Sabtu, 29 Mac 2008

Hai Muslimah bertudung! Jangan tunduk pada Syaitan!

Aku ada memautkan feed bagi laman blog MUJAHIDEEN RYDER ini di dalam laman blog aku (adakalanya kelihatan dan adakalanya feednya itu seperti bermasalah dan tidak dapat dipaparkan dalam Wordpress). Blog yang memang menarik!

Tapi, pada suatu hari, aku terperasan sebuah entri yang sangat menarik pada blognya itu (sepertimana yang terpapar di sebelah kanan blog aku ini), berjudul "Hijabis: Don’t give in to Shaytan!". Aku jadi penasaran nak tahu apa kebenda isi kandungannya.

Rupa-rupanya, entri itu mengepilkan sebuah video yang sangat menarik!

Video mengenai godaan Syaitan terhadap seorang gadis yang bertudung!

Haha, alkisahnya, gadis ini (yang agak cun juga orangnya!) sedang berdandan untuk keluar. Tiba-tiba muncullah sang Syaitan menghasut dan menggoda lagi meragu-ragukan beliau mengenai pemakaiannya. Syaitan memberikan "alternatif" terhadap cara beliau mengenakan tudung beliau serta pakaian beliau yang lainnya. Dan sayangnya, gadis ini akhirnya "tewas" pada godaan tersebut.

Sila tonton video berikut:


Tak sangka, Syaitan ini kelihatan sungguh effeminate. Kelihatan "lembut" sepertimana yang biasa kita lihat pada lelaki-lelaki yang bekerjaya sebagai pereka fesyen (atau apa saja yang melibatkan fesyen dan wanita), heheh! Agaknya memang sengaja dilakonkan sedemikian kot? Analogi yang agak "kasar" aku rasa, hahaha!

Mengenai gadis itu pulak, terus-terang ingin aku mengaku di sini; gadis itu kelihatan JAUH LEBIH CANTIK DAN JELITA ketika beliau mengenakan pakaian pertama beliau, tanpa mekap tebal-tebal, daripada ketika setelah beliau "termakan" hasutan Syaitan, dengan mekap tebal segala. Macam hantu daaa... atau lebih tepat lagi, "macam Syaitan"? Hohoho! Astaga!

Apahal pun, video ini pastinya sangat "pedas" bagi kaum wanita Muslimah yang menontonnya, heheh! Oh, tak lupa juga pada lelaki yang mereka fesyen (apa lagi kalau mengandam!)!

Akhir kalam, ingin sekali lagi aku mengingatkan di sini, kepada Muslimah di luar sana; rendahkan pandangan anda, jagalah dan tutuplah aurat anda!

15 ulasan:

  1. Hamba tak gemar perempuan pakai mekap! Pakai gincu pun tak suka. Hoho.

    Tapi bila sebut pasal tudung ni, kenapa hamba sering dinasihati oleh rakan-rakan dan juga mereka yang lebih tua, supaya cari wanita yang bertudung untuk dibuat bini.

    Patutnya, kita kena cakap, cari yang menutup aurat. Barulah betul. Bertudung tak semestinya menutup aurat sebab banyak juga wanita hari ini yang pakai baju t-shirt lengan pendek ketika bersiar-siar di taman bunga.

    BalasPadam
  2. Bagus jugak orang macam anda ini. Anda ni ada sikit macam Fahri la (versi NOVEL, BUKAN versi FILEM). Pergi la Mesir sana nun. Mana tau kot boleh dapat jodoh dengan cewek Jerman+Turki+Palestin, hahah!

    Disebabkan hamba ini lebih bersikap terbuka, maka hamba kata hamba tak kisah orang nak bermekap atau bergincu. Setakat nak tutup parut ka, lubang jerawat ka, atau merekah bibir ka, apa salahnya kan? Tapi yang lembut udah la. Muka jangan sampai gebu sangat, mulut jangan merah sangat, bagi la pink, baru cute... hihihihi (yeeesh!)!

    Jenis mekap yang hamba rasa melampau sikit dan hamba tak suka ialah yang dikenakan oleh Mak Andam kepada pengantin perempuan kita. Aci tengoklah, semuanya sama!

    Sama dari segi apa? Ya, mereka akan dimekap setebal²nya, sampai ada yang nampak macam hantu cina, ada yang nampak macam tepung gomak. Entah berapa lapis entah.

    Kalau perempuan itu berkaca mata, mesti beliau akan "dilucutkan" matanya daripada "kaca" itu, hehe! Hairan jugak hamba, tak boleh ka bersanding pakai spek mata?

    Habis hilang keayuan asli si pengantin perempuan itu. Hmmm... tapi mungkin jugak itu matlamat asalnya; menghilangkan keayuan asli pengantin perempuan tersebut supaya orang ramai yang melihatnya pada hari kenduri itu, akan jadi "tak teringin" kepada wanita yang sudah bergelar isteri orang itu. Ini suatu "reverse psychology" yang bagus nih, tak gitu?!

    ...

    Betullah kata² rakan² anda itu. Dari segi makna lughawinya pun, takkan la anda nak cari wanita yang tidak bertudung kan? Kan? Kan? Sila jawab dengan jujur, hahah!

    Ini semua "mainan bahasa" saja. Dalam bahasa kita ni, "bertudung" tu merujuk kepada "menutup aurat". Orang "mengaji" semuanya tahu pasal ni. Yang "tak mengaji" saja yang pakai tudung tapi masih "bogel", if you know what I mean la kan?

    "Bertudung" adalah "simbol menutup aurat". Kat negara Eropah tertentu, apa yang mereka larang? That's right, mereka larang bertudung!

    Dalam cereka fiksyen tertentu pun, apa langkah pertama yang dilakukan oleh seorang wanita yang "baru insaf"? Mengenakan tudung kepala! Padahal wataknya sebelum inipun dah "menutup" auratnya yang lain, kecuali RAMBUT di KEPALA!

    Maka, kesimpulannya, ini sudah jadi suatu kebiasaan. Sudah "diiktiraf" dalam bahasa kita. Macam la kita dah tak boleh nak pertikai kenapa perkataan "gay" yang turut sebenarnya positif, kini sudah dikaitkan kepada "golongan tertentu" yang negatif itu.

    Atau, dari segi bahasa jugak kita boleh pertikai, kenapa panggil majlis Tahlil sedangkan dalam majlis tu kita juga baca ayat² Al-Quran yang lain, serta berselawat, selain daripada Tahlil, kan?

    ...

    Okay, sebelum hamba merapu, baik hamba berhenti di sini dulu, hehe!

    BalasPadam
  3. Hehe... best gak baca komen lelaki ttg wanita ni. Teringat pulak anak buah saya yang dah besar panjang. Nasihat saya pada anak buah lelaki, mmg lebih kurang nasihat yg Tawel dapat tu lah... tapi lebih detail tentunya.

    Fesyen tudung yang pelbagai menjadikan semakin ramai muslimat tak keberatan untuk bertudung. Bagi yang sukakan perhatian, walaupun bertudung, mrk masih boleh kelihatan cantik dan menarik. Ditambah pulak kalau mengenakan make up yang bersesuaian, memang lebih ayu berbanding dgn yg tak pakai tudung.

    Tapi sejauhmana kecantikan didalam diri mampu digambarkan dgn cara pemakaian? Saya teringat beberapa orang teman saya. Zaman sekolah dulu, seorang teman bertudung bulat labuh sehingga keparas pinggang, tapi sembahyangnya taklah begitu 'stabil'. Bila ditanya macammana dia tergerak hati untuk pakai tudung labuh, jawabnya, sbb nak tutup bhg dada yg agak besar berbanding teman yang lain. (Saya tanya sbb nak tahu krn berdasarkan pemerhatian saya, perangainya taklah begitu 'matching' dgn pakaiannya.)

    Seorang lagi teman sebilik semasa di IPTA, tak bertudung dan suka pakai pakaian yg agak ketat. Bila saya baca Quran, dia yang dok study boleh tegur tajwid saya yang salah. Saya jadi malu padanya kerana saya memang tak tahu hukum tajwid, hanya tahu baca saja, sedangkan saya bertudung.

    Ada juga kawan tak bertudung yg perangainya selalu buat saya menggelengkan kepala. Tapi memiliki persahatan dgn teman yang bertudung (biasa dan labuh) yg buat saya sejuk hati bila melihatnya, apatah lagi bila mendengar buah bicaranya membuatkan saya lebih gembira. Bukan saya tak gembira bersahabat dgn mrk yg tak bertudung, cuma saya rasa berdosa bila tak mampu menegur dan mengajak mrk supaya
    sedar tentang aurat yang perlu dijaga.

    Disebabkan pelbagai perangai manusia yang pernah saya kenali, membuatkan saya tak mahu tergesa-gesa menilai hati dan perangai mereka berdasarkan pakaian. Tapi kalau anak buah saya meminta saya memilih calon isteri buatnya, saya pasti akan memilih yang bertudung untuk mrk. Hahaha... Kenapa? Kerana persepsi saya tetap mengatakan yang bertudung lebih tahu tentang batas menutup aurat.

    Bersolek pulak, seharusnya hanya untuk suami je, tapi bila orang kata saya kelihatan macam orang "sakit tenat" sbb kelihatan pucat bila tak pakai make-up, apa yang perlu dilakukan? Lalu saya calitkan sedikit pelembab berwarna natural dan bedak agar nampak lebih bermaya.

    Ya Allah, rapuhnya iman saya bila saya menuruti apa yg dicadangkan. Mohon ampun Ya Allah... Itu yang kena bertaubat dan beristighfar setiap hari tu...

    Untuk tawel dan saladin yang masih muda belia, bila nak pilih calon isteri, ikutilah garis panduan yang telah agama kita tetapkan. Moga kalian ditemukan dengan isteri yang mampu memberikan ketenangan kerana ada orang berkata bahagia itu adalah ketenangan dan bukannya kegembiraan. Erm... boleh faham ke? hehe...

    BalasPadam
  4. Huraian yang panjang lebar, memerlukan respon hamba yang akan jadi lebih melebar, hehe! Terima kasih wahai Saudari suara.

    Apahal pun, terima kasih kerana "bersetuju" dengan hamba (secara tak langsung) mengenai penggunaan istilah "bertudung" tu.

    ...

    Hamba tertarik dengan pengalaman anda bertemu dengan pelbagai ragam Muslimah, yang bertemu dengan mereka secara langsung. Sudah tentu tak sama dengan pandangan hamba, seorang lelaki, yang hanya boleh memerhati dari jauh. Jangan salah sangka pulak! Maksud hamba, kenal gitu² saja, terlihat apa yang terzahir. Hamba tak berkawan sangat dengan orang perempuan ni (pemalu orangnya, sebab tu sampai hari ini masih "bersendirian", hahah!), apa lagi nak bergaul bebas dengan mereka, heh!

    Hamba tertarik dengan kisah anda berkawan dengan gadis "bertudung labuh". Dulu hamba memandang tinggi kepada SEMUA mereka yang daripada golongan ini. Sehinggalah hamba terjumpa seorang, satu kuliah dengan hamba di IPT dulu (tapi, hamba tak berkawan dengan dia tau!). Beliau ini memang tudungnya sentiasa sampai ke pinggang.

    Tapi hamba sungguh terperanjat beruk melihat beliau membonceng motosikal seorang siswa senior kami! Sebelum inipun hamba kerap terserempak (bukannya mengintip!) mereka berpacaran, makan semeja berdua, tapi hamba husnuzzhon aja, heheh! Tapi kalau naik motor bersama ni, aii, tak dapat diterima akal hamba ni.

    Sebab ternyata mereka bukan saudara kandung. Mereka memang terkenal saling mencintai, tapi hamba juga belum mendengar khabar mereka ini sudah menikah pada ketika itu, jadi hamba pun teruslah kehidupan hamba dengan perasaan hairan itu.

    Oh, rupanya ada juga manusia lain yang bertemu gadis "bertudung labuh" yang sebegitu, haha! Barulah hamba tahu, tak semestinya yang bertudung labuh tu kerana tuntutan agama! Rupanya ada jugak yang memang bertudung kerana entah kenapa (antaranya fesyen la kot).

    Kalau alasan teman suara, kira bagus la jugak sebab mengelakkan diri daripada fitnah. Namun hamba masih tertanya apa pula alasan coursemate hamba ini bertudung labuh. Boleh jadi dahulunya beliau memang seorang yang sepertimana gadis² bertudung labuh yang lain, cuma bila masuk IPT, beliau kena kejutan budaya ka apa ka, entah la, kan?

    ...

    Kisah gadis tak bertudung tapi menegur tajwid anda itu pun hamba kagum juga! Macam watak Maria dari novel AYAT-AYAT CINTA la pulak (sedikit promosi...)! Dia tu Kristian Koptik, tapi boleh hafal Surah Maryam dan Surah Al-Maidah!

    Ternyata benar juga kata² "more than meets the eye" ini ya (bukan hanya khusus untuk TRANSFORMERS!).

    Maka hamba setuju dengan pandangan anda yang tidak tergesa² menilai orang lain berdasarkan penampilan. Sebab dahulunya hamba pun jenis menilai buku berdasarkan kulitnya juga. Entah bila entah hamba berubah, hamba pun tak ingat, hoho!

    Tapi betullah tu, kalau yang tak bertudung (baca: MENUTUP AURAT) tu, memang kena diajak supaya berubah. Cara mengajak tu penting. Kena berhikmah, jangan sampai dia lari terus daripada si pendakwah pulak! Dan kena selalu doakan moga dibukakan pintu Hidayah kepadanya.

    ...

    Dan setuju banget dengan pandangan anda mengenai kenapa cari wanita "bertudung" sebagai calon isteri tu! Biarpun bunyi agak klisé, tapi memang itulah hakikatnya; wanita bertudung ada kesedaran lebih mengenai menutup aurat. Cuma mungkin boleh diperbetulkan sikit konsep menutup aurat tu, kalau mereka salah la.

    Macam kalau ditanya pada wanita siapa calon suami idaman mereka, pasti mereka akan menjawab acuan sebegini: "yang beriman, yang dapat membimbing isteri ke jalan benar". Jawapan begini sering hamba dengar daripada mulut wanita, hatta artis yang berpakaian entah apa² tu pun memberi jawapan yang sama, heh!

    ...

    Mengenai bersolek pula, hamba setuju, "bersolek" tu hanya layak untuk dipersembahkan kepada suami.

    Tapi rasanya perlu dibezakan juga bersolek untuk suami, dengan bersolek untuk menyerikan sikit wajah apabila nak keluar rumah tu. Bukan nak menarik perhatian orang secara berlebihan, cuma supaya orang nampak yakin dengan kita kalau perlu berurusan dengan mereka. Kalau nampak selekeh, kan tak bagus jugak kan?

    Tapi kalau payah sangat, pakai saja purdah, macam watak Aisha dalam novel AYAT-AYAT CINTA tu (promo lagi!). Sebab wataknya itu digambarkan sangat cantik dan untuk mengelakkan fitnah, maka ditutup wajahnya itu daripada dapat dilihat orang.

    Tapi itupun nanti orang akan mengata jugak kat kita kan? Pendek kata, apa saja yang kita buat, cakap atau pakai, mesti akan ada yang mengomen. Biasalah tu...

    Namun siapalah hamba nak menasihat orang perempuan apa yang nak dipakai atau ditempek pada mukanya. Tak kenal la segala toner, blusher, pelembab hapa semua tu tak tahu la, heh!

    ...

    Amin! Terima kasih atas doa anda! Memang semua nak cari yang baik² saja untuk dijadikan pasangan hidup.

    Benar, kami muda belia lagi, haha! Boleh jadi juga Sensei ni masih single & available, maka beliau yang tua sikit daripada hamba ini patut lebih² lagi la mendengarkan nasihat anda dalam isu mencari jodoh ni.

    "Bahagia itu adalah ketenangan dan bukannya kegembiraan"? Wah, pening jugak hamba nak memahamkan maksud kata² ini. Boleh jadi Sensei yang lebih luas pengalamannya itu dapat memahaminya persis sepertimana yang sepatutnya difahami... ;)

    ...

    Sekali lagi, terima kasih hamba ucapkan atas komentar merangkap pandangan dan nasihat anda itu! :D

    BalasPadam
  5. Kalau biasa-biasa dan tak tebal sangat mekap tu, bolehlah juga terima sebenarnya. Tapi masih cenderung kepada kecantikan wanita yang organik. Hehe.

    Alamak Convoy, tentang "bertudung" dan "menutup aurat" tu, mungkin jugalah sekadar permainan bahasa. Tapi dari pemerhatian sendiri yang tidak bersandarkan kepada mana-mana stastik, ramai juga ibu bapa yang bernafas lega dan bersyukur bila anak bujangnya membawa bakal isteri yang bertudung.

    Memang bertudung, tapi tudungnya jarang sehingga menampakkan batang tengkuk. Memang bertudung, tapi bentuk dua bukitnya tidak dilabuhi tudung dan ditambah lagi apabila si gadis itu memakai t-shirt berlengan pendek yang sendat. Memang bertudung, tapi penampilannya terlalu bertabarruj.

    Sebab tu bagi hamba, dalam masyarakat kita, 'bertudung' dan 'menutup aurat' tu adalah dua perkara yang berbeza. Di Barat, suasananya lain sikit. Secara umumnya, ia all-or-none. Mereka yang mengenakan tudung, selalunya berpakai sopan yang memang menutup aurat sama sekali dan tiadalah yang terbonjol di sana-sini. Kalau yang tak bertudung, memang nampaklah seksinya. Mujurlah di Eropah sejuk. Kalau tidak, silap-silap makin seksi mereka setiap masa.

    Hamba bukanlah jenis yang demand sangat tentang penampilan bakal isteri. Tapi cukuplah kalau dah bertudung dan selalu mengenakan baju kurung atau pun t-shirt longgar berlengan panjang. Kalau dapat bertudung labuh, mahu mata hamba berada di bawah paras beku kerana kesejukan yang melampau! Haha.

    BalasPadam
  6. Tiba-tiba bila baca komen anda kali ni, saya teringat entry tawel ttg topeng2 cinta. Hakikatnya manusia mmg memakai topeng samada sikit atau banyak, kadang tu antara sedar dgn tidak, samada secara rela atau terpaksa. Semuanya bergantung kepada keadaan.

    Begitu juga dgn pandangan terhadap perempuan bertudung (labuh ataupun biasa), walau apapun sebabnya, jgn mudah membiarkan diri anda hanyut dalam persepsi yang keterlaluan akibat dari satu dua pendapat atau kisah yang agak 'memeranjatkan' dan membuka mata. Kisah yang mungkin membuatkan anda berubah pendapat tentang sesuatu tanpa disedari. Entah bagaimana pandangan anda dan org lain jika tahu sejarah pemakaian tudung saya...  haha

    Apapun, penilaian sebenar tentang tudung atau topeng yg dipakai oleh kita semua biarlah Allah saja yang tentukan. Sebagai hamba yg lemah, doakan saja agar kita sentiasa dibimbing oleh akal dan iman dalam setiap hal. Niat yg salah amat perlu untuk dibetulkan.

    'Bahagia itu adalah ketenangan dan bukan kegembiraan'. Ish...Macam mana saya nak terangkan ni erk?

    Biar saya cuba terangkan mengikut pemahaman saya ya. Bila kita tengok org ketawa kita akan kata dia gembira, tapi hakikatnya ketawa itu mungkin bukan datangnya dari hati, tapi mungkin ketawa yang dibuat untuk menyembunyikan sesuatu kesedihan ataupun ketawa yang hanya meletus akibat dari kelucuan atau keadaan/peristiwa tertentu.

    Ketawa, walaupun kerana gembira tak boleh berterusan dan bertahan sepertimana ketenangan. Contoh mudah, kita tahu sehari ada 24 jam, tapi mana ada org ketawa 24 jam kan? Tapi ketenangan mampu dirasai sehingga 24 jam, walaupun sebahagian masa itu kita sedang tidur.

    Tenang dirasai bila kita tak dibebani dgn masalah yg terlalu menyesakkan. Hanya sesekali, ketawa meletus dan ia bolehlah dianggap sebagai terapi saja. Tidaklah ketawa sampai kita lupa diri.

    Paling penting sebagai ukuran kebahagiaan ialah jiwa yang penuh dengan ketenangan bila dapat menjalani kehidupan seperti yang dimahukan, seperti yg digariskan oleh agama kita. Bukankah tenang itu lebih jelas membahagiakan? Atau anda rasa ketawa gembira itu lebih menggambarkan bahagia?

    Mungkin kalau anda baca entry saya yang bertajuk "Bahagia itu apa?", anda akan dapat selami serba sedikit apa yang dimaksudkan. Mungkin boleh berikan pendapat serba sedikit tentang kisah yang saya paparkan disetiap entry saya kerana hampir 85% adalah kisah benar yg saya kutip dari pengalaman diri dan teman-teman serta apa yang diceritakan. (Mengumpat yg mahu diambil pengajaran dari kisahnya).

    Yang pasti dlm cerita saya tak ada watak sempurna seperti Fahri. Insyaallah saya akan cuba elakkan gambaran kesempurnaan kerana ianya kisah kehidupan yang benar-benar berlaku. Lagipun mana ada manusia yang sempurna, kan? :)

    Akhirnya... Maaf ya, promo anda tak berkesan mana pada saya setakat ini. Mungkin kena banyakkan atau perbaiki lagi promosi anda tu. hahaha...

    BalasPadam
  7. Ops... sorry ye Tawel... saya tersalah tajuk ttg entry anda. Tajuk tak tepat, sbb tajuk sbnr ialah 'topeng buat beli cinta' bukan 'topeng-topeng cinta'. Harap maafkan kesilapan ini ya!

    Terlanjur menulis, saya terbaca komen anda ttg perempuan bertudung yg mengenakan tudung yg nipis sehingga menampakkan leher dan berpakaian t-shirt ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Walaupun saya akan memilih yg bertudung utk anak buah saya tapi rasanya kalau kebetulan terlihat anak gadis yang berpakaian begitu, saya juga tak akan menjadi memilih mrk untuk dijadikan menantu. hahaha...

    Tapi ye lah, mungkin masa bertemu saya anak gadis itu sedang memakai topeng yang memberikan persepsi yang baik, yg berbeza dgn rupa yg sebenar. Maklumlah, nak jumpa bakal mak sedara mertua/mak mertua sedara (mana satu yg betul ye?), mestilah mahu memberikan tanggapan yg baik. Biasalah tu kan... :)

    Saladin, Tawel dahpun nyatakan ciri-ciri calon isteri pilihannya secara ringkas, anda pula bagaimana?

    p/s: suka membaca dan mendengar impian anak-anak muda, muslimin dan muslimat yang masih berusaha mencari cinta dan arahnya. Impian yang boleh diceritakan dgn satu ayat yag simple. Semoga impian kalian semua akan dikabulkan Allah satu hari nanti.(bina impian yg baik-baik saja tau... yg berlandaskan dan bergariskan pada tali agama tentunya) Amin.

    Wassalam.

    BalasPadam
  8. Ya Tawel Senpai, kalau enta tak suka macam mana sekalipun mekap, nanti bila hari perkahwinan nanti, mau tak mau (bakal) isteri enta nanti pastinya akan dimekapkan setebal yang mungkin jugak, sebab memang dah menjadi tradisi kita sejak zaman-berzaman (?), hahah!

    Melainkan kalau enta bernikah di luar Malaysia, di luar budaya Malaysia, ataupun mungkin dengan isteri yang BUKAN DARI MALAYSIA, seperti contohnya (manalah tahu kan?) dengan gadis berdarah Jerman+Turki+Palestin ka, ahahaha!

    Ya betul hai Senpai, secara peribadi hamba ini pun peminat "kecantikan organik" jugak. Kalau hamba boleh memilih, hamba pun pilih yang mekap tak tebal jugak. Kalaulah "pasangan" hamba tu mekap tebal, pastinya hamba akan menegur, hah! Namun buat masa sekarang ni, siapalah hamba kan?

    Cumanya, dalam kes ini, hamba cuma menyatakan pendirian hamba mengenai wanita yang nak bersolek. Hamba sendiri tidaklah akan berasa "teruja" atau "tersinggung" melihat wanita yang bermekap tebal pun, sebab tu hamba tak kisah. Tapi kalau yang nak dipilih, mestinya yang "cantik organik" jugak!

    ...

    Ya, hamba bersetuju pula dengan sentimen anda mengenai ketidaksedaran ibu bapa mengenai perbezaan "hanya bertudung" dengan yang jenis betul² "menutup aurat" ni.

    Bisa jadi dilema oo, sebab ada pulak si anak yang paham, tapi si mak bapak pulak tak paham, dan nanti dia kata "amboi, macam nak menikah dengan ustazah!".

    ...

    Hamba memang tak mau nak mengulas mengenai apa yang anda kata tu, mengenai "bertudung tapi..." tu, sebab memang pendirian hamba sama dengan anda pun (kita ni asyik sama la pulak pasal bab ni, kan?).

    Cuma hamba tertarik bila anda berkongsi mengenai suasana di Barat tu. Tapi, macam yang anda kata, di sana "sejuk" kan? Jadi bolehlah yang "bertudung" tu menutup semuanya sekali, sebab sejuk. Di sini yang panas ni, adakalanya akan berlaku "kelonggaran" yang mungkin tidak melampau bagi sesetengah orang.

    Eh, kalau "longgar" tak mengapa la pulak, kan? Yang dipermasalahkan di sini ialah sebab kebanyakkannya memilih yang "ketat", hah!

    ...

    Hmm... ciri² "bakal isteri" anda tu memang mirip dengan hamba! Tak apa, hamba akan elaborate dalam respon hamba terhadap Kak suara pulak ya?

    BalasPadam
  9. Akak suara, tenkiu atas penjelasan mengenai "Bahagia itu adalah ketenangan dan bukan kegembiraan". Bila direnung balik, betoi jugak apa yang akak kata tu, haha!

    P/S: Promo akak tu jadi "tak berkesan" sebab akak punya link tak membawa ke laman blog akak yang sepatutnya. Mujurlah selama ini pun hamba sudah beberapa kali singgah di situ, maka pasti hamba jumpa yang mana satu entri yang akak maksudkan tu, hehe... ;)

    Oh ya, "kesempurnaan" Fahri tu hamba dah "ulas" di ruang komen entri yang lagi satu tu, hoho...

    ...

    Oohoo, dah masuk isu "topeng" jugak di sini ya?

    Haa... pasal kisah silam orang tu, secara peribadi, hamba tak peduli apa kisah silam seseorang itu seandainya masa SEKARANGnya ini, kalau hamba lihat dia tu orang yang okay, maka okaylah dia bagi hamba. Hamba malas nak korek.

    Cuma kalau terlanjur dah tahu tu, hamba perlu la jugak konformasi apakah beliau benar² sudah berpindah dari "kisah silamnya" (kalau yang tak elok la kan?), dan apakah kisah silamnya tu akan berulang lagi atau sudah dibuang jauh². Lepas itu, insyaAllah, sikit pun tak terkurang persepsi hamba kat insan berkenan, bahkan boleh jadi makin bertambah sebab terlampau kagum, hehehe...

    ...

    Ahaaa, akak ni mengkompiuskan la. Kenapa sebut "anak buah"? Dan kenapa membahasakan diri sebagai "mak mertua sedara"? Macam mana hubungan akak dengan "anak buah" akak tu? Hoho, nanti nak mengahwinkan mereka tu, kena diperjelaskan betul² tau, sebab keturunan adalah antara aspek yang dipertimbangkan sebelum "membina masjid", heheh...

    Okaylah, kalau Sensei dah sebut "secara ringkas" ciri² isteri pilihan dia, maka ingin hamba katakan pilihan hamba pun tak jauh beza dengan dia, haha! Kenapa, ada calon yang akak kenal yang seswai kerrr? ;)

    Oh, cuma hamba nak tambah satu yang dia tak sebut. Hamba pun dulu rasa benda ni macam remeh, sehinggalah seorang rakan hamba mengutarakannya pada hamba, iaitu salah satu aspek yang dia pertimbangkan, yang akhirnya hamba turut "menirunya".

    Selain bertudung (labuh) dan menutup aurat yang lain, hamba juga, kalau boleh la, nakkan calon isteri tu seseorang yang memakai sarung kaki, hahah! Sebab ada yang menganggap kaki pun aurat, maka dia pun tutuplah dengan stokin, dan ini menunjukkan dia ambil prihatin aspek menjaga aurat ni!

    Tapi itulah dia, siapalah hamba ini, masih terkial² mencari kerja tetap. Siapa yang mahu. Gadis yang mempunyai ciri² macam yang hamba sebutkan tu, mestinya akan cari lelaki yang, kalaupun tak sehebat "Fahri", tapi sekurangnya yang "hafiz" ka, atau yang sewaktu dengannya la. Maka hamba pun abaikan saja dululah bab ini.

    ...

    P/S: Sedang cuba mencuri waktu untuk membaca e-novel akak tu! B-)

    BalasPadam
  10. Salam....

    link tak menjadi ye? maaflah sbb saya org tua baru belajar... hahaha

    Ok... cuba lagi sekali ya...
    nak try buat link sekali lagi lah.

    Bahagia itu apa?

    Impian

    atau kalau tak dapat link tu, terus ke alamat di bawah ni.

    http://www.fitrahperkasa.net/karya.php?a=24

    http://nahwannur.blogspot.com/2008/03/impian-ku-menjadi-pencinta-cinta.html

    Tak faham istilah anak buah dan mak sedara mertua ye...? hahaha

    anak buah yg dimaksudkan ialah anak lelaki kakak, dan saya (kak su/suara) menggelarkan diri sebagai mak sedara mertua sbb dia tu anak kakak, bukan anak sendiri. kalau anak sedara lelaki bawak bakal isteri jumpa saya maka saya mengatakan bahawa bakal menantu berjumpa dgn bakal mak sedara mertua... (erm ini istilah sendiri je sbnrnya) kalau anak sendiri bolehlah gelarkan diri ni bakal jadi mak mertua. itulah penjelasan seadanya... harap saladin tak pening ya. hehe

    Kisah perbualan dgn anak sedara saya boleh di baca di sini

    http://suaradimindaku.blogspot.com/2008/02/mahu-yang-baik.html

    setakat ni takdenya saya nak carikan jodoh utk mereka sbb rasanya mrk pun lebih suka cari sendiri.

    erm... banyak link yg cuba di buat dlm cerpen tu macam tak berjaya, tak terlink bila di klik. Tak perasan sbnrnya sbb tak ada pembaca yg bagitau (atau tak ada org yg baca sbnrnya. hehe). Tapi bila sedar kegagalan link yg di buat tu, ianya dah di edit dan diperbetulkan. InsyaAllah dan boleh kot lepas ni. Kalau tak boleh jugak, sila bagitahu ya.

    Saladin nak cari yg bersarung kaki jugak ye? bagus...bagus... tapi kalau dapat yg tak bersarung kaki, suruh je dia pakai. Berikan sedikit galakan dan jelaskan sebabnya, pasti sebagai isteri, dia akan mengikut. InsyaAllah.

    P/S : Kalau Saladin baca e-novel yg tak siap-siap lagi tu, ataupun cerpen, jgn segan-segan nak komen ye... mmg cerita akak tu banyak kelemahan, tapi sayangnya tak ada siapa yg sudi menegur bagi membolehkan ianya diperbaiki lagi.

    BalasPadam
  11. Yaaa, sekarang pautan² itu sudah pergi ke halaman yang sepatutnya ditujukan! Terima kasih atas perkongsian halaman² itu. Saat saya menaip ini, saya sudah membaca kesemua pautan yang Kak su bagi tu (termasuk kisah Kak su dan anak sedara tu). Tetiba rasa insaf la pulak, ehehee...

    ...

    Pasal e-novel Kak su tu, so far saya belum mampu nak mula baca lagi, tapi kalau dah baca pun, mungkin saya tak boleh nak komen (saya bukan pengkritik bertauliah, hehe!).

    Tapi, apakata Kak su cuba "berkawan" dengan blogger yang sememangnya novelis, ataupun yang baru jadi novelis, terutamanya yang novelnya diterbitkan oleh PTS. Takpun cuba "berkawan" terus dengan "Sifu" PTS sendiri (laman webnya ialah http://www.universitipts.com/ dan sengaja saya tak buatkan pautan, takut dia berjaya kesan balik ke laman blog saya yang tak seberapa ni, heheh!).

    Sebabnya ialah saya nampak (dan saya rasa la) banyak jugak novel/buku terbitan mereka ni datangnya dari aspiring writers yang memulakan curahan kreativiti mereka di blog masing². Pastu pabila mereka berkawan dengan kalangan rakan² dalam circle sifu tu (termasuklah pabila berkawan dengan sifu itu sendiri) dengan cara "mengomen" ke blog masing², maka akhirnya saya terjumpa buku/novel yang ditulis oleh mereka ini, sudahpun terjual di kedai² buku, diterbitkan oleh syarikat penerbitan berkenaan!

    Oleh yang demikian, saya cadangkan Kak su cubalah berbuat demikian. Mana tau nanti boleh saya beli novel Kak su di kedai buku!

    ...

    Hehe, niatnya tu memang nak cari yang bersarung kaki. Malah memang ada dua-tiga "calon potensi". Tapi mengenangkan kekurangan diri, maka saya buang jauh² dulu hasrat saya tu. Yeah...

    Nanti² ja la. Pi mai pun, kalau dah jodoh tu, memang takdak sapa yang boleh halang (dialog dari filem MAMI JARUM JUNIOR)!

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum

    Heheh! Tak sangka, kat sini lagi meriah dari wordpress edition.

    Baca entry pasal nak suh pompuam jangan terikut godaan syaitan. Tapi, bila masuk tang komen, pasal cari calon isteri la pulak.

    Saya yang lebih tua (menurut kiraan umur sahaja) dari En. Tawel dan En. Saladin ni pun masih mencari.

    Semoga, kita dianugerahkan Isteri yang solehah...

    BalasPadam
  13. Wa`alaikumussalam warahmatullah.

    Ya Encik aiyrie, memang ini suatu "keganjilan"! Biasanya entri² hamba di Wordpress jauh lebih meriah daripada di sini. Tapi macam yang boleh dilihat, di sini dah jadi sembang isu cari jodoh la pulak, akakaak!

    ...

    Ohhooo, dah kenalah kita bertiga ni masih "Bujang Trang-tang-tang"! Kita patut berkawan lebih rapat. Mungkin patut menyewa satu rumah. Kalau dah lanjut sikit tapi masih bujang, kita boleh jadi BUJANG LAPOK. Kalau kita dah tua, kita boleh jadi BUJANG ANTIK pula, ahahah!

    ...

    "Semoga, kita dianugerahkan Isteri yang solehah..."

    Amiiin! =D

    BalasPadam
  14. Terima kasih sbb pagi cadangan untuk sertai group novelis. Tapi kaka su tak nak jadi novelis lah. Nak jadi orang biasa-biasa je. :)

    BalasPadam
  15. Alahai Kak su, novelis pun orang biasa² jugak!

    Saya tengok baru² ni, budak lepasan Matrikulasi UIA yang baru ja sambung pengajian ke UIA, pun dah ada novelnya sendiri yang diterbitkan!

    Maknanya, "orang biasa²" pun, kalau yang ada kemampuan LUAR BIASA untuk mengarang, berpotensi untuk menjadi novelis, jika "berkawan" dengan kelompok yang benar, heheh!

    Apahal pun, semoga sukses selalu! =)

    BalasPadam

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang

  • Christian Science Hospitals - According to Occam's razor, the christian science hospitals a constant state of creation, or in some classroom sixty students, it is my reward for exerti...
    3 jam yang lalu
  • Teh Tarik FTW | #DahMcmSabun | Shah Alam | Selangor | Malaysia - Related Posts: - SHRMZB :) | Setia Alam, Shah Alam | Selangor, Malaysia 23 July, 2013 - #Satay + Nasi Impit + Bawang + Timun | #SatayStation | Pla...
    Sehari yang lalu
  • Rezeki berpagi-pagi. - Dapat menyelesaikan tugasan lebih awal. Dapat menghadap Tuhan lebih lama dan lebih selesa. Sempat buat sarapan dan bersarapan berdua dengan Encik Suami. Se...
    Seminggu yang lalu
  • Jujur - Hari ini melayan anak anak bermain benda seperti tanah liat dan adunan berwarna. Saja nak beri tangan mereka ini berfungsi semula. Kerap dangan jari melere...
    2 minggu yang lalu
  • Siapa Lokman Hakim? - Sebuah cerita yang menginspirasikan! Drama TV tahun 1997. Karya yang mantap. Mengisahkan seorang suami/ayah yang dipandang rendah oleh isteri dan anak...
    2 bulan yang lalu
  • Saat itu - Dia semakin hampir... Teramat dekat sehingga takut untuk mengelipkan mata. Bimbang andai mata ini tidak mampu dibuka lagi. Datangnya tanpa siren amaran, ta...
    6 bulan yang lalu
  • Larangan Sarcasm - Kita hidup dalam budaya penuh ironi. Sarcasm. Hingga hendak mengajak kepada kebaikan pun kita menyindir. Kita sudah tidak percaya kepada ajakan secara dire...
    Setahun yang lalu
  • Surat-Surat Kepada Mereka - Dalam diri. Itulah. Cinta dan benci, datang dan pergi. Terlalu banyak cerita yang ingin ditulis, tetapi ada sebahagiannya bukan untuk dikongsi. Barangkali,...
    Setahun yang lalu
  • Baju Raya Baru - Setiap kali raya, setiap kali itulah dilema. Dilema sama ada perlu beli baju raya baru atau tidak untuk tahun ini. Maksud saya, baju hari raya yang pertama...
    2 tahun yang lalu
  • (Idea Lucu) Cara Tidur Yang Berkesan! - 1. Pejam Mata. Mesti kene pejam mata kalau nak tidur. Mana ada orang buka mata. kan? 2. Tengok Drama Melayu. Bila dah bosan, pasti ngantok. 3. Senaman Mala...
    2 tahun yang lalu
  • Ludah Siswa Atau Ludah Najib? - Terkejut. Mahasiswa telah tunjuk taring. Walaupun bukan majoriti mahasiswa di Malaysia ini, tetapi tindakan mereka perlu diambil perhatian. Najib Razak per...
    2 tahun yang lalu
  • - [image: malay_version_v2]
    3 tahun yang lalu
  • SALAM AIDIL FITRI - Assalamu'alaikum, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan *SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRIMAAF ZAHIR DAN BATIN* Kepada semua Rakan-rakan SKMN Mal...
    4 tahun yang lalu
  • a little update - kalau saya jarang online, itu bukan bermakna saya sibuk. tapi saya selalu tido awal. itu saja. sekarang ni balik kerja malam. habis kerja pukul 8 malam dan...
    5 tahun yang lalu