Aturcara sempena sambutan ini sebenarnya masih banyak lagi. Pada 19 Julai 2008 (hari Sabtu), bermula jam 11:30 pagi, diadakan pula Majlis Jamuan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar. Dan, aku pun turut ke situ...
Sungguhpun majlis bermula jam 11:30 pagi kalau mengikut jadual, tapi biasalah kita nih. Memang takkan mula tepat pada masanya punya! Oleh yang demikian, aku pun melewat-lewatkan keberangkatan ke stadium itu, haha!
Dalam jam 12 kot (lupa pulak tengok jam!), barulah aku dan bapak serta adik aku bertolak ke sana, konvoi dua bijik motosikal. Sampai di situ, orang pun tak berapa nak ramai lagi (peh, tak sama dengan waktu Nik Aziz ke situ 20 Mac 2008, sementara aku terlupa pulak nak pi ke stadium tu waktu Anwar Ibrahim pulak ke sini 12 Julai 2008, jadi aku tak tahu berapa ramai yang hadir). Biasalah, awal lagi, mana nak ramainya. Tapi biarpun tak sesak, namun keramaian itu boleh dikatakan sebagai ramai jugak la.
Sebaik saja motosikal kami melalui pintu pagar stadium, kami disuakan dengan cenderahati sebagai penghargaan kehadiran kami kot. Di dalam sebuah kotak merah, rupanya ada rantai kekunci tertera logo Kedah Jubli Emas yang aku rasa tak ada pun dijual sepertimana cederamata-cenderamata rasmi Jubli Emas yang lain.
Lepas memarkirkan motosikal kami, kedengaran siren polis. Ohoo, rupanya ketibaan Tunku Malik (Raja Muda) dan tak lama lepas tu, Sultan Kedah sendiri. Kiranya kami sampai on time la untuk majlis ni sebab orang kenamaan pun baru sampai jugak!
Maka menujulah kami ke suatu khemah di tengah padang di luar kawasan stadium itu (ini stadium tertutup tau, sebab itulah padang rumputnya DI LUAR stadium, hahha!). Rupa-rupanya, cuaca hujan baru-baru ini menyebabkan padang rumput itu menjadi sedikit becak, aiyaa! Nasib baik aku pakai sandal getah, senang sikit nak basuh! Lagipun, memang ada satu tangki air khas disediakan untuk membasuh kaki sempena padang becak ni. Prihatin!
Kami pun
Yang menariknya, selain botol air minuman yang biasa, ada satu kelompok yang diberi percuma tu, botol air (yang aku tak pasti air minum biasa atau mineral) berbentuk seperti MENARA! Menara Alor Setar atau Menara KL punya bentuk (aku rasa Menara KL). Dan botol sebegini, kami ambil sampai ENAM BOTOL, dan sampai hari ini, setitik pun kami tak minum daripadanya lagi, sebab buat hiasan, haha!
Kembali kepada hidangan nasi tadi, lepas kami ambil sorang sepinggan, kami pun mencarilah di tempat duduk yang lebih hampir dengan pentas utama, dan kami pun melantak di situ. Tengah syok melantak, rupanya majlis pun baru bermula, dengan ucapan oleh pengelola dan Menteri Besar Kedah. Timbul pula rasa tak enak sebab kami makan terlebih dahulu sebelum majlis bermula dan sebelum Sultan mula menikmati santapan, tapi sebab orang lain pun buat, kami pun teruskan juga la. Ketika majlis makan secara RASMInya bermula, kami dah pun selesai, hehehe!
Sementara Tuanku Sultan dan kerabatnya menikmati santapan bersama hadirin VIP yang lain (yang makan awal macam kami dahpun selesai), hadirin pun dihiburkan dengan persembahan lawak oleh Ali Mamak dan Abon. Mereka berdua ni kemudiannya berduet menyanyikan lagu "Joget Hitam Melekat". Selesai persembahan Ali Mamak dan Abon untuk seketika, muncul pula Ustaz Akhil Hayy yang mendendangkan lagu "Kembara" dan "Berita Kepada Kawan".
Persembahan berhenti seketika untuk memberi laluan kepada azan Zuhur memandangkan pada ketika itu memang dah masuk waktu Zuhur pun (tapi tak terdengar pulak bunyi laungan azannya). Sebaik saja tamat, acara persembahan pun bersambung semula. Tapi kami dah tak tunggu lagi, lalu kami pun bertolaklah pulang.
Setelah berjaya keluar dari kebecakan padang rumput, aku pun beraturlah di hadapan tangki air tadi tu, nak basuh kaki aku yang terkena sikit lumpur (becaknya pun taklah banyak sangat). Elok sampai giliran adik aku (beratur di depan aku), air tangki pun dah habis, ayooo! Tak ada pilihan, kenalah guna saki baki air minuman dalam botol tadi untuk meredakan keadaan kasut daripada palitan lumpur, haha! Setelah itu, kami pun menghidupkan enjin motosikal dan bertolaklah pulang ke rumah...
Nah, silalah melihat sedikit gambar yang diambil secara sangat tak profesional menggunakan kamera yang terbina di dalam telefon bimbit Nokia 6680 yang diperturunkan oleh bapaku kepadaku. Kualitinya memang sangat tak memuaskan, hoho!
Di atas padang yang becak itulah berdirinya khemah tempat makan...
Sedaaap...
Nasib baik aku pakai sandal getah...
Santapan Diraja.
Makin jauh...
...makin jauh...
Kalau diperhati betul, akan kelihatan kelibat Ali Mamak dan Abon (lensa kamera berkualiti tinggi! :P )
Kelihatan kelibat Ustaz Akhil Hayy di sebalik lensa "berkualiti tinggi" ini...
Tempat membasuh kaki.
Yeah, botol minuman yang menarik, bentuk menara lagi!
Macam Menara KL!
Cenderamata berupa rantai kunci (gambar blur, lensa kamera tak berkualiti, hah!).
Mananye entry terbaru ni?
BalasPadamKehadapan Tuan Ahmad, mohon maaf atas "kesulitan" yang dihadapi.
BalasPadamAdapun ketiadaan perkemaskinian dari pihak hamba ini adalah disebabkan pada hari Sabtu yang lalu, di kawasan perumahan hamba telah berlaku kecurian kabel telefon daripada tiangnya. Hal ini berlaku sekitar antara jam 4 pagi hingga 5:35 pagi (sebab sebelum 4 pagi saya belum tidur dan sepuluh minit sebelum Subuh di sini saya pergi ke tempat kejadian dan yang tinggal hanya kabel yang terjuntai dari tiangnya).
Akibat kecurian kabel yang kerap berlaku di kawasan yang sunyi di lorong menuju ke rumah saya ini (sunyi sebab tak ada rumah, cuma lorong dan belukar di kiri kanan jalan berkenaan, jadi orang nak buat apapun di tengah malam pastinya tak ada sesiapa yang akan sedar), ditambah pula dengan "kelembapan" pihak Telekom datang memulihkan kerosakkan (menggantikan kabel yang dicuri), maka hanya pada sekitar jam 3 petang tadi BAHARULAH talian telefon kembali berfungsi, sekaligus mengembalikan sambungan Internet ke rumah saya.
Namun, atas sebab Streamyx yang saya pakai ini pun sekarang (dulu kini dan selamanya pun memang macam ini) sedang meragam (lambat macam siput), maka proses mengemaskini akan mengambil masa sedikit.
Oleh yang demikian, siapakah yang bersalah?
Pencuri² yang lahabau lagi bahalol itu memang dah sah lagi diketahui bersalah sebab mencuri.
Namun kontraktor yang bertanggungjawab memperbaiki kabel inipun dikesali juga sebab LAMBAT buat kerja. Bayangkan, kena curi hari Sabtu, tak apalah, hari cuti. Hari Ahad Isnin Selasa depa tidoq ka apa tak mai² lagi. Hari Rabu cuti Isra' Mi`raj pulak di Kedah. Hari ini (Khamis) baru datang. Adoooi!
Dan, saya dah kata ka tadi, bahawa Streamyx tengah "kelembapan"?
Pendek kata, majulah Telekom dan Streamyx (serta keseluruhan apa saja jenis servis/perkhidmatan di Malaysia ini) untuk negara! ;P
Assalamu'alaikum...
BalasPadamEncik Saladin, kelembapan streamyx Encik Saladin jika diukur menggunakan speedometer keluaran TM berapakah adanya. Jika berada pada paras bawah 700kbps, ada baiknya jika Encik Saladin melaporkan kepada pihak TM.
Sebelum itu, cuba pastikan kepanjangan wayar kabel telefon ke modem. Ini kerana saya pernah mengalami kelembapan streamyx tahap lampau, bila pihak TM dimaklumkan, Petang itu juga kontraktor TM datang dan membuat "tembakan masalah" dan hasilnya, ketahuanlah bahawa kabel telefon itu yang tidak mampu menampung kelajuan streamyx.
Untuk pengetahuan, kabel tetefon tersebut telah saya beli di sebuah pasaraya kecil di pekan kampar yang kecil ini. Panjangnya 50 kaki walaupun tiada berkaki. Mungkin kabel itu mempunyai rintangan yang tinggi.
Bila kabel tetefon itu ditukar kepada kabel LAN yang panjang (dimana saya terpaksa meletakkan modem di luar bilik) dan kabel telefon [dari soket telefon ke moden] yang pendek, BAHARUlah kelajuan streamyx saya bertambah.
Jika Encik Saladin telah membuat seperti yang saya cahangkan, namun masih mengecewakan, teruskanlah melayari internet pada "kelembapan tinggi" tersebut dengan sabar.... Maklumlah, di Malaysia ni, PANAS dan LEMBAB sepanjang tahun.. PANAS kerana segala-galanya LEMBAB sepanjang tahun....
Demikianlah sedikit ulasan saya....
Tuan aiyrie, semenjak dua tiga menjak ini, kita menghadapi kesukaran untuk memeriksa kelajuan internet kita menerusi Speedometer empunya TMNet. Entah kenapa, kita tak dapat menggunakan fungsi berkenaan di situ.
BalasPadamAdapun, saya tak ingat berapa kepantasannya. Boleh jadi ianya ada di sekitar 700kbps atau rasanya lebih rendah daripada itu.
Entahlah, pernah beberapa kali petugas TM datang ke rumah saya dan bila dia memeriksa kepantasan internet saya menggunakan Speedometer, berkata beliau bahawa kepantasan yang saya miliki ini adalah NORMAL. Saya yang kurang berpengetahuan pada ketika itu, menerima saja pengakuannya itu.
Adapun, saya rasa masalah yang saya hadapi itu berkaitan dengan apa yang saudara utarakan. Untuk pengetahuan, internet di rumah saya ini, apabila ada panggilan masuk, yakni berderingnya telefon, maka terputuslah ia. Maka saya yakin ada kaitan dengan jenis kabel atau lebih tepat lagi, talian di rumah saya sendiri. Lagipula, bapa saya telah memisahkan talian telefon kami kepada EMPAT (mungkin lebih) kepada beberapa ruang di rumah kami, maka itu juga saya percaya antara punca masalah.
Tapi, saya nak mengadu kepada pihak TM pun, tak reti saya nak menerangkannya dengan jelas agar sampai maksud saya itu (memang saya ni jenis tak reti nak buat penerangan kot, maknanya tak berapa layak jadi guru, hah!). Maka, saya terpaksa redha saja dengan tahap kelembapan yang sedia ada.
Benarlah kata anda, di sini segalanya LEMBAB membuatkan hati kita pun PANAS, SEPANJANG TAHUN... B-)