Makin aku menonton PENDEKAR 5 ni, makin rasa menarik la pulak. Aku suka dengan twist yang diperkenalkan oleh Aziz M. Osman dalam "mitos" Hang Tuah bersaudara ni. Ya, aku kata "mitos" ni merujuk pada bagaimana kisah mereka disampaikan dalam siri ni, sebab, macam aku kata dulu, mereka ada buat disclaimer mengatakan siri ni tak ada kena-mengena dengan sejarah atau hikayat Melayu dulu-dulu. Ini merupakan Aziz M. Osman punya spin.
Setelah menonton episod 15 pada hari Rabu (30 Januari 2008), aku rasa macam "terpanggil" pulak nak sembang lagi pasal siri ni, sungguhpun aku dah pernah "ulas" mengenainya di sini, sini dan sini. Sebab apa? Sebab episod yang berkenaan membabitkan PUTERI GUNUNG LEDANG, hehe...
Oh ya, sebelum tu, izinkan aku recap sikit apa yang sudah berlaku dalam siri ni.
Saga Dang Wangi & Tun Teja
Sesudah diketahui Datuk Bendahara akan pernikahan rahsia Hang Jebat (lakonan Beego) dengan Dang Wangi (lakonan Irma Hasmie), seorang dayang istana yang dicintainya SEBELUM dia dipersembahkan secara paksa kepada Sultan Mansur Syah (lakonan Zally Hussein) oleh Datuk Temenggung (lakonan Kamal Bakar) yang geram kerana tidak dapat memiliki Dang Wangi, maka Jebat dinasihatkan supaya menceraikan Wangi, biarpun mereka berdua sudahpun memiliki anak bersama. Dengan berat hati, demi mengelakkan fitnah dan kemurkaan Sultan, Jebat menceraikan Wangi.
Tak lama kemudian, Hang Tuah (lakonan Cico Harahap Rashid) telah bertindak "melarikan" Tun Teja (lakonan Puteri Sarah, ala, model iklan SILKYGIRL yang dikatakan akan berlakon sebagai SALEHA dalam filem ADUH SALEHA tu!) dari cengkaman Megat Panji Alam (lakonan Ijoy), dari negeri Pahang, untuk dipersembahkan kepada Sultan (pinangan Sultan ditolak pada awalnya, kerana dikongkong Panji Alam).
Setibanya di Melaka, Teja merasa ditipu oleh Tuah kerana menyangka Tuah yang ingin mengahwininya. Setelah dipersembahkan Sultan, Teja yang menolak Sultan pada awalnya, membuatkan beliau berada lama di istana tanpa dinikahi Sultan, seolah dia dayang istana. Kemudian, setelah dinikahi, Sultan tetap lebih menyukai Dang Wangi yang hanyalah dayang, dan makin menimbulkan kemarahan Tun Teja.
Tun Teja berjaya "menghalau" Dang Wangi, yang kemudiannya pulang ke pangkuan Jebat. Namun tanpa diketahui sebab Wangi "lari" dari istana, Sultan menitahkan Tuah untuk mencari Wangi. Tuah mengetahui Wangi yang kini berada dengan Jebat, bertindak bersemuka dengan Jebat, yang membawa kepada pertempuran sengit antara mereka berdua (kiranya inilah pergaduhan mereka yang PERTAMA), yang akhirnya dimenangi Tuah setelah Wangi bersetuju menyerah diri. Tuah mengembalikan Wangi kepada Sultan, tapi merahsiakan penglibatan Tun Teja serta pergaduhannya dengan Jebat.
Kebencian Tun Teja terhadap Dang Wangi makin membuak, membuatkan dia berkomplot dengan Datuk Temenggung dan Patih Kerma Wijaya yang sememangnya korup tu, untuk menyingkirkan Dang Wangi. Amboi, dengan dayang istana pun boleh rasa tergugat?
Akibatnya Dang Wangi disihirkan oleh Kerma Wijaya, dan dirasuk/dikawal dari jauh. "Wangi" mengamuk di istana sebelum berjaya dipulihkan oleh Tuah (yang rupanya pandai mengubat!).
Mengetahui penglibatan Tun Teja, Tuah bersemuka dengan Tun Teja. Dengan nada sinis tapi serius, Hang Tuah memperingatkan bahawa bukan Tun Teja SEORANG yang menjadi permaisuri Sultan di istana itu, sambil memperingatkan bahawa masih ada Hang Li Po dan sapa lagi seorang entah, aku tak ingat.
Tun Teja yang tersinggung dengan kata-kata itu cuba memukul Tuah, lantas Tuah memberi amaran supaya menghentikan niat buruknya terhadap Dang Wangi, sambil mengugut Tun Teja bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk membunuhnya, dan masih boleh terlepas dari dihukum Sultan kerana baginda pastinya akan mempercayai apa saja yang dikatakan oleh Tuah seandainya Tuah menafikan perbuatan itu nanti. Whoa...
Mengejar sebuah pembohongan
Peh, politik gila babas betul!
Tu baru cerita pasal seorang Raja Perempuan yang cemburu, belum lagi cerita pasal dua orang pegawai istana iaitu Datuk Temenggung dan Patih Kerma Wijaya (atau nampaknya sekarang dah ada orang ketiga, iaitu Laksamana Khoja Hassan) yang tak habis-habis berkomplot untuk menjatuhkan Bendahara Tun Perak dari jawatannya.
Haa... maka inilah komplot terkini mereka, iaitu mereka cerita mengenai kewujudan Puteri Gunung Ledang.
Yup, anda tak salah baca. Menurut cerita ini, kisah mengenai Puteri Gunung Ledang DIREKACIPTA oleh tiga orang mangkuk hayun ni.
Malangnya, Sultan yang sedang bermuram durja akibat kematian Raja Perempuan (yang mana satu entah), terhibur lantas mempercayai "dongeng" yang diceritakan dengan penuh meyakinkan oleh tiga orang ini. Setelah diceritakan dengan penuh detail akan rupa paras serta bentuk tubuh puteri "khayalan" ini, maka jiwa Sultan bergelojak "merindui" puteri ini lantas ingin meminangnya untuk dijadikan permaisuri.
Oh ya, bagaimana pula kisah "bohong" ini selari dengan komplot mereka untuk menjatuhkan Bendahara? Sebab Sultan akan menitahkan Bendahara untuk mengetuai rombongan meminang, dan seandainya (atau SEMESTINYA) gagal (sebab tak wujud pun "puteri" Gunung Ledang ni), maka Sultan akan murka kepada Bendahara dan samada akan melucutkan jawatannya ataupun menjatuhkan hukum bunuh. Heh, entah apa jenis punya logik pemikiran yang mereka semua ni pakai, aku pun tak tahulah...
Maka Bendahara yang sememangnya mengetahui kekarutan ini, menurut saja titah baginda, dan mengarahkan Hang Tuah untuk pergi bersama Sang Setia dan Tun Mamat (yang diubah menjadi watak lawak, oh tidak!).
Kenapa mereka yang tahu cerita ini bohong, tidak menerangkan kepada Sultan akan pembohongan tiga orang pembesar gila tu? Dan kenapa mereka turut sama membuat kerja gila ini? Hah, tak tahulah, entah apa logik akal yang mereka pakai. Agaknya turut sama berbohong dan menyelesaikan pembohongan ini dengan suatu pembohongan yang lain itu lebih baik daripada BERKATA BENAR. Dalam bahasa mudah kita, kita akan kata "nak dijadikan cerita...". Tapi yang pasti, Sultan juga yang diperbodohkan, ish, tak patut...
Maka bertolaklah Hang Tuah, Sang Setia dan Tun Mamat ke Gunung Ledang, going on a wild goose chase, mencari-cari sesuatu yang tidak pasti, manalah tahu kot-kot memang ada sungguh "puteri" tu. Dalam perjalanan tu, mereka bertembung dengan perkampungan orang Asli yang tidak menyukai pencerobohan mereka, dan akibatnya Hang Tuah terpaksa bertarung dengan seekor Minotaur.
Yeah, MINOTAUR, sebijik macam dalam mitos Yunani tu! Wah, rasanya inilah cerita yang memaparkan buat PERTAMA KALINYA, Hang Tuah bertarung menentang Minotaur! Jangan dipersoalkan lagi kelogikan cerita ini, just enjoy the ride, haha!
Apa kesudahan cerita ini? Berjayakah mereka menemui PUTERI GUNUNG LEDANG? Haha, bagi yang tengok episod ni, pasti dah tau jawapannya. Bagi yang tak tengok, silalah ke laman web TV9 untuk mendapatkan jawapannya. Cuba la ke sini, mana la tahu kot-kot mereka dah muat naik episod 15 ni di situ...
Yang pasti, episod ini (dan juga dalam episod-episod yang lepas) mengajar aku bahawa Hang Tuah bukanlah selurus bendul yang kita sangkakan. Malah dia ni pun banyak tipu muslihat. Cuma dia hanya menggunakan ke arah kebaikan. Heh, apa-apa aje la...
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...