Selasa, Mac 25, 2008

Ayat-Ayat Cinta: The Novel!

Dua atau tiga minggu yang lalu, setelah dua tahun membeli dan memilikinya, akhirnya aku khatam juga membaca novel ini!

Haha, bagi mantan kaki ulat buku (yang bertukar menjadi malas buku semenjak masuk IPT) yang mencuba berjinak-jinak untuk membaca semula, tugas menamatkan pembacaan novel setebal ini agak menyukarkan. Tambahan pulak ini bukanlah genre yang aku suka baca. Eiii, "cinta-cinta" ni menggelikan aku yang sebenarnya, haha!

Tapi disebabkan komuniti-komuniti online Muslim di Malaysia ini sangat-sangat merekomendasikan novel ini sebagai bacaan, dengan alasan kita di sini ketandusan karya sebegini (tak ada ka, atau malas nak mencari?), maka aku pun terpengaruhlah dan membelinya.

Tamat membacanya, biarpun perasaan aku bercampur-baur, tapi majoritinya mengatakan bahawasanya novel ini sangat bagus, dan secara tidak langsung, aku pun rasa macam nak merekomendasikan kepada sesiapa saja agar membacanya.

Maka, ADA APA DENGAN AYAT-AYAT CINTA? (Hehe, nanti aku buat novel/filem pakai tajuk AADAAC!)

Novelnya...


Cover AYAT-AYAT CINTA: THE NOVEL: THE MALAYSIAN VERSION: THE PINK COLOUR!

Fahri, iaitu hero utama dalam novel ini. Watak dia, bagi aku, terlampau sempurna. Dia tiada konflik dalaman, dia yakin, dia tiada kisah silam yang ngeri yang menghantuinya. Sentimen yang sama rupanya turut dikongsi oleh sang pengarah yang mengangkat novel ini ke filem (nanti kita cerita lagi pasal ini). Menurutnya, yang hampir sama dengan pandangan aku, Fahri ini umpama "malaikat". Oh, memang wataknya ada konflik, tapi konflik itu disebabkan oleh orang lain, bukannya oleh kesilapannya sendiri. Dia tak pernah buat silap dalam cerita ini.

Maka, bagi aku mudah saja; dalam karya fiksyen, "kesempurnaan membawa kebosanan". Ya, ini kata-kata yang aku cipta sendiri (seingat akulah. Sesiapa yang berasa aku telah menciplak kata-katanya, secara tak sengaja, maka aku memohon maaf!). Konflik dalaman watak Fahri, yakni kelemahan beliau, kalaupun ada, bagi akulah, hanyalah sesuatu yang superficial. Dia ada satu kelemahan. Apa dia? Tak boleh melihat wanita menangis? "Kalau dia halal bagiku, ingin aku memeluknya agar dia tenang"? Bwahahaha!

Oh, lagi satu, watak Fahri ni mudah sangat menangis. Cengeng betul. Dalam dua-tiga helaian mukasurat novel tu, tak sah kalau tidak tertulis "pipiku dibasahi air mata tanpa kusedari", atau lebih kurang macam itu maksudnya, yang diulang berkali-kali, cuma mungkin berbeza struktur ayatnya sahaja. Ya la, aku tahulah hang ni berjiwa lembut! Tapi tak payah la dok ulang berkali-kali hang menangis. Depan bini pun hang menangis. Malulah sikit beb!

Maka, kesimpulan aku mengenai watak ini ialah, dia tersangat sempurna, dan ini sesuatu yang agak tak best bagi aku sebagai pembaca (atau penonton, kalau ianya watak filem/siri TV), sebab watak sempurna sebegini akan alienate penonton. Penonton yang merasa diri "tak sempurna", akan rasa tak dapat nak relate dengan watak sesempurna ini. Itu bagi akulah.

Oh, cakap pasal bini, haha, ada empat orang "aweks" yang menghiasi novel ni, sebagai heroin-heroin di sisi Fahri. Ini bukan cinta tiga segi lagi dah ni. Ini dah berkembang menjadi cinta LIMA SEGI! Sesuatu yang pertama kali aku temui dalam sebuah karya fiksyen, haha! Siapakah mereka semua ini?
  • Maria, "cewek Mesir" yang cantik, jiran Fahri, suka kat Fahri (calon yang paling aku suka untuk dipasangkan dengan hero, yeah, aku penyokong kuat Maria!).
  • Nurul, gadis Indonesia, anak orang alim, suka jugak kat Fahri (iye la, kalau dia tak suka, tak dinamakan "heroin" la kan?), menyangka beliau bertepuk sebelah tangan (sebab Fahri pun suka kat dia, tapi masing-masing terlampau "berlagak" nak mengaku perasaan masing-masing, haha!).
  • Noura, gadis Mesir yang malang, satu-satunya watak yang betul-betul bertepuk sebelah tangan, cinta tak berbalas, menjadi antagonis untuk membalas dendam... oops, terbagi tahu la pulak!
  • Dan akhir sekali, Aisha, gadis Jerman-Turki-Palestin (kalau dia kahwin dengan Fahri, bayangkan, anak mereka akan menjadi Indonesia-Jerman-Turki-Palestin... peh!), bertepuk dua belah tangan, heroin sebenar novel ini, sama sempurna macam heronya, sama membosankan macam heronya, haha!

Dari segi cerita, macam pengarah bagi versi filem ni kata, awal-awal novel ni sangat "memengantukkan". Hehe, padanlah aku pun menghadapi kesukaran nak menyudahkan pembacaan, susah nak lepas fasa "mengantuk" dalam novel ni. Bila dia dah kahwin, baru mula jadi seronok sikit, tu pun ada sikit kebosanan apabila si isteri mula membebel mengenai latar belakang hidupnya. Bla bla bla... macam baca karangan biografi la pulak!

Pastu kita mula jadi geram bila suatu insiden berlaku pada hero, yang membuatkan kita jadi laju membacanya sebab kita dapat cepat mengetahui kesudahan nasibnya, dan akibatnya, cepatlah kita dapat sudahi pembacaan kita, hahha!

Cuma, yang paling aku hargai dan suka pasal novel ini ialah ia mengajar (secara tak langsung) adab-adab yang perlu dipatuhi dalam menghadapi hubungan suami-isteri yang soleh, siap dengan doa-doanya sekali. Memang petua yang baik punya! Aku sangat menganjurkan kepada bakal suami/isteri (terutamanya yang nak jadi "suami", sebab sudut pandangan novel ini ialah lelaki, jadi petuanya lebih sesuai diikut oleh lelaki) yang nak menjalani kehidupan berkeluarga yang Sakinah, Mawaddah wa Rahmah, hehe!

Dari segi tajuk, kalimah "Ayat-ayat Cinta" itu hanya sekali disebut, menghampiri akhir novel itu, dalam Bab 30 (daripada 33 bab kesemuanya), di mukasurat 438 (kalau mengikut cetakan dalam versi Bahasa Melayu). Dilafazkan oleh sang isteri, merujuk kepada ayat 67 Surah Az-Zukhruf yang dilafazkan suaminya kepadanya ketika sang isteri tercenderung untuk melakukan "korupsi" demi membebaskan sang suami yang terpenjara akibat fitnah itu. Haha, dalam keadaan tersepit itupun, dia melarang si isteri berbuat benda macam itu. Memang dasar "sempurna"!

Oh, cakap pasal versi Bahasa Melayu (iaitu versi yang aku baca ni), ada beberapa hal yang aku tak puas hati dengan versi ini. Penterjemah hanya menterjermah beberapa kalimah/perkataan daripada bahasa mereka kepada bahasa kita. Tapi struktur ayat, kebanyakkannya masih lagi dalam struktur bahasa mereka. Akibatnya, menurut aku la, ayat Bahasa Melayu dalam novel ini jadi tunggang-langgang. Pening aku, membaca Bahasa Melayu uslub Indonesi. Mujur aku ni faham sikit bahasa mereka (sebab terlebih menonton sinetron!). Heh, lebih baik tak usah terjemah kalau sebegini saja kualitinya!

Lepas tu aku mendapati penterjemah seolah menjadi "malas" pada penghujung novel. Lebih kurang satu per empat terakhir novel ini, kelihatan beberapa perkataan bahasa mereka yang langsung tidak diterjemah (dalam diari Maria, hari Jumaat ditulis "Jumat", dan hari Ahad ditulis "Minggu"). Lepas tu, terdapat banyak pula typo, contohnya perkataan "dan" menjadi "dsn", "makan" menjadi "maksn" (ini contoh saja, sebab malaslah aku nak cari balik perkataan apa beserta mukasuratnya, namun ianya memang ada, percayalah cakap aku!). Sebab apa? Sebab di atas papan kekunci, huruf "A" dan "S" berhampiran, haha! Ayyooo, mana dia pembaca pruf? Tak periksa ka kesalahan sebegitu?

(Hoho, aku pasti, mesti akan ada seseorang daripada sebuah syarikat penerbitan di Malaysia ini yang tersenyum mengenangkan kualiti novel ini versi kita, dan akan berkata, "kalaulah syarikat aku yang terbitkan buku ini di sini, pastinya lebih berkualiti!")

Ahaks, aku ada fail .pdf, yakni versi "e-book" bagi novel ini. Dalam bahasa asal. Namun disebabkan aku dah terhabis baca versi tempatan bagi novel ini, maka aku rasa tak perlulah aku menyeksa diri mengulang baca novel ini. Dah sudah tu, sudah la kan?

Namun, secara keseluruhannya, novel ini memang bagus la. Kawan aku kata, kawan dia lepas baca novel ni, jadi insaf terus! Ekstrimnya kesan novel ini pada pembacanya! Memang betullah ini "novel pembangun jiwa"! Namun kesannya mungkin berbeza-beza, bergantung kepada "tahap kesedaran" pembacanya itu sendiri kot. Aku memang dah lama insaf dah, ahahah!

Di sana, novel ini sangat popular, hingga dinobatkan sebagai "Best Seller". Dan mereka sangat berbangga dengan novel ini. Whateverlah kan? Mereka memang "mudah berbangga" dengan apa sahaja yang mereka hasilkan. Kalau kita bersembang dengan mereka, alamatnya kena tahanlah telinga kita mendengarkan pujian demi pujian mereka terhadap diri mereka sendiri, hahah! Itupun dah cukup sopan dah tu, kalau mereka tidak melemparkan kejian terhadap kita la! Kan banyak isu berbangkit antara kita sekarang ni kan?

Cuma ingin aku nasihatkan bagi yang malas nak baca, tapi kena "paksa" dengan orang. Memandangkan adanya ilmu rumahtangga yang berharga yang boleh dipelajari daripada novel ini, jadi rugilah kalau tak membacanya, dan wajarlah orang itu memaksa anda membacanya. Nasihat aku kepada orang sebegini; jangan baca novel ini dari awal. Sebaliknya mulalah membacanya dari tengah, sebab kalau tidak, anda akan merasa bosan, dan akibatnya mungkin tak terhabis baca novel ni. Kalaupun anda dapat menghabiskan novel ini, anda akan mengambil masa dua tahun, macam aku, haha!

Lalu, bagaimana pula dengan adaptasi filemnya? Jeng jeng jeng... tunggu...

12 ulasan:

  1. Apabila ku mengooggle pelakon yang menjiwai watak Aisha itu, tiba-tiba jadi meluat dengan Aisha dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

    Hamba tak baca novel, sekadar menonton filemnya aje. Tapi filemnya (atau novelnya juga) ada banyak flaws. Contohnya, ketika Fahri dituduh mencabul kehormatan Noura sehingga menyebabkannya mengandung. Cepat betul pihak mahkamah Mesir melakukan perbicaraan ke atas Fahri, malah cepat juga hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Takkanlah tak boleh tunggu sampai 4 bulan mengandung untuk dijalankan proses amniocentesis supaya DNA bayi tu boleh diuji.

    Kesimpulan, proses perbicaraan di Mesir berlaku dengan sangat efisien sekali ;)

    AMARAN: Filem Ayat-Ayat Cinta membuatkan rasa nak kahwin cepat dan juga boleh menjadi alat ketika suami mahu memujuk sang isterinya dalam hal poligami. Haha!

    BalasPadam
  2. Sensei, sebenarnya memang ada e-buku novelnya (.pdf), versi Bahasa Indonesia semestinya, di sekitar internet ini. Kalau anda Google tajuk novel ini, dan mengklik pada blog² hampir sesiapa saja yang mengulas pasal novel/filem ini, ada yang akan memberi pautan kepada URL untuk memuat turun e-novelnya.

    ...

    Haha, itulah dia masalah filem adaptasi novel. Kekangan masa menyebabkan ada beberapa babak kelihatan terburu², sementara kalau dalam novel, ianya mempunyai masa yang cukup untuk memberi penjelasan yang wajar kenapa sesuatu babak itu berlaku sedemikian.

    Untuk pengetahuan Sensei, di dalam novelnya, sistem kepolisan di Mesir digambarkan menggunakan stail "bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah (guilty until proven innocent)".

    Itu yang berlaku kepada Fahri. Beliau dituduh, dan polis terus percaya. Mahkamah serta rakyat Mesir juga terus percaya. Digambarkan mereka amat ambil berat kalau rakyat mereka diperkosa, terutamanya oleh orang luar, seperti Fahri.

    Hamba tak tahu apakah dalam filem dijelaskan mengenai hal ini, tapi kalau dalam novel, memang dikatakan mahkamah mereka memang sebegitu. Terburu². Dan agak korup. Maknanya "fakta" ini sudah diestablish dalam jalan cerita novelnya.

    ...

    Mengenai ujian DNA itu, dalam novel itu, digambarkan ujian DNA hanya boleh dibuat SETELAH bayi itu dilahirkan. Haha, jangan tanya hamba, ianya tertulis dalam novel. Mukasurat ke-422 kalau dalam novel versi BM (Bab 29 kalau nak diperiksa dalam novel versi asli). Kena tanya Kang Abik sendiri. Mungkin beliau tidak tahu kot akan fakta ini, heheh!

    ...

    Berbalik kepada mahkamah, macam yang dikatakan tadi, mahkamah mereka memang sebegitu. Apatah lagi Fahri orang asing. Mereka akan buat apa saja supaya Fahri dapat dibuktikan bersalah, atau menghalang apa saja bukti yang mendapati Fahri innocent.

    Jadi, jangan haraplah mereka nak tunggu sampai 9 bulan (fakta dari novel mengenai kebolehupayaan untuk memeriksa DNA pada janin) untuk memenangkan Fahri.

    Malah, kalaupun mahkamah mahu tunggu, hamba tak rasa Fahri akan survive seksaan di penjara (hamba difahamkan ini juga tidak digambarkan dengan jelas dalam filemnya?). Sebab digambarkan ada tahanan penjara mereka yang mati begitu saja di penjara, yang dipenuhi dengan orang tak bersalah seperti Fahri (yang sudah dipenjara jauh lebih lama daripada Fahri, tanpa pembelaan).

    Maka, kesimpulannya, memang proses perbicaraan di Mesir sangat "efisien", seperti yang digambarkan dalam novelnya itu. Jangan haraplah nak datang pasukan CSI sebagai "penyelamat"! =)

    ...

    Kalau filem itu mampu membuat anda rasa nak kahwin cepat, novelnya mampu membuat anda nak kahwin SEKARANG juga!

    Cuma dalam bab poligami itu, ianya tidak sukar kalau dalam versi novel. Sebab dalam novel, sang isteri rela, malah memaksa pula si suami, untuk melakukan poligami. Difahamkan babak berkenaan dari filem itu antara "perubahan jalan cerita" yang tidak disenangi oleh penggemar novelnya.

    ...

    Untuk pengetahuan Sensei, watak Fahri dalam novel TERSANGAT BERBEZA daripada versi filem. Dalam novel, Fahri seorang yang yakin dan tegas. Hamba sendiri tak pasti "siapa dia" manusia yang bernama Fahri sepertimana yang digambarkan dalam filem itu, hehhe!

    BalasPadam
  3. Salam...

    Seronok gak baca ulasan anda ttg novel ni. :)

    Buat masa skrg, saya belum baca lagi cerita ni, jadi tak bolehlah nak komen. Walaupun dah baca sinopsis yang anda berikan dlm entry ni, saya rasa saya tak akan beli gak kot...

    filem? erm... entahlah, tak rasa nak tengok jugak... hehe

    BalasPadam
  4. Wahai suara, tenkiu atas keprihatinan anda!

    Uish, anda kena baca novel ini. Ianya bukannya ditulis oleh sebarangan orang. Habiburrahman El-Shirazy ini lulusan Al-Azhar. Malah ada yang menyimpulkan bahawa novel ini merupakan "pemfiksyenan" daripada kisah hidup beliau sendiri sewaktu di Al-Azhar. Watak Fahri itu, boleh jadi beliau sendiri.

    Gamak tak mau beli versi terjemahan (yang agak lemah), maka cubalah cari fail .pdf nya. E-novel la kata orang. Ada ja di sekitar internet ini. Tak rugi membacanya.

    Biar hamba spoilkan sikit. Punyalah hebat watak Fahri (versi NOVEL) ini, sampai beliau pernah bermimpi bertemu dengan seorang Sahabat Nabi SAW! Siapa dia? Haha, kena bacalah, heheh!

    Tu tak termasuk lagi bab "nikah-kahwin" dalam novel ini!

    Pendek kata, tak rugi membacanya!

    ...

    Tapi, kalau filemnya itu, hamba melarang keras daripada menontonnya! Setidaknya, bacalah novelnya dulu baru menonton filemnya, makalah bolehlah menilai dengan lebih adil. Sebab kalau anda tonton filemnya dulu yang tak seislamik mana berbanding novelnya, hamba takut anda akan memandang serong pada novelnya dan terus tak mau baca, heheh...

    Seriously, pada pandangan hamba, filemnya merupakan suatu joke yang tak kelakar langsung, heheh!

    BalasPadam
  5. Saya cuba mencari 'keinginan membaca novel' yg boleh dijadikan alasan atau sebab untuk membaca novel ini tapi tak jumpa. Mungkin sbb saya tak ingin kenal Fahri yang 'sempurna' dan mungkin juga sbb terasa berkesannya amaran yg tawel berikan sehingga terkesan kepada 'sense of fear' (istilah sendiri ni) yg ada dlm diri saya. hahaha...

    Apapun InsyaAllah, kalau ada kelapangan dan kebosanan yg buat saya mati kutu sehingga tak tahu nak buat apa, saya akan cuba cari .pdf file yg anda cadangkan tu dan membacanya. :)

    BalasPadam
  6. Kak suara (saya panggil Akak, boleh ya?), amaran yang mana satu yang akak risaukan tu? Poligami ka? Hahah, jangan khuatir, dalam novel (sebab hamba tak tengok lagi filemnya tu), si suami tu tak mahupun menduakan isterinya dengan berpoligami, siap bersumpah lagi untuk kekal kepada HANYA dia seorang, tapi si isteri yang mendesak mengenangkan situasi yang sedang mereka hadapi. Terbagitahu setakat itu saja cukuplah ya? Nak tahu lanjut, kena baca la novelnya! ;)

    ...

    Watak Fahri tu, untuk pengetahuan akak, nampak saja macam sempurna. Orang sekeliling dia memang akan nampak dia begitu. Tapi sebab kita baca novel ini dari sudut pandangan beliau (selaku narrator), kita berjaya menyelami apa kekurangan dan kelemahan yang dia ada, yang berjaya diimbangi (dan diatasi) dengan kekuatan yang dia ada.

    Kelemahan beliau tidak selemah dalam filem, itu harus diingat ya?

    Kekurangan paling utama; dia ni anak orang miskin. Akibat daripada itu, dia mempunyai rasa rendah diri yang amat tinggi.

    Akibat daripada ini juga, dia malu untuk cuba "merisik" seorang gadis yang diminatinya, sebab gadis itu anak seorang kiai yang memiliki pesantren tempat dia belajar dahulu. Dia rasa mana layak anak orang miskin berkahwin dengan anak kiai.

    Akibat daripada ini juga, dia jadi macam perempuan pulak, iaitu mengambil keputusan untuk "menunggu" saja kalau ada perempuan yang sudi kepadanya.

    Dia juga punya satu kelemahan, iaitu dia cukup pantang tengok perempuan menangis, hahaha! Ini kena baca novel jugak ni....

    Maka itulah dia, lelaki bernama Fahri, bukannya sempurna dalam ertikata dia ni tak ada character flaw langsung. Namun sengaja hamba tulis sebegitu dalam entri ini, dengan penuh emosinya, sebab hamba JELES dengan wataknya itu, hahah!

    Sebab dia merupakan seorang lelaki yang hamba sudah tidak berpeluang lagi untuk menjadi sepertinya. Juga merupakan seorang lelaki yang sangat bertuah kerana memiliki isteri yang... oppppss, ini tak boleh didedahkan, kena baca novel jugak, sebab hamba rasa dalam versi filem watak isteri itu sudah didowngrade, menjadikan filem itu kelihatan ada masalah rumahtangga macam dalam sinetron, doooh!

    ...

    Seriously, novel ini banyak faedah/manfaatnya, terutamanya bagi yang baru nak cari jodoh, aaa, banyak petua/ilmu yang boleh dicedok dan diaplikasikan.

    Kalau yang membaca tu perempuan, sudah semestinya akan mengidamkan lelaki macam Fahri... err... ini pun bahaya jugak bagi lelaki biasa macam hamba, pasti tak ada can kalau nak yang sehebat Fahri tu, haha!

    Kalau yang membaca tu lelaki, mesti akan kagum dan teringin nak isteri macam Aisha (ulangsuara, jangan banding Aisha filem dengan Aisha novel!). Tapi secara peribadi, hamba lebih simpati dan suka kepada watak Maria, sungguhpun dia tu beragama Kristian Koptik, heheh!

    ...

    Kesimpulannya, akak kena baca jugak novel ni suatu ketika nanti! ;)

    BalasPadam
  7. Nak panggil kak suara? Boleh. Apa salahnya. Nak panggil kak su pun tak pe, sbb itulah panggilan sebenar walaupun bukan nama sebenar. :)

    Tahniah. Promo anda kali ini agak berkesan sikit... sudah ada sedikit cetusan keinginan kak su utk membacanya, berbanding dgn dulu. hehe

    Yang pasti ianya sesuai dan berfaedah untuk orang-orang muda macam Saladin dan Tawel yang belum kawin. (patut pujuk Tawel untuk baca novel ni walaupun dia dah tengok filem sbb seperti yang dicanang-canangkan, ia lebih berkesan berbanding dgn filem.)

    Cuma satu je kak su nak tegur. Anda kata; Kalau yang membaca tu lelaki, mesti akan kagum dan teringin nak isteri macam Aisha. Kalau yang membacanya perempuan, sudah pasti mengidamkan lelaki macam Fahri)

    Memang kita semua tak sempurna dan memang banyak kelemahan dalam diri (apatah lg sy yg bukan berlatarbelakangkan pendidikan sekolah agama), tapi kalau Fahri itu menjadi idola dan impian wanita, maka anda sebagai lelaki harus berazam untuk jadi seperti Fahri. Dan bagi perempuan, andainya ingin mendapat lelaki sebaik Fahri, lalu kenalah berusaha untuk membentuk peribadi agar mampu menjadi seanggun dan sebaik Aisha.

    Sebenarnya menjadi umat akhir zaman tak mudah. Lalu bila kita mengagumi seseorang atau satu watak dlm cerita, kenalah berusaha untuk jadi seperti watak idaman, bukannya sekadar merendah diri dan terus berangan. (Kak Su bercakap dari pengalaman mengenali seseorang yg mencipta satu personaliti yg berbeza dgn dirinya yang sebenar sehingga bila dirujuk kepada kawan yang terlibat dlm perubatan, dia dikategorikan sebagai mempunyai masalah awal yg menunjukkan sindrom kearah 'delution of grandios'

    Memandangkan novel ini dikatakan begitu bagus, kak su harap sesiapa yang membacanya dan kagum dgn watak-watak di dlm novel itu termasuk anda, akan sematkan azam dan keinginan untuk menjadi seperti Fahri. Jgn hanya menyedari kekurangan diri dan lepas tu tidak berbuat apa-apa pun untuk memperbaiki.

    P/S: Selalu dengar ceramah dan juga teman-teman berkata, '...hanya yang terpilih saja akan mendapat hidayah dari Allah...' Lalu tak kan kita tak mahu berusaha dan berdoa agar sentiasa menjadi insan terpilih yg diberikan hidayah. Renungkanlah...

    BalasPadam
  8. Salaam.

    Maaflah wahai Kak su, ambil masa hampir dua minggu untuk merespon. Ada sikit kesibukan yang melanda. Ni pun "curi" sikit masa untuk merespon komentar akak tu, heheh...

    Alhamdulillah, sudah timbul keinginan Kak su nak baca novel tu. Baca ja. Memang tak ada la sastera atau berbunga sangat, semua ayatnya tu straight forward saja, malah ada yang melabelkan novel ini sejenis karya popular, cuma bezanya dengan yang lain ialah ianya ISLAMIK.

    Ohooo, tang bab "merendah diri" tu, saya kena mengaku la bahawa saya inipun "guilty as charged". Tapi Alhamdulillah, tak ada la pulak sampai mencipta personaliti (atau menurut Sensei, TOPENG) yang berbeza dengan diri saya sendiri! Hmm... tak tahu pulak "delusi kehebatan" (terjemahan langsung!) itu bermula dengan rasa rendah diri yang bersangatan! Tenkiu kerana memberitahunya! =D

    Ya, memang ada la keazaman nak jadi macam Fahri, tak mungkin kesemuanya, tapi boleh la nak tiru sikit. Tak adalah pulak nak isteri sehebat Aisha tu, cukuplah yang ada sedikit daripadanya jugak, hahah!

    Ha, mengenai "hidayah" tu, saya pula pernah mendengar kata² sebegini: "Hidayah itu ibarat cahaya yang tak akan masuk ke rumah seseorang kalau tidak dibukakan tingkapnya".

    Maka sama² la kita berdoa, berusaha dan bertawakkal ke arah itu.

    BalasPadam
  9. salam..
    sekadar ingin menambah =)
    saya pun telah membaca novel aac.. memang sangat menyayat hati.. dan best.. sekarang saya sedang mencari masa untuk menonton filemnya.. kawan-kawan saya yang sudah menonton juga mengatakan ia tidak sehabat karya novel.. ia juga memberi kesan yang berlainan seperti kata encik saladin katakan.. kawan saya pula, bila sudah baca novel ini.. terus fikir 2 kali untuk sambung belajar di mesir.. kerana dia gerun dengan sikap polis di sana..
    untuk kak suara pula.. memang rugi jika tak membaca novel ini.. saya yang dulunya anti-novel.. sekarang sudah selalu membaca novel.. akibat dipaksa oleh teman-teman.. walaupun sekarang sudah jarang membaca kerana ketiadaan masa =)
    wallahua'lam.

    BalasPadam
  10. Wahai budak baru belajar, terima kasih kerana sudi menambah!

    Seperti anda, hamba juga sedang cuba untuk "mencuri masa" untuk menonton filemnya, dan kemudiannya, mungkin, insya Allah, hamba akan "mengulasnya" di sini pula, hehe...

    ...

    Haha, nampak gayanya novel ini perlu "dihalangkan" daripada dibaca oleh orang yang belum tapi mempunyai keinginan untuk melanjutkan pelajarannya di Mesir! Tapi jika anda bukanlah lelaki kacak yang hebat dan menjadi rebutan ramai, maka tak perlulah khuatir akan menerima nasib seperti Fahri! Cuma, kalau untuk wanita pula, hamba sedikit risau, maklumlah, lelaki Arab ni, ada kategori tertentu yang sangat mara bahaya, heheh...

    ...

    Tapi hamba setuju dengan saranan anda terhadap Kak suara supaya membaca novel ini! Harap sekarang ini beliau sudahpun mula membacanya... ;)

    BalasPadam
  11. Salam...
    Alahai Saladin, begitu besar harapan untuk kak su membaca novel tu ya?

    Dah download dan dah mula baca pun... tapi sebab masa yang digunakan untuk membaca berselang seli dengan kerja dan aktiviti lain termasuk 'berblogger', maka belum sempat dihabiskan lagi... Maka belumlah mampu untuk kak su mengulasnya.

    BalasPadam
  12. Harapan yang tinggi menggunung nii!

    Tak apa, ambil la masa untuk mengkhatamnya. Saya sendiri ambik masa hampir dua tahun, wakaka! =))

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang

  • Waterfall Aviary | KL Bird Park | Near Perdana Lake Garden | Kuala Lumpur | Malaysia - Related Posts: - Rest Area | #BirdPark | #VisitMalaysia @igersmy | Waterfall Aviary | Kuala Lumpur | Malaysia 28 September, 2014 - Roti Banjii...
    Sehari yang lalu
  • Semalam hari yang menarik, - kerana aku berjaya menyiapkan dua bab novel dalam pembikinan. Alhamdulillah. Mungkin kau baca dan fikir, ‘Ah! Setakat dua bab, apalah sangat? Tak sampai se...
    Sehari yang lalu
  • Christian Science Chat - Engineering under the *christian science chat* of the christian science chat under the christian science chat of Liberty within 18th Century American Dem...
    2 hari yang lalu
  • Siapa Lokman Hakim? - Sebuah cerita yang menginspirasikan! Drama TV tahun 1997. Karya yang mantap. Mengisahkan seorang suami/ayah yang dipandang rendah oleh isteri dan anak...
    Seminggu yang lalu
  • Kapsul Nurani – Catatan Inspirasi - KAPSUL NURANI ialah sebuah koleksi kisah inspirasi sama ada untuk penulis itu sendiri atau buat pembacanya. Ada 50 buah catatan semuanya. Saya menggemariny...
    3 minggu yang lalu
  • Saat itu - Dia semakin hampir... Teramat dekat sehingga takut untuk mengelipkan mata. Bimbang andai mata ini tidak mampu dibuka lagi. Datangnya tanpa siren amaran, ta...
    4 bulan yang lalu
  • Larangan Sarcasm - Kita hidup dalam budaya penuh ironi. Sarcasm. Hingga hendak mengajak kepada kebaikan pun kita menyindir. Kita sudah tidak percaya kepada ajakan secara dire...
    10 bulan yang lalu
  • Surat-Surat Kepada Mereka - Dalam diri. Itulah. Cinta dan benci, datang dan pergi. Terlalu banyak cerita yang ingin ditulis, tetapi ada sebahagiannya bukan untuk dikongsi. Barangkali,...
    Setahun yang lalu
  • Baju Raya Baru - Setiap kali raya, setiap kali itulah dilema. Dilema sama ada perlu beli baju raya baru atau tidak untuk tahun ini. Maksud saya, baju hari raya yang pertama...
    2 tahun yang lalu
  • (Idea Lucu) Cara Tidur Yang Berkesan! - 1. Pejam Mata. Mesti kene pejam mata kalau nak tidur. Mana ada orang buka mata. kan? 2. Tengok Drama Melayu. Bila dah bosan, pasti ngantok. 3. Senaman Mala...
    2 tahun yang lalu
  • Ludah Siswa Atau Ludah Najib? - Terkejut. Mahasiswa telah tunjuk taring. Walaupun bukan majoriti mahasiswa di Malaysia ini, tetapi tindakan mereka perlu diambil perhatian. Najib Razak per...
    2 tahun yang lalu
  • - [image: malay_version_v2]
    3 tahun yang lalu
  • SALAM AIDIL FITRI - Assalamu'alaikum, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan *SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRIMAAF ZAHIR DAN BATIN* Kepada semua Rakan-rakan SKMN Mal...
    4 tahun yang lalu
  • a little update - kalau saya jarang online, itu bukan bermakna saya sibuk. tapi saya selalu tido awal. itu saja. sekarang ni balik kerja malam. habis kerja pukul 8 malam dan...
    4 tahun yang lalu