =)

    BalasPadam
  6. Salam.

    Memang tak patut kalau dibuat kesimpulan yang perokok tu tak lekat sangat sembahyang atau tak sembahyang langsung, tapi kebetulan terjumpa sebahagian besar orang yang sebegitu. Maka tertanya-tanyalah hati, kenapa ya?
    Adakah asap itu telah meninggalkan kesan bukan sahaja pada jantung/paru-paru mereka, tapi juga hati dan minda mereka?

    Terjumpa satu lagi artikel ttg rokok. Agaknya kalau perokok baca artikel ni, adakah mereka akan termotivasi untuk berhenti merokok?

    P/S: Pernah jumpa gak doktor yang merokok. Kenapa orang yang dirasakan paling berhati-hati dalam penjagaan kesihatan, yang tugasnya menasihati orang supaya menjaga diri, membantu menyelamatkan nyawa orang lain, tapi tetap mahu merokok, membunuh diri dan juga menjadi pembunuh?

    BalasPadam
  7. Ahaa, terima kasih Kak suara, atas pautan ke artikel itu.

    Secara dasarnya, ianya memaparkan apa yang kita dah selalu sangat dok baca dan ketahui pasal rokok ni. Dan saya yakin, si pengidap najis rokok tu pun tahu akan hakikat ini. Namun, dengan pesimisnya saya berkata, perokok² tegar tetap tak akan berubah hanya kerana membaca artikel sebegitu.

    Mereka semua ni sudah "dirasuk". Ya, sekaligus menjawab persoalan Akak mengenai kenapa orang merokok ni ada yang tak solat.

    Teori saya ialah, sebab dalam badan mereka ni dah dipenuhi jin². Kan kita tahu, jin makan asap. Rokok tu berasap. Jadi manusia merokok ialah manusia yang makan asap. Kesimpulannya, manusia perokok ialah jin, akakakaka! Maka, bukan setakat peparu dan hati dan minda, malah roh dan iman mereka sendiri juga sudah turut terjejas!

    Maka, tak heranlah jika "jin²" ini cenderung melakukan maksiat.

    Hehe, doktor yang merokok? Biasalah tu. Saya ada kawan, bakal doktor, merokok juga. Mungkin sebab tekanan belajar kot, maklumlah, belajar doktor, bukannya mudah. Eh, tapi dia tu dah mula merokok sejak matrikulasi lagi la sebenarnya, hohoho!

    P/S: Apa nak heran doktor merokok. Ustaz² pun ada yang merokok jugak! Setakat rokok daun tu, boleh la nak kompromi, tapi ini rokok Dunhill apa semua tu! Tak tau la kot² diorang ni pandai ijtihad hukum sendiri kot... =)

    BalasPadam
  8. Salam.

    Kali ni bukan nak komen pasal rokok dan perokok, cuma nak kongsi kisah ttg hari yang di lebelkan untuk meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa. Majalah 3 yang terbaru ada bercerita tentang katak. Dan paling mengejutkan dan melucukan, di akhir rancangan tu ada di sebut tentang sambutan 'hari katak sedunia' (tapi tak pasti bila sbb tak dengar betul-betul). Eh, betul ke? atau salah dengar? Katak pun ada hari jugak ke? Aduhai...

    Cuba baca artikel ni pulak. Apa pendapat Saladin? Kak su memang geleng kepala tak henti-henti... betul ke? Nasib baik tak tercabut je kepala ni. Memang tak percaya ada hari yang rasanya tak patut diraikan, tapi ada jugak disenaraikan....

    BalasPadam
  9. Kekeekke, macam yang dikatakan, setahun Gregory ada 365¼ hari, jadi sebab itulah diisinya dengan segala macam "perayaan" yang boleh difikirkan.

    Kalau di kalangan peminat tegar bagi sesuatu francais filem atau siri TV atau novel atau komik (contohnya, peminat STAR WARS ka, STAR TREK ka, LOTR ka, HARRY POTTER ka), itu semua pun ada "hari perayaan" masing² jugak tu.

    Maka dengan itu, kalau kita nak gelak untuk kesemua perayaan merapu ini, memang tak berkesudahan la ketawa kita ni... ;)

    BalasPadam
  10. Memang malang. Merokok itu dikatakan tidak baik, makruh, dan haram. Namun hasil dari perusahan rokok masih diperkenankan, kalaupun tidak lagi dibanggakan.

    Siapakah ramai yang merokok di negara kita ini, kalau tidak orang Islam, dan juga orang Melayu.

    Siapakah yang ramai bekerja di kilang rokok di negara kita ini, kalau tidak dari kalangan kita orang Islam dan juga orang Melayu.

    Siapakah yang ramai bekerja dengan syarikat rokok di negara kita ini, kalau tidak orang Islam dan juga orang Melayu.

    Dan siapakah yang membenarkan perusahaan rokok di negara ini? Agak sensitif untuk diberi jawapan.

    BalasPadam
  11. Hehe, rokok tu kira okay lagi. Coba pi Langkawi, tengok bahawa penjualan "minuman memabukkan" berleluasa di sana. Biarpun taukenya bukan orang kita, tapi coba lihat siapa yang menjadi "kuli" bekerja di situ, mengangkut kotak² yang berisi minuman ini ke sana ke sini. Pakai tudung lagi tu, huhuh!

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang