Apahal pun, mari kita cuba ingat balik era drama bersiri kepahlawanan suatu ketika dulu. Hah, memandangkan aku lahir pada tahun 80an, semestinyalah yang aku ingat ialah pada hujung 80an sehinggalah pada awal 90an, memang terdapat drama bersiri kependekaran. Aku cuma akan memaparkan sedikit siri yang aku minat, ataupun yang menarik perhatian aku untuk meminatinya.
Zaman Kegemilangan
Drama kependekaran (uih, aku cipta istilah baru?) berada pada zaman kegemilangan pada awal 90an (menurut memori akulah), di mana banyak siri menarik yang aku minat pada sekitar tahun-tahun ini.
URAT PUN KENDUR
Siapa tak ingat drama bersiri PENDEKAR KUNDUR, lakonan (yang aku ingat saja la) Eman Manan tu? Yang aku ingat, nama hero dalam siri tu ialah Hang Siak dan Hang Isap, tak pasti pulak yang mana satu lakonan Eman Manan, bahkan cerita pasal apa pun aku tak ingat! Aku ingat ada Eman Manan, itu saja! Almaklumlah, Eman Manan ni memang hero silat kegemaran aku! Oh ya, ini juga antara pendedahan pertama aku terhadap "rambut palsu" (sebab untuk memaparkan zaman purba, kononnya orang zaman itu simpan rambut panjang, dan pelakon yang berambut pendek mesti kena pakai rambut palsu untuk membawa watak lelaki berambut panjang).
NINJA MELAYU??
Lepas tu masih ingat siri SEMUTAR HITAM? Yeah, siri ala Batman/Spider-Man ini mengisahkan seorang adiwira yang pakai semutar berwarna hitam, bertindak ala ninja menjadi 'vigilante' membanteras jenayah dan membantu orang susah. Untungnya, siri ini baru saja diulang di TV9 (dan malangnya, aku tak sempat tengok kesudahannya, tahu-tahu sudah diganti dengan PENDEKAR 5, haha!). Lakonan Latiff Borgiba sebagai Pak Tua dan Faizal Hussein (sorang lagi hero silat kegemaran aku!) sebagai Adi Putera, siri ini mengisahkan kekacauan yang bakal berlaku di sebuah daerah bernama Seri Siantan, dan aku sendiri tak nampak apa kejadahnya yang nak dikacau oleh entah siapalah sang penjahat (huh, memang lemah benar olahan skrip cerita ni, baru sekarang aku sedar, hohoho!). Tapi sapa suka aksi silat, memang patut layan la siri ni.
KERIS DAN ROKOK
Oh, tak lupa pula, dulu juga pernah tayang siri KERIS HITAM BERSEPUH EMAS. Yang lucunya, siri ini mempromosikan rokok jenama Perilly's, cheh! Dan bila dilihat semula pada judul siri ni, "hitam" dan "emas" sememangnya warna trademark pada kotak rokok berkenaan, jadi aku tertanya apakah siri ini diwujudkan khusus untuk mempromosikan rokok itu? Heh, sungguh tak masuk! Lantaklah, yang pasti, aku ingat siri ni menampilkan Eman Manan selaku hero yang memegang keris berkenaan, dan juga dilakonkan oleh Fathil Dani (tak sangka!), Ebby Yus (sorang lagi pesilat yang sekarang jadi pelawak, macam Fathil Dani!) dan tak ingat dah siapa. Menarik siri ini bagi aku ialah sebab mengisahkan sekumpulan hero yang mempunyai senjata unik, mengigatkan aku pada Teenage Mutant Ninja Turtles (sebab keunikan senjata masing-masing) dan juga siri game Street Fighter (sebab ada banyak watak, dan cerita pasal lawan-lawan, memang macam main game lawan-lawan) yang tengah top pada zaman itu!
Kisah yang memaparkan perjuangan beberapa orang pahlawan yang berbeza latar dan personaliti dan "tak ngam" pada awalnya, tetapi akhirnya bersatu menentang penjajahan tentera Feringgi. Aha, cerita fiksyen berlatarkan sejarah! Aku suka! Cuma satu saja aku masih tak pasti, iaitu bilangan hero dalam siri ini. Kalau tak salah aku, TUJUH orang kan? Hah, seandai betul, berkemungkinan siri ini mendapat inspirasi daripada filem SEVEN SAMURAI (yang turut menginspirasikan filem THE MAGNIFICENT SEVEN, bezanya berlatarkan koboi), iaitu mengisahkan tujuh pahlawan yang berbeza latar belakang dan tak pernah berkawan, tapi bersatu membantu penduduk setempat menentang penjajahan. Eheh, pasukan JUSTICE LEAGUE pun bermula dengan TUJUH orang jugak! Begitu juga siri anime DIGIMON ADVENTURE mengisahkan TUJUH orang jugak! Wah, angka TUJUH memang sinonim dengan cerita bertema sebegini!
Apahal pun, ini memang zaman di mana siri silat memang seronok ditonton. Bukan saja koreografi silatnya "asli" (sekurangnya bagi yang "buta silat" macam aku ni pun boleh nampak la "kesilatannya" koreografi yang dipaparkan tu), malah turut disertai oleh persatuan-persatuan silat terkemuka di Malaysia (biasanya Silat Gayong la tu). Boleh dikatakan semua pelakon ekstra adalah eksponen-eksponen silat yang sebenar, sementara ada beberapa watak dilakonkan oleh guru-guru silat yang sebenar.
Tapi, itu dulu...
Zaman Aneh
Zaman aneh bermula pada era pertengahan 90an, di mana sebuah produksi yang diberi nama HVD sedang menguasai/mendominasi penerbitan drama bersiri di stesen TV kita (terutamanya RTM), sehinggakan menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan produksi lain pada ketika itu. Syarikat ini selain menerbitkan drama Melayu, juga menerbitkan drama Cina tempatan, dan nampak gayanya terpengaruh dengan drama terbitan dari Hong Kong. Oh ya, pernah jadi isu, billboard yang memaparkan logo syarikat berkenaan dipacakkan sampai menenggelamkan Angkasapuri! Apahalpun, aku akan memfokuskan pada cerita pendekar terbitan mereka ini (yang turut terkena tempias "pengaruh Hong Kong").
HATI BESI!
Atau lebih tepat, HATI WAJA, sebuah drama bersiri menarik lakonan Rusdi Ramli sebagai heronya, dan Faizal Hussein (horay, kembali dalam cerita lawan-lawan) sebagai penjahat, yang sememangnya sangat berkesan, aku benci gila kat watak dia ni, memang jahat tahap 'supervillain' la dia ni.
Alkisahnya si Rusdi Ramli ni belajar silat di kampung. Tapi ingin mengembangkan skilnya, dia berhijrah ke bandar (duh, klisé cerita "kampung-ke-bandar"), dan berguru dengan seorang guru silat moden (lakonan Allahyarham Hussein Abu Hasan). Turut berguru di situ ialah Faizal Hussein, yang memang jaki sungguh kat Rusdi ni. Nak jadi alkisah lagi, geng silat ni masuk Pertandingan Kick-Boxing (apa kejadah silat jadi kick-boxing), dan lawan la dengan sapa entah orang Siam nama Sompek (tak reti eja). Tapi final boss (macam game lawan la pulak!) yang Rusdi Ramli kena lawan ialah Faizal Hussein la.
Haha, tang ni lah bermulanya kemerapuan cerita ini, iaitu selain daripada men"tomoi"kan silat, tok guru silat bandar ni juga banyak buat "bid`ah" dalam ilmu persilatan. Macam mana boleh ada skil "Tendang Tanpa Bayang" yang terang-terang dicilok daripada skil "No Shadow Kick" yang selalu diasaskan oleh Wong Fei Hung (dan di"melampau"kan oleh lakonan Jet Li). Heh, sejak bila silat jadi kungfu pulak nih? Maka fokus cerita "silat" ini pun mula bertukar kepada "kungfu celup". Kiranya Rusdi Ramli ni nak jadi Jet Li versi Malaysia la kot. Sayangnya yang namanya "Tendangan Tanpa Bayang" versi kita ni lebih kepada "Tendangan yang cuma nampak kaki kena muka musuh sementara si penendang tu berada di belakang kamera".
Hoho, maaflah wahai peminat siri ni. Tak dinafikan siri ni memang popular dan ramai peminat, dan aku pun minat gila siri ni dulu (masih terbayang ngerinya melihat watak Faizal Hussein tumbang dalam episod akhir tu, tak tau la dia masih hidup atau mati), tapi hakikatnya ialah kalau ada merapu tu memang tak dapatlah aku cuba cover dengan kata-kata manis berbentuk pujian, haha! Dan satu lagi hakikat daripada pembikin siri ini ialah beberapa siri "pendekar" yang diterbitkan oleh mereka seterusnya...
DOUBLE DRAGON VERSI MALAYSIA
Pernah dengar pasal game, kartun, atau filem DOUBLE DRAGON? Ha, aku masih ingat lirik lagu tema siri animasinya:
"Live the code, the code of the Dragon
Fight for right, the might of the Dragon
With the mark, the mark of the Dragon"
Haha, maaf, bukan itu yang aku nak ceritakan, tapi siri PENDEKAR KEMBAR, lakonan kedua-dua watak itu oleh Arash Mohamad. Ya, di sinilah bermulanya siri pendekar Melayu yang bersilat seperti kungfu. Aku sendiri dah lupa apa plot siri ini, tapi ianya melibatkan dua orang yang tak kenal satu sama lain sebagai saudara kembar sebab terpisah sejak kecil, seorang tu berlagak dan nakal sementara seorang lagi gagap tapi baik, kemudian bertemu, kemudian tertukar tempat sebab wajah seiras, kemudian belajar silat di Pulau Emas Perak (hahahaah!), kemudian lawan dengan sapa entah! Hoh, secara asasnya itulah plotnya.
Tak dinafikan, memang siri ini juga agak popular, aku dan sepupu aku juga mengikuti siri ni sampai habis. Sebab apa? Sebab ianya "baru". Memang sesuatu konsep yang "baru" akan mendapat sambutan dan perhatian. Tapi kalau formula ini berulangan, maka lama-lama nanti "mati"lah ia. Maka setelah siri ini, memang ada beberapa lagi siri pendekar yang diterbitkan oleh produksi HVD ni. Produksi pun nampak gah, bajet macam tinggi ja, dan lokasi pun boleh tahan (majoritinya di RUMAH MALAYSIA, Melaka). Tapi tak berapa menarik perhatian, kecuali siri KOTA SETIA, boleh dikatakan satu-satunya siri pendekar terbitan mereka ni yang betul-betul diambil dari peristiwa sejarah. Malangnya aku tak ingat secara teliti cerita ini mengisahkan apa!
Yang menjadi kritikan orang mengenai drama pendekar era ini ialah ianya berbau "kungfu". Bau silatnya sudah hilang. Mana perginya koreografi silat seperti yang dilakonkan oleh yang seangkatan Eman Manan dulu? Tak ada. Sebaliknya semuanya dilakonkan (secara kekoknya) oleh pelakon itu sendiri dalam close-up, sementara selebihnya dilakonkan oleh stuntman (shot jarak jauh), kadang-kadang tu nampak sangat muka berbeza dengan muka pelakon yang membintangi watak berkenaan. Orang "buta silat" macam aku pun boleh cam aksi yang dilakonkan ialah aksi "kungfu" (Tendangan Tanpa Bayang? Tolonglah!). Hanya "intro" ja dimulakan dengan "bunga silat" (kononnyalah), lepas tu bila rancak berlawan, mulalah "terbang" ke sana dan sini macam tengok drama "kungfu".
Apa nak hairan, memang keseluruhan team produksi HVD ni pun "berpaksikan" Hong Kong. Sekarang ni aku pun tak tau apakah mereka masih beroperasi? Dulu selain pendekar, orang memang ingat slot SPEKTRA (sebelum itu dikenali sebagai KELUARGA RIA) kat RTM1 dulu, memang drama-drama terbitan mereka inilah yang ditayangkan. Kira zaman tu mereka nilah yang monopoli drama bersiri tempatan di RTM. Sekarang ni, kalau masih ada pun, mungkin cuma memproduksikan drama Cina kot (rasanya pernah "terserempak" di RTM2).
Haaa... begitulah serba sedikit mengenai siri kependekaran di TV kita suatu ketika dulu. Lepas tu genre ni terus "mati". Sehinggalah... jeng jeng jeng... Ada apa dengan siri PENDEKAR 5 yang kelihatan cuba membangkitkan semula era drama bersiri kepahlawanan Melayu di stesen TV kita? Haa... tunggu...
Oh ya, sebagai bonus, nah, silalah menonton video sedutan daripada siri kegemaran aku: KERIS HITAM BERSEPUH EMAS.
Hoho, entah macam manalah aku boleh terjumpa video ni di Youtube. Sayang tak ada episod penuh. Kalaulah ada, hemmm...
Erm tn2006 yang uploadkan siri Keris Hitam Bersepuh Emas(Perrilys). Tapi episod last jer ade tu pun beli dari VCD SILAT ekeke. Episod 1 memang kelaka sebab fight dilajukan. Kenangan tdpp ialah Allahyarham Cikgu Zulkarnain (Penjahat berbaju pink, cute plak) berlakon cite ni. Dalam Semutar hitam pun dia berlakon sebagai orang jahat dengan misai besar seperti ayah dia Cikgu Awang. Dalam siri Mahaguru pun dia banyak berlakon. Tapi siri yang tdpp cari ialah pendekar kundur dan Tuah Jebat (Rokok Winner taja haha) sebab aksi Tuah Jebat dalam siri dekat nak habis baru mengancam sebab geng Cikgu Zul dan Jebat berlakon. Lihat video bakat demo silat mereka
BalasPadamMachete Fighting Demo Silat Pusaka Gayong (Parang) 1993
Ya Tuan tdpp2006, terima kasih kerana sudi komen. :D
BalasPadamHaha, ingatan saya terhadap keseluruhan siri KERIS HITAM BERSEPUH EMAS ini sekarang hanyalah suatu yang blur, dah tak ingat dah ceritanya bagaimana, hehe.
Malang kan, yang ada cuma episod terakhir? Kan bagus kalau ada pihak produksi asal siri ni menghimpunkan dan buat set DVD macam siri TV dari Amerika tu, yang lama yang baru, kalau ada permintaan, pasti ada diterbitkan dan dijual setnya. Saya pun teringin sangat nak tengok balik siri tu.
Ya, Allahyarham Cikgu Zulkarnain tu, saya juga baru ingat dan "kenal semula" melalui siri SEMUTAR HITAM yang TV9 ulang tayang baru² ni (terima kasih pada TV9).
Ya, siri TUAH JEBAT tu antara kegemaran saya jugak tu, lakonan Osman Jailani (Tuah) dan Sidi Oraza (Jebat) tu kan? Cuma saya lemas babak Jebat mengamuk dengan keris Taming Sari terpacak di badan dia tu, ngeri, hehe...
Siri ni pun, malangnya, rasanya sudah "hilang" ditelan zaman, macam siri KERIS PERILLY'S tu huhu...
Terima kasih atas pautan ke video tu. Memang seronok melihat aksi mereka. Saya pun suka tengok aksi lawan pakai pedang ni (parang pun macam pedang la jugak kan?).
Ini buat saya terkenang balik, agaknya bilalah kita nak kembali bikin drama bersiri yang pakai silat asli macam dulu. Siri PENDEKAR 5 kat TV9 tu, diharapkan boleh jadi batu loncatan untuk menarik balik minat produser terhadap siri genre silat ni.
Rencana tentang silat TV9 mulai 5 April 2008 8.30 mlm Ahad tajuk Bumi dipijak langit dijunjung..
BalasPadamTerima kasih atas peringatan.
BalasPadamHaa... Mohd Khan Soleh ni ada berlakon dalam SEMUTAR HITAM.
Err... tapi rasanya rancangan kat TV9 tu bukanlah memfokus pada silat semata la, tapi lebih kepada budaya kita secara keseluruhan.
setahu aku la.... citer pendekar kundur nie di tayang kat RTM 1, citernya ada 13 episod tak silap aku.... pelakonnya eman manan sebagai hero dan tiara sebagai heroinnya... citernya memang best giler... dari jalan citernya, gaya mainan silatnya memang power dan kat situ kita boleh tengok camna buah kunci dan buah pelepas apabila mereka - mereka semua bersilat.... tapi nape tak di tayang semula citernya???? kalu ada di VCD kan akulah orang pertama yang beli.... tapi tak tahu sumber kat mana nak dapat.
BalasPadamberkenaan siri-siri pendekar yg kebanyakannya lakonan Eman Manan seperti Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas, Tok Janggut, dan Luk Tujuh ni aku penah call RTM, PNM pun aku call..arkib negara malaysia pun aku penah gi cari sendiri..tapi malangnya jawapan yang diterima menghampakan,,tak ada dalam simpanan diorang. RTM cakap diorang cuma menayangkan saja tapi drama tu bukan terbitan RTM. So,nak tak nak kena kaji la sapa penerbit drama tersebut. Masalahnya company yg terbitkan tu wujud lagi ke dah gulung tikar?
BalasPadamTanpa Nama dan uda:
BalasPadamSaya juga peminat siri tu dan kini saya pun agak ralat kerana tak dapat lagi nak menontonnya. Zaman dok tayang dulu, tak dapat nak rakam. Sekarang, "mimpi ngeri" apabila mengenangkan kata² uda: "...company yg terbitkan tu wujud lagi ke dah gulung tikar?". Nak dijadikan cerita, siapa nama kompeni tu pun kita dah tak tahu, kot² la boleh cari kat mana² atau orang yang berkaitan. Habis sangat, cuba tanya pelakon tu sendiri la kot² dia ingat dan kenal penerbitnya, huhu...
Maka sekarang ni kita cuma boleh bernostalgia sajalah mengenai siri² Pendekar lama ni, heheh!
Ini boleh dijadikan suatu pengajaran kepada kita semua supaya prihatin dalam menjaga, mengekalkan, memelihara dan memulihara dan mengarkibkan apa saja "kesan" kita kerana kelak nanti mungkin akan menjadi bahan sejarah yang sangat ternilai.
Dalam konteks ini, drama² bersiri dan filem² kita, termasuklah animasi pun, kenalah ada pihak yang mengambil inisiatif menyimpan dan menjaganya. Tambah pulak teknologi sekarang ni, kita boleh digitalkan semuanya agar ianya "kekal" dan tak rosak. Tengok macam cara di Hollywood, sekarang ni sebut saja apa nama drama bersiri, filem dan animasi mereka, dari zaman 20an/40an sampai sekarang, hampir semua tajuk yang kita ketahui, ada terdapat dalam bentuk DVD.
Kalaupun ada sesetangah tajuk yang tak dijual, tapi sememangnya kita pasti ada pihak yang menyimpannya dengan rapi. Cumanya, ianya tak diterbitkan semula dalam DVD tu pun atas sebab² undang² hak cipta yang timbul, itu saja.
Maka, akhir kata, galakkanlah pihak produksi penerbitan tempatan kita ni simpan dalam bentuk yang selamat, sama ada digital ka apa ka, dan buatlah DVD... B-)
Company yang buat drama pendekar kundur masih ujud, dgr ceritanya diorang nak terbitkan filem cereka untuk seluruh pawagam di Malaysia. Pastu info yang gua dapat, selepas tayangan pendekar kundur tahun 1992 dulu, sebanyak 4000 buah persatuan silat telah didaftarkan gara2 pendekar kundur tu lah.... mula2 gua tak caya tapi itulah hakikat dan kebenarannya.
BalasPadamCompany yg terbit cerita pendekar kundur ni tak igt nama apa tapi producer dia khatihah abu hassan (yg berlakon drama opah dulu). Bini aku penah tanya ank dia bob (pun belakon dlm pendekar kundur...yg nk ngorat tiara tu)pasal nk kan copy citer ni tapi dia kata copy siter ni dlm btk analog (filem yg gulong besar tu)..yg bestnya mmg syarikat dorg ada plan nk VCD kan sbb byk permintaan..tp x tau bila la...
BalasPadamsaya pun minat gile pendekar kundur nih, sebab real punya silat. tapi kalau boleh cepat2lah dvdkan citer tu dah tak tahan ni
BalasPadamkalau dah di dvd kan bagitau.....saya pon memang dah lama mencari cerita pendekar kundur ni...............kalau ada hubungi saya rozaidi76@yahoo.com
BalasPadamaku pon salah sorang yg minat citer2 silat lakonan eman manan, faizal hussein sorry lah.. aku tak minat.. pasal lakonan silat die kaku.. byk jerit yah2 jek.. eman manan bagi aku dia bukan sekadar pelakon yg berbakat tapi juga cara pembawakan dia ketika melakonkan aksi silat cukup nyata.. syg skang ni dia hilang mcm tu jek dari citer2 silat..
BalasPadamaku baru jek lepas tgk ong bak2.. kadang2 duk terpikir bila laa nak ada filem silat yg setanding ngn ong bak.. bang eman tamau dari director buat citer silat ke? hehehe..
sampai bila filem melayu asyik nak tayang tema cinte 3 segi cinta remaja... huarrghh.. bosan.. citer melayu skang membosankan.. filem puteri gunung ledang punya aksi pon dh ala2 hong kong.. awal2 jek masa hang tuah(m.nasir) lawan penyamun tuk jek yg best.. lepas tu dah siap terbang2 mcm hong kong.. baik tgk Queens Of Langkasuka.. walaupon filem tu dlm bahsa siam.. tetapi 10x ganda lagi best dari puteri gunung gendang.. bukan tak sokong industri filem melayu.. tapi filem melayu merepek dan membosankan..
crite pendekar lakonan tasha aziz dan wan nor azlin pendekar ape ek?ada sape2 tau tak..
BalasPadamsetuju.klu dah di dvd kan, dgn pantas aku akan pergi beli semua dvd/vcd drama silat tu.
BalasPadamSY PUN MINAT GAK...KLU DAH DI DVD KAN JGN LUPA EMAL KAN KAT SAYA syahrin_n@yahoo.com
BalasPadamAku baru tgk cerita keris hitan bersepuh emas episod 1 kat tv1 pukul 3-4 pg td..dan aku tgk esk pun ada dlm sari rancangan..haha..sukanya aku skrg ni..mengimbas memori..jom ramai2 tgk..pukul 3 pg pun aku snggup tggu...
BalasPadamWah, memang betullah! Jam 3:30 pagi Rabu tadi tatkala aku baru nak melelapkan mata tadi pun aku tertengok drama tadi tu. Baru ku tau rupanya siri ni arahan Jinggo dan penerbitnya Asyraf Wajdi Dusuki. Sayangnya, waktu tayangan sangat² tak sesuai. Beruntunglah sesiapa yang ada Astro Beyond yang boleh rakam siaran tu dan menontonnya kemudian. B-)
BalasPadamAsyraf wajdi skg di ISRA
BalasPadamAsyraf wajdi skg di ISRA
BalasPadampenerbit slow lah..nk untung kuarkan cpt vcd/dvd..beribu org kat luo nk beli..ramai otai2 silat yg gua jmpa uma drg cuma ada cite silat jawa mcm sipitung..mana silat melayu?filem sume mcm lahanat skrg..bdn taf tp seni xda..gangster kl la,tiga line lah..ngarut lah wei..kena jajah dulu bkn gangster2 yg lwn drg..aron aziz and the gang taf, go to hell..eman manan and the gang rulz all the way kick ass..
BalasPadamBoleh tengok full episode fi FB sekarang... Jom...
BalasPadamSapa tahu tajuk cerita pendekar lakonan rusdi ramli dulu?
BalasPadamSape tahi cerita pendekar lakonan Rusdi ramli dgn latiff borgida?
BalasPadamHATI WAJA kot?
Padam