Selasa, 15 Julai 2008

Sekitar Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Seperti yang aku war-warkan dalam entri yang lepas, hari ini (15 Julai 2008, hari Selasa) ialah hari sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Upacara bermula seawal 7:45 pagi lagi sebenarnya, tapi sebab Mak dan Bapak aku pi market lak pagi-pagi tu (dan aku sendiri tertidur lepas Subuh, hahah! :P), aku pun tengok la di NTV7 dulu sementara nak bertolak ke tempat sambutan.

Akhirnya, sekitar jam 9:50 macam itu (lewatnya!), barulah kami (aku + 2 orang adik + Bapak) bertolak ke "Medan Bandar" (Balai Besar, depan Masjid Zahir). Letak motosikal di Bangunan Sultan Abdul Halim, kami pun berjalan la kaki (ada shortcut) menuju ke sekitar Lebuhraya Darul Aman (lokasi).

Sampai saja di situ, kami dikejutkan dengan bunyi meriam. Amboi, bunyinya betul-betul menusuk qalbu (rasa macam nak luruh jantung dek gegarannya!). Berebut pi dan berebut mai (ramai sungguh rakyat jelata!), sampailah kami di hadapan Medan Bandar tu. Ayark, rupanya Bahtera Emas Lapis Suasa yang Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah naik tu dah pun sampai ke situ. Secara efektifnya, bukan saja aku terlepas peluang melihatnya di jalan, bahkan aku juga sudah terlepas peluang melihat tiga ekor gajah yang mengiringi bahtera tu, huhuhu! Mujur la sempat jeling kat TV sebelum keluar tadi!

Biarpun awal tu hujan renyai sikit, tapi Alhamdulillah, waktu aku keluar tu, dah tak hujan. Oleh yang demikian, dapat la merasai suasana seperti berada dalam temasya keramaian meraikan Sultan zaman dulu-dulu. Syukur negara kita ni masih ada sistem macam ini. Lagipun, sambutan Jubli Emas (50 tahun) pemerintahan seseorang Sultan ni sesuatu yang amat jarang boleh berlaku. Dan aku yakin ianya boleh dikatakan sebagai sesuatu yang akan berlaku "sekali dalam seumur hidup" seseorang individu itu (termasuklah aku). Iya la, 50 tahun tu lama tu!

Apahal pun, demi merakamkan kenangan indah ini, berikut ialah foto-foto yang diambil secara tidak profesionalnya oleh aku, menggunakan kamera yang terbina pada Nokia 6680 aku ini, heh!

Gambar Bahtera Emas Lapis Suasa, diambil sebaik saja aku sampai. Nampak belakang saja, tak sempat nampak keseluruhannya, huhuhu...


Betul-betul di bawah bahagian belakang Bahtera.


Sekitar Medan Bandar.


Bahtera yang berlabuh kini sedang berlalu pergi. Boleh nampak gerbang ke Masjid Zahir.


Inilah dia Balai Besar.


Pemandangan diganggu payung orang.


Gerbang ke Muzium Diraja Kedah (sebelah Balai Besar).


Di dalam bangunan Balai Besar itulah Majlis Pengisytiharan Sambutan Perayaan Jubli Emas dilangsungkan...


Cubaan mendekatkan pengambilan gambar untuk melihat ke dalam.


Lensa kamera telefon bimbitku tiada keupayaan. Makin gelap pulak!


Ambik gambar Masjid Zahir la senang, hehe!


Majlis dah selesai! Sultan sedang berangkat turun. Boleh nampak ka Baginda? Huhuhu...


Aku pun tak nampak yang mana satu Baginda!


Ada kot somewhere di situ...


Ouch, gambar tak jadi, tersalah angle!


Ini...


Orang Besar Istana?


Hulubalang? Wah, sedang giat "berasap" nampaknya yang dua orang itu!


Ini hulubalang pangkat tinggi lagi kot? Wah, lihat di jari masing-masing, kekeke!


Kereta pun besau!


Ya, berakhirlah sudah paparan foto-foto amatur yang diambil oleh aku. Kualiti memang standard kamera henpon la. Majlis yang bermula pada jam 10 pagi ini berakhir beberapa minit sebelum jam 11 pagi. Dah habis tu, buat apa lagi? Balik la, heheh!

P/S: Wah, ini entri pertama aku yang ada paling banyak foto! :D

...

Akan datang: Majlis Jamuan Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang