Khamis, 2 Oktober 2014

Berakhirnya #MYCyberSALE BookCafe.com.my


Tepat jam 12 tengah malam, 2 Oktober 2014, maka bermulalah harga baru buat minyak Petrol RON 95 berakhirlah tawaran #MYCyberSALE BookCafe.com.my PTS. Sepatutnya aku promosikan jualan ni dalam post blog aku lebih awal, tapi nak buat macam mana, sibuk, maka aku buat juga la posting untuk memberitahu bahawa hangpa semua dah terlepas peluang!

Peh, diskaun 50%, 35% sampai 90% atau buku jadi semurah RM1 pun ada. Siap ada kupon yang membolehkan kita dapat penghantaran percuma (tapi TAK SAH untuk pembelian kategori diskaun 90%).

Maka aku pun membeli tiga buah buku komik terbitan Komik-M (bawah PTS) yang mendapat diskaun 15% untuk setiap judul. Kalau biasa aku beli di kedai buku Popular dengan kad ahli, boleh dapat 10% diskaun sahaja. Maka dengan ini aku anggap ianya merupakan tawaran yang menarik, tambahan pulak aku boleh guna kupon penghantaran percuma tu, berbaloi-baloi la, hehehe!

Berikut merupakan tiga judul yang aku beli:

DUNIA KARTUN: ANNUR & MEOW


Karya Emit Ahmad Nazri Mahmood. Buku ini merupakan koleksi kartun gelagat Annur dan Meow serta Efi (adik Annur) dalam hidup seharian yang berwarna-warni. Pelukis pernah melukis dan memuat naiknya di FB "AnNur & Meow", tapi dah tak buat macam itu, mungkin sebab ada pihak yang "merembat" kartunnya (dan kartun-kartun lain di FB pelukis lain) dan memuat naik di FB mereka tanpa memberi penghargaan kepada pengkarya asal.

Menariknya kartun/komik ni ialah ianya dalam tulisan Jawi. Siapa yang nak ajar anak-anak baca Jawi, eloklah membeli buku ini.


Ultra Qalif #4: Kuasa Baru dan Ultra Qalif #6: Pasukan Adiwaja



Karya Bophairy. Komik ini merupakan kesinambungan siri komik Ultra Qalif. Mengisahkan seorang remaja bernama Qalif yang sememangnya pandai dalam seni mempertahankan diri, memperoleh kuasa luar biasa setelah bertemu dengan topeng misteri penuh sakti. Dia menggunakan kebolehannya itu untuk menentang kejahatan. Yap, cerita super-hero.

Alkisahnya, aku beli isu #4 dan #6 sebab aku dah ada #1, terbeli #2 dua kali (akibat beli lepas tu tapuk lama-lama tak baca, tinggal/bekerja jauh di perantauan, buku beli tinggal di kampung, bila pi kedai nampak buku yang teringin nak beli terlupa bahawa dah PERNAH BELI, maka terbeli sekali lagi), #3 dan terskip terus ke #5, maka aku beli ni pun untuk melengkapkan koleksi.

Saat aku taip entri ini, aku baru saja lepas buat pesanan secara dalam talian. Buku aku tu mungkin sampai lepas Raya Qurban la gamaknya, tapi takpa, asalkan sampai. Nanti bila dah sampai dan kalau aku rajin, aku buat rebiu ka apa ka, okay?

Akhir kata, marilah kita sapot industri buku dan komik tempatan. Rajin-rajinlah membaca. Belilah daripada BookCafe.com.my (ewah, promosi sikit!). B-)

1 ulasan:

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang