E-mel itu berbunyi:
Al-Fatihah Buat Ahmad Zafran/Panaharjuna/Jihady
Assalamualaikum,
Pada 3hb Februari yang lepas, sahabat kita Ahmad Zafran telah pulang ke rahmatullah. Beliau yang lebih dikenali sebagai Panaharjuna atau JIhady (di dalam forum alwan) merupakan salah seorang penyokong dan pendokong awal gerakan alwancomics. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas segala sumbangan dan jasa baik beliau kepada diri saya khasnya dan kepada seluruh warga alwancomics umumnya.
Semoga rohnya dirahmati dan aman tenteram di alam sana.
Al-Fatihah buat sahabat dunia dan akhirat.
(Gambar diambil dari http://alwancomics.com/forum/files/iftaralwan2_213.png)
Lagi pengkisahannya di sini, sini dan sini.
Baru aku perasan, rupanya beliau ni penulis novel kat sebelah ni. Aku memang dah banyak kali bila lalu di rak-rak kedai buku, bila ternampak saja buku PENDEKAR MERAH BUDIMAN, maka sering rasa teringin nak beli, tapi entah kenapa sampai hari ini masih tak terbeli. Insya Allah, aku memang akan beli juga buku ni nanti...
Moga roh beliau dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.
Sementara itu, aku baru perasan bahawa dalam awal tahun 2008 ni saja, ramai tokoh-tokoh yang meninggal dunia.
Kemudian baru aku teringat "HARTIKEL KARUN" (pinjam istilah ya?) yang ditulis oleh Tawel Sensei mengenai kematian di sini.
Bila membacanya, aku pun terfikir juga, bagaimana nak bagi amaran kepada sesuatu laman web/blog atau laman riendster atau Myspace, bahawa individu yang menguruskan laman berkenaan, atau individu yang memiliki akaun maya berkenaan, sudah menghadap Ilahi. Ataupun, bagi kes tertentu, individu berkenaan kini sedang ditahan di negara China atas tuduhan mengedar dadah kerana dianiaya oleh orang lain.
Maka betul juga kata Tawel Sensei, kalau ada "mekanisme" seperti yang beliau cadangkan tu, senanglah pengunjung laman web/blog berkenaan tahu bahawa pemiliknya sudah tiada. Tapi itu bagi individu yang tiada kenalan rapat di dunia sebenar la, yang mana rakan/kenalan sibernya langsung tidak tahu identiti sebenar individu berkenaan.
Tapi kalau individu berkenaan tersangat low-profile, maka aku rasa masalah ini bukanlah suatu MASALAH pun, sebab datang dan perginya, macam angin lalu ja, tiada siapapun ambil tahu dan peduli, hehe. "I came, I saw, I left, nobody cares".
Apahalpun, kematian suatu kepastian. Bak kata lirik lagu nyanyian Herman Tino (dan kemudiannya dinyanyikan kumpulan Syifa')
Mati adalah Pasti, Hidup Insya-Allah...
Eh, hamba pun dapat juga emel ni. Maklumlah dulu hamba pun kaki Alwan juga! ;) Tapi sebab Alwan ada Down Syndrome (server selalu down), lama-lama pun hamba dah jarang pergi situ.
BalasPadamMuda lagi juga Allayarham rupanya. Baru 33 tapi sudah dipanggil Allah. Betullah kata Herman Tino tu, Mati sudah pasti, hidup InsyaAllah..
Eh Convoy, hang tak mau kaji ke pasal Saturn return? Heath Ledger baru-baru ni mati umur 28. Kurt Cobain umur 27 tahun mati. Pelik juga sebab banyak juga artis-artis yang mati sekitar umur macam tu.
Ngahaha, server mengalami "Down Syndrome"! =))
BalasPadamHmm... saya tak kenal sangat pun Allahyarham, baik diri dia mahupun karya dia, tapi adakalanya macam itulah, kematian seseorang tokoh adakalanya boleh mencetuskan minat orang ramai terhadap tokoh berkenaan.
Yeah, Heath Ledger mati awal, tak ada can la nak pakai dia sebagai The Joker kalau sekuel filem THE DARK KNIGHT nak pakai dia.
Hei, ni pertama kali dengaq jugak pasai "Saturn Return" ni. Kenapa ya orang suka kaitkan apa² peristiwa pun dengan susunan bintang di angkasa? Tak paham aku.
Tak berani la nak kaji, ilmu tak cukup, takut terpercaya dengan benda camni pulak! :D