Sabtu, 12 Julai 2008

Laman Web "The Dark Knight" kena sabotaj?

Masa tayangan dah menghampiri, tapi alih-alih, laman sesawang rasmi bagi filem THE DARK KNIGHT pulak kena sabotaj! Apa kes? Siapa punya kerja yang dengki sangat ni?

Ini dia buktinya (sila klik pada gambar tu untuk lihat saiz lebih besar).


Kalau dilihat di situ, laman asal itu sudah "diconteng" dengan gincu merah (atau darah?) dengan kalimah ketawa "ha ha ha!" berulang-ulang kali. Siapakah yang dengki sangat yang sanggup buat macam ini?

HA HA HA!!!

Orang itu tak lain tak bukan ialah The Joker (lakonan Heath Ledger)!

Ya, jangan panik, ini semua cuma sebahagian daripada "kempen pemasaran" (gimik) untuk filem Batman yang terkini lakonan Christian Bale ini. Aku ada menyenaraikan beberapa laman sesawang "rasmi" (tipu sebenarnya) yang dibangunkan khusus untuk filem ini, agar menghidupkan suasana seolah macam lokasi dan watak dalam filem ini benar-benar wujud dan peristiwa dalam filem ini benar-benar berlaku.

Kali ini, The Joker telah mensabotaj bukan saja laman rasmi, malah kesemua laman sesawang yang berkaitan dengan filem ini (ada dalam entri aku sebelum ini). Pensabotajan itu melibatkan "contengan" yang dibuat oleh The Joker terhadap wajah muka sesiapa yang dipaparkan dalam laman sesawang berkenaan, di mana muka orang itu akan diconteng dengan pen hitam di bahagian mata dan pen merah di bahagian mulut (untuk melukiskan wajah senyuman ala badut). Di samping itu, perkataan-perkataan yang terpapar di situ akan diubahsuai oleh The Joker agar menjadi mesej yang ingin disampaikannya, dan ianya menggambarkan betapa "sakit"nya si Joker ini. Aku tak tahu nak labelkan apakah "isme" yang sesuai dengan dia ini, melainkan sebagai seorang yang "anarkis" jua.

Antara yang menarik ialah laman RememberingGina.org yang dipenuhi dengan kalimah "ha ha ha!" dan tompokan darah (eww!) dan muka wanita itu diconteng, dan laman organisasi CitizensForBatman.org yang mana jam countdown mereka telah dihentikan, dan terdapat sebilah pisau di situ, dengan kalimah "take a stand" bertukar menjadi "take a STAB".

Yang paling menyeramkan ialah laman "rasmi" bagi Harvey Dent (lakonan Aaron Eckhart) iaitu IBelieveInHarveyDent.com yang menjadi mangsa bukan sahaja sekadar contengan dari The Joker, malah membayangkan bahawa The Joker tersangat "meminati" Harvey Dent, secara yang... err... eww, geli den nak sebut!

Apahal pun, banyak gila la laman sesawang yang nak disenaraikan kesemuanya yang disabotaj (tak macam yang aku nyatakan dalam entri aku sebelum ini, rupanya ada 30 laman sesawang yang berkaitan dengan filem ini!). Boleh rujuk entri aku sebelum ini, atau masuk saja ke WhySoSerious.com (laman "rasmi" bagi The Joker!), perhatikan pada sebelah kanan sikit skrin tu, terdapat kertas warna putih yang menyenaraikan badan-badan atau organisasi-organisasi tertentu di Gotham City serta nombor telefonnya. Kita boleh klik pada mana-mana nama organisasi dalam senarai tersebut dan ianya memaut ke laman sesawang yang berkaitan yang kesemuanya disabotaj oleh The Joker!

Oh, baru teringat, teknik ini pernah digunakan dalam kempen untuk filem SUPERMAN RETURNS dua tahun lalu, di mana laman rasmi filem itu juga telah disabotaj, kali ini oleh musuh ketat si Superman itu sendiri iaitu Lex Luthor. Walau bagaimanapun ianya tidaklah sedahsyat ini, sebab laman rasmi filem tu cuma satu sahaja, dan Lex Luthor tidak "segila" The Joker dari segi perlaksanaan kejahatannya.

Kerja-kerja mensabotaj laman-laman sesawang berkaitan filem THE DARK KNIGHT ni aku baru sedar pada 11 Julai 2008 (ketika aku menaip entri ini) dan mungkin tak lama. Ketika anda klik ke laman sesawang berkenaan selepas tarikh itu, boleh jadi ianya sudah kembali pulih. Dan jika anda membaca entri ini LAMA sesudah filem ini ditayangkan, boleh jadi kesemuanya sudahpun hilang! Tapi, yang tensionnya tu, aku belum sempat memuat turun wallpapers dari laman rasminya tu, dan sekarang yang ada di situ adalah versi yang kena conteng, alahai! Apahal pun, jika anda membaca entri ini sebelum filem ini ditayangkan (17 Julai 2008 di sini, 18 Julai 2008 di Amerika Syarikat), maka selamat melayari!

Mampukah Batman membanteras jenayah di Gotham City yang sudah "nazak" itu, ditambah pula dengan huru-hara yang dicetuskan oleh Joker? Atau apakah Batman akan mengalah dan akan hancur musnah serta runtuhnya "tamadun" di kotaraya itu? Jeng jeng jeng... B-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang