Khamis, 2 Oktober 2014

Berakhirnya #MYCyberSALE BookCafe.com.my


Tepat jam 12 tengah malam, 2 Oktober 2014, maka bermulalah harga baru buat minyak Petrol RON 95 berakhirlah tawaran #MYCyberSALE BookCafe.com.my PTS. Sepatutnya aku promosikan jualan ni dalam post blog aku lebih awal, tapi nak buat macam mana, sibuk, maka aku buat juga la posting untuk memberitahu bahawa hangpa semua dah terlepas peluang!

Peh, diskaun 50%, 35% sampai 90% atau buku jadi semurah RM1 pun ada. Siap ada kupon yang membolehkan kita dapat penghantaran percuma (tapi TAK SAH untuk pembelian kategori diskaun 90%).

Maka aku pun membeli tiga buah buku komik terbitan Komik-M (bawah PTS) yang mendapat diskaun 15% untuk setiap judul. Kalau biasa aku beli di kedai buku Popular dengan kad ahli, boleh dapat 10% diskaun sahaja. Maka dengan ini aku anggap ianya merupakan tawaran yang menarik, tambahan pulak aku boleh guna kupon penghantaran percuma tu, berbaloi-baloi la, hehehe!

Berikut merupakan tiga judul yang aku beli:

Jumaat, 19 September 2014

Produk-produk Steam kini ditawarkan dalam Ringgit Malaysia!

Berita baik untuk PC Gamers di Malaysia! Steam kini menawarkan harga produk-produk digital mereka dalam Ringgit Malaysia RM. Maknanya kita tak perlu kepeningan mengconvert matawang kita daripada US$ kepada RM apabila ingin membuat pembelian. Lepas itu setelah diconvert pun rupa-rupanya harga tak sama antara yang kita kira sendiri dengan yang dicaj dalam kad kredit kita (biasanya lebih mahal dalam beberapa sen).

Tapi dengan harga tersedia dalam RM, kita boleh lebih "bijak" dalam "merancang" pembelian games kita, heh heh heh! Tambahan pula, rupa-rupanya harga games ni dalam RM jauh lebih murah daripada harganya dalam US$. Contohnya game Batman: Arkham Origins (yang sedang dalam diskaun sekarang), harganya dalam US$ ialah $7.49 (harga asalnya $29.99), lebih kurang (biasanya LEBIH!) RM24.26 (harga asalnya jadi RM97.15, mungkin lebih!) apabila diconvert US$ ke RM. Tapi dengan harga baru dalam RM cuma RM14 sahaja (harga asal jadi RM56 sahaja)! Rugi aku tak bersabar dan dah terbeli banyak games dalam US$ dulu-dulu... :'(

Walau bagaimanapun... masih ada games yang masih region-locked, yang tak boleh dibeli secara SAH di Malaysia... :( Tapi tak mengapa, nasib baik ada BANYAK games lain untuk dipilih, daripada langsung tak ada pilihan, kan? ;)

Ni dia pautan asalnya. Dan di bawah aku copy-paste artikelnya.

Steam is now priced in Malaysian Ringgit.

The entire Steam catalog is now priced in Malaysian Ringgit for customers living in Malaysia.


How do I use eClub Points?
  1. During checkout, select eClub Points as your payment method and confirm that you live in Malaysia.
  2. After reviewing your purchase, click "Continue to eClub Store".
  3. Sign in with your eClub Store member login if required.
  4. Confirm your payment by re-entering your eClub Store member password.
  5. Purchase addition eClub points if required, then click "Pay Now".
  6. Wait for eClub Store to redirect you back to Steam.
  7. Once we receive confirmation from eClub Store that the transaction has been completed, we will send you an email telling you your purchase is complete.

Frequently Asked Questions
 
What happened to USD in my Steam Wallet?
Malaysian accounts with Steam Wallets in USD have automatically been converted to Ringgit, at a conversion rate dictated by market value at the time of conversion. To view your wallet balance and account details, go to https://store.steampowered.com/account.
 
Can I continue to make purchases in USD?
Ringgit is the currency that is available for purchases made in the Malaysia.
 
Has the availability of games on Steam changed with this?
No changes have been made to the contents of your library. All of the languages and features in the games that existed when the store was priced in USD are still available. Most games previously available in USD are now priced in Ringgit and are available for purchase in Malaysia, but an occasional product may be missing until it is priced in Ringgit. 

Artikel FB: "SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR?"

Aku nak kongsi satu lagi "artikel" daripada FB (juga tidak aku edit dan ubah walau satu huruf pun), berkenaan dengan UPSR, bocor, integriti dan pendidikan untuk anak-anak. Satu perkongsian yang menarik dan membuka minda untuk kita semua, terutamanya ibu bapa dan guru-guru.

Mungkin suatu lonjakan paradigma yang tinggi perlu kita tempuhi untuk mengubah mindset kita terhadap institusi pendidikan, terutama sekali di kalangan guru-guru sekolah rendah (yang aku pasti ada dua kategori; 1) yang memang selari dengan kehendak pentadbir sekolah yang selari dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2) yang berfikiran sama dengan artikel ini tetapi terikat dengan mantra "saya yang menurut perintah" tanpa memahami SIAPAkah "saya" yang dimaksudkan yang kena "menurut perintah" itu). Guru-guru "tersepit" di antara penggubal dasar pendidikan peringkat rendah (learning is fun, bimbingan akhlak dan sahsiah diutamakan) vs. pentadbir sekolah/PPD/JPN/Nazir KPM (kecemerlangan! prestasi! gred! peratusan! bilangan A! Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)... ohhh, isu PBS ni lebih rumit dan mengelirukan!). Apatah lagi yang menulis ini merupakan kakitangan KPM sendiri.

Artikel ini ditulis oleh seorang kakitangan KPM yang bernama Haji Darus Awang (pautan asal) bertarikh 10 September 2014, jam 10:08 malam.

SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: "pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor". Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: "esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok". Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.

Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca "command" atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.

Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.

Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini.

Khamis, 18 September 2014

Artikel FB: "UPSR TIDAK MEMBERI MAKNA APA-APA"

Mutakhir ini heboh isu kebocoran kertas UPSR yang dilaporkan, dan berlaku segala macam kesan sampingan daripada kejadian itu. Maka ingin aku kongsikan "artikel" yang ditulis orang yang diposkan ke dalam status FB individu-individu tertentu.

Aku rasa amat rugi kalau mereka tiada blog sendiri untuk arkibkan artikel mereka ini, sebab artikel sebegini, sefaham aku la, takkan naik dalam carian enjin pencari macam Google. Lepas tu artikel mereka ini akan "tenggelam" daripada timeline mereka setelah beberapa kali mereka kemaskini status mereka, maka aku terpanggil untuk berkongsi salah satu daripada artikel yang aku jumpa di FB. Aku copy-paste tanpa ubah satu huruf pun, dan aku sertakan juga pautan asal ke posting asal mereka di profil FB masing-masing.

Ini merupakan tulisan seorang guru bernama Nor Azizuddin Abdul Manan (pautan asal) bertarikh 12 September 2014, jam 11:26 malam.

UPSR TIDAK MEMBERI MAKNA APA-APA

1. Kepada calon2 UPSR yang sudah merancang untuk mengikuti kedua ibubapa mengerjakan ibadah haji dan dijangka berangkat sebelum tarikh 30 September 2014 (tarikh peperiksaan ulangan subjek Sains dan B.Inggeris), nasihat saya, ikutilah kedua ibubapa anda mengerjakan ibadah haji, jangan bertangguh lagi. Begitu juga kepada kepada calon UPSR yang mengikuti lawatan sambil belajar ke luar negara samada anjuran sekolah, NGO's atau mana-mana tajaan syarikat atau secara persendirian, pergilah mengikuti lawatan tersebut, itu juga merupakan sesi pembelajaran berterusan. Kepada keluarga calon2 UPSR yang sudah merancang untuk melancong samada dalam dan luar negara, pergilah melancong, bawalah anak-anak melancong, senang hatikan, bergembiralah sambil merafakkan rasa syukur dengan keamanan yang dinikmati.

2. Usah dipedulikan dengan peperiksaan ulangan UPSR itu,

Selasa, 15 Julai 2014

Salam Nuzul Quran 1435 Hijriah

Wah, dah lama aku tak update blog aku ni. Boleh dikatakan setahun hanya sekali aku update. Bila ditengok kembali, rupanya dah LAMA aku buka blog. Dari hujung tahun 2007! Sekarang ni dah nak masuk 7 tahun (dah masuk darjah 1 dah, kalau kat sekolah di Malaysia ni).

Waktu mula-mula buka blog ni dulu, aku "tak bekerja" lagi (menganggur). Sebab tu kerap boleh update blog. Tapi bila dah mula kerja, dah tak ada masa nak buat semua ni. Namun rakan blogger lain dulu boleh saja sambil bekerja sambil update, kan?

Walau bagaimanapun, setelah munculnya Facebook, Twitter dan yang seumpamanya, aku dapati ramai di kalangan kenalan-kenalan blogger dah tak aktif berblog, sebaliknya lebih cenderung mengemaskini perihal diri masing-masing di akaun FB dan Twitter masing-masing. Dahulunya, kita saling berhubungan secara dalam talian menerusi Yahoo Messenger atau Skype (yang terkenal la), atau MSN Messenger atau Google Talk. Nak berhubung secara serius, menerusi e-mel. Selebihnya luahan perasaan sendiri menerusi blog masing-masing. Namun sekarang, semuanya dah boleh dibuat menerusi FB sahaja, tiga sekaligus.

Menjejaki kenalan bloggerku yang lain, Tawel Sensei dah dua tahun tak buat entri terkini. Bayan pula entri terakhirnya setahun lepas. Begitu juga dengan geng Bilik Sebelah nampak gayanya dah tiga tahun tak aktif aktif.Yang lain-lainnya ada yang dah hilang daripada "radar". Tapi Ustaz Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern' (juga dikenali sebagai MR. SATU UMAT) masya-Allah tabarakallah masih aktif.  Semoga aku dapat jadi macam depa semua. Maaf kalau ada rakan blogger yang aktif tapi saya tak sebut kat sini.

Maka dengan itu, aku ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak dan Salam Nuzul Quran dan selamat merebut malam Al-Qadar. Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, semoga kita dapat Rahmah, Maghfirah dan 'Itqun minan-Naar, semoga dapat menghabiskan Ramadan tahun ini dan kembali kepada Fitrah, dan semoga dapat diketemukan dengan Ramadan tahun hadapan, amin. Dan semoga Allah menangkan Islam dan Muslimin dan Mujahidin di Palestin dan semua tempat di Malaysia, amin ( #prayforgaza ).

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang