Sebetulnya aku tak mahu la menulis apa-apa pasal Debat ini, sebab ianya bercanggah dengan tema blog aku. Tapi bila fikir balik, blog aku mana ada tema khusus, haha! Lagipun, boleh toi sekaki dengan isu yang hangat yang pasti jadi carian orang ini! Maka, aku pun menulislah jugak!
Seperti yang diketahui, rancangan debat yang boleh dikatakan mencipta sejarah di Malaysia ini diadakan pada 15 Julai 2008 jam 9 malam di DBP, anjuran Agenda Daily. Pada awalnya dikatakan nak buat sejam setengah, tapi akhirnya bertukar jadi hanya sejam (tolak pulak 8 minit iklan, maknanya tak sampai sejam). Lepas itu, daripada disiarkan di TV3, akhirnya ditukar pula ke TV9. Ada la yang tak puas hati sebab TV9 yang sungguhpun "dekat di hati" tapi hakikatnya masih belum "dekat" di TV kesemua rakyat sebab dikatakan liputannya masih tak seluas TV3. Tak tahulah yang itu.
Walau apapun, debat ini berjalan jua, dan dapat disaksikan secara langsung, selain di TV9 ialah di Astro Awani dan Bernama TV di mana kedua-dua ini adalah saluran di Astro (tak melewah/redundant ka?). Memula aku menonton di ruang tamu (ada hawa dingin!) menerusi saluran Bernama TV, tapi sebab bosan tengok sorang-sorang, akhirnya aku berganjak ke dapur dan bersama dengan ahli keluarga aku yang lain menonton di TV9 (DEKAAAAT DI HATI!).
Dari debat ini, aku dapati ianya sangat berat sebelah. Datuk Seri Anwar Ibrahim memang aku dah jangka kepetahan dia bercakap, dan terbukti apa yang aku jangkakan, itu yang dia buat. Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang mempertaruhkan jawatannya itu untuk debat ini pula, macam mana? Hah, aku bagi la sikit benefit of the doubt kepada kredibiliti dia ni, tapi ternyata aku juga yang "rugi". Walau apapun, dia masih lebih baik daripada Menteri Penerangan yang lalu (kalah di Sungai Petani, wakaakkakaak) yang mempunyai kualiti Bahasa Inggeris yang entah apa-apa.
Aku tak mau ulas mengenai segala macam fakta yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim, sebab aku tak hafal semua tu, hah! Tapi aku hanya nak menilai mengenai bagaimana dia dengan yakinnya mengemukakan mekanisme bagaimana nak menurunkan harga minyak jika dia dan sahabat-sahabatnya diberi peluang memerintah. Boleh atau tidak, fakta atau auta, itu memang aku tak boleh nak pastikan, tapi melalui cara dia berhujah, memang aku boleh percaya la apa yang dia cakap ni, sebab dia cakap pakai fakta dan data yang dia bawa. Kalau dia punya kata-kata itu tak betul, maka itu terpulang kepada Menteri Penerangan kita untuk membidas balik hujah Anwar.
Oleh yang demikian, apa yang Menteri Penerangan kita kata untuk menyangkal fakta Anwar Ibrahim? Okaylah, memula dia pun mulakan dengan berkata "harga pasaran minyak dunia bla bla bla", itu semua sungguhpun dah banyak kali diulang, tapi perlu diulang sebagai pembuka dan sebagai premis mengenai kenapa Kerajaan perlu menaikkan harga minyak, okay, itu aku boleh terima. Tapi selepas itu, dia pun banding dengan negara itu dan ini, dan sekali lagi aku rasa, ini pun dah pernah disebutkan berkali-kali. Tak mengapalah, bagi chance, sebab baru nak "perhangatkan" debat.
Tapi sayang, sementara Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan menurunkan harga minyak 50 sen daripada harga sekarang, siap dengan mekanisme dan faktanya (ish, sungguh aku bukan peminat dia, tapi kenapa aku berbunyi sebegini?!), tapi Shabery Cheek... apa dia buat? Ya, malangnya, biarpun dia mengeluarkan "fakta" mengenai hakikat minyak blablabla dia itu (yang sebenarnya boleh dan sudahpun disangkal oleh hujah Anwar Ibrahim), tapi akhirnya, dia bertindak menggunakan taktik seperti seorang YB dan Menteri BN yang sejati: menyerang peribadi "pembangkang". Dia menuduh ini cakap retorik pembangkang sebelum pilihanraya, selepas pilihanraya, dulu kini selamanya. Haru la camni, pembangkang cakap macam mana pun semua tak kena, ditolak dengan cara kebudak-budakkan macam ini.
Namun berjayakah Shabery menjelaskan dengan munasabah kepada rakyat kenapa harga minyak mesti naik? "Err... entah". Berjayakah dia menyatakan apakah usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat? "Ermm... itu...". Berjayakah dia sangkal apa yang Anwar Ibrahim kemukakan? "Ya, dia berjaya, tapi..."
Ya, itulah dia! Dia menyangkal dengan? Menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Ungkit kisah 1974, aku pun tak tahu apa jadi waktu itu, aku mana lahir lagi! Aku ada kira, DUA KALI dia secara LANGSUNG, tidak menjawab soalan yang dikemukakan, sebaliknya, dia pakai taktik "serang peribadi Anwar Ibrahim" dalam setiap hujah dia. Mengejek berkali-berkali saranan menurunkan 50 sen harga minyak. Ungkit balik la segala IMF-krisismatawang-98 tu. Aku kira, ada EMPAT KALI bila diberi peluang berhujah, Shabery Cheek menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Aku rasa, eloklah Shabery Cheek ni jadi Menteri PENYERANGAN. Di samping itu, dia mengeluarkan hujah retorik mengatakan pembangkang suka mengeluarkan kenyataan bersifat retorik. Ironis kan?
Aku kena tabik spring la pada Anwar Ibrahim. Dia dengan budiman lagi gentlemannya tidak menyerang balik Shabery Cheek, sebaliknya terus berhujah blablabla (aku pun bosan sebenarnya dengar banyak fakta ni, kekeke!). Sementara itu, Shabery Cheek pula mengulang semula "pita rakaman" yang sama yang pernah dimainkan oleh orang lain, mengulang fakta itu dan ini sikit, lepas tu memuji kerajaan (baca: DIRI SENDIRI) sikit, lepas itu memuji Perdana Menteri (Pak Lah) dan bekas Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir).
Yang lawaknya, lepas itu, Shabery Cheek menggunakan suatu hujah yang, bagi aku, "memakan diri" sikit, tapi tak semua la yang mungkin perasan. Kalau tadi dia puji Dr. Mahathir, tapi lepas itu dia kata bahawa program debat ini membuktikan keterbukaan kerajaan (baca: di bawah Pak Lah), sekaligus dia menyatakan, secara tidak langsung, bahawa kerajaan di zaman Dr. Mahathir dahulu, TIDAK TERBUKA!
Lagi satu lawaknya, Shabery Cheek (sepertimana gengnya) mengatakan bahawa pembangkang ini suka berkempen biarpun dah tamat dah pilihanraya. Tapi, apa yang berlaku ialah, Anwar Ibrahim berhujah dengan idea yang kedengarannya langsung tidak berbunyi kempen politik kepartian (pendek kata, tak macam kempen pilihanraya). Sebaliknya, Shabery la yang bila bercakap, seperti berkempen pilihanraya kerana menyerang Anwar Ibrahim dengan ayat-ayat yang kita pernah dengar sebelum pilihanraya dulu. Ironis lagi kan? Soalan yang dikemukakan, haram tak dijawabnya jugak.
Sesuai la dengan apa yang dipertaruhkan oleh Shabery ketika nak berdebat, iaitu jawatannya, maka aku rasa eloklah dia letak jawatan sekarang, sebab ternyata dia gagal dalam debat ini. Dia hanya menampakkan lagi ketidak-cekapan menteri dan YB BN untuk menjawab isu, apalagi kalau ianya melibatkan kepentingan rakyat. Kengkadang aku rasa macam mereka ni, kalau bukan "pelakon skrip" bagi sesuatu "pengarah lakon layar", boleh jadi mereka ni "patung boneka" bagi pihak tertentu yang memegang "talinya", atau "automaton" bagi pihak tertentu yang memegang "kuncinya".
Yang jadi wakil Shabery Cheek untuk menyoal pun satu hal. Nordin Kardi BTN/UUM ni, soalan dia entah apa-apa, tipikal penyerang pembangkang. Soalan bukan nak membangkitkan fakta, sebaliknya mempertikai dari segi teknikal, yakni kononnya premis hujah itu begitulah beginilah. Apa ni? Sementara itu, wakil Anwar Ibrahim bila menyoal Shabery Cheek, Shabery haram tak jawab pun soalan itu, sebaliknya, dok tak dok, dia serang peribadi Anwar Ibrahim. Dan penyoal itu pun ada menyatakan dengan jelas bahawa Shabery Cheek tak menjawab soalan (tak payah dia kata pun, kita boleh nampak jugak!).
Sementara itu, mujurlah moderator bagi debat ini, Datuk Johan "kitaadamasayangcukupterbatas" Jaafar hanya moderate dan bukannya mencelah (hanya kepada panel pembangkang) sepertimana program DEBAT PERDANA kat RTM1 dulu. Cuma, dalam minit-minit terakhir itu, terkeluar juga kata-kata trademark dia ketika meminta setiap panel menggulung hujah secepat mungkin kerana "kita ada masa yang cukup terbatas"!
Kesimpulannya? Debat ini memang bagus. Walau bagaimanapun, perlu diingat, debat adalah platform untuk menyatakan kebenaran, bukannya untuk menunjukkan siapa yang jaguh, hero dan menang. Yang nak menyatakan kebenaran itu, boleh jadi dia kalah, kalau pihak yang satu lagi itu punya hujah yang lebih kuat, apalagi kalau penyata kebenaran itu sendiri tak pandai berhujah.
Namun, secara tak rasminya, kita boleh nampak siapa yang, bukan saja berjaya menyatakan kebenaran, tapi dia juga kelihatannya telah memenangi debat ini. Memang nampak sangat siapa yang cakap pakai fakta, dan siapa pula yang sebenarnya lebih beretorik (tapi ada hati menuduh pihak lawannya tu selalu beretorik).
Memang setakat ini saja ka kualiti yang ada pada pihak Kerajaan? Yang tak reti cakap berlambak, tapi yang reti cakap pun, bila dia jadi menteri, dia jadi tak reti jugak, kenapa ya? Sumpahan ka apa ni? Atau memang disediakan skrip di mana mereka MESTI mengulang dialog sebegini setiap kali disoal media?
Hai, kepada penonton yang bijaksana, kita dah lihat dan kita boleh nilai sendiri, berdasarkan kata-kata mereka, siapakah wajah pemimpin kita yang sebenarnya. Ada orang kata, cakap pandai pun tak guna kalau tak reti buat kerja. Aku kata, apa salahnya? Orang politik memang sepatutnya pandai bercakap! Tapi kalau cakap pun tak reti, buat kerja pun hampeh, itu LAGI kita patut tak sokong kan?
Oh ya, tak sabar aku nak tengok, apakah tajuk dan bagaimanakah laporan yang akan disiarkan dalam akhbar arus perdana esok! B-)
...
Berkaitan juga dengan Anwar Ibrahim, aku terbaca pada satu entri di blog Tawel Sensei di mana majalah Islamica Magazine telah membuat suatu "OPEN LETTER CONCERNING DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM" (sila klik untuk membaca isi kandungannya).
Rupanya, ramai juga ulama dan tokoh Islam antarabangsa yang menandatangani surat ini, antaranya ialah Syeikh Habib Ali (pengajar Dar al-Mustafa di Yaman, dan Akademi Pengajian Islam secara online SunniPath), Syeikh Faraz Rabbani (pengasas Sunnipath, blog beliau yang tengah down), Syeikh Nuh Ha Mim Keller (pengajar SunniPath jugak, penterjemah kitab Umdat al-Salik, tenkiu atas infonya Sensei!), Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui (aku "kenal" nama dia menerusi laman IslamOnline.net), Dr. Yusuf Islam (penyanyi nasyid yang terkenal dengan lagu "I Look I See", ini laman rasmi beliau), dan ramai lagi la tokoh-tokoh besar Islam di seluruh dunia.
Tokoh-tokoh Islam ini sepakat menyatakan keprihatinan mereka terhadap "fitnah" yang melanda kepada beliau. Renung-renungkan...
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
Seminggu yang lalu
Assalamu'alaikum...
BalasPadamsaya telah terlepas/melepaskan peluang menonton debat yang jarang... jarang... diadakan di Malaysia. Mungkin debat sebegini juga bersifat sekali seumur hudup sama seperti sambutan jubli emas 50 tahun.
Mengenai kenapa orang yang pandai bercakap, tapi bila jadi menteri, tiba-tiba jadi tak pandai bercakap. Mungkin kisah Menteri KDNHEP dapat dijadikan iktibar. Kita pandai cakap pun tak guna kalau bigbos menjadikan kita umpama pembohong.
Sekarang tengah menjcari rakaman debat tersebut. Kalau ada link yang boleh dikongsikan, sila-silalah ye...
Selain itu...
Saya tak rasa entri kali ini melanggar hukum tema blog Encik Saladin. Bukankah memberi komentar termasuk dalam kategori hobi? Kalau memberi komen terhadap komen kepada entri sendiri pun boleh kalah isi entri sendiri, ini sudah cukup membuktikan ia salah satu hobi anda, maka ia tidaklah terkeluar dari tema blog ini.
Sekian dahulu dari saya, buat masa ini.
Aku amat bersetuju dengan komentar yang diberikan oleh encik Saladin.
BalasPadamJika benar tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak adalah betul, sudah pasti Shabery dapat mengemukakan fakta angka yang jelas untuk menyokong tindakan kerajaan.
Namun apa yang dilihat, Anwar lebih berjaya mengemukakan fakta angka dengan konkrit dikala Shabery terkial-kial menyerang peribadi Anwar. Jelas sekali tindakan Shabery tidak bersifat intelek serta kebudak-budakan.
Bagi aku tidak kiralah penurunan harga yang dijanjikan sama sebelum atau selepas kenaikan harga, yang penting penurunan harga yang dihujahkan adalah logik dan boleh diguna pakai untuk kesejahteraan rakyat.
Secara rumusannya, mesej yang rakyat perolehi berdasarkan perdebatan pada 15 Julai lepas ialah, harga minyak masih BOLEH dan PATUT dikurangkan bagi membendung inflasi yang semakin meninggi.
Isu penurunan harga minyak ini juga bagi aku begitu relevan kerana kenaikan harga minyak yang mendadak memberi kesan kenaikan berantai kerana minyak merupakan sumber penting dalam menggerakkan pelbagai bentuk industri di Malaysia. Harga minyak naik, segala-gala yang berkaitan secara langsung ataupun tidak kepada minyak akan turut naik. Itulah realitinya.
Ingin ditegaskan disini, aku bukanlah penyokong Anwar malah tidak begitu berminat dengan arena politik sebelum ini. Cuma sebagai rakyat biasa, perlu dan berhak untuk kami menilai kewajaran keputusan kenaikan harga minyak sekarang ini.
*masih hairan kepada rakyat yang mengeluh harga minyak naik, tapi tetap mempertahankan tindakan kerajaan. Atau itu bukan suara rakyat kebanyakan?fikir-fikirkan..
Wa`alaikumussalam.
BalasPadamYa Encik aiyrie, saya pun hairan macam mana anda boleh sengaja melepaskan peluang keemasan ini. Tapi jangan risau, saya dah nampak ada dua-tiga blog yang memautkan video rakaman debat itu, baik yang versi TV9 mahupun versi Astro Awani. Cari saja di Youtube.
Untuk pengetahuan anda, individu yang saya maksudkan yang asalnya pandai bercakap tapi bila jadi menteri lain pula jadinya tu, saya MEMANG bermaksud nak tujukan kepada KDNHEP itu, hahah! Hai Shahrir Samad!
Boleh jadi Anwar Ibrahim juga, bila dia jadi TPM dulu, dia pun kehilangan kebolehan pandai bercakap dia. Saya pun tak dapat nak pastikan sebab waktu tu saya masih lagi budak sekolah, hehhe!
Agaknya sebab itulah YB Bakalalan menolak tawaran menjadi Timbalan Menteri. Agaknya beliau pun takut akan jadi zombie macam yang lain. Dah la YB BN, khususnya dari UMNO, ketandusan pihak yang pandai (bukan sekadar petah tapi mengarut) berkata², bila diserap jadi menteri, makin bengong pulak diorang ni!
Apakah mungkin setiap menteri itu akan dilobotomisekan otak mereka pada bahagian "kepintaran" tertentu, agar menjadi hanya YESMAN kepada ketua mereka, seterusnya akan mengulang dialog yang sama apabila mereka (kononnya) mematahkan hujah "pembangkang"?
Selain itu, saya rasa anda benar: entri ini belum lari daripada tema blog saya. Selain daripada hobi "mengkomentar" (amboi, pedas jugak kata² anda ini! :P), saya juga terlupa bahawa menonton TV adalah hobi saya, dan program ini saya TONTON DARI TV, yaaa... ;)
suaraRakyat, terima kasih atas komentar anda. Nampak sangat komentar anda lebih berisi (dengan angka dan fakta) daripada entri saya ini, hehhe!
BalasPadamNamun memang jelaslah, Shabery Cheek ni, udah la tak menjawab soalan, menyerang peribadi Anwar plak. Yang syoknya, definisi "serang peribadi" dia ni sangat sempit: "jika kita kata pada janggut apa semua dia barulah dikatakan serangan peribadi". Ya ampun, bengapnya dia! Kalau macam itu, "serangan peribadi" ni termasuklah kalau kita kata pada buih air liur di mulutnya bila dia bercakap, ahahahaha! :P
Saya juga bukan peminat Anwar (tapi sekarang saya simpati dengan ketidakadilan yang menimpa beliau), namun, sesiapa yang cukup cerdik, dah boleh nampak bahawa apa saja yang Anwar kata (biarpun orang kata dia putar belit fakta), lebih bernas daripada kata² auta Shabery.
*Apa yang anda hairan? Hehe, saya pun hairan juga sebenarnya. Kawan saya ada bagitau bahawa ada beberapa guru yang memuji Shabery Cheek dalam DEBAT itu. Alasan, dia kata Anwar ni pandai putar belit. Waddahek? Diorang dengar ka tidak debat tu? Atau memang diorang ni betoi² UMNO-totok?
Jadi, apa yang anda hairankan itu, memang ada asasnya: masih ada rakyat kita yang masih kurang cerdik (selesa dengan status quo kot), dan perlu dicerdikkan. Sebab BN ni, hanya boleh menang dengan kebodohan rakyat (buktinya, YB mereka juga, ehem... kurang cerdik). Bila rakyat dah pandai, ketahuan la puak² ni! :P
Pertama sekali terima kasih diucapkan diatas respon saudara Saladin terhadap komentar saya.
BalasPadamSaya juga turut bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap Anwar sekarang ini. Kemungkinan semua yang terjadi adalah satu konspirasi masih ada, memandangkan suara Anwar semakin didengari ramai.
Saya juga salah seorang rakyat yang dahulunya percaya kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa terhadap kenaikan harga minyak. Tapi kini, kesemua sangkaan tersebut meleset sama sekali.
Perkara yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan kesediaan kerajaan Malaysia untuk membenarkan perdebatan terbuka dengan pembangkang sebagai langkah pengukuhan amalan demokrasi.
Sememangnya kerajaan perlu diberi penghargaan yang besar berhubung kesediaan mengadakan debat terbuka sebagai gambaran ketelusan demokrasi di Malaysia. Ternyata ianya merupakan pengorbanan yang besar terhadap risiko kepercayaan rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
Namun, kesedian Anwar untuk berkongsi formula penurunan harga minyak juga tidak boleh dipandang sinis. Jika benar apa yang diperjuangkan oleh Anwar bersifat partisan semata-mata, sudah tentu beliau tidak akan sewenang-wenangnya mendedahkan formula penurunan harga minyak kepada kerajaan dan rakyat, bimbang-bimbang formula yang dikemukakan akan diguna pakai oleh pihak kerajaan dan kemudian dinafikan punca idea tersebut adalah daripada beliau.
Malah beliau dengan bermurah hati menyenaraikan langkah-langkah penurunan tersebut dalam laman blog beliau secara jelas untuk dinilaikan oleh sesiapa.
Jika benar apa yang diperjuangkan oleh Anwar adalah auta semata-mata, sudah pasti pada perdebatan 15 Julai lepas Anwar akan bertindak mempromosi dan mengangkat kepimpinan pembangkang dan menghentam segenap kepimpinan kerajaan tanpa membawa fakta konkrit berhubung formula penurunan harga minyak. Namun yang berlaku adalah sebaliknya.
Sekarang ini, terpulang kepada rakyat yang rata-rata semakin intelek untuk memberi pertimbangan.
Terima kasih sekali lagi kepada saudara Saladin.
Sekian.
suaraRakyat, saya setuju sangat² dengan apa yang anda katakan itu.
BalasPadamDisebabkan ianya siaran langsung yang boleh ditonton di TV di seluruh Malaysia, program debat itu telah meningkatkan lagi tahap kekaguman dan penghormatan saya terhadap Anwar Ibrahim (biarpun sebelum inipun dah boleh tonton menerusi video² yang ada di Youtube tu).
Formula Anwar itu memang kita kena bagi dia can untuk laksanakan, ataupun kerajaan boleh "curi" idea itu dan laksanakan, barulah kita boleh tau berhasil atau tidak. Tapi saya rasa kerajaan terlalu ego untuk buat macam itu.
Kot mana sekalipun, jawapan Shabery Cheek tu, sepertimana jawapan retorik pihak kerajaan yang lain, haram saya tak boleh terima, sebab saya masih tak nampak apakah langkah² berkesan kerajaan untuk membantu rakyat (kalau mereka AMBIL BERAT la). Setakat "gula²" (rebat apa semua tu), tak cukup tuuu! :P
Dan saya setuju, Anwar tidak menampakkan sikap kepartian beliau, sebaliknya lebih ikhlas berkongsi idea. Tapi, puak² yang anti dengan dia ni, kot mana pun boleh "putar-belit" dengan mengatakan Anwar sengaja buat macam itu untuk menampakkan dia hero dan untuk menarik sokongan orang.
Duuuh, manusia bernama Anwar Ibrahim ni, rupanya, TAK BOLEH buat apa langsung tanpa dicurigai ya? Dia buat macam itu pun tak kena, dia buat macam ini pun tak kena... :P
Dan betul lagi, akhir sekali, rakyat la harus menilai. Tapi dalam pada itu, masih ada yang tak tahu nak menilai. Nilai asuhan (baca: BASUHAN) yang tertanam sekian lama mengenai "perlu sokong parti sekian² untuk menjamin kesejahteraan" masih lagi menebal di kalangan rakyat, terutamanya yang sedikit berumur. Ditambah pulak dengan putar-belit media, apa lagi... :D
Salam...
BalasPadamKak su sebenarnya dah letih nak tahu pasal politik ni... tapi debat tu mmg kak su tengok.
Nak ulas panjang-panjang pun dah tak de selera lagi. Cuma terlintas kat fikiran, niat Anwar tu mmg baik, tapi kalaupun harga minyak turun, harga barang lain yg nak disebabkan oleh kenaikan minyak tak akan turun lagi dah...
Apapun... kak su suka ttg nama baru yg diberikan pd sabery... MENTERI PENYERANGAN. hehe
Salam.
BalasPadamYa Kak su, bakpo nak letihnyer? Enjoy apa menikmati dramanovella politik tanahair, hehehe!
Harga barang takkan turun kalau minyak turun?
Itu kita tak tahu lagi, tapi hakikatnya ialah, harga minyak BELUM PERNAH turun, tapi PERNAH harga barang turun.
Sementara itu, JIKA harga minyak naik, NESCAYA harga barang pun naik.
Oleh yang demikian, kita boleh simpulkan bahawa, SEANDAINYA harga minyak turun, BOLEH JADI harga barang pun turun.
Kalau pun harga barang tak turun, sekurangnya harga minyak sudah turun, dan harga barang yang sedia mahal itu, bolehlah kekal dengan harga itu untuk beberapa ketika lagi.
Tapi bab harga barang ini juga berkait dengan matawang. Dalam program pasca-debat di Astro Awani, menurut Datuk Salleh Majid, Ringgit kita ni dikaitkan dengan Dollar Amerika yang tengah lemah, sebab itulah bila Dollar jatuh, Ringgit pun jatuh, dan sebab itu jugalah segala harga barang pun naik.
Lalu dia mencadangkan agar kita mengaitkan atau menambat atau menggantungkan (ayaa, tak tahulah apa istilah yang tepat, bukan orang ekonomi saya nih, tapi harap paham la kot?) Ringgit kita dengan Euro yang lebih kukuh. Akibatnya, kesan ke atas Dollar tak akan efek kita, sebab kita takdak kena-mengena dengan Dollar, hahha! Oleh yang demikian, kuranglah terasa apa saja kesan kegawatan ekonomi yang dirasai oleh Amerika Syarikat.
Ada ramai, atau sekurangnya di kalangan blogger, yang menganggap idea dan hujah Datuk Salleh Majid ini LEBIH BERNAS daripada Anwar Ibrahim dan lebih² lagi Shabery Cheek yang memang tak bernas itu, biarpun dia tak masuk berdebat, sebaliknya program Analisis pasca-debat itu lebih bersifat santai (macam sembang kedai kopi!). Cuba Google tengok nama Salleh Majid.
Tapi, hujah Salleh Majid tu "terkeluar topik" la, sebab orang sembang pasal harga minyak, bukan pasal matawang... :D
Hehe, saya cuba Google "Menteri Penyerangan", ternyata dah ramai dah yang pakai istilah tu, ahaks! =)