Selasa, 18 Mac 2008

Smart TAG!

Hmm... sebenarnya ini tiada kena-mengena dengan sistem rompakan kutipan bayaran di lebuh raya negara kita ini. Sementelah lagi, menteri yang menjaga hal-ehwalnya sudahpun tewas. Kasihaaan...

Tapi ini berkaitan dengan "pujuk rayu" Kak Bayan agar menceritakan isi perut dompet aku.

Sebelum itu, aku mengambil kesempatan dan membaca isi kandungan beg Kak Bayan. Gillaa... kalah poket Doraemon, hahah! Pendek kata, MACAM-MACAM AZNIL ADA!

Cakap pasal isi kandungan beg Kak Bayan tu, serta "sembang-sembang" mengenai "ragut", maka izinkan aku "menyimpang" sedikit daripada "topik asal" sebelum aku menjawab tagnya tu.

Aku jadi teringat pada satu babak dari filem SUPERMAN (filem pertama yang dibikin pada tahun 1978 tu, rujuk sini). Lebih tepat lagi, pada watak Lois Lane. Haha, ironis sungguh, sebab Kak Bayan dan Lois Lane berkongsi profesyen yang sama: WARTAWAN! Okay la, bukanlah jenis kewartawanan yang sama, tapi tetap juga WARTAWAN kan?

Alkisahnya begini, Lois Lane sedang berjalan Clark Kent yang baru mula bertugas di Daily Planet, baru keluar dari bangunan tersebut, dan Lois secara tidak formal, sedang menerangkan kepada Clark mengenai bagaimana Clark harus menyesuaikan diri dengan cara Lois bekerja.

Apabila sampai di suatu lorong sempit, seorang lelaki secara tiba-tiba menarik mereka berdua, dan dengan bersenjatakan sepucuk pistol, berusaha untuk merompak Lois. "Merompak" ya, bukannya "meragut". Clark Kent berpura-pura takut (salah satu caranya untuk mengestablishkan dirinya sebagai seorang individu yang mempunyai keperibadian yang BERBEZA daripada Superman) dan meminta Lois menyerahkan sahaja beg tangannya itu kepada lelaki berkenaan.

Yep, begitulah cara Clark Kent "memikat" hati gadis idamannya, iaitu dengan menampilkan dirinya sebagai seorang pengecut (terpaksa, apa boleh buat?). Lois Lane (yang turut terkejut dengan "kekecutan" Clark itu) bertindak menendang perompak berkenaan. Kesakitan, lelaki berkenaan melepaskan tembakan, yang berjaya dihalang oleh Clark (mujurlah dia tu SUPERMAN!). Melihatkan Clark (pura-pura) tumbang, lelaki berkenaan terus melarikan diri.

Clark pura-pura tersedar semula setelah Lois mengejutkannya apabila mendapati tiada kesan tembakan di badan Clark. Clark mengatakan mungkin dia pengsan akibat terlampau terkejut dan takut mendengar bunyi tembakan, dan ini menambahkan kemeluatan Lois pada Clark yang sudah dianggapnya sebagai tersangat-sangat penakut.

Lalu Clark mempersoalkan tindakan Lois yang menggadai nyawanya untuk mempertahankan beg tangannya yang hanya berisi "sepuluh dolar, dua kad kredit, sisir rambut dan gincu". Dan Lois terperanjat mendapati Clark menyebut dengan tepat segala yang ada di dalam beg tangannya itu.

Ya, sangat lucu mendapati Lois, seorang wartawan, yang TERBAIK, mempunyai hanya itu dalam beg tangannya. Sangat-sangat tidak menggambarkan pekerjaannya kan?

Oraitlah, kini tiba saatnya untuk aku menjawab "soalan" berikut:
Apa ada dalam dompet/purse/beg tangan anda?
Wah, untungnya soalan ini tidak ditanya 2-3 tahun yang lalu, semasa aku masih bergelar "penuntut", kalau tidak jenuh juga aku nak menyenaraikan apa yang ada di dalam BEG GALAS aku, hahah! Atau mungkin kalau ditanya 2-3 tahun mendatang. Sebab kalau ditanya sekarang, yang tinggal hanyalah DOMPET, yang aku bawa ke sana ke mari. "Pekerjaan" aku sekarang tidak memerlukan aku membawa beg, hehe!

Maka ini dia aku cuba "geledah" dompet aku dan menceritakan, selengkap mungkin, apa yang ada di dalamnya.

1. Duit kertas. Ada not sepuluh, lima, dan satu ringgit. Bilangannya bergantung pada situasi. Adakalanya not lima puluh pun ada.

2. Not kertas yang difotokopi. Tiada warna. Untuk tujuan "perubatan". Panjang ceritanya. Berkesan atau tidak, Allah jualah Maha Penyembuh.

3. Kunci duplicate? Oh ya, kunci bilik asrama aku! Sebab kecuaian campur "gangguan" (yang memerlukan aku "berubat" tu), maka salah satu solusi aku untuk mengelakkan kehilangan kunci bilik asrama, ialah dengan menduplicate anak-anak kunci bilik asrama serta loker dan laci meja aku. Kunci asal aku simpan dan kunci di dalam laci di bilik asrama aku, sementara yang aku bawa ke hulu ke hilir, hatta ketika balik kampung sekalipun, ialah kunci duplicate. Kalau hilang kunci duplicate tu, aku akan "pinjam" kunci dari pengurusan asrama, mengatakan "kunci tertinggal di bilik, roommate pula tiada di bilik", aku dapatkan semula kunci asal, pulangkan semula kunci yang "dipinjam", dan duplicate lagi kunci, dan aku ulang proses itu, sehinggalah tamat semester. Bijak kan???

4. Pelbagai jenis resit. Tak dapat disenaraikan satu-persatu. Ada yang dah lama (dah pudar pun tulisannya), dan ada yang masih baru.

5. Tiket-tiket wayang. Ada tiga yang masih tersisa di dompet aku. Ada yang bertarikh 2005, ada yang bertarikh 2006 (mana perginya yang bertarikh 2007)? Ya, boleh dilihat peningkatan harga tiket wayang pada setiap tahun. Hah, berdasarkan tiket-tiket ini, bolehlah dikatakan aku menonton wayang di pawagam hanyalah SEKALI pada setiap tahun. Pawagam tak berkualiti, tak ada selera nak masuk.

6. Pas masuk tayangan promosi CICAK-MAN. Ohoho, ini tak dapat dilupakan! Aku rasa aku (serta penonton-penonton yang turut menghadirinya di dewan di kampus tempat aku mengaji) adalah antara yang pertama yang menonton filem ini di Malaysia, tiga bulan lebih awal daripada tayangan asalnya. Turut hadir ialah Aznil Nawawi, Norman dan Yusry (yang masih baru bercerai dengan Erra Fazira pada ketika itu).

Yeah, itu saja yang ada di dalam dompet aku. Oh, mana dia segala kad (pengenalan, bank)? Ha, itu semuanya aku masukkan di dalam sebuah tempat simpan kad, yang dah lusuh dah pun, dan aku masukkan ke poket kiri seluar. Aku tak simpan dalam dompet sebab dompet biasanya aku simpan di poket belakang, dan MyKad kita (yang tersangat "rapuh" ini) serta kad-kad yang lain, boleh terpatah dua kalau aku simpan di tempat yang kita selalu guna untuk duduk. Dan memandangkan ianya bukannya sejenis BEG, maka aku abaikan saja, orait?

Tak ada pun peraturan suruh ambil gambar "beg" kita, tapi aku tengok semua yang "menjawab" tag ini, semuanya menyertakan gambar. Maka aku pun ambil dan bubuh jugak la gambarnya.



Oraitlah. Semoga Kak Bayan berpuas hati, okay? Oraaait...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang