Sabtu, 12 Julai 2008

Kecintaan Khalid bin Al-Walid terhadap Rasulullah SAW

Dalam satu entri aku yang lalu, aku telah memautkan sebuah video iklan mengenai "peranan Syaitan dalam pemakaian wanita" (bukan tajuk sebenar!) setelah terlihat sebuah entri daripada blog Mujahideen Ryder.

Kali ini, aku terlihat lagi, suatu entri beliau yang menarik di blognya, yang bertajuk "Khalid bin Waleed’s Love for The Prophet (s)".

Di dalam entrinya itu, diletakkan satu video yang menarik. Video iklan sebenarnya, memaparkan babak tertentu melibatkan Khalid bin Al-Walid R.A. ketika mengetuai perang di Yarmuk menentang bala tentera Byzantine.

Ini dia video berkenaan.



Dari satu sisi, kita dapati video ini kelihatan sungguh epik. Macam menonton filem perang epik yang lain, padahal ianya cuma sebuah iklan. Alangkah baiknya kalau ada yang menyumbangkan dana untuk buat filem macam ni (bukan setakat iklan). Tinggal lagi nak cari pengarah dan pelakon yang mantap saja.

Hmm... mengingatkan aku kepada sebuah siri drama Arab yang berjudul KHALID IBN AL-WALID: SAIFULLAHI MASLULUN (Pedang Allah yang terhunus). Tak salah aku, aku menontonnya di saluran ART (Arab Radio Television kat Astro), ketika bulan Ramadhan tahun lepas. Ya, memang aku suka drama Arab (sayangnya RTM2 dah tak tayang drama Arab semenjak drama AL-HASHEEM tu tamat, huhuhu...). Tapi drama pasal Khalid Al-Walid tu tak sempat la aku tengok kesemuanya. Dan pengetahuan Bahasa Arab aku yang sedikit terbatas tu memustahilkan aku memahami kesemua jalan cerita dan dialognya. Tapi sempat la tengok ada babak berperang dengan Musailamah Al-Kazzab (nabi palsu) dan pengikutnya.

Berbalik kepada video di atas tu. Bagi yang mungkin tak berapa faham, video itu memaparkan betapa cintanya Khalid bin Al-Walid RA ini kepada baginda Nabi SAW sehingga sanggup menggadaikan nyawanya untuk mendapatkan kembali topi perangnya yang terjatuh ketika sedang bertempur. Beliau tidak sanggup kehilangan topi tersebut kerana ianya mengandungi beberapa helai rambut Nabi SAW yang mulia itu yang dijahitnya pada topi berkenaan, satu-satunya athar Nabi SAW yang beliau ada sebagai kenang-kenangan. Itu bukti betapa cintanya beliau kepada baginda Nabi SAW.

Sudah tentulah gambaran babak di video ini sudah didramatisasikan, tapi peristiwa ini memang ada dalam riwayat. Pengajarannya di sini ialah, sejauh manakah kecintaan kita kepada junjungan besar kita baginda Rasulullah SAW? Sejauh manakah kita menzahirkannya? Sejauh mana kita menghormati Rasulullah SAW? Atau apakah cuma kata di mulut saja bila orang tanya, sedangkan setiap amalan kita saban hari tidak menggambarkan kecintaan itu? Bahkan, ada pula yang kata kononnya dia cinta sedangkan perbuatannya lebih menjuruskan ke arah menghina baginda SAW? Hmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang