"Presiden" Optimus Prime
Aku menyeru supaya anda jangan ragu dan jangan pening lagi dalam memilih siapa yang paling layak memimpin anda.
Aku menyeru kepada anda semua supaya sebulat, seia sekata, sehati sejiwa seraga, menyokong calon yang paling layak untuk memimpin anda.
Aku menyeru kepada anda untuk menyokong
Bagi yang tidak mengenali keperibadian Optimus Prime, selain daripada di Wikipedia, anda boleh baca biodatanya yang paling lengkap di sini (di samping sedikit "bacaan tambahan" di sini dan di sini, dan beberapa "versinya" di sini).
Apahal pun, biar aku cerita sedikit mengenai Optimus Prime serta ketokohannya.
Beliau "dilahirkan" sebagai Orion Pax, dan memulakan kehidupannya sebagai pekerja kilang biasa yang tidak dibina untuk berperang. Hidup bahagia dengan kawan-kawan di planet Cybertron, beliau tersangat menyanjung tinggi sekumpulan Transformers yang digelar sebagai "Decepticon", yang sememangnya dicipta khusus untuk berperang, tidak seperti pihak "Autobot" (seperti Orion Pax) yang dicipta khusus sebagai pekerja. Beliau lebih-lebih lagi sangat menyanjung pemimpin Decepticon, iaitu Megatron (biodata lengkap di sini, bacaan tambahan di sini dan sini, beberapa "versinya" di sini). Antara punca kekagumannya terhadap mereka ini ialah, mereka mempunyai kebolehan untuk terbang tanpa bantuan alat tambahan.
Mimpi Orion Pax menjadi nyata apabila pada suatu hari, Megatron datang ke gudang penyimpanan tempat Orion Pax bekerja. Orion Pax sangat teruja dapat bersemuka dengan "idolanya" itu. Megatron rupanya ingin memilih gudang itu untuk menyimpan stok-stok tenaga Energon (sumber tenaga di planet Cybertron). Orion Pax gembira dapat berkhidmat untuk Megatron, biarpun seketika.
Namun "seketika" itulah sahaja peluangnya, kerana rupanya Megatron dan anggota Decepticon yang lain rupanya sudah memberontak (suatu hakikat yang belum disedari Orion Pax kerana berita itu belum tersebar luas) dan kebetulan kilang/gudang itu ialah tempat sasaran mereka yang berikutnya. Dalam serangan itu, maka berlakulah sesuatu yang sangat ironis; idola yang sangat disanjunginya itu telah mencederakannya dengan begitu teruk. Ironisnya lagi, Orion Pax secara tidak langsung telah "membantu" kemaraan pemberontakan itu.
Dalam kecedaran yang tersangat teruk, Orion Pax mengalami kerosakkan yang amat dahsyat. Alpha Trion, salah
Benarlah juga kata-kata "Pemimpin tidak dilahirkan, tetapi dicipta" (eh, betul ka terjemahan aku untuk kata-kata "Leaders are not born, but made" ni?). Optimus Prime digalaskan beban yang sangat besar, sebagai Komander bagi pihak Autobot, untuk memerangi pihak Decepticon. Dalam pertembungan pertama Optimus Prime dengan (mantan) "idolanya" iaitu Megatron, Optimus Prime memperkenalkan dirinya sebagai "mimpi ngeri" bagi Megatron. Ironisnya, Optimus Prime akan berseteru dan bermusuhan dengan Megatron yang pernah disanjungnya sebelum. Maka tercetuslah perang saudara yang berlanjutan sehingga jutaan tahun lamanya, dan melarat sampai ke planet Bumi.
Sebagai pemimpin yang tersangat berpengalaman memimpin Autobot menghadapi kemaraan Decepticon selama jutaan tahun, Optimus Prime sangat memahami bahawa "kebebasan adalah hakmilik setiap makhluk berakal" ("freedom is the right of all sentient beings"). Selagi beliau memilik "spark" ("nyawa" bagi setiap Transformer) di tubuhnya, beliau bersumpah akan melindungi semua yang bernyawa daripada sebarang penindasan.
Sebagai veteran perang, beliau tahu perang bukanlah penyelesaian, namun bila perlu, beliau tahu bagaimana untuk menangkis serangan pihak musuh.
Sebagai seorang pemimpin, beliau tahu bahawa "no sacrifice is too great in the service of freedom" (malas nak terjemah daa!).
Berikut merupakan bukti kesediaannya untuk berkorban, apabila beliau bersemuka bersendirian menentang Megatron:
Ini pulak babak yang sama, tapi versi Jepun. Nama Optimus Prime disebut sebagai Convoy di sini (ceh, versi Jepun ni banyak menjerit daa, bisinglah!):
Ketokohan Optimus Prime ini memang tiada tara tandingnya. Hot Rod (nama Jepunnya ialah Rodimus) yang mengambil alih tempatnya, dengan gelaran Rodimus Prime (nama Jepun: Rodimus Convoy... oh yeah, maklumat lanjut di sini), sentiasa dibayangi dengan Optimus Prime.
Hmm... cakap pasal Optimus Prime dan Rodimus Prime ni, ini dia video mereka bekerjasama, dan boleh terlihat lagi ketokohan Optimus Prime.
Akhir kata, marilah mengundi Optimus Prime! Demi masa depan yang cemerlang. Gemilang. Terbilang. Selamat. Aman. Makmur. Kebajikan. Muahahah!
Masa untuk berubah. Marilah kita menyambut seruan Optimus Prime. Mari kita "transform" dan "roll out"!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...