Ahad, 2 Mac 2008

Dalam Yahoo Messenger pun ada kempen BN!

Setiap kali kita onlinekan Yahoo! Messenger (Y!M) kita, pastinya akan keluar suatu pop-up window yang dikenali sebagai Yahoo! Messenger Insider. Biasalah tu, kandungannya ialah seperti berapa e-mel baru yang kita dapat, serta himpunan tajuk-tajuk berita terkini yang dilaporkan di laman sesawang Yahoo!, dan di bawah sebelah kanannya tu biasanya ada iklan, biasanya iklan yang memerlukan kita "meletakkan" tetikus kita ke atasnya supaya video iklan itu dapat dimainkan.

Tapi iklan kali ini sangat pelik. Tatkala aku mengonlinekan ID Yahoo Messenger aku, mungkin aku secara tak sengaja telah "meLALUkan" tetikus aku ke atas iklan di tetingkap Yahoo! Messenger Insider tu, sementara aku dok kalut melihat tetingkap utama Y!M aku untuk melihat siapa yang sedang online, maka aku pun terdengarlah bunyi video. Aku biarkan dulu sebab speaker pun tak kuat.

Tapi secara tiba-tiba aku terasa seolah macam pernah dengar muzik latar yang mengiringi iklan tersebut. Rasanya macam selalu dok dengar di stesen-stesen TV kita. Eh, biar betul!!

Aku pun alihkan pandangan aku ke tetingkap Insider tadi tu, dan aku seperti hampir ternganga. Video iklan itu sedang dimainkan dan kelihatan warna biru tua dengan tona warna yang sangat biasa kita lihat.

Aku macam tak percaya dan perhati tetingkap tu berkali-kali. Kat bawah tu sikit tertulis "Paid Political Advertisement" ("Iklan Politik Berbayar"?). Dan aku nampak lambang itu! Lambang dacing warna putih berlatarkan warna biru tua!

Inilah yang tertonjol pada tetingkap tu!

Adoi, tak sangka! Tak cukup dengan memualkan penonton dengan iklan sebegitu di stesen-stesen TV, ingatkan kita bebas daripada benda sebegini jika kita tutup saja peti televisyen tu, dapat "melarikan diri" dan berseronok-seronok melayari internet, masuk Y!M nak chatting dengan kawan-kawan.

Oh tidak, dalam Y!M pun dah kena hijack jugak! Benda ini menonjolkan jugak kepala hodohnya (terjemahan langsung daripada "rearing its ugly head"... betul tak terjemahannya ni?)!

Mana dia kebebasan?! Argh!

Wah, cekap! Agaknya ramai kot rakyat Malaysia yang pakai Y!M ni, dan mereka sendiri mengetahui akan hakikat ini. Jadi apa lagi kan? Dengan sumber yang banyak, kempen saja la kan?

7 ulasan:

  1. Salaam,

    Ahak! Nasib badan la @Convoy... tapi saya tak pernah nak pakai Y!M tu, sebab tak terjamin keselamatannya. Saya lebih percaya dengan Skype yang saya rasa lebih selamat dari menda camni!

    Eh, betul ke ramai rakyat Malaysia pakai Y!M?

    BalasPadam
  2. Ahaks, kalau tak ramai, masakan nak dibayarnya Yahoo (Yahoo Mail pun ada iklan ni) untuk memaparkan iklan tu? ;)

    BalasPadam
  3. Hamba tak guna YM. Hamba guna Pidgin. Berapa banyaklah agaknya BN bayar pada Yahoo untuk iklan tu. Haish..hamba tentang sungguh pembaziran melampau pada kempen pilihan raya, baik pada pihak pencadang (BN) atau pembangkang.

    Oh ya, bila hamba melawat Utusan Malaysia dan Berita Harian, NoScript add ons sentiasa menyelamatkan ku. Hehe ;)

    Screenshot:
    - Berita Harian Tanpa NoScript
    - Berita Harian Dengan NoScript

    Hamba baca kisah Faisal Tehrani ni menarik juga. Kisah makcik yang tak sedar dirinya adalah zombie.

    BalasPadam
  4. @Inasni, Tok Google kata dalam kebanyakkan masa, pengguna Skype mengatasi YM di Malaysia.

    BalasPadam
  5. Ahha, tenkiu Tok Google! Tapi orang² yang hamba berada di dalam circlenya majoritinya hamba boleh hubungi dengan YM. Mungkin juga yang hamba kenal itu tidak mewakili rakyat Malaysia keseluruhan.

    Hehe, NoScript add-ons (lambang macam Skype!) tu memang la diketahui fungsinya, tapi teringin dan suka jugak nak menonton iklan² yang dijanakan oleh skrip² yang ada di laman² web lain, cuma tak sangka dan tak terbayang nak terjumpa dengan iklan yang kita ceritakan ini (iklan kempen) di tempat² begitu (Yahoo! Mail pun ada).

    Ah, terima kasih atas pautan itu hai Sensei. Tapi mamat tu... atas sebab² keselamatan, hamba sudah berjanji untuk tidak membaca apa saja tulisannya, hihihi... ;)

    Tengoklah bila rasa ingin tahu tu menebal, masuk juga hamba ke "tempat" dia tu, tapi pada waktu² biasa, hamba suka mengelak dari situ, "doktor" hamba yang preskripsikannya. 8)

    BalasPadam
  6. Patut la... kalau dulu masa guna skype cuma ada lebih kurang 6juta dalam talian, sekarang ni dah melonjak dekat 12juta dalam satu-satu masa. (Untuk makluman, bila menggunakan skype, kita akan dapat lihat jumlah pengguna dalam talian pada satu-satu masa.)

    @Sensei, saya adalah pengguna tetap Opera sejak beberapa tahun yang lalu lepas kecewa dengan IE. FF tu tak cuba lagi, tetapi mendengar cerita terlalu banyak add-ons yang ada, membuat hati menjadi tawar nak gunakannya. Pada saya add-on membawa maksud browser itu tak mempunyai fungsi yang lengkap kerana perlu tambahan supaya bekerja seperti yang kita mahukan.

    Dalam Opera contohnya, tak perlu nak pasang NoScript add-on atau yang seumpamanya kerana ia adalah fungsi terbinadalam (built-in function) dan kita boleh pilih laman mana yang kita nak off-kan skripnya, dan laman mana yang kita nak biarkan on, jadi tak perlulah nak selalu ubah preference atau toggle on/off-script bila melayari laman-laman yang berbeza. Jadi, ia lebih sesuai untuk saya...

    @Convoy, jaga-jaga sikit dengan perasaan ingin tahu tu.
    Curiosity kills the cat...
    Tapi kita manusia kan? Bukan kucing..! :-))

    BalasPadam
  7. Dalam IE7 ada fungsi "Start Without Add-ons". Apakah ini fungsi yang kalian maksudkan? Hehehe!

    Yep, dari segi kecantikan, hamba akui, memang Opera menang! Hamba jenis pakai semua secara bergilir, bergantung pada kesesuaian. Biarpun majoritinya hamba pakai IE7, tapi bila bosan, hamba pakai jugak Firefox dan Opera.

    Ya, inasni, curiousity kills the cat, ia juga hampir "membunuh" hamba suatu ketika dulu, sampai bergoncang aqidah hamba. Sebab tu dalam waktu kebanyakkan, hamba akan mengelak daripada membaca blog si novelis tu. Malah novel² beliau (yang tak sengaja hamba beli) sampai hari ini hamba tak sentuh, hahah!

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang