Haaa, anda semua kenal kan siapa itu Saladin? Saladin itu nama/ejaan/sebutan orang Barat bagi صلاح الدين الأيوبي (SALAHUDDIN AL-AYYUBI). Mungkin sebab mereka semua tu malas nak mengejanya dan bergulung lidah nak menyebutnya kot (tapi dalam filem KINGDOM OF HEAVEN, semua orang sebut SALAHUDDIN tanpa sebarang masalah pun, hmm...)
Ya, secara ringkasnya, Saladin ini adalah tokoh Islam penting dalam peristiwa Perang Salib, kerana dia telah membebaskan Palestin dari cengkaman Tentera Salib pada tahun 1187. Dia merupakan seorang Sultan, pemimpin, jeneral, pendek kata, seorang wira yang hebat lagi beriman, harus menjadi contoh dan ikutan bagi umat Islam di seluruh dunia.
Kisahnya sudah beberapa kali diangkat ke medium seperti novel, filem dan juga siri TV, baik secara positif (ni mestilah orang Islam punya produksi), neutral mahupun secara negatif (biasalah tu).
Tapi tokoh ini masih belum diangkat ke medium yang dipanggil ANIMASI. Ya, animasi, ataupun orang dewasa di mana-mana tempat di dunia ini selalu dengan nada sinis menyebut "heh, kartun!" dan "kartun untuk budak-budak". Ya, dalam banyak-banyak siri atau filem animasi yang mengangkat tokoh sejarah atau dongengan fantasi, seperti Mulan, Sinbad, Aladdin, Ramayana, baik oleh studio animasi terkemuka dari Hollywood mahupun studio anime Jepun, memang belum ada satu lagi animasi yang memaparkan Saladin sebagai wira. Jangankan membikin animasi, mengusahakannya supaya terbikin pun tiada. Filem animasi biasa bercorak dua dimensi pun tiada, apatah lagi bercorak CGI (Computer-generated imagery) yang bercorak tiga dimensi yang menjadi kegilaan pembikin filem animasi Hollywood zaman sekarang (trend yang dimulakan oleh filem TOY STORY pada 1995), heh...
Maka, di sinilah munculnya negara kita dalam keseluruhan cerita ini? Apa dia? Ya, negara kita menjadi negara pertama di dunia yang akan menerbit, membikin dan menayangkan filem animasi Saladin yang PERTAMA di dunia!
Saat pertemuan...
Aku pertama kali "bertemu" dengan projek ini pada sekitar tahun 2005, ketika aku (dan budak-budak yang se"kursus" dengan aku) ditugaskan untuk "melaporkan" sebuah pameran ICT di Dewan Millennium, Kepala Batas. Waktu melilau melihat gerai-gerai, aku terpandang sebuah gerai milik MSC, ada kalimah "Saladin" di situ. Aku perhati dan terlihat rekabentuk karakter Saladin di situ. Aku macam tak percaya bahawa rupanya ini merupakan projek animasi terbitan orang Malaysia sendiri.
Oh, gumbiranya hatiku pada saat itu! Almaklumlah, aku ni peminat animasi dan memang mengikuti perkembangan animasi di Malaysia (yang sememangnya aku harapkan agar "berkembang"). Pada masa yang sama, aku juga peminat tokoh sejarah yang bernama Saladin ni! Jadi, aku dapat dua dalam satu pakej!
Balik ke rumah, aku pun taiplah alamat laman sesawang filem Saladin ni. Dan di situ baru aku tahu, rupanya ini projek animasi yang besar yang disokong oleh Kerajaan Malaysia! Ulala! Dan baru juga aku tau (dan agak sedikit kecewa) bahawa filem ni dalam bentuk 3 dimensi (CGI). Dan aku tengok la sikit video contoh yang dimasukkan dalam laman sesawang tu, dan memang kelihatan agak "buruk". Kecewa sebab aku lebih suka dengan rekabentuk watak (yang turut dipaparkan dalam laman tu) dalam bentuk 2 dimensi. Tapi tak mengapalah, bagi peluang tengok, mungkin nanti boleh meningkat.
Trailer ja?
Maka setahun kemudian (setelah memerhatikan laman sesawang mereka tu langsung tak dikemaskini, sampai aku ingat depa dah batalkan projek tu, haha!), iaitu pada tahun 2006, maka hebohlah dalam berita, keluar trailer pertama dari filem ini! Aku pun carilah di internet, dan berjaya menemukan dua versi (berbeza dari segi lagu latar), satu tu versi prototaip barangkali (tak sepatutnya diedarkan, tapi laman web mereka tak begitu secure, aku sendiri tak ingat macam mana aku dan ramai lagi yang lain, boleh download juga versi tu), dan satu lagi versi yang memang siap untuk tayangan.
Secara keseluruhannya, kualiti animasi dalam trailer ni memang la nampak mantap. Macam tak percaya ini hasil anak-anak tempatan. Maka dengan konfidennya aku berasa hasilnya nanti mesti mantap.
Namun dalam masa yang sama aku terdengar pula berita-berita yang kurang enak mengenai projek ini. Dikatakan seorang ahli parlimen pembangkang telah mempersoalkan di parlimen mengenai kewajaran membelanjakan (membazirkan) berapa juta ringgit entah hanya untuk sebuah "filem pendek yang hanya berdurasi tak sampai 5 minit" (merujuk pada trailer tu). Wah, apa kes ni? Apakah projek ini gagal? Apakah ini sebabnya laman sesawang rasmi filem tu tak berkemaskini untuk sekian lama? Oh hampir terlupa, beberapa ketika kemudiannya memang laman sesawang itu down dan langsung tak dapat diakses.
Aik, jadi siri TV saja?
Setelah laman sesawang mereka down untuk seketika, maka ianya kembali beroperasi. Tapi, terkejut aku memerhatikan URLnya sudah bertukar menjadi ".tv". Dan bila baca pun, ternyata mereka nak buat siri animasi (bukannya filem animasi seperti yang diwar-warkan pada awalnya). Dan terpampang wajah karakter Saladin berubah, jadi lebih muda dan tiada jambang seperti rekabentuk asal. Aik, bajet lari ka? Apakah batal terus, tak jadi buat filem, maka bertukar kepada siri TV?
Oh, rupanya, daripada sebuah majalah Games terbitan tempatan, baru aku tahu rupanya mereka nak buat dua-duanya sekali. Bermula dengan siri animasi 13 episod menceritakan kisah zaman mudanya, sebelum berubah menjadi "hero" seperti yang kita kenal kemudiannya (macam SMALLVILLE la pulak!), dan kisahnya waktu menjadi Sultan dan mengetuai perang terhadap tentera Salib pula akan diceritakan dalam filemnya. Amboi, besar sungguh cita-cita projek ini.
Tapi baru aku perasan, rupanya mereka bukannya nak cerita berdasarkan peristiwa sejarah, sebaliknya mereka mengambil jalan "mendongengkan" kisah Saladin ini. Memang temanya masih sama, iaitu menentang tentera Salib, tapi beberapa aspek, terutamanya kisah zaman remaja/mudanya (sepertimana yang bakal diceritakan menerusi siri TVnya itu) adalah dongengan.
Kemudian, tanggal 1 September 2007, aku mendapat tahu bahawa siri animasi Saladin akan ditayangkan, buat pertama kalinya, di saluran Astro Ria! Aha, bagaimana ceritanya? Nanti aku ceritakan dalam pos aku yang berikutnya, jeng jeng jeng...
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
4 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...