Daripada tengok drama bersiri yang konon serius yang entah apa-apa, lebih baik layan yang komedi. Bahkan cerita "serius" pun sekarang ni banyak selit unsur komedi. Nampak sangat lebih seronok buat komedi berbanding cerita serius. Aku rasa la, pasarannya lebih meluas kot.
Lagi pulak, memetik kata-kata The Joker (versi filem THE DARK KNIGHT, wataknya dilakonkan oleh Heath Ledger);
Why so serious?
BUJANG ANTIK
Hehe, aku dah pernah dah cerita sikit pasal siri ni di sini, tapi suka untuk aku mengulangnya lagi.
Mengisahkan tiga orang Bujang yang sudah Antik, iaitu Pak Ajis (lakonan Ahmad Busu), Pak Meon (Hamid Gurkha) dan Pak Din (Maidin) yang tinggal menyewa di rumah milik Cik Ros (Sheila Mambo) yang terletak betul-betul berhadapan dengan rumahnya itu. Cik Ros pula seorang janda kaya yang mempunyai seorang anak yang "senget" iaitu Zura (Wan Sharmila).
Pak Ajis bekerja sebagai pemandu teksi, Pak Meon pulak jadi pak guard di sebuah bangunan, dan Pak Din selaku tukang masak di sebuah restoran (sekaligus merangkap tukang masak tetap di rumah mereka juga). Tidak dijelaskan kenapa mereka masih membujang (tapi mungkin sebab aku tak pernah tengok episod pertamanya!), tapi berdasarkan pekerjaan masing-masing, agaknya itulah sebab mereka tak kahwin kot.
Berlima (ada kalanya disertai dengan Acappan dan/atau sesiapa saja pelakon undangan untuk episod-episod tertentu), maka kita dihidangkan dengan "misadventure" mereka, yang merupakan kisah seharian hidup mereka.
Ish, tak tau nak kata la macam mana, tapi siri ni memang best la, punya best sampai DUA KALI aku ulang menulis mengenainya!
Boleh ditonton di RTM1 pada setiap hari Selasa jam 3.30 petang.
Baru aku perasan, rupanya siri ni produksinya ialah RadiusOne, yang turut menerbitkan drama bersiri EMIL EMILDA dan (sekarang ni tengah "meletop" kot di TV3) SINDARELA. Cuma yang lawaknya (haha, dah la ceritanya pun lawak!), langsung tiada disebutkan di laman sesawang rasminya itu akan kewujudan siri BUJANG ANTIK tu!
Nak tambah lawak lagi, aku sendiri tak dapat nak bayang bagaimana keadaannya seandainya siri ini ditayangkan di TV3 dan bukannya di RTM1! Sebab "tona warna" TV3 dan RTM1 (atau begitulah menurut paparan di skrin TV di rumah aku) amat berbeza.
Malah kelihatan cara penerbitan siri ini (nampak macam) agak cincai berbanding drama mereka yang untuk TV3 tu. Maksud aku di sini ialah pada "intro"nya tu yang tiada grafik canggih-canggih macam yang selalu kita tengok kat drama di TV3.
Eh, entah ka memang ada dua syarikat produksi berbeza yang kebetulan namanya sama iaitu RadiusOne?
Tapi tak mengapalah, tak kisah la tu. Kot mana pun, aku tetap suka jugak! Tambah pulak (aku baru perasan bahawa) siri BUJANG ANTIK ni antara penulis skripnya ialah Nizam Zakaria. Dan aku nampak kualitinya memang ada, cuma "disesuaikan" untuk tayangan di RTM1 la, haha! Dihiasi pula dengan lagu 2 x 5 nyanyian Ahli Fiqir sebagai lagu tema.
Tontonlah siri tu weh!
GELETEK
Hehe, tajuk yang sangat lawak! Ini merupakan siri sketsa komedi yang ditayangkan di TV9 (Dekat di Hati!).
Konsep rancangan ni mengingatkan aku pada siri GADO-GADO yang pernah RTM1 tunjuk sekitar sepuluh atau belasan tahun dulu (peh, rancangan tu dulu ada Harun Salim Bachik, Jalil Hamid, Ebby Yus, Ebby Saiful, dan entah sapa lagi). Juga mengingatkan aku pada siri JANGAN KETAWA (heh, yang ini lebih "muhibbah" dan berbilang bangsa). Oh, tak dilupakan juga siri AH-HA (A(fdlin Shauki)+H(arith Iskander)).
Berbalik pada GELETEK, siri ni menampilkan Imuda, Sharifah Shahora, Roy Azman, Cat Farish dan Kiah Propa(ganda?) selaku teraju utamanya, dan akan dibantu oleh pelakon-pelakon (tak semestinya pelawak) lain, bergantung pada cerita la. Stail dia, dalam satu episod (20+ minit tu), ada la beberapa sketsa (yang akan dimulakan dengan tajuk sketsa/"episod" itu).
Boleh kata kesemuanya mampu buat aku gelak, haha! Aku suka dan tak sangka dengan Roy Azman yang rupanya lawak juga lakonannya! Imuda memang kita dah kenal dah. Sharifah Shahora pun memang dah banyak kali dah berlakon lawak. Oh ya, Cat Farish sorang lagi, lawak juga. Pendek kata semua yang berlakon dalam siri ni akan jadi lawak!
Paling nak tergelak apabila melihat bagaimana pelakon tu cuba nak tahan diri dia daripada turut tergelak (hehe, spontan tu).
Dan pada akhir setiap episod, akan ada persembahan live (maksudnya mereka tak nyanyi secara miming) dari artis jemputan. Lebih kurang macam dalam siri AH-HA dulu tu. Cuma bezanya, kalau dalam AH-HA mereka nyanyi dalam atas pentas dalam studio, dalam GELETEK pula mereka menyanyi live di lokasi luar. Macam dalam episod pertama dulu, artis yang dijemput iaitu Ito menyanyi live dalam LRT, sambil orang dok keluar masuk!
Baru dua episod, dan sayangnya tak boleh pulak ditonton di laman sesawang TV9, hoho! Tapi tak mengapalah, janji aku tak boleh miss tayangannya pada setiap Isnin jam 9.30 malam (lantok ler kat TV3 ada IMPAK MAKSIMA waktu tu).
Ni pun kategori mesti tonton jugak nih.
Akhir kalam, majulah komedi di Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...