Sebetulnya aku nak letak tajuk di atas tu sebagai "Kenapa Drama Polis Malaysia Kurang Best", tapi aku rasa tajuk tu terlampau straightforward, maka aku memilih tajuk yang lebih "lucu", haha!
Ya, untuk pengetahuan, antara genre yang memang aku minat ialah genre "polis". Genre "polis" ni pun, (aku rasalah kan?) ada beberapa subgenre di dalamnya. Ada yang lebih kepada penyiasatan (detektif), ada yang menceritakan kisah harian anggota-anggota polis, dan ada pulak yang jenis aksi semata-mata (letup sana, lompat/terbang situ sambil tembak sini). Aku lebih menyukai yang jenis penyiasatan, sepertimana drama bersiri kepolisan (biasanya dari Amerika Syarikat sana nun) berbanding cerita polis ala filem Hong Kong (letup sana, lompat/terbang situ sambil tembak sini).
Kita di sini pun meriah juga dengan drama polis ni. Satu tajuk yang pasti kita kenal kerana siri ini masih "popular" dan paling lama bertahan hingga ke hari ini (baca: TAK RETI-RETI NAK TAMAT) ialah siri GERAK KHAS. Selain itu, ada la beberapa tajuk-tajuk lain yang datang dan pergi dan mungkin kita ingat atau tidak, seperti DEBU-DEBU KOTARAYA... aa, secara peribadi, aku sangat minat drama (Yusuf Haslam) ni dulu-dulu. Dan aku rasa ianya lebih menghiburkan daripada GERAK KHAS. Tapi, mungkin juga ianya disebabkan waktu aku menontonnya dulu, aku masih bebudak dan tak reti nak menilai sama ada cerita itu benar-benar bagus atau hampeh, heh!
Kemudian, ada lagi drama seperti RODA-RODA KUALA LUMPUR la, CID 3278 la, SKUAD ELIT la. Hmm... itu sajalah yang aku betul-betul ingat.
Oops, terlupa la pulak, SKUAD ELIT tu bukannya cerita polis la, tapi cerita KASTAM!
Hmm, sekarang ni bukan setakat polis saja, malah pasukan kastam pun dah ada beberapa drama yang menampilkan mereka jadi hero. Okaylah tu, baguslah. Sekurangnya sekarang baru aku tau kerja kastam ni rupanya hampir tiada beza dengan kerja polis, malah warna seragam pun sama! Maka, aku anggap cerita kastam ka polis ka, boleh dikategorikan sebagai drama polislah no?
Berdasarkan pemerhatian secara rambang (tapi agak lama juga) yang dibuat secara tidak rasminya oleh aku, aku mendapati terdapat beberapa "kelucuan" yang ada dalam drama TV (sama ada bersiri atau bukan) yang berkaitan atau menampilkan/mengetengahkan pasukan polis.
Tapi itulah, tanpa merujuk secara khusus drama polis/kastam yang mana satu, aku ingin menyatakan beberapa kepelikan (kelucuan) yang aku nampak dalam drama-drama ini, yang memang kerap (kalau ianya bersiri) atau sekali-sekala muncul di TV kita.
Semestinya, aku pakai drama Barat sebagai tanda aras, hehe...
1. Polis kita semuanya baik-baik belaka
Kalau kita perhatikan, dalam cerita polis, biasanya memang SEMUA anggota polis yang dipaparkan dan digambarkan dalam drama-drama ini, BAIK dan BERSIH. Tiada langsung yang jahat, rasuah, dengki sesama anggota, atau paling tidak pun, hampir tiada anggota yang (mungkin) jenis "main-main" dengan tugasnya. Oh tiada, semuanya BAIK dan KOMITED lagi SERIUS!
Maka ini, bagi aku la, membuatkan tiada yang MENARIK apabila melihat watak-watak utama dari kalangan anggota polis ini, berinteraksi antara satu sama lain. Mereka terlampau formal, tak santai. Lepas tu tak ada pulak konflik antara anggota. Semuanya baik-baik belaka.
Sedangkan realitinya, mesti ada yang korup. Mesti ada yang nak cantas-mencantas kalau tengok ada yang mungkin nak dinaikkan pangkat ka apa ka. Mesti ada politik dalaman. Itu semua boleh dijadikan bahan cerita yang menarik. Tapi ianya tidak wujud dalam drama polis kita.
Mungkin juga terdapat larangan kot daripada menggambarkan polis kita dari sudut negatif. Tapi kan, apa salahnya? Sebab pada akhirnya, cerita apa pun, watak baik mesti menang, dan boleh buat watak polis yang BAIK tu menang pada akhirnya, dan yang jahat menerima pembalasan. Tak negatif aih kalau dibuat cerita watak polis jahat diambil tindakan tatatertib atas perbuatannya, malah nampak lebih positif sebab menggambarkan ada usaha dan tindakan untuk menjaga kredibiliti polis, kan?
2. Tiada variasi untuk watak penjahat
Selalunya watak penjahat dalam drama polis kita ni, ada beberapa jenis ja, dan biasanya dari kelas bawahan dan sederhana. Merompak, mengedar dadah, merogol, menculik.
Lepas tu kalau ada "geng", maka biasanya mereka ni ada "tempat persembunyian", yang biasanya merupakan rumah/pondok buruk/usang di tengah hutan atau tempat terpencil, dan rekabentuk dalamannya sangat buruk dan semak. Ish, rupanya penjahat suka tempat semak no?
Lepas itu lagi, mereka akan memiliki sejenis kostum yang akan dapat menggambarkan mereka ni penjahat/penjenayah. Malah nama mereka juga biasanya pelik-pelik (contoh: CASTELLO). Tanda pengenalan mereka sebagai penjenayah kot.
Saban episod, penjahat yang sebegini saja yang akan dikitarsemula. Sedangkan ada BANYAK lagi jenis penjenayah, dan jenis yang paling jahat, seperti seorang berjawatan tinggi yang korup atau salahguna kuasa, biasanya TIDAK PERNAH WUJUD dalam drama polis kita.
Sedangkan kalau dalam drama polis Barat, selain daripada yang memang kita maklum sebagai penjenayah, watak antagonis mereka juga boleh jadi anggota polis yang korup, atau kerenah birokrasi pihak atasan (polis berpangkat tinggi) yang cuba melindungi kepentingan diri (atau pihak lain yang sudah menguasainya), atau boleh jadi peguam/majistret cerewet yang menggugurkan sesuatu kes polis yang disifatkannya tak kukuh atau tak cukup bukti. Ha, itu semua boleh menimbulkan konflik yang menarik, tapi tidak bagi drama polis kita, heh.
3. Lakonan yang tiada variasi
Ini hal kecil ja sebenarnya, dan aku tak layak nak sembang bab lakonan ni sebab aku bukan pelajar lakonan ka apa ka, haha! Tapi sebab ianya cukup kerap berulang, membuatkan aku terperasan akan kebiasaannya.
Kalau sesama anggota polis, perbualan biasanya formal. Tersangat formal.
Kemudian, ada pulak sesetengah drama polis (GERAK KHAS) yang membuatkan watak polis itu berkhutbah pada penonton, mengupas isu semasa. Oh, tak cukup rupanya laporan akhbar atau perbincangan dalam rancangan TV lain yang berbentuk forum, maka drama berkenaan perlu jugak untuk mengajar penonton.
Ada pulak jenis drama polis, biasanya jenis yang kononnya "elit" la (ada kepakaran tertentu), dipaparkan sebuah pasukan khas dalam polis, ada beberapa anggota. Tapi akhirnya kita dapati yang menonjol hanyalah watak utama, sementara watak lain hanyalah ALAT. Mereka ini biasanya tiada personaliti jelas, malah kalau ada yang rajin mengira, bilangan dialog mereka ni mungkin boleh dibilang dengan jari.
4. Banyak screentime untuk watak penjahat dan mangsa
Aku sebetulnya lebih minat kalau sesuatu drama polis yang berbentuk penyiasatan tu, kita tak kenal sapa penjahat sehinggalah dibongkarkan pada akhirnya. Tapi aku rasa drama polis kita ni bukanlah berbentuk penyiasatan, maka kita akan dipaparkan aktiviti penjahat.
Kadang-kadang drama macam GERAK KHAS terlampau mengfokuskan pada watak mangsa dan hubungannya dengan penjahat (siap papar latarbelakang dan sejarah hidup tu!), sampai membuatkan aku rasa mereka ini yang jadi star sebenar untuk drama itu, dan bukannya watak-watak polis tu. Sebab apa? Sebab berlaku perkembangan watak yang bersangatan untuk watak-watak berkenaan, dan penonton akan LEBIH MENGENALI watak-watak itu dalam satu episod sahaja, berbanding watak-watak polis biarpun kita dok tengok mereka dah berpuluh-puluh episod.
5. Tak nampak unsur-unsur menyiasat yang berkesan
Cerita polis kita ni biasanya tak menunjukkan mereka menyiasat dengan JELAS dan MEYAKINKAN, sedangkan mereka ini semua digambarkan sebagai yang terbaik dalam pasukan mereka. Tak nampak mereka cuba kaitkan bahan bukti dan tempat kejadian dengan suspek.
Juga tak nampak mereka soal siasat mangsa dan suspek, bertanya soalan-soalan yang sepatutnya ditanya oleh seseorang detektif. Hey, wujud atau tidak detektif kat Malaysia ni?
Yang banyak kelihatan ialah mereka terlampau mengharapkan "bantuan" dari informer. Ai, baik bagi mereka ni ja jadi anggota polis atau detektif, sebab kelihatannya mereka ini lebih cekap menyiasat daripada anggota polis sendiri!
Lepas tu, mereka akan menangkap suspek, dan soalsiasat mereka secara paksa, paksa mengaku dan sebagainya. Tak pernah pulak aku dengar mereka berjaya tanya soalan yang berjaya memerangkapkan suspek agar termengaku. Oh, nak dengar apanya, biasanya dalam babak macam itu kita memang tak dengar sebarang dialog pun!
Hmm, tapi yang herannya, dalam drama/filem lain, yang mana polis BUKANLAH watak utama, boleh pulak digambarkan pegawai yang menyiasat sesuatu kes itu kelihatan benar-benar MENYIASAT. Contohnya watak lakonan Linda Onn dalam filem BIAR BETUL! tu nampak lebih "bijak" dan membuat kerja-kerja detektif, daripada watak-watak polis dalam drama yang memang berkisarkan tentang polis.
Jadi ini buat aku berfikir, kita ni memang tiada detektif ka? Hmm... padanlah kita macam tak berapa cekap menyelesaikan kes-kes yang memerlukan penyiasatan, sebaliknya kita dok mengharap ehsan orang ramai, atau adakalanya ehsan si penjenayah itu sendiri (supaya menyerah diri), daripada menyiasat dan mencari.
Jadi maknanya, memang drama polis ni menggambarkan pasukan polis sebenar ka? Hoho! Wah, pandainya pembikin drama ni memberikan "keyakinan" kepada rakyat jelata mengenai kecekapan sebenar pasukan polis kita melalui yang digambarkannya dalam drama mereka!
5. Aspek teknikal tak jelas
Ahaks, ini memang kerap kelihatan. Aspek teknikal biasanya dielakkan jauh-jauh. Maksud aku ialah prosedur yang mereka pakai untuk mencari penjenayah.
Bila tiba babak briefing, biasanya kita tak dengar pun dialog antara mereka. Yang nampak, cuma mulut si pemberi taklimat itu bergerak-gerak, dan kemudian kita nampak kepala-kepala yang mendengar itu terhangguk-hangguk (mujur tiada yang tersengguk!). Kalau kita dengar pun, cuma dialog-dialog yang terlalu UMUM, seperti "kita mesti segera bertindak", "kita mesti berhati-hati", "penjenayah makin bijak". Doooh, itu tak payah bagitau la! Kita nak tau jugak apa pelan mereka. Tapi biasanya, mereka akhirnya berjaya membongkarkan misteri/kes, menemui penjenayah dan menangkap penjenayah. Bagaimana mereka berjaya jumpa? Itu sebagai "misteri" bagi penonton macam kita untuk membongkarkannya sendiri kot?
Kemudiannya, dengan kemunculan siri CSI, maka drama polis kita pun turut ikut jejak langkah siri tu, dengan memasukkan aspek forensik. Ada babak periksa cap jarilah (eh, sebelum ini memang polis Malaysia versi drama ni tak pernah ada prosedur sedemikian ka?). Ada juga penggunaan alat-alat canggih yang boleh membantu siasatan.
Tapi tetap juga aku nampak (sepertimana drama di stesen TV biasa la, yang kat Astro tu aku tak pernah tonton lagi) mereka seperti cuba "mengelak" daripada memaparkan watak polis menggunakan alat-alat ini. Kalau ada pun, adakalanya kita akan nampak bahawa "nampak sangat" bohongnya. Drama Barat pun sebenarnya bukannya benar sangat. Macam CSI tu, sebenarnya banyak sangat bohongnya juga, dan ada beberapa yang aku sendiri dapat kesan "kebohongannya". Tapi entah kenapa mereka pandai "berbohong" dan menampakkannya seperti real, dan aku tetap seronok menontonnya.
6. Bila menangkap penjenayah
Akan berlaku babak kejar-mengejar, tembak menembak. Paling lawak kalau babak kejar mengejar tu di tengah kota raya. Bertambah lawak mengenangkan penjenayah cuma bersenjatakan pistol, tapi yang mengejarnya ialah polis yang lengkap berperisaikan kevlar dan bersenjatakan M16. Gila, overkill tu!
Ada pula yang berlawan satu sama satu, macam kejohanan la pulak. Waktu ini tunjuklah segala macam skil, flying-kick, semua naik.
Padahal, menurut aku la kan, polis ni tugasnya menangkap penjenayah. Kalau ada yang melawan, perlulah ditundukkan dengan apa carapun, tapi biarlah ianya berkesan, efektif, dan kalau boleh elakkan daripada mencederaparahkan penjenayah. Kalau perlu bertumbuk, maka terpaksalah, tapi bukan untuk menayang skil masing-masing. Maka perlukah polis menayangkan skil-skil yang membuang masa dan tenaga, sepertimana yang digambarkan dalam drama polis kita tu?
Ada pulak yang berakhir dengan kematian penjenayah. Contohnya dalam filem GERAK KHAS, tak ada sorang pun penjenayah yang diberkas, sebab semuanya mati ditembak. Ohohoh, sungguh justice! Tapi, bagi aku pulak, ini menggambarkan ketidakcekapan anggota polis yang sepatutnya memberkas penjenayah hidup-hidup, untuk dibawa kemudiannya ke muka pengadilan.
Berbeza sungguh dengan drama polis Barat, nampak ada keteraturannya dalam babak nak berkas penjenayah ni. Jarang berlaku adegan tembak-menembak yang tak perlu. Entahlah, tak reti aku nak gambarkan, tapi memang berbeza caranya mereka lakonkan babak sebegitu berbanding kita.
Maka kesimpulannya...
...Drama polis kita memang tak best. Drama/filem polis Hong Kong juga tak best. Lebih baik menonton drama polis Barat.
Dari segi logika, aku rasa aku nampak drama polis Barat lebih (kelihatan) realistik berbanding drama kita. Kita punya ni seolah berada dalam dunia fantasi. Mungkin sebab banyak kot halangan dan censorship perlu kita patuhi, membuatkan kreativiti kita jadi terbantut, hehe! Drama/filem komedi satira kita juga yang akhirnya jadi lebih best ditonton, mungkin sebab penapis filem tak nampak babak menyindir yang disampaikan secara tak langsung dalam filem berkenaan kot.
Akhir kata, menonton drama polis Barat membuatkan aku teringin sangat nak jadi polis dan kemudiannya menjadi detektif. Tapi setelah menonton drama polis tempatan, beserta dengan cerita/berita kurang enak mengenai polis kita, membuatkan aku jadi tak teringin nak jadi polis di sini, apalagi nak jadi detektif, suatu kerjaya yang aku rasa macam tak wujud pun di sini, hmm...
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
4 hari yang lalu
Haha. Poin nombor satu tu memang hamba setuju sangat-sangat. Perbualan terlalu formal dan terlalu 'berkhutbah' tentang isu semasa, lagi-lagi bila Tuan Inspektor Yusuf Haslam datang meng'interframe'kan dirinya ;)
BalasPadamDan rasanya cerita Tamil dan Bollywood yang melibatkan isu polis pun lebih realistik. Tapi sepanjang pengamatan, boleh dikatakan kalau ada polis dalam filem Bollywood ni, mesti polis tu jenis yang korup. Haha..
Tapi biasalah hasil wayang orang kita. Biasanya kekurangan unsur realisme dan intelek. Tidak ketinggalan juga kepakaran. Tengok filem animasi Bambi yang dihasilkan Disney pada tahun 1942. Setelah lebih 60 tahun, animasi lukisan negara kita tak boleh lagi mengalahkan Bambi.
Satu masalah yang paling besar ialah pengarah filem dan drama kita tidak buat RESEARCH dengan mendalam. Hamba kagum betul dengan anime Jepun sebab hamba belajar banyak tentang:
1) Industri Roti dari Yakitate! Japan
2) Sukan Tinju dari Hajime no Ippo
3) Permainan Go dari Hikaru no Go.
Haha :D
Hah, kalau "ASP" Yusuf Haslam masuk frem, biasanya dialog wajibnya ialah "Saya tau!". :P
BalasPadamSetuju jugak mengenai gambaran polis dalam filem Bollywood yang berkemungkinan lebih logik dan realistik daripada polis dalam filem/drama kita.
Sementara kalau dalam sinetron Indonesia pulak, watak polis biasanya digambarkan "bodoh" dan "lurus bendul", lebih mempercayai kata² orang jahat daripada kata² orang baik, ntahapahapa betul!
...
Aik, dia masuk pasal animasi la pulak!
Bagi hamba pulak, kualiti animasi kalau tak setanding Barat atau Jepun (dua² ni sekarang sudah outsource ke Korea) pun tak apa, sebab setakat yang ada di Malaysia sekarang ni, boleh la juga kalau nak dibanggakan. Janji cerita okay, lakonan suara okay, dan lukisan tak buruk sangat, hamba terima ja seadanya, hehe!
Aaa, ni la dia poin utamanya ni, nak kata anime bagus la tu!
Ya, biarpun hamba ini peminat animasi secara universal (tapi lebih cenderung kepada animasi Barat yang menghadapi banyak kekangan censorship, ketimbang animasi Jepun yang bebas tapi banyak sangat monolog dan memaksa penonton mendengar ideologi sesuatu watak), namun dari segi RESEARCH tu, hamba setuju. Tak lupa kisah bola keranjang (SLAM DUNK), bola sepak (GANBARE, KICKERS!, CAPTAIN TSUBASA), resepi masakan China (COOKING MASTER BOY).
Kot mana pun, hamba lebih suka animasi Barat sebab ianya lebih bersahaja dan seronok tengok bagaimana mereka dengan kreatifnya cuba "work-around" kekangan censorship yang dikenakan ke atas mereka jika nak menerbitkan animasi untuk tontonan kanak² (BATMAN: THE ANIMATED SERIES, JUSTICE LEAGUE dan JUSTICE LEAGUE UNLIMITED antara yang bijak mengelak dari ditapis). Ahaks, sempat lagi mengcounter-promote!
Ya, untuk menyetujui pasal kita ni tak buat "RESEARCH yang mendalam", rasanya itu memang dah budaya kita. Daripada ketika nak buat tugasan (ketika masih belajar), sehinggalah terbawa² ke peringkat kerja. Ada kaitan dengan budaya "tak mengapa" dan "janji siap".
Hmm... ada kaitan jugak dengan apa yang orang kita dok tak percaya cara polis kita handle sesuatu kes.
Jangan² dasar negara kita pun dibuat dengan cara yang sama???
Menarik artikel ni.. penuh dgn kritikan membina, cadangan bernas dan tak lupa juga sindiran pedas..
BalasPadamSmoga menjadi iktibar kepada yang berkaitan..
Terima kasih, tak rugi aku baca panjang2, mmg best artikel ni :)
Wah! Hamba pula ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda wahai Tuan Azman kerana sanggup meluangkan masa, sudi membaca "leteran" hamba yang tidak seberapa ini. =)
BalasPadam