Selasa, 5 Februari 2008

Tag: Aku nak... power...

By the power of Greyskull... I HAVE THE POWER!!!

...berkatalah Putera Adam tatkala menghunuskan pedang Greyskull ke atas, lantas bertukarlah ia menjadi HE-MAN, the most powerful MAN in the universe!

Bwahaha, entriku ini ada sedikit kena-mengena dengan istilah "power", atau lebih tepat lagi... "SUPER POWER"!!!

Ini merupakan entri yang sama dengan entri aku di "suatu tempat yang lain". Ada orang "tag" aku dan aku pun menjawabnya. Tajuknya? Ahha, superhero, atau bak kata orang Jepun, suupaa hiro dan superpowernya (atau bak kata orang Jepun, suupaa pawaa).


1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!

Satu ja? Halamak, aku nak satu set lengkap power macam Superman tu (terutamanya flight, super strength, dan heat vision), tak aci ka?

Ah-ha, aku ambik kuasa untuk memimikkan kuasa orang lain (power mimicry), macam Nathan Petrelli dari siri HEROES tu. Hahah, ambik hang! Semua orang punya kuasa, aku boleh buat.

Di samping tu, aku nak skil bermain pedang. Ya, skil tak sama dengan superpower, skil dipelajari, superpower pulak "diwarisi", hehhe.

Kalau dari aspek yang "logik" pula, aku mahu skil saintifik dan pengubahsuaian spontan yang terer, di samping kuasa "bertuah yang bersangatan" macam MacGyver. Yeah, kalau jadi macam dia, tak perlu superpower yang canggih-canggih pun!


2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?

Hoh, mana ada. Kalau aku boleh pilih power macam Superman, maka jelaslah watak dia yang mempengaruhi pilihan aku. Tapi sebab aku pilih kebolehan untuk memimik kuasa orang, maka boleh dikatakan ada BANYAK watak yang mempengaruhi pilihan aku, yeah...

Tapi kalau diberi pilihan untuk menjadi hero yang lebih "logik", aku rasa watak MacGyver lah hero "baru" (lama dah sebenarnya, tapi sebab RTM2 tayang semula, baru aku "teringat" aku pernah dan MASIH minat karakter ni, hehe...) yang menjadi inspirasi bagi aku.


3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?

Supaya aku boleh memilih LEBIH daripada satu superpower, tanpa perlu memiliki kesemuanya tu, haha.

Lagipun, bayangkan, tak ka gempak kita boleh buat apa saja yang superhero lain boleh buat!

Tapi yang paling tepat ialah, ianya tersangat menggambarkan diri aku, yang ada kalanya menjadi seorang yang "wannabe", yang merupakan seorang "jack of all trades, master of none"...

Sementara itu, kalau aku memilih opsyen "MacGyver" tadi, maka aku kata aku memilih "kebolehannya" sebab... dia manusia biasa, macam aku! Tiada kuasa yang karut-marut, cuma skil yang gila-babas, itu saja, heh!


4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!

Haha, untuk superpower aku ni tak perlu kelemahan yang sebenarnya. Sebab apa? Sebab kebolehan aku ini juga adalah KELEMAHAN aku. Bagaimana? Haa, banyak faktor. Mungkin aku tak boleh SELALU guna power-power ni. Boleh jadi power aku tak berfungsi pada saat yang sepatutnya. Boleh jadi aku tak tahu macam mana nak kawal kuasa aku tu seefektif pemilik asal superpower yang aku "tiru" tu, haha!

Dan, kalau mengikut opsyen wira "logika" aku (MacGyver), heh, apa lagi kelemahan bagi seorang manusia biasa yang tiada sebarang kuasa karut dan tidak kebal atau lut peluru? Yeah...


5. Nama anda sebagai hero apa?

Ohoo, banyak nama yang bermain di fikiran aku ni! Malah kebanyakan nama-nama ini aku (pernah) gunakan sebagai pseudonym aku di alam siber ni. Tapi, sesuai dengan nama aku di sini, maka aku akan katakan nama watak aku ialah SALADIN, ataupun SALADIN CONVOY!
6. Motto anda sebagai superhero?

(Dipetik dari lirik lagu) عيش عزيزا أو مت شهيدا (Hidup Mulia atau Mati Syahid). Hmm... sesuai ka?


7. Sebarkan tag ini kepada 10 member yang lain. Kalau tak mampu, 5 pon ok!

Sudah dijawab di "tempat aku yang lagi satu" tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang