Menurut riwayat "Pendekar 5" karya Aziz M. Osman, Tun Fatimah memiliki wajah persis Nora Danish. Menurut riwayat "Pendekar 5", Tun Fatimah ialah anak Bendahara Tun Perak. Menurut riwayat "Pendekar 5", Tun Fatimah sezaman dengan Hang Tuah (Cico Harahap) dan di antara mereka ada on-off love relationship.
Dan menurut riwayat "Pendekar 5" lagi, Tun Fatimah juga merupakan seorang ninja! Ya, NINJA, atau lebih tepat lagi, KUNOICHI ("ninja perempuan")!
Bukti kewujudan Ninja di Melaka
Tersebutlah alkisah episodnya kedua puluh PENDEKAR 5, arakian bermulalah kedatangan Lopez de Sequiera (Arman Graseka) pedagang dari Portugis. Orang Feringghi yang digelar "Benggali Putih" ini datang dan membeli tanah sebesar sekeping kulit lembu dengan harga yang sangat tinggi. Bendahara tidak menyetujui, tapi malangnya Sultan Mansur Shah (Zally Hussein) berjaya dipengaruhi oleh Datuk Temenggung yang tidak bernama (Kamal Bakar), Laksamana Khoja Hasan dan Syahbandar Raja Mendeliar. Hahah, jangan ditanya bagaimana kesemua individu ini boleh berada dalam satu zaman yang sama!
Cerita ni boleh jadi satu satira politik. Raja yang "tidur", atau lengai, atau terlampau percaya kat orang kanan. Orang kanan yang pandai mengampu tapi menipu untuk kepentingan sendiri. Seorang orang kanan yang keseorangan menegakkan keadilan sementara yang lain berusaha untuk mencantasnya dari kedudukannya sekarang. Situasi yang relevan sepanjang zaman pemerintahan manusia kat bumi ni, haha!
Tapi itulah, kalau digarap dengan lebih bijak, memang boleh jadi satira. Tapi malangnya, macam aku pernah kata dulu (di sini, sini, sini dan sini), cerita ni aku masih tak nampak apa yang dia nak jadi. Nak jadi hiburan santai atau serius? Satira atau komedi? Sejarah fakta atau auta?
Tapi yang paling menarik, ketiga-tiga pemimpin yang korup tadi tu waktu mereka berbincang dengan de Sequiera, sementara menunggu kemunculan Alfonso de Albuquerque (yang mana kedua-dua mereka langsung tak nampak macam orang Feringghi, haha!), ada suatu dialog, malah satu babak, yang dipotong terus dari tayangan. Dicensored. Entah kenapa. Mungkin ada yang sensitif kot, maklumlah pilihanraya dah dekat ni, hehe...
Maka di sinilah yang aku nak tergelaknya. Tun Fatimah yang mendengarkan perihal bapanya yang tidak dapat menghalang pengaruh "asing" ini daripada menguasai Melaka, cuba bertindak menjadi wira, atau lebih tepat lagi, menjadi vigilante, bertindak mengambil undang-undang di tangan sendiri. Untuk itu, dia ke biliknya, membuka petinya, dan mengeluar sepersalinan pakaian serba hitam, siap dengan sebilah ninjatō (pedang yang selalu digunakan oleh ninja, pendek sedikit dan lebih lurus daripada katana).
Maka bermulalah pengembaraan Tun Fatimah sebagai Ninja Danish! Hahah, sungguh aku pun tertanya dari mana dia belajar jadi ninja ni? Ada ka gurunya di Melaka, hatta di mana-mana negeri di Tanah Melayu ni, pada zaman itu? Mungkin jawapannya ada pada beberapa episod yang lalu yang aku ketinggalan. Haha, ada satu episod tu, Hang Tuah boleh pulak bertemu dengan Badang dan Jin Buragas dalam satu episod yang sama! Ai, merapunya!
Ninja Puteri Farah binti Nordin ini pun pergilah ke tempat menginapnya de Sequiera, untuk menyiasat, pada waktu malam, sesuai dengan kerjaya sebagai ninja. Malangnya, sebagai seorang ninja, ternyata dia ni tersangat tak cekap, bahkan cemerkap. Biarpun dia cuba pakai skil stealth, tapi boleh pulak dijumpai oleh dua orang pengawal. Apa lagi, Ninja Fatimah ini pun kasi slash sama itu dua pengawal. Sayangnya, dasar tak cekap, salah seorang daripadanya masih hidup dan sempat mengkhabarkan pada de Sequiera.
Malam berikutnya, Ninja Fatimah bertindak lagi. Malangnya, atas desakan Temenggung, Sultan telah menitahkan Hang Tuah supaya menangkap "ninja" ini. Bertemankan Hang Jebat (Beego) sementara tiga Hang yang lain dianaktirikan sekali lagi dalam drama ini untuk dijadikan watak komedi, mereka menuju ke tempat penginapan de Sequiera.
Ha, cakap pasal tiga Hang yang diturunpangkatkan menjadi watak komedi yang langsung tiada faedah sebab wujud atau tidak wujud mereka dalam sesuatu episod itu langsung tiada membawa apa-apa impak yang besar, kiranya tak penting langsunglah peranan mereka ini, kecuali membuat LAWAK! Ya, apa lawak mereka untuk episod ini? Hang Kasturi (Kishz) yang membuat lawak untuk episod ini. Mereka memegang senjata-senjata pelik (sebenarnya pistol) yang entah bagaimana mereka dapat, dan entah bagaimana dialognya, aku pun lupa, secara tiba-tiba Hang Kasturi menggelarkan senjata-senjata ini sebagai SENJATA API! Ya kawan-kawan, istilah "senjata api" dimulakan oleh Hang Kasturi! Sayang zaman itu tiada isu hakcipta terpelihara, kalau tidak mesti dia dah patenkan istilah itu! Nak jadi lagi lawak tu, dia dapat nama tu sebelum dia cuba test tembak pakai "senjata api" itu. Maka tak masuk akallah bagaimana dia mendapat ilham untuk memberi nama "senjata api" walhal dia masih belum tahu (kerana masih belum menembak) bahawa senjata itu mengeluarkan "api".
Berbalik pada cerita. Sementara itu, ketidakcekapan Ninja Fatimah sekali lagi membuatkan dia terpaksa berdepan dengan pengawal yang nampak kehadirannya. Apa dia buat untuk menjatuhkan pengawal ini? Ya, dia menjerit "hiap!", sambil menampar muka pengawal itu! Menjerit dan ninja tersangatlah patut dijauhkan! Kalau nak semua orang tahu kehadiran kita, tak payahlah penat-penat pakai baju ninja! Menjerit la sekuatnya, hahah!
Maka, setelah menjatuhkan pengawal tadi, dia tiba di suatu tempat. Ada peti. Dalamnya tersimpan senjata pelik (pistol la sebenarnya, tapi pelik la bagi mereka yang baru pertama kali melihatnya, haha!). Malang lagi, kali ni sejumlah pengawal berjaya mengepungnya. Dengan skil bermain pedang, Ninja Fatimah berjaya mengslash semua pengawal yang ada.
Pang! Adus, terkena tepat di bahu kanan Ninja Fatimah (mujur tak kena jantung kiri, hahah!). Rupanya pengawal yang "ditamparnya" tadi masih hidup dan dia telah mencapai sepucuk "senjata api" dan menembak Ninja Fatimah, mengena pada bahu kanannya. Lari, mesti lari, kata Ninja Fatimah.
Beberapa ketika/hari kemudian, Ninja Fatimah muncul lagi, tapi kali ini di tengah cerah mentari siang! Ninja mana boleh keluar waktu siang! Sia-sialah pakai baju hitam! Aiyyaaa!
Tapi apa boleh buat, sebab dia nak menyelamatkan ayahandanya yang di dalam kesusahan! Temenggung telah berkomplot untuk membunuh Bendahara, dan mengupah beberapa orang untuk menyerang Temenggung dan Bendahara (Temenggung akan pura-pura tertewas). Temenggung pun mungkin tak menyangka Ninja misteri ini akan keluar waktu siang, hahah!
Di rumah Temenggung, beliau menunjukkan taring sebenarnya. Di luar, dia kelihatan seperti pegawai Temenggung ("Ketua Polis Negara" la analogi jawatan dia tu!) yang kurang cekap dan pandai mengampu, tapi ternyata dia cuma berpura-pura kelihatan sebegitu, kerana hakikatnya dia sangat tegas pada orang bawahan upahannya yang tadi telah gagal membunuh Bendahara. Dibunuhnya salah seorang daripadanya.
Terus ke babak biasa pada setiap penghujung episod PENDEKAR 5 ini, iaitu babak flashback antara kelima-lima Hang ini dengan guru mereka iaitu Adiputra (Kamarool Hj Yusoff). Sebenarnya ini ialah babak sesi 'lesson of today' untuk episod ini. Ada memacam pengajaran yang diberi, antaranya mengenai kejujuran, kesetiaan, memilih halatuju, dan adakalanya turut diajar konsep aqidah tauhid. Malangnya kesilapan pembikin drama ini bagi watak-watak "muhibbah" yang "pelbagai kaum" membuatkan pengajaran tauhid ini menjadi tidak kena pada tempatnya, ish ish...
Habis babak tu, terus berkumandang lagu tema akhir bagi drama ini, iaitu lagu "MALU TAPI MAHU" nyanyian Dina. Ya, lagu ini sangat anakronos, sangat "lari" daripada zaman yang sepatutnya digambarkan. Masakan cerita zaman Kesultanan Melaka boleh bubuh lagu pop sebegitu kan? Tapi benda ni dah biasa dibuat, aku pernah tengok trailer filem Jepun berkisar zaman feudal, tapi pakai lagi J-pop sebagai runut bunyi(soundtrack)nya. Filem A KNIGHT'S TALE juga pakai stail yang sama, menggunakan lagu rock dalam filem yang berkisarkan zaman pertengahan.
Habis PENDEKAR 5, layan TINGGINYA MENYAPU AWAN lah pulak...
Ni saja nak menyelit ni. Semenjak tamatnya siri LEPASKAN KEMBALI AKU KE LAUT tu, slot Astaka Perdana di RTM1 telah menggantikannya dengan sebuah drama karya Allahyarham Bidin Subari (Malina Manja).
Secara jujurnya aku tak kenal pun beliau ni, tapi RTM1 telah membuatkan aku kenal dan (dari satu segi) menghargai karyanya. Sebelum ni, cerita ANAK KERBAU MATI MAK, karya Malina Manja jugak, versi remake telah disiar di RTM1 (Pelakon Tawel yang asal tu, bapak kepada kawan satu sekolah rendah aku, haha!).
Berbeza dengan ANAK KERBAU MATI EMAK yang merupakan komedi, TINGGINYA MENYAPU AWAN ni lebih serius dan lebih menyindir dan lebih metafora dan lebih aku tak faham, haha! Mengisahkan seorang tua yang di ambang kematian, dan bagaimana reaksi orang-orang di sekelilingnya. Seorang lelaki gila lebih mengambil berat akan halnya berbanding dua orang jirannya yang lebih waras, menjadikan mereka ini lebih gila daripada orang gila itu.
Aku suka dialog cerita ini. Tak tahulah bagaimana nilai seninya sebab aku bukan orang seni, tapi aku tersentuh dan terkesan dengan dialog cerita ni. Semuanya merupakan analogi bagi perbezaan taraf hidup masyarakat, pasal orang kaya yang gila kuasa dan orang miskin yang melarat merempat.
Peh, aku pun pening nak tulis kat sini. Jadi, apa kita boleh buat? Ya, saksikanlah sendiri di RTM1 setiap Isnin hingga Khamis jam 10:30 malam.
Lepas tu, kalau rajin, berjaga malamlah pada setiap hari Rabu (sepatutnya dah Khamis) hingga Jumaat (sepatutnya dah Sabtu), nak tengok MISSION: IMPOSSIBLE (siri asal), COMBAT! (musim kelima) dan MACGYVER (musim kedua) pulak di RTM2 jam 12:30 tengah malam!
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
6 hari yang lalu
Saya ada cerita dongeng 2010 mengenai hang Tuah. Ajak kawan kawan yg berminat datang berkunjung di http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com
BalasPadamPengalaman yg saya sendiri tidak menyangka,akhirnya saya belajar sikit2 pasal blog blog ni lalu sya sampaikan untuk semua insan ..yg suka cerita dongeng..