Ahad, 9 Mac 2008

Batuk! Kisah 5 Negeri Semenanjung...

Dalam buku sejarah, kita dok belajar, bahawasanya sebelum merdeka, sebelum Malaysia, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini terbahagi kepada "kumpulan-kumpulan" tertentu, bergantung kepada bagaimana cara negeri-negeri itu dijajah.

Negeri-negeri itu adalah seperti berikut:

1. Pulau Pinang + Melaka + Singapura = ???
Jawapan: Negeri-negeri Selat

2. Pahang + Perak + Selangor + Negeri Sembilan = ???
Jawapan: Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3. Johor + Terengganu + Kelantan + Kedah + Perlis = ???
Jawapan: Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nah, sekarang, pada tahun 2008, bulan Mac, terbentuk pula satu lagi kombinasi baru melibatkan lima buah negeri di Semenanjung Malaysia ini.

KELANTAN + KEDAH + PULAU PINANG + SELANGOR + PERAK

Agak-agak, apakah nama yang sesuai untuk combo yang (meminjam istilah Ustaz Zamri MARI MENGAJI) "mantop" ini?

Yang pasti, media akan mengatakan bahawa negeri-negeri ini "jatuh ke tangan pembangkang".

Hmm... ini aneh ni. Pembangkang amendenye? Kan mereka membentuk kerajaan di situ? Kerajaan yang SAH, yang dipilih oleh RAKYAT. Nah, sekarang siapa yang bakal menjadi PEMBANGKANG, dalam ertikata sebenar, di situ?

Inilah dia masalah set minda yang telah disetkan sejak zaman-berzaman (terima kasih pada media perdana yang memainkan peranan ini). Melabel dan kemudian menyalahgunakan (dan menyalahtafsirkan) istilah PEMBANGKANG, yang diberi konotasi seolah PEMBANGKANG ini layak dianggap MUSUH/PETUALANG/PEMBERONTAK. Konsep apakah ini? Ini konsep yang menggalakkan perpuakan antara... err... sesuatu "puak".

Maka, marilah kita betulkan persepsi yang salah lagi negatif ini. Dan bacalah apa yang sahabat aku katakan dalam tulisannya dalam entrinya di sini, dan renungkanlah, heheh!

Cakap pasal media, ish, masih cakap besar lah mereka ni. Terimalah hakikat. Orang dah bagi mesej, awat yang dok tak paham-paham lagi tu? Takkan tidoq lagi kot?! Ataupun dalam keadaan... apa orang putih cakap tu... DENIAL?! Ya, orang putih cakap "denial is not a river in Egypt" ("penafian bukanlah nama sungai di Mesir", hehe, tak masuk di akal kalau diterjemah ke Bahasa Melayu).

Oh ya, negeri aku seolah macam terputus terus hubungan dengan media. Tiada satu pun footage mengenai suasana di negeri aku. Pengumuman kemenangan pun tiada. Mana dia laporan "hanya yang sahih" tu? Aku sendiri hampir tak tahu siapa yang bakal jadi Menteri Besar di negeri aku ni.

Ah, baru teringat, menteri media perdana pun tersungkur di negeri aku ni. Lawak... lawak... lawak! Masih terngiang-ngiang ayat-ayat jawapannya kepada pembaca berita Al-Jazeera!

Oh ya lagi, ada orang kata, di bangunan tempat pusat pentadbiran negeri aku, jalan ditutup. Berapa buah entah, trak FRU berhimpun di situ. Aik, nak buat apa tu? Takkan tak mahu kasi kerajaan baru terbentuk kot? Ahaks, ini spekulasi aku saja, yang mungkin akan dipadam kemudian kalau ianya tak betul, hahah! Lagipun aku sendiri belum pergi ke situ nak memastikannya!

"Bulan" telah mengambang di negeri aku, buat pertama kalinya. Yang lawaknya, malam sebelum hari aku mengundi tu, aku baru saja menonton, buat pertama kalinya, menerusi VCD originalnya, filem KALA MALAM BULAN MENGAMBANG, hahah!

Hai, macam-macam...

2 ulasan:

  1. Haha, hamba pun rasanya guna istilah "jatuh ke tangan pembangkang". Tapi maksud "pembangkang" di sini, merujuk apabila mereka bersidang di Parlimen. Kalau di Persidangan DUN Selangor, Datuk Khir Toyo ler jadi ketua pembangkang agaknya nanti. ;)

    BalasPadam
  2. Entahlah, hamba jadi rasa perkataan "pembangkang" ni membawa konotasi yang negatif. Apa takdak ka istilah lain yang lebih positif?

    Lagipun hamba rasa tak puas hati dengan cara pilihanraya kampus, di mana media akan membahagi dan melabelkan calon² serta penyokong² sebagai PRO-ASPIRASI dan PRO-PEMBANGKANG.

    PRO-PEMBANGKANG?? Kerana mereka kritis, mereka dilabel penyokong (parti) pembangkang sedangkan tiada parti politik yang terlibat pun? Kenapa yang lagi satu tu tak letak sebagai PRO-KERAJAAN sedangkan ada keterlibatan pihak berkenaan? Macam budus!

    ...

    Hehe, Persidangan DUN Kedah pun diramalkan Datuk Mahdzir Khalid akan jadi Ketua Pembangkang jugak!

    Cakap pasal dia tu, teringat pulak nak masuk laman portal rasmi kerajaan negeri, dan kesian pulak tengok gambar dia masih di laman yang belum berkemaskini lagi tu. Tambah kesian tengok dia punya jadual aktiviti (yang mesti dia tak perlu dan boleh penuhi lagi) untuk tarikh² mendatang.

    ...

    Ai, nak kena sesuaikan diri ni, sebab baru dapat kerajaan negeri yang baru. Masih ada rasa kejanggalan di samping terkejut sebab kejutan luar biasa ni.

    Sementara tu dah ada sorang dua kenalan hamba yang merungut dan khuatir masa depan negeri kami ni. Katanya nanti tak ada la pembangunan, akan mundur la.

    Ceh, selama ini pun tak ada apa yang majunya sangat pun! Yang malangnya ialah mentaliti terlampau menilai pada pembangunan materi terlampau disogokkan pada minda rakyat tertentu.

    Dan kena bersedia untuk negeri hamba ini dipinggirkan secara sistematik oleh media arus perdana (dah terasa dah pun mulai hari ini), hahah!

    Hmm... tak pasti pulak bagaimana sikap Kedah FM terhadap kerajaan negeri baru ini yea...

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang