Khamis, 20 Mac 2008

Salam Mawlid - Qasidah Burdah

2 Rabi`ul Awwal 1429 Hijriah jatuh pada 20 Mac 2008.

Alhamdulillah, seperti biasa, umat Islam di negara kita yang ber`aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jama`ah akan menyambutnya dengan penuh keinsafan.

Memang ada suara-suara "sumbang" dari pihak Wahhabi yang mengatakan sambutan sebegini ialah suatu bid`ah yang menyesatkan. Abaikan saja pihak-pihak ini, mereka tiada tempat di negara kita. Cuma yang sedikit sedih tu, ramai orang muda yang terpengaruh dengan pihak ini. Moga Allah selamatkan mereka dari terus terpengaruh.

Cakap pasal Mawlidur-Rasul ni, sebagai tanda cinta dan kasihnya kita pada junjungan besar kita Rasulullah SAW, kita disarankan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda. Bukan terhad pada hari Mawlid saja, sepatutnya pada setiap hari. Sebab kita mengharapkan syafa`at baginda di akhirat nanti.

Hmm, tapi pihak yang membid`ahkan amalan ini, ada juga di kalangan mereka yang tak percaya pulak bahawa Rasulullah SAW akan memberi syafa`at pada kita. Oh, payah lagu ni, heheh...

Cakap pasal selawat ni, ada banyak jenis selawat, Selawat Syifa, Selawat Badar, kesemuanya indah-indah belaka untuk dialunkan. Dan, antara yang aku minat ialah Selawat/Qasidah Burdah (boleh muat turun teks dan audionya di sini) yang dikarang oleh Imam Al-Busiri. "Burdah" bermaksud "Selendang".

Kisah mengenai kenapa beliau mengarang Qasidah ini boleh dibaca di sini (secara ringkasnya, beliau telah sembuh daripada lumpuh setelah bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi).

Ini video bagi lagu "MAWLAY" nyanyian Mohammed Al-Husayan (bukan profil Myspacenya yang sebenar, hehe), yang merupakan petikan/secebis daripada keseluruhan Qasidah Burdah. Boleh dikatakan ini versi nasyid bagi Qasidah Burdah yang paling sedap dan indah didengar. Memang suara munsyid ni pun sedap, jadi bila dia menyanyikan qasidah yang indah ni, diiringi irama yang sedap, maka tahu-tahu sajalah hasilnya kan? Oh ya, video ni siap ada terjemahan dalam Bahasa Inggeris lagi kat bawah video tu, boleh la dihayati ertinya.


Yang ini pula, nasyid berjudul "BURDAH" nyanyian Mesut Kurtis. Irama sama, tapi versi ini mengambil bait-bait yang lain pula daripada keseluruhan Qasidah Burdah, dan lebih rancak daripada yang versi di atas tu. Yang ini pun seronok jugak didengar.


Tapi, yang paling aku minat, orang putih kata "personal favourite" la, ialah versi yang dinyanyikan oleh senior sekolah menengah aku, yang mencipta lagu sekolah, salah seorang bekas vokalis kumpulan Al-Faraddis (kumpulan nasyid sekolah), bekas vokalis kumpulan SABDA, iaitu Arif Muazzim bin Abdul Rahman, tapi anda semua lebih mengenali beliau dengan nama AMAR! Nama nasyid ni ialah "Selawat Burdah". Ya, versi beliau ni lebih ceria, dan sangat sesuai untuk diajarkan pada budak-budak, kalau ada yang nak cuba hafal bait-bait qasidah ni.


Ada banyak lagi versi-versi nasyid bagi Selawat Burdah ni. Kalau rajin, bolehlah mencarinya.

Apahal pun, Selamat Menyambut Mawlidur-Rasul. Selamat Berselawat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang