Isnin, 21 April 2008

Lawak Blog di RTM1

Wahoo! Setelah sekian lama kesibukan "kerjaya" membuatkan aku terpaksa "menyepi" untuk seketika, namun "kelucuan" peristiwa yang aku alami ini buat aku terpanggil jugak untuk mencuri sedikit waktu untuk menaipkan entri ini. Kelucuan ini berlaku ketika aku menonton RTM1. Oh ya, dulu pun aku pernah mengulas mengenai satu "kelucuan" yang dibuat oleh RTM1. Kali ini nampak gayanya aku menemukan "kelucuan" baru pulak daripada RTM1!

Ohooo, rupanya dah dekat sebulan aku tak menambah apa-apa entri pada blog aku ni. Ai, blog aku pun rupanya dah terkena sindrom sedemikian rupa rupa-rupanya! Tak mengapa, untuk kali ini, dalam kesempatan yang sedikit singkat, aku nak ulas mengenai satu rancangan TV yang aku memang teringin sangat nak menontonnya setelah diiklankan mengenainya di RTM1 (sekurang-kurangnya, ada jugak entri kan?).

Perlu diingat, ini RTM1 pasca PRU12, jadi rancangan TV sebegini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh orang yang "prihatin" terhadap stesen TV ini, heheh...

Maka, pada tanggal 20 April 2008, pada jam 8:40 malam, aku pun menontonlah rancangan TV berkenaan...

Ya, rancangan yang aku maksudkan itu ialah sebuah rancangan diskusi yang baru diterbitkan dan mula ditayangkan pada tarikh dan waktu yang aku sebutkan di atas. Ianya diberi tajuk BLOG: PERSPEKTIF BAHARU (sic - aiii, aku meluat betul dengan ejaan "baharu" nih!).

Ahaa... pertama-tama, izinkan aku menggelakkan tajuk rancangan ini. Okaaaay, mereka buat rancangan TV mengenai "blog". Apakah ini yang pertama seumpamanya di dunia? Aku pun tak ambil tahu la pulak, keh keh! Lepas tu, ada subtitle lagi tu, iaitu "Perspektif Baharu". Perspektif BAHARU? Apakah maksudnya? Apakah RTM cuba nak memberikan perspektif BAHARU bagi istilah "blog"? Apakah selama ini kita sudah salah faham mengenai "blog" dan RTM terpanggil untuk mengajarkan kita mengenai apakah itu "blog"? Atau apakah RTM (dan pihak, err... you know who!) itu sendiri yang tak faham apakah itu "blog" dan baru terfikir dan teringin nak "mempelajarinya"? Maklumlah, masih terkejut lepas PRU12 kot, kan?

Maka, apabila RTM (dan "pihak itu") baru terpanggil nak "berkenalan" dengan blog, aku pun jadi terujalah nak menonton rancangan BAHARU mereka tu. Apatah lagi, menonton iklannya memaparkan bahawa tetamu yang dijemput ialah Datuk Abdul Kadir Jasin (http://kadirjasin.blogspot.com/), maka nampak macam menarik ja ni! Kiranya rancangan ini menjadi sesuatu yang "mesti tonton" bagi aku!

Cakap pasal baru nak berkenalan, aku ada terperasan bahawa pengacara rancangan tu sebut blog pun macam tak betul ja, sebab disebutnya "blogs". Kenapa ada huruf "s" pulak? Kenapa orang kita ni, selalunya bila kita (cuba) bercakap dalam Bahasa Inggeris, kita selalu menggugur huruf "s" pada perkataan yang sepatutnya ada huruf "s", dan memasukkannya pada perkataan yang tak sepatutnya ada, sesuka hati kita ya?

Dan, kemudian aku terperasan siapa yang akan mengendalikan/mengacarakan rancangan ini, dan aku pun tertawa! Oh, dia ni yang dok baca suratkhabar di stesen TV berkenaan pada waktu pagi tu! Tak mengapalah, boleh la tu!

Berbalik pada rancangan itu. Ianya dimulakan dengan segmen bertanya pendapat orang awam mengenai "blog", dan rata-rata yang ditanya itu sememangnya orang muda yang tersangat memahami apa itu "blog". Orait, bagus, nampak macam ada "kredibiliti" la rancangan ni pada permulaannya (cewah, macam bagus pulak aku ni nak menilai "kredibiliti" rancangan TV, heheh!). Maka bermulalah segmen utama rancangan ini...

Sang pengacara memulakan dengan bertanyakan kepada tetamu undangan mengenai apakah itu "blog". Wah, jenuh la macam ini, takkan tiap-tiap episod dia nak mula bertanya soalan macam itu, dan takkan tiap-tiap episod blogger yang dijemput akan memberi definisi/jawapan yang sama? Atau persoalan yang lebih menarik: apakah akan ada episod yang berikutnya?!

Secara keseluruhan, tetamu yang dijemput itu memberi jawapan-jawapan yang sungguh bernas, dan secara jujurnya, jawapan yang memang aku dah jangka. Sebab apa? Sebab jawapan yang aku sendiri akan menjawabnya kalau ditanya sebegitu. Tapi apakan daya, yang bertanya tu dah macam tak reti atau baru nak ambik tau pasal benda yang dianggap sebagai "baharu" bagi mereka ini, maka mahu tak mahu, memang jawapan sebegitulah yang patut diberikan.

Tetapi itulah, soalan yang dikemukan tu tersangat tak bernas. Nampak sangat macam tak reti langsung atau tak buat research dulu sebelumnya. Atau mungkin juga buat-buat tak reti. Lepas tu, cara pengacara tu bertanya pun, seolah-olah macam beliau cuba emulate gaya seorang perantara bagi sebuah rancangan yang diterbitkan oleh RTM jugak. DEBAT PERDANA ka apa entah tajuknya tu! Haha, dah dapat gambaran dah kan, siapa individu yang aku maksudkan tu? Err... tapi malangnya, beliau ini gagal dalam usahanya untuk meniru individu berkenaan, sebab nampak sangat tak power. Konon nak provokatif la tu, tapi... heheheh...

Antara "cubaan" sang pengacara untuk memprovok si tetamu ialah apabila si tetamu mengatakan menulis di "blog" lebih bebas daripada menulis kepada akhbar (sebagai contoh). Sebabnya ialah, yang paling mudah yang aku sendiri pun boleh jawab, blog kita, kita taip pastu kita publish. "Bebas" la tu, kan? Lain la kalau kat akhbar, ada editor nak kena baca dan pastu nak kena tapis atau mungkin terpaksa rejek terus kalau apa yang diutarakan dalam "artikel" yang ditulis tu boleh membawa masalah kepada penerbitan akhbar tu. Maka "kurang bebas" la, kan?

Tapi ooooh, si pengacara tu cuba memerangkap (kononnya) tetamu dengan bertanya (dan mengulangnya dua-tiga kali) "jadi anda menganggap akhbar tak bebaslah ya?". Doooh, inilah dia apa yang aku katakan sebagai suatu tindakan "memasukkan perkataan-perkataan ke dalam mulut orang" (terjemahan langsung daripada kata-kata "putting words in someone's mouth").

Paling aku nak tergelak, apabila pengacara bertanya apakah blogger nak pengaruh orang ramai (supaya mempercayai mereka melebihi media "arus perdana" kot?). Apa kebenda yang dia nak merebenkan tu? Aku nak tergelak melihat pihak penerbitan ni cuba nak menyempitkan "blog" kepada sesuatu yang hanya mengenai politik. Padahal dah puas tetamu undangan tu menerangkan bahawa "blog" ni ada banyak jenis, dan "blog" ni milik peribadi si penulisnya. Mana-mana penulis blog pun, apa saja yang dia nak katakan, itu dia punya sukalah kan? Tapi kalau melibatkan unsur-unsur yang sampai memfitnah orang lain ka apa ka, haa, itu pandai-pandailah penulis blog berkenaan tanggung akibatnya nanti kan? Konsepnya mudah saja.

Apahal pun, nampak sangat yang nak cuba untuk "mempengaruhi pandangan orang" (seperti yang dituduhkan oleh pengacara kepada "blog") ialah pihak mereka (media "arus perdana") sendiri, sepertimana yang kita sudah LAAMAAAA sedia maklum. Dua panggilan yang diterima (yang dipotong sesuka hati dengan alasan TAK CUKUP MASA) yang memang belum sempat pun pemanggil-pemanggil ini nak sampai ke poin utama pendapat/soalan mereka, turut menjadi "mangsa" di mana mereka digambarkan oleh pengacara sebagai berkata "demikian dan demikian", sedangkan yang berlaku ialah pengacara berkenaan "merekacipta" atau (berpura-pura) assume bahawa pemanggil-pemanggil itu memandang negatif terhadap "blog". Ya la, whatever...

Dalam kekalutan pengacara mengendalikan rancangan itu, jam menunjukkan pukul 9 malam, dan... berakhirlah sudah rancangan itu! Wah, 20 minit saja? Nak tergelak apabila tetamu sambil ketawa mengatakan bahawa tak ada apa yang dapat diselesaikan kalau berbincang sesingkat itu, sementara si pengacara tu pulak kelihatan seperti tersipu-sipu. Memang LAWAK!

Tapi betullah tu! Nak diskusi natang hapa dalam masa sesingkat itu? 20 minit, tolak montaj pembukaan dan penutup, tolak selingan segmen lain, dah tinggal berapa minit? Ini suatu yang LAWAK!

Tapi ini bukanlah sesuatu yang "baharu" buat stesen TV ini. Rancangan berbentuk diskusi mereka yang bertajuk RTM DUNIA pun hampir sama. Rancangan tu berdurasi 30 minit, tanpa iklan. TAPIIII... 15 minit pertama dok tunjuk footage mengenai isu semasa antarabangsa yang diutarakan. 15 minit terakhir barulah ada segmen bersama tetamu yang dijemput untuk membicarakan isu berkenaan. 15 minit nak bersoal jawab, dengan nak terima panggilan dan nak merespon pada soalan/pendapat pemanggil, mana sempatnya?!

Oh, satu lagi stail yang aku perasan yang selalu stesen TV ni suka buat bila rancangan diskusi sebegini memberi peluang kepada pemanggil. Iaitulah, mereka suka ambil dua-tiga-empat pemanggil sekaligus (terutamanya kalau topik yang dibincangkan tu "hangat", dan pemanggil berkenaan mengutarakan sesuatu yang agak kontroversi dan mungkin sukar nak dijawab oleh panel/tetamu), dengan setiap pemanggil mengutarakan pendapat yang berbeza dan panjang lebar (kalau ianya tak dipotong sekerat jalan la), lepas tu menyerahkan kepada ahli panel/tetamu undangan untuk menjawab kesemua soalan itu sekaligus. Maka, dengan "senang hatinya", tetamu berkenaan boleh "buat-buat tak ingat" terhadap soalan yang "kontroversial", dan memilih soalan yang mudah untuk dijawab dan merseponnya sepanjang lebar mungkin sehingga tiba pemanggil baru atau sehingga tamat siaran, hahaha!

Dan satu lagi stail (sudah tentulah) yang kita perasan sesangat, iaitu mereka akan potong pemanggil yang mula memberi pendapat yang berbaur "hentaman" terhadap sesuatu pihak. Cuma baru-baru ini, mereka (kononnya) beri peluang kepada pemanggil sebegini melepaskan perasaan, tapi itulah, selepas tamat pemanggil sebegini bercakap, cepat-cepat pengacara tu tukar atau bawa perbincangan ke aspek lain pulak, tanpa langsung mengaddress apa yang diutarakan oleh pemanggil berkenaan tadi, heh!

Owh, termelalut la pulak! Berbalik pada rancangan BLOG tu (atau mungkin juga kita patut tukar tajuknya kepada GOBLOK? Kekeke...)... haha, aku rasa macam kesian la pulak pada penerbit rancangan ni. Kemudian baru aku terperasan, rupa-rupanya penerbit rancangan berkenaan ialah pengacaranya itu sendiri! Waduh, aku rasa beliau itu patut teruskan saja karier sebagai pembaca akhbar harian dalam segmen waktu pagi-pagi hari tu!

Dengan memulakan rancangan mengenai "blog" dengan "harapan" untuk memasukkan suatu persepsi (mungkin yang negatif) terhadap "blog", maka aku rasa rancangan ini sudah "gagal" mencapai objektifnya. Memang macam tak tahu apa benda langsung pasal "blog", atau boleh jadi mereka buat-buat tak tahu. Penonton yang memang tak tahu, akan terus tak tahu, sementara orang yang tahu, akan gelak ja menonton diskusi ini. Dah tukar Menteri pun, rupanya mereka ini masih di takuk yang lama!

Dan aku teringin jugak nak tau, berapa "episod" lagi program diskusi ni boleh dilangsungkan. Lagipulak, apa lagi yang nak dan boleh dibincangkan mengenai "blog", kalau ianya disempitkan kepada apa yang "pihak berkenaan" selalu salahfahamkan mengenai "blog"? Tapi mungkin juga itu matlamatnya dipendekkan kepada 20 minit, supaya boleh bersambung ke episod mendatang? Itupun kalau bakal ada episod akan datang, ahahah!

Apahal pun, aku boleh simpulkan dengan satu ayat yang dibina oleh tiga perkataan Bahasa Inggeris: "What a JOKE!"

Hemmm... kini menantikan bagaimana pula RTM punya janji nak menyiarkan secara langsung debat dari Dewan Rakyat. 30 minit saja? Ini pun mungkin suatu LAWAK jugak jadinya nanti ni, ah-hahahah!

6 ulasan:

  1. Senang aje kalau nak terangkan 'blog' ni pada masyarakat awam. Murahkan jalur lebar supaya lebih ramai orang guna internet, nanti dengan sendirinya mereka faham apa itu blog.

    Nak jelaskan apa itu blog pada orang yang guna internet pun tak pernah, ibarat kita nak jelaskan apa itu televisyen kepada manusia yang hidup 500 tahun dulu.

    BalasPadam
  2. Haha, betul tu!

    Selain daripada kesukaran untuk menjelaskan mengenai sesuatu itu kepada pihak yang memang TAK PERNAH didedahkan kepada perkara berkenaan, berlaku juga kesukaran untuk menjelaskan sesuatu itu kepada pihak yang sudah setkan mindanya untuk memandang negatif tentang perkara itu dari awalnya lagi. Orang yang dari awal pandang negatif pada Blog ka, Islam ka, Superman ka, susah sikit nak jelaskan, apa lagi nak meyakinkan, hehe!

    Jangan sekadar murahkan saja, kualitikan la "perhubungan" ke Internet itu. Kalau macam kat rumah hamba ni, nama saja talian jalur lebar, tapi bila ada orang buat panggilan masuk, talian terputus. Aiyya, apa yang tak kena? Internet itu sendiri? Atau talian telefon rumah hamba (yang displitkan oleh bapa hamba sampai ke lima telefon di rumah) yang tidak berkualiti (atau menurun kualitinya akibat perbuatan bapa hamba itu)?

    Kalau hujan lebat pun bermasalah jugak. Kalau dalam keadaan biasa pun "rajin" juga terputusnya. Ini macam memang satu hapa pun hamba takleh muat turun (filem/games cetak rompak terutamanya!).

    Ni camna nak buat e-filing atau apa saja urusan kerajaan secara dalam talian kat rumah ni? Kalau rajin terputus camtu, susah la beb!

    ...

    Berbalik pada Blog di RTM1, episod berikutnya, tetamu undangannya ialah Raja Petra (Malaysia-Today.net), pasti gempak!

    ...

    P/S: Nanti kita cadangkan pada RTM1 supaya menjemput Tawel Sensei pulak! ;o)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.Saya menonton juga rancangan BLOG: PERSPEKTIF GAHARU pada malam Isnin lalu....eh!tersasul rupanya.Almaklumlah,perkataan ini baharu saja 'dilahirkan semula', jadi tak biasala dengan penggunaanya.ok, Pembetulannya:BLOG:PERSPEKTIF BAHARU.

    Tahniah kepada saudara Convoy sebab berjaya menerangkan secara holistik tentang 'suasana' bual bicara tersebut!

    Jika diizinkan boleh saya tambah sedikit komen tentang bual bicara tersebut?

    Pada sesiapa yang menonton rancangan tersebut, anda akan dapati sekurang-kurangnya 15 soalan dilontarkan atau sebenarnya 'dihumbankan' kepada ahli panel.Dan ada 2-3 soalan yang nadanya lebih kurang sama dilontarkan berulang kali. Belum sempat ahli panel sampai ke 'point' sebenar, dah dihumban dengan soalan lain.Tersingung juga saya sebagai penonton.Kalau sayala di tempat Uncle Kadir tu, saya diam je, atau saya tanya balik,"Eh?cakap dengan saya ke dengan meja ni?"

    Baiklah, cukup-cukuplah beremosi.
    Antara soalan-soalan tertutup dan mencapah(yang sempat saya 'tangkap') yang dihumbankan itu ialah
    1.Apa itu BLOG?(jwpn Uncle: Blog=Web(jaringan)+Log(catatan)
    2.Apakah blog kini menjadi satu sindrom?(saya tidak berapa pasti samada ini soalannya, yang saya dengar cuma perkataan sindrom tu! Tapi jwpn Uncle lebih kurang bgini:Tidak, ia adalah satu komunikasi.Satu bentuk penyebaran maklumat dan pemacunya adalah teknologi-istilah omputihnya tech-driven)
    3.Apa yang ada dan tidak ada dalam blog?(Jwpn Uncle:Bergantung pada blog.Jwpn saya:Macam-macam Ada!)
    4.Apakah 'nada' blog?(Bergantung. Nak guna Nada Suara ke Nada Murni ke, Snada ke..apa2la)
    5.Apakah bahasa yang digunakan dalam blog?(kena tanya jugak ke soalan ni?Guna aje la apa-apa bahasa pun,Bahasa Sanskrit ke, sepoi-sepoi bahasa ke!)
    6.Apa seronoknya menjadi blogger?(Seronoknya bila kita tulis blog, orang baca blog kita, kemudian kita dituduh menghasut begini begitu dan kemudian polis datang rumah tangkap kita, dan sedar-sedar kita dah dalam penjara.)
    7.Adakah blog bebas?(Soalan ini sedikit sebanyak sudah dijawab dalam entri saudara Convoy)
    8.Apakah trend penulis blog?(Jwpn Uncle: Mengikut kajian yang dilakukan oleh.....ada 50 blog paling popular di Malaysia. dan 8 daripadanya adalah blog politik. Jadi lagi 42 bukan berbaur politik.
    Bukan semua blog itu negatif dan bukan semua blogger menulis secara sensai.Ada yang bersifat analisis dan kritikal.
    Jwpn saya:'Blogger boleh menjadi 'Trendsetter'...erk?)
    9.Apakah blog masih relevan?
    10.Dapatkah blogger memesongkan fikiran?(sedangkan akidah pun boleh terpesong disebabkan blog ni, apatah lagi fikiran.Tapi yang bagusnya 1 petikan jawapan daripada Uncle ialah," Media arus perdana juga boleh memesongkan fikiran",...Nah, ambek kau!)
    11. Soalan yang ke 11 -15 adalah soalan-soalan kecil yang boleh diabaikan(sebenarnya saya dah terlupa daaa...)


    *Petikan jawapan daripada Uncle Kadir hanyalah cebisannya sahaja kerana otak saya tidak dapat 'mengabsorb' keseluruhan bicara mereka.Di akhir bual bicara tersebut, pakcik pengerusi memberitahu jumlah peratusan jawapan sms terhadap soalan ini: MAMPUKAH BLOG MENJADI MEDIA ALTERNATIF MASSA?

    jawapannya: 94% BERSETUJU!(kuang...kuang...kuang!)

    Ulasan penutup daripada saya: Blogger mungkin datang dan pergi.Tetapi blog tetap akan kekal. Kita boleh tangkap semua blogger yang melata di muka bumi ini tetapi kita tidak boleh menghalang blog daripada terus berkembang(sehingga hari ini ada lebih daripada 112 juta blog di seluruh dunia). Hal ini kerana perkembangan blog berkembang selaras dengan perkembangan teknologi.Ya, mungkin kita hanya boleh 'menapis' blog sebagaimana kita 'menapis' teknologi, tetapi persoalannya sejauh mana kita mampu lakukan?

    Seruan saya:
    JANGAN 'BLOCK' BLOG!

    Non-blogger,
    BUNGA KAKTUS

    BalasPadam
  4. Wahai Non-blogger si BUNGA KAKTUS, terima kasih kerana memberi komentar yang secara langsung dan tidak langsung telah "melengkapkan" lagi "gambaran" mengenai suasana episod pertama rancangan bual-bicara-wara (atau bicara-pura²?) itu.

    Terima kasih banyak² sebab ulasan anda tu memang lengkap, tak dapat lagi hamba nak tambah kat mana², heheh...

    Cuma, dalam bab "menapis" ni, kita sememangnya tak boleh "menapis" apa saja isi kandungan yang terdapat merata² di Internet (termasuklah laman blog). Pihak ISP sendiri cuma boleh block capaian ke laman web tertentu, itu saja, tapi masih boleh dicapai pula dengan menggunakan proksi.

    Maka, macam saya kata tadi, tiada sebarang tindakan yang boleh diambil untuk mengcensor capaian orang ramai ke laman² web yang ingin dihalangkan itu. Pemblog boleh disaman, tapi maklumat yang sudah disebarkannya itu, akan dan boleh disambung pula oleh individu² lain. Jenuh la nak tangkap semuanya tu!

    Maka, satu²nya cara ialah dengan mengeducate orang agar tahu dan bijak mencari dan menggunakan Internet dalam mencari maklumat. Tahu bezakan baik dan buruk. Hmm... ini macam dalam kehidupan sebenar jugak la ni, hehe...

    BalasPadam
  5. Salam...

    Haa... nak mengeducatekan blogger ye? Nampaknya dah ada pihak yg berminat. :)

    Bila kak su baca tentang UiTM minat nak tawarkan kursus untuk pengajian blog, tak tahu nak gambarkan perasaan, tak tahu nak cakap apa.

    Tiba-tiba terbayang suasana dlm satu keluarga yang mana mak ayah dan anak-anak dok mengadap komputer dan sibuk surf internet, sibuk update blog, sibuk baca blog sehingga tak ada masa nak bercakap sesama sendiri. Erm... agaknya akan jadi tak keadaan macam tu satu ketika nanti?

    Kata mereka diharapkan dengan kursus ini, blogger akan lebih beretika dan profesional.

    Tertarik dengan kata-kata NC UiTM bila bercakap ttg media dan blog, "... kebebasan ini menakutkan."

    BalasPadam
  6. Salaam.

    Ya Kak su! Lawak apakah pula yang dibuat oleh UiTM ni? Nak buat kursus pasal "Blog"? Habis tu lulusan kursus tu nanti nak kerja jadi apa? "Blogger"? Adoooi, lawak lawak!

    Sedangkan lambakan kursus² yang entah apa² di IPT tempatan ini telah mengakibatkan lambakan graduan² yang menganggur dan tak begitu berkualiti, ni nak tambah pulak dengan kursus pasal "Blog"???

    Kalau macam itu, apakata kita buat kursus mengenai cara nak bukak profil di Friendster atau Myspace atau Facebook pulak? Atau kursus mengenai cara nak upload video ke YouTube dengan betul? Atau kursus melayari internet?? Kursus membaca suratkhabar secara songsang (sebab maklumat di akhbar arus perdana boleh dikatakan majoritinya berita tak betul)?

    Walau apapun, apa yang saya teringin sangat tapi tak ada di sini ialah kursus mengenai permainan video (games), atau seperti yang pernah ada di satu kolej di Amerika Syarikat, iaitu kursus SUPERHERO SCIENCE! Naaah, itu baru saya suka!! =)

    ...

    Hoho, NC UiTM nak takut apanya? Kalau berdasarkan hujahnya, kita boleh kata juga, media arus perdana juga menakutkan! Atau dalam konteks di mana beliau "takut" pada blog, kita boleh kata yang patut ditakuti ialah INTERNET itu sendiri (seperti Tuan Sensei kita pernah kata), sebab melalui internetlah boleh ada blog tu. Dalam satu bandingan yang hiperbola pula, kita boleh kata DUNIA ini yang perlu kita takutkan, sebab di situlah berkumpulnya segala macam kejahatan.

    Hehe, maaflah, saya ni "tak boleh pi" la dengan NC UiTM ni. Dia ni setakat pro-kerajaan tu satu hal, tapi mengampu sangat. Saya takleh pi dengan orang yang terlampau pro kepada sesuatu ni. Pro-pembangkang sangat² pun saya tak suka jugak, hehe...

    Tapi, yang perlu dieducatekan ialah manusia itu sendiri. Sapa punya kerja? Aaa... ini kerja ibu bapa (di rumah) dan guru (di sekolah).

    Tapi tengoklah camna rupa bentuk kebanyakan ibu bapa kita? Yang si bapak dok hisap rokok depan anak² yang masih bayi. Pastu dibiar anak "buas" di jalanan. Kat sekolah, mereka buas, guru tak boleh buat tindakan lebih², nanti kena marah balik dengan menterinya. Yang sistem pendidikan kita pun satu hal...

    Wah, termelalut la pulak!

    ...

    Pasal suasana keluarga dok sibuk main internet dan berblog sampai tak menegur satu sama lain tu, saya rasa, untuk masa sekarang, takkan terjadi sampai ke peringkat tu kot?

    Untuk pengetahuan, kawan² saya kat dunia sebenar ni, tak ramai yang ada atau buat blog. Kalaupun ada, tak ada sorang pun di kalangan mereka yang berblog secara serius (termasuklah saya, hehe!). Jadi, berdasarkan pemerhatian terhadap orang sekeliling, saya rasa kita tak akan sampai ke peringkat itu. Maka janganlah khuatir!

    Kita manusia biasa, kena berdunia dengan orang. Macam saya contohnya, kalau satu hari tak cakap dengan MANUSIA, boleh gila woo! Biarpun bercakap dengan MANUSIA menerusi perisian Messenger (Yahoo dan sebagainya tu), itu dikira masih bercakap, secara interaktif. Tulis komen kat blog tu, lebih kurang macam berbalas e-mel, tak seinteraktif bersembang/chatting.

    ...

    Haha, apa yang saya merapu ni? Sebelum makin meraban, saya berhenti di sini dulu... ;)

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang