Rabu, 30 Disember 2009

Tahun Baharu

Tahun 2009 hampir berakhir. Tahun 1430 Hijriah pun dah melabuhkan tirai, kini dah separuh pun berlalunya bulan pertama tahun 1431 Hijriah. Akan datang tahun 2010. Wah, dah lebih setahun aku tak menulis kat blog aku ni! Maknanya, inilah entri pertama dan terakhir aku untuk tahun 2009 ni! Tapi kira okaylah kan, sebab aku ada jugak satu entri untuk tahun 2009, daripada membiarkan ianya terlangkau setahun tanpa sebarang coretan.

Tahun 2009 merupakan tahun yang paling sibuk buat aku. Aku buat blog ni ketika aku tengah, err... ahem... "menanam anggur", heheh! Takdak la dok saja kat rumah tu, ada jugak la kerja-kerja sampingan, tapi sebab banyak sangat masa lapang, tu yang aku cuba-cuba buat blog tu. Tapi dalam pada itu aku rasa macam susah jugak nak sentiasa kemaskini, nak bagi terkini, wah, dalam keadaan banyak masa lapang tu pun susah jugak.

Maka tibalah tahun 2009, aku dipanggil berkursus. Kursus selama setahun. Aku terus menjadi sibuk yang agak sibuk. Sibuk bagi aku, mungkin biasa saja bagi orang lain, tapi bagi aku, sampai tak menang tangan jugak la nak buat apa-apa pun. Nak sentuh blog ni? Kirim salam.

Menjelang 2010, aku akan mula bertugas. Aku kena merantau dari kampung aku di utara semenanjung ini, ke selatan semenanjung. Alhamdulillah, insya Allah aku akan mula makan gaji secara tetap. Ketika itu, aku tak dapat bayangkan bagaimana kesibukan aku nanti. Mungkin lebih relaks atau mungkin lebih sibuk. Insya Allah, bila aku dah ketemu titik keselesaan dan keseimbangan nanti, aku akan cuba sedaya upaya menulis, apa-apa sahajalah, kat blog aku ni. Nak tutup terus tu tidak la kot, tapi tengok la macam mana.

Kerja apa aku nak buat ni ya? Hahaha, mungkin ada yang dah tahu dah. Tapi aku harap mereka itu simpan sahajalah di sanubari mereka, jangan didedahkan lagi (ewah!) sebab aku masih belum bersedia nak mengakuinya lagi di sini (double ewah!). Pendek kata, biarlah rahsia dulu! Nanti bila aku ada masa nanti, akan ku dedahkan jua di sini. Mungkin tukar imej dan niche blog ni ka, mana tau kan?

Apapun, takat ini sahajalah coretan pertama dan terakhir untuk tahun 2009 ini (owh, aku termiss terus tahun 1430H!). Insya Allah aku akan kembali. Akhir kata, SELAMAT TAHUN BAHARU 1431 HIJRIAH, dan SELAMAT TAHUN BAHARU 2010! B^)

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang