Isnin, 31 Disember 2007

Pendekar 5 - Suatu Penilaian

Cewah, tajuk entri ni macam tajuk tesis la pulak, hahah! Ahem, dalam pos aku yang lalu dan yang lagi satu, aku telah menceritakan serba sedikit mengenai watak-watak yang terdapat dalam siri PENDEKAR 5 ni. Jadi, untuk "tesis" aku yang berikutnya, aku nak ceritakan mengenai pandangan dan pemerhatian aku terhadap siri yang buat aku kadang-kadang suka dan kadang-kadang tak suka ni.

Pendekar "Lima campur Satu"

Hah, dalam pos yang lalu, aku dah menyenaraikan watak-watak UTAMA dalam siri TV pendekar tempatan (yang kembali ke kaca TV setelah "berehat" hampir sepuluh tahun!) PENDEKAR 5 (atau aku rasa lebih tepat kita panggil PENDEKAR "5+1"!).

Ya, memandangkan watak-watak utama dah dicover (ada TIGA pesilat, SATU orang pe"kungfu", SATU orang pe"silambam" dan SATU orang pe"ninja"), maka apa lagi yang aku nak cerita di sini?

Apa lagi, watak sampingan atau watak pembantu la pulak, kan?

Sabtu, 29 Disember 2007

Pendekar 5 - Kebangkitan semula siri TV "pendekar"?

Dalam pos aku yang lalu, aku telah bagi 'intro' dengan agak panjang lebar mengenai "sejarah" (berdasarkan memori aku la) drama bersiri berunsur "pendekar" di TV kita.

Sekarang barulah aku nak masuk kepada topik mengenai siri "pendekar" yang baru di TV kita! Uish, biaq betoi?! Siri stail "pendekar" dah ada balik? Ya! Wahoo, seronoknya! Erm, nanti dulu, jangan seronok lagi, sabar...

Ya memang ada drama bersiri kependekaran Melayu yang baru ditayang di TV kita. Ianya diterbitkan oleh Ace Motion Sdn. Bhd., produksi yang sama yang menerbitkan siri DUNIA ANITA dan PUTERI. Siri yang dimaksudkan itu ialah PENDEKAR 5 yang ditayangkan di TV9 setiap hari Rabu jam 9 malam. Haa, dipersilakan mengklik ke pautan yang diberikan, boleh tengok episod penuh (bermula episod tiga sahaja sebab sebelum ini Media Prima Berhad belum buat laman web yang memuatkan episod penuh bagi hampir semua rancangan TV di stesen-stesen TV mereka). Setakat pos ini diposkan, baru episod sepuluh yang ditayangkan di TV9, masih boleh 'catch-up'. Oleh yang demikian, dipersilakanlah menonton untuk menilainya, heheh...

Jadi, ada apa dengan siri baru yang berjudul PENDEKAR 5 yang kelihatan cuba membangkitkan semula era drama bersiri kepahlawanan Melayu di stesen TV kita? Jeng jeng jeng...

Jumaat, 28 Disember 2007

Drama Kepahlawanan di TV kita

Dalam pos aku yang lalu, aku ada tersentuh sikit mengenai drama bersiri kependekaran Melayu, yang diterbitkan oleh Ace Motion Sdn. Bhd., produksi yang sama yang menerbitkan siri DUNIA ANITA dan PUTERI. Siri yang dimaksudkan itu ialah PENDEKAR 5 yang ditayangkan di TV9 setiap hari Rabu jam 9 malam.

Apahal pun, mari kita cuba ingat balik era drama bersiri kepahlawanan suatu ketika dulu. Hah, memandangkan aku lahir pada tahun 80an, semestinyalah yang aku ingat ialah pada hujung 80an sehinggalah pada awal 90an, memang terdapat drama bersiri kependekaran. Aku cuma akan memaparkan sedikit siri yang aku minat, ataupun yang menarik perhatian aku untuk meminatinya.

Rabu, 26 Disember 2007

"Dunia" Anita vs. "Dunia" Puteri

Ya, dalam pos-pos aku yang lalu, aku telah "mengarang" dengan penuh kesyahduan mengenai Puteri dan Anita dari siri PUTERI dan DUNIA ANITA. Hoh, kenapa agaknya aku ni "obses" benar dengan kedua-dua siri yang memaparkan wanita sebagai watak utama ini, sedangkan aku orang lelaki yang tak sepatutnya layan cerita macam ini? Haa, sebetulnya aku juga (erm... bukan JUGA, tapi sepatutnya LEBIH) layan siri BONG (sekarang ulangan setiap Jumaat jam 10 malam di TV9, dekaaaaaat di hati!) yang turut dibuat oleh geng-geng Aziz M. Osman, yang menang kategori Drama Komedi Bersiri Terbaik (atau lebih kurang macam itulah tajuknya) dalam Anugerah Skrin 2007! Tapi sayangnya siri ni tak ada kaitan dengan siri PUTERI dan DUNIA ANITA (sungguhpun aku harap ketiga-tiga siri ini boleh dikaitkan dalam satu 'universe'), dan tak banyak yang boleh diceritakan mengenai siri yang baru dua musim ini (melainkan kecomelan si Chah lakonan Maisarah tu!), jadi terpaksalah aku abaikan daripada bercakap mengenai siri ini.

Jadi, berbalik juga pada persoalan mengenai, kenapa aku ni gemar sangat kat kedua-dua siri ini? Apa yang bagus sangat mengenai kedua-dua siri ini? Haha, nak tahu apa yang buat siri-siri ini 'best' di mata aku? Kenapa dalam banyak-banyak drama bersiri di Malaysia yang wujud, yang ditayangkan di bermacam-macam stesen TV pada pelbagai waktu yang berbeza, namun siri yang berdua (bertiga kalau termasuk BONG) ini juga menjadi pilihan di hati?

Rabu, 19 Disember 2007

Anita vs. Puteri - Final Round

Pos aku sebelum ini berakhir dengan sebuah cliffhanger (ewah!). Sebelum-sebelum itu aku menceritakan mengenai siri PUTERI dan siri spin-offnya iaitu DUNIA ANITA. Yeah, sejak Anita "keluar" dari siri PUTERI dan membintangi sirinya sendiri, TV3 akan menayangkan secara berselang-seli siri PUTERI dan DUNIA ANITA di slot yang sama iaitu pada jam 10 malam setiap hari Rabu. Buat masa ini sudah ada LAPAN musim untuk siri PUTERI serta (kalau tak salah) DUA episod khas siri PUTERI (yang terkini episod Hari Raya, boleh ditonton di sini). DUNIA ANITA pula buat masa ini sudah TIGA musim kesemuanya, dan episod terakhirnya adalah pada hari Rabu 12 Disember 2007.

Berbalik pada cliffhanger yang dinyatakan tadi, Anita yang hidup aman dan damai (dan adakalanya havoc) di JB bakal berubah sekali lagi. Siri DUNIA ANITA tidak akan sama lagi selepas ini. Kenapa? Kerana... bertemankan Kamala, Puteri bertindak memberanikan diri pergi mencari dan berjumpa dengan Anita di JB untuk merungkaikan permasalahan di antara mereka berdua...

Ataupun, bak kata orang putih, "to settle some old score"...

Sabtu, 15 Disember 2007

Anita vs. Puteri - Round Two

Dalam pos yang sebelum ini aku mengintrokan mengenai siri PUTERI dan bagaimana watak Anita dari siri itu meninggalkan siri itu. Maka di sinilah persoalannya, iaitu kenapa Anita meninggalkan kehidupan dan pekerjaannya di Kuala Lumpur? Kenapa Anita meninggalkan Puteri dan Kamala? Dan ke manakah Anita pergi sehinggakan sudah tidak muncul-muncul lagi dalam PUTERI?

Ahem, malangnya soalan satu dan dua itu tak dapat aku jawab sebab aku tak tengok sendiri bagaimana kesudahannya, heh! Tapi, aku boleh menjawab soalan yang terakhir itu. Ya, sebenarnya si Anita itu sudah pulang ke kampungnya di Johor, mungkin di Johor Bahru agaknya. Mungkin teruk benar rajukannya itu sehinggakan terpaksa bertindak sedrastik itu (drastik ka?) Maka di sinilah bermulanya siri spin-off PUTERI iaitu DUNIA ANITA...

Jumaat, 14 Disember 2007

Anita vs. Puteri

Hohoh, apa kehalnya dengan tajuk ini? Apakah pertandingan gusti (atau lebih tepat, pergaduhan tarik rambut) antara dua orang wanita yang bernama Anita dan Puteri? Oi, siapa pulak mereka berdua nih?!

Haha, ini sebenarnya adalah tajuk bagi episod ketiga belas (terakhir) bagi siri DUNIA ANITA musim ketiga di TV3, yang ditayangkan di situ pada hari Rabu, 12 Disember 2007 yang lalu.

Siri DUNIA ANITA ini ialah siri spin-off bagi siri PUTERI (yang diinspirasikan daripada filem PUTERI IMPIAN dan PUTERI IMPIAN 2), juga ditayangkan di TV3. Ahaks, ada fakta menarik di sini:
  • Dalam filem PUTERI IMPIAN, Amy Mastura melakonkan watak yang bernama NORA. Dia bukanlah keturunan diraja dan tidak diberi nama "Puteri", tetapi dia menjadi "puteri" di dalam filem ini.
  • Dalam siri PUTERI, Nora Danish melakonkan watak yang bernama PUTERI. Dia bukan keturunan diraja, dan tidak menjadi "puteri" dalam siri ini sungguhpun bernama "Puteri".
  • Hmmm, sungguh menarik kaitan antara "Nora" dan "Puteri" yang kelihatan di sini...

Kedua-dua siri ini diterbitkan oleh ACE MOTION PICTURES SDN. BHD., syarikat milik bersama "bekas" pasangan suami-isteri Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee. Aii, sekarang ni kerap sungguh selebriti di negara kita ni bercerai-berai. Yang si Nor Aliah Lee tu pun, lepas bercerai sekarang sudah tidak bertudung, huhu sedih...

Ahem... maaf termelalut, kembali pada DUNIA ANITA...

Isnin, 10 Disember 2007

Anugerah Skrin 2007

Anugerah Skrin 2007 baru saja berlalu!

Bermula agak hambar, namun mula catch-up apabila gandingan Awie dan Hans Isaac selaku penyampai anugerah untuk kategori Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik bergurau senda. Hans bergurau dengan mengatakan dia meminati Awie, tapi sebaliknya menyanyikan lagu Amy Search (lawaknya di sini ialah Hans "tersalah orang" menyangka Awie ialah Amy Search).

Haha, memang ini tak begitu kelakar, ataupun biasa-biasa saja. Tapi kemudiannya Awie men"counter-attack" atau men"fire" semula Hans dengan mengatakan "Sabar, kita berdua ni 'bermadu'". Haha, bergegar isi dewan dengan ketawa. Kenapa ini kelakar? Ha, cuba ingat balik, Awie dan Hans Isaac ada persamaan dari segi apa? Ha, mereka berdua pernah dikaitkan dan kemudiannya berpisah dengan siapa???

Sabtu, 8 Disember 2007

Senario dalam Lang Buana

Pada hari Ahad 9 Disember 2007 yang lalu, TV9 telah menayangkan (semula) sebuah filem Senario, ataupun maksud di sini, filem lakonan kumpulan lawak nombor satu di Malaysia (sebab mana ada kumpulan lawak yang lain dah, duh!) yang bernama Senario itu, yang diberi judul LANG BUANA (klik juga di sini). Menonton semula filem ini (sungguhpun tak tengok dari awal sebab dok tonton CSI: MIAMI di ntv7 pada ketika itu) merupakan suatu pengalaman "baru" bagi aku, kerana ketika menontonnya buat pertama kali di TV3 pada Hari Raya Puasa dua tahun yang lalu, banyak sungguh babak yang TV3 potong, supaya muat pada slot masa tayangan itu (campur dengan iklan). Jadi filem ini dicompress baik punya! Huh, memang tak best la kalau nak menonton filem kat TV3 nih!

Filem ini merupakan sebuah filem Senario yang "ganjil" kerana ianya tidak diarahkan oleh Aziz M. Osman seperti filem-filem Senario, sebaliknya diarahkan oleh Mamat Khalid, adik kepada kartunis terkenal Malaysia yang bernama Mohammad Nor Khalid a.k.a. Lat. Bercorakkan "Filem Komedi", tapi ianya juga merupakan filem yang "Serius Ya Amat". Haha, baca tagline dia pun dah mampu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak apabila menatap cover VCD (yang juga merupakan gambar yang sama yang digunakan dalam poster filem ini). Ya, VCD original (asli, orang kita juga panggil "ori") yang kubeli beberapa ketika dahulu. boleh dikatakan sebaik sahaja . Hai, entah ke manalah perginya VCD tu sekarang...

Ehem... berbalik pada filem ini, seperti yang dicadangkan oleh taglinenya itu, filem ini merupakan sebuah satira bagi situasi politik di negara kita sebenarnya. Boleh terlihat melalui watak-watak yang ditampilkan berserta konflik yang terjadi. Malah unsur-unsur anakronisma (memaparkan sesuatu yang melangkaui zaman yang digambarkan, sesuatu yang sepatutnya belum wujud pada zaman berkenaan) yang dipaparkan mengingatkan aku pada filem-filem komedi purbawara P. Ramlee (contoh: Ali Baba Bujang Lapok). Filem ini memaparkan tema perpaduan kaum dan rakyat menentang pencerobohan musuh. Ya.. perpaduan..

Jumaat, 7 Disember 2007

Intro

Bismilllahirrahmanirrahim.

Assalamu`alaikum!

Ya, ini merupakan posting pertama aku. Aku akan cuba untuk menceritakan mengenai apa saja yang boleh dikategorikan atau dipersetujui umum sebagai "hobi masa lapang". Tak kisahlah sama ada ianya mengenai komik, buku, novel, filem (termasuk animasi), siri TV (termasuk animasi), video dan computer games, figura aksi (action figures), laman web; semua tu akan dimasukkan ke sini.

Sekali-sekala tu mungkin ada masuk sikit kot unsur-unsur politik, agama, atau apa saja yang berkaitan dengan kehidupan, sama ada kehidupan aku atau kehidupan orang lain (yang tidak melampaui batas la), insya-Allah.

Okay, nantikan pos-pos aku yang berikutnya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang