Apa-apa hal pun, filem "MAN OF STEEL" ni sebenarnya belumpun memulakan penggambaran, dan dijangka akan ditayangkan pada Jun 2013 nanti nun (aduh lambatnya lagi nih!), lebih lewat daripada jangkaan pertama mereka iaitu sekitar Disember 2012. Superman/Clark Kent akan dilakonkan oleh aktor British iaitu Henry Cavill. Sepertimana Christian Bale yang berasal dari Wales, melakonkan watak Batman yang sepatutnya berbangsa Amerika, watak Superman juga kali ini buat pertama kalinya dilakonkan oleh pelakon yang bukan berasal dari Amerika Syarikat (dan ada jugak peminat rakyat Amerika yang "marah" dengan pemilihan ini). Turut membintangi ialah Amy Adams sebagai Lois Lane (yang lawaknya, dia pernah muncul sebagai watak penjahat dalam satu episod daripada siri "SMALLVILLE", siri yang mengisahkan Clark Kent sewaktu remaja sebelum menjadi Superman), Russell Crowe (Jor-El, bapa kandung Superman) Laurence Fishburne (Perry White, watak yang sepatutnya "orang putih" dalam komik, ketua editor Daily Planet tempat Clark dan Lois bekerja), Michael Shannon (General Zod, musuh ketat Superman yang berasal dari planet yang sama), dan Kevin Costner dan Diane Lane sebagai Jonathan dan Martha Kent (ibubapa angkat Clark Kent di Bumi).
Paling menarik sekali, foto pertama yang menampilkan Henry Cavill sebagai Superman telah didedahkan baru-baru ini. Setelah peminat siri SMALLVILLE "hampa" kerana tak dapat melihat (dengan jelas) Tom Welling sebagai Superman dalam episod akhir siri tersebut (mungkin disengajakan atas sebab undang-undang), maka kini peminat Superman boleh bergembira kerana foto pertama ini menampilkan rupa bentuk kostum Superman yang akan ditampilkan dalam filem ini. Pastinya peminat tertanya-tanya, bagaimanakah rupa kostum Superman yang direka untuk filem ini, apakah nampak lebih moden dan canggih, atau nampak "murah"? Sama-samalah klik kat bawah ini...
Klik imej di atas untuk gambar yang lebih besar
Yah, pada pendapat aku, kostum ini nampak sleek, setanding dengan kostum filem-filem Superhero lain yang ada sekarang, material kainnya nampak memang "mahal" dan "tahan lama", sesuai dengan fungsinya sebagai kostum Superhero. Nampak macam material yang sama dengan yang digunakan untuk kostum Spider-Man dalam filem terbaharunya 2012 nanti iaitu "THE AMAZING SPIDER-MAN". Tapi, macam mana pun, kena la tunggu, lambat lagi la 2013... ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...