Jika dulu, bila kita sebut Superman secara sinis, perkara pertama yang akan kita kata ialah "dia memakai seluar dalam di luar". Biarpun ramai sahaja superhero lain yang memakai seperti dia (Batman pun pakai la kalau dalam komik dia, tapi dah hangpa terpengaruh dengan filem dia, dan aci tengoklah weh, bukan setakat tu ja, Wolverine pun sama la, siap pakai kuning lagi... ;P), tapi bila sebut superhero, terbayang pakaian sebegitu dan akan terbayang Superman. Begitulah hebatnya pengaruh Superman ni, dari pelbagai aspeklah, tapi dari segi sinisnya, kebanyakkan orang akan terbayang pakaiannya tu lah.
Biarpun pakaiannya nampak sangat "memalukan", tapi wataknya tetap tanpa segan silu memakainya dengan bangga, mungkin sebab dia tahu dia kebal, jadi hangpa katalah apapun, aku tetap Superman, begitulah agaknya yang akan bermain di fikiran orang yang menjadi "Superman" ni. Dan, seperti yang dipaparkan dalam filem "SUPERMAN", Christopher Reeve telah berjaya meyakinkan penonton bahawa dia tidak kelihatan canggung dalam mengenakan pakaian sebegitu, bahkan nampak elegan dan "regal" la pulak (ewah!). Dean Cain pun boleh la tahan jugak dalam bawaannya dalam siri "LOIS & CLARK", tapi tetap tak boleh lawan Chris Reeve. "SMALLVILLE"? (SPOILER EPISOD AKHIR!!!) Kita tak nampak sangat "Superman"nya.
Namun, walaupun wataknya tak segan-silu dan malu mengenakan pakaian sebegitu, nampak gayanya syarikat penerbitannya iaitu DC Comics mungkin berfikiran sebaliknya. Mungkin nak cari pelanggan dan peminat baharu, jadi mulai September 2011, mereka telah bertindak mengadakan "pelancaran semula" (relaunch) siri-siri komik mereka yang melibatkan 52 judul, termasuk di antaranya ialah dua judul melibatkan Superman iaitu "ACTION COMICS" dan "SUPERMAN". Kesemua judul-judul ini akan mengalami penomboran semula di mana kesemuanya akan kembali bermula kepada isu pertama (sayangnya, Action Comics dah pun sampai isu ke-900, kena mula balik pulak). Di samping bermulanya kembali nombor isunya, berlaku juga sedikit (atau banyak, bergantung kepada judul komik/watak yang terlibat) rombakan dari segi penceritaan dan kisah asal-usulnya (origins), dengan alasan untuk disesuaikan dengan generasi sekarang dan untuk menarik pembaca/peminat baharu (di samping mengetepikan/alienate pembaca/peminat setia lama?). Almaklumlah, watak-watak ni ada yang dah muncul sejak tahun 1930an dan masih tak tua-tua, jadi itulah antara resepinya, diperbaharui pada setiap generasi pembaca. Di samping rombakan dari segi jalan cerita dan asal-usul, dari segi kostum juga ada rombakan, dan Superman antara yang terlibat dalam rombakan ini.
Maka, bagaimanakah bentuk kostum Superman yang berubah itu? Mari kita saksikan...
Ini merupakan cover bagi komik SUPERMAN #1, dan sekali imbas, tak nampak sangat perbezaan kan? Tapiii... cuba lihat betul-betul. Ya, ternyata "seluar merah" itu sudah tiada, diganti dengan talipinggang sahaja yang berwarna merah (alaa... suka talipinggang kuning tu). Dan kelihatan kostumnya seperti lebih ke arah ke'armour'an berbanding jenis 'tight' yang dia pakai dulu. Dia memang dah kebal, tapi mungkin juga kostum sebegitu agar tahan kerosakan ketika dia bertarung dengan musuh, berbanding kalau dia hanya pakai baju yang dibuat daripada kain biasa kan? Haa... ini bentuk kostumnya yang terkini, tapi ada satu lagi kostum lain yang akan muncul.
Apakah?!!!
Ini diambil daripada cover Action Comics #1, dan sekali lagi ditanyakan, APAKAH?!!! Ya... ini... aku macam sedikit terkedu. Kelihatan seperti seorang peminat Superman yang pakai T-shirt Superman, berseluar Jeans dan melilitkan kain tuala warna merah di kolar T-shirtnya itu (yaa... kita zaman budak-budak dulu pernah buat kan? Kan? Kan?). Superman takkan pakai macam ini, kan?
Malangnya, ini memang Superman dan itu memang kostum yang dia pakai. Tapi diceritakan bahawa kisah dalam siri komik ini dikatakan berlaku lima tahun sebelum komik yang di atas tadi, iaitu Superman yang masih muda dan baru "berani" menonjolkan diri di khalayak dunia. Dan kelihatannya kemunculannya itu tidak disukai pihak berkuasa yang bertindak memburu dan menembaknya. Superman versi ini juga dikatakan masih tidak berkuasa sepenuhnya dan tidak sekuat Superman yang kita kenal, di mana antaranya ialah dia masih belum boleh terbang tapi hanya mampu melompat tinggi. Beberapa ketika kemudian, kuasanya akan berkembang meningkat dan akan menjadi sekuat dan berkuasa sepertimana sepatutnya, dan dia akan beralih kepada kostum seperti yang kita tengok pada gambar pertama tadi. Hmm... macam menarik juga cerita ni.
Di samping itu, diceritakan juga pada artikel di laman sesawang USA TODAY ini bahawa dalam versi cerita terkini ini, Superman kembali "bujang". Maknanya perkahwinan Superman (atau lebih tepat lagi, perkahwinan Clark Kent) dengan Lois Lane yang berlaku dalam komik pada tahun 1996, akan dijadikan sebagai tidak, atau belum berlaku. Alahai, aku lebih suka sebenarnya cerita mereka dah bersuami-isteri, tapi mungkin nak buat cerita yang lebih dinamik mengenai cerita cinta tiga segi Superman-Lois-Clark itu lebih menarik kalau mereka belum berkahwin. Sekurang-kurangnya kita tahu, ini cerita yang dimulakan semula, maknanya satu ketika nanti mungkin mereka akan berkahwin juga. Tak macam cerita dalam siri komik Spider-Man iaitu "ONE MORE DAY" dan susulannya iaitu "BRAND NEW DAY" di mana status quo Peter Parker dan Mary Jane Watson yang sepatutnya sudah berkahwin, kini menjadi solo. Lagi bodoh, perkahwinan mereka dibatalkan dengan cara (melibatkan sihir segala bagai) di mana mereka dan seluruh dunia (dalam komik itu la) sudah lupa bahawa mereka pernah berkahwin, jadi masing-masing hidup solo.
Dan satu lagi aspek yang mereka ubah yang aku agak tidak berkenan; Jonathan dan Martha Kent, ibubapa angkat Clark Kent, sudah ditiadakan atau dimatikan daripada hidup Superman. Ini bermakna, status Superman akan kembali sepertimana siri komik awalnya dulu di mana Clark Kent sudah jadi yatim piatu sebelum atau ketika dia mengambil keputusan untuk menjadi Superman, berlawanan dengan siri reboot Superman pada tahun 80an di mana watak Jonathan dan Martha Kent dikekalkan hidup dan bertanggungjawab secara langsung membantu Clark membina persona Superman (bahkan Marthalah yang menjahitkan baju Supermannya). Walau bagaimanapun, watak Jonathan dimatikan pada pertengahan cerita, mengikut sepertimana versi filem dan siri Smallville, biarpun umur Clark dan situasi/penyebab kematiannya berbeza, tapi punca kematiannya tetap sama iaitu akibat serangan sakit jantung.
Selain itu, dikatakan juga Superman ini lebih muda (dah tentu la, dah mula balik, mesti la wataknya pun "dimudakan") dan lebih brooding atau macam berjiwa muda yang baran. Superman jugak dikatakan akan bersikap lebih "alien" daripada manusia. Alamak, ini tak berapa sedap dengar, sebab Superman selalunya watak yang cool, bukan perongos macam Wolverine atau pendendam macam Batman, dan jugak watak yang lebih "manusiawi" berbanding watak superhero lain, sungguhpun hakikatnya dia bukan manusia dan jugak sangat berkuasa dan boleh saja berbuat jahat menggunakan kuasanya, tapi "kemuliaan" hatinya itu membuatkan dia terus menjadi superhero yang berbuat kebaikan. Ini bukan Superman yang asal yang aku kenal. Tapi tak mengapalah, aku rasa aku nak kena baca jugak siri komik baharu ni nanti bila dia keluar. Mana tahu ceritanya jadi menarik, boleh layan, kalau tak menarik, hmm... terpaksalah berpaut pada nostalgia (dan komik-komik lama yang aku beli) mengenai watak Superman yang asal yang pernah ku kenali. Yep, mesti baca, sama ada secara sah (beli) ataupun (kalau dah memang tak jumpa kat kedai), secara "kurang sah", iaitu, mencari di internet dan... fikir sendiri la ya... ;-)
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...