Selasa, 2 Disember 2008

Cuti Panjang 3 - Balada Internet dan Komputerku...

Ahem, setelah tiga bulan "bercuti", beserta satu entri untuk bulan pertama aku kembali "bekerja" di blogku ini, ternyata kelihatannya seperti aku sudah menukarkan blog aku ni menjadi diari aku... ohh, tidaaak!

Mungkinkah sebab aku bersikap "apologetik" atas "percutian panjang" aku dari berblog, lantas aku jadikan blog aku ini seperti catatan dalam sesebuah diari, sedangkan aku sendiri tak pernah menyimpan diari? Hmm, tak mengapalah, abaikan saja persoalan itu, sebab kali ni aku nak menyambung pula "alkisah" aku setelah di"bersambung"kan daripada entri yang lalu.

Meh aku recap mengenai kenapa aku bercuti:
Sebab Pertama: Cuti yang asal, sempena bulan Ramadhan.
Sebab Kedua: Cuti yang tak diduga, sempena kehilangan kabel telefon yang memutuskan tali silaturrahim antara aku dan dunia siber.

Sekarang izinkan aku menceritakan Sebab Ketiganya pula...

Oh ya, sebelum itu, aku terlupa nak sebut dalam entri sebelum ni, bahawa, pada ketika aku tengah bengang setelah kehilangan semula kabel telefon TIGA HARI selepas disambung semula setelah menunggu hampir DUA MINGGU, aku mengambil suatu tindakan "nekad". Iyalah, cuba bayangkan, baru ada tiga hari berinternet, sekali dirembatnya pula kabel telefon. Tunggu dua minggu, sempat main tiga hari saja?! Dalam masa tiga hari tu, aku sempat memeriksa kotak e-mel aku sahaja, yang bertimbun dengan e-mel (ewah, perasan femes la pulak!), tau? E-mel kerjaya dari JobStreet yang paling lama aku layan, err.. heheh!

Aku syak, jangan-jangan sang kontraktor yang tolong pasangkan kabel tu, yang turut menyumbang dari segi me"roger"kan sang pencuri agar merembat kabel di sesuatu kawasan tu tak? Itupun kalau bukan dia sendiri yang merembatnya lah, huh!

Apapun, berbalik kepada alkisah kebengangan serta "tindakan nekad" aku tadi, ianya tidak lagi tertahan, lantas, ketika datangnya pasukan TV9 mengadakan Karnival Sua Rasa yang ditaja oleh Celcom tu, yang diadakan di Stadium Darulaman, yang diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2008 yang lalu, aku melihat ini suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, aku menuju ke booth yang terbesar di situ, iaitu yang dimiliki oleh sang penaja, iaitu Celcom. Aku nekad, aku nak berinternet jugak, maka aku pun memesanlah Celcom Broadband.

Oh ya, sebelum aku teruskan, aku teringat suatu insiden, di mana, di laluan di sekitar kawasan parkir kereta di stadium tu, sebelum menuju ke pintu gerbang tempat berlangsungnya karnival Sua Rasa, terdapat dua "gerai" yang, pada mulanya aku hairan, kenapa mereka seolah tak menyertai Sua Rasa (sepatutnya buat kat dalam kawasan karnival tu lah, kan?). Cerdiknya taktik mereka ni, mereka beroperasi dan menahan pelanggan yang ingin menuju ke karnival tu agar singgah dulu ke tempat mereka.

Persaingan yang sihat?

Wah, rupanya mereka itu adalah pihak Astro dan Maxis! Padanlah tak masuk karnival, mereka kan dari "suku" yang berbeza daripada yang menganjurkan karnival tu! Yang sorang tu stesen TV swasta yang lain, sementara yang sorang lagi tu adalah daripada syarikat telekomunikasi yang bersaingan.

Untuk Astro tu, aku tak kisah sangat, sebab mereka menawarkan suatu perkhidmatan yang unik di Malaysia ni (setelah berjaya mendominasi dan mengalahkan pesaing mereka yang terdahulu sudah semestinya!). Bahkan TV9 sendiri boleh ditonton menerusi Astro, jadi macam ada sedikit "hubungan kekeluargaan" lah antara mereka ni.

Tapi yang aku rasa kurang gentleman tu, kenapalah Maxis pun toi sekaki gak? Seolah macam nak "mencuri" hati pelanggan berpotensi pulak. Kamon lah bebeh, kalian kan dah ada Karnival TV3 Jom Heboh? Kalian promosilah puas-puas produk kalian dalam karnival anjuran kalian tu. Be a good sport, man! Lagipun, kalian punya Maxis Broadband mana ada lagi kat Kedah ni lagi, hehe! Walau bagaimanapun, pada hari kedua karnival, aku dah tak nampak gerai mereka tu, yang tinggal cuma Astro, jadi aku hanya boleh berspekulasi sajalah mengenai apa yang terjadi kat mereka tu...

Kembali pada cerita asal...

Tamat sudah sesi cerita yang menyimpang pada kisah asal, mari kita kembali semula, yah?

Memang betul, menurut tempat bayar bil Maxis sendiri (aku pakai Maxis), Alor Setar masih belum (atau "tak akan"?) support Maxis Broadband. Jadi, selain TMNet, kalau nak pakai yang wayarles ni, memang tak dapat tidak, kena cari Celcom jugak la jawabnya.

Kemudian aku disedarkan oleh suatu realiti. Rupanya terdapat banyak "kedai" yang mengedar modem wayarles Celcom Broadband ni. Jenamanya memacam, Huawei lah, Vodafone lah (model yang sama sebenarnya), dengan pakej dan harga tawaran yang berbeza-beza. Tu tak termasuk lagi dengan "cerita" yang berbeza-beza dari wakil yang berbeza-beza. Yang modem original, yang ada waranti, yang kena kontrak, yang tak payah kontrak, yang harga diskaun, yang diseludup, yang diberikan kepada kakitangan kerajaan... apa nih?! Kenapa menyusahkan pelanggan sebegini? Menyampah betul, hoh!

Tapi apa boleh buat, di Malaysia ni, pengguna tidak dilindungi daripada kerakusan peniaga yang menipu, huhuhu...

Akhirnya, dengan penuh tawakkal, kami memilih satu pakej daripada satu kedai (sebulan RM98). Bila dah buat pembelian, kami diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah.

Oh ya, untuk pengetahuan, pada ketika liputan jam 6 petang dari karnival Sua Rasa yang disiarkan secara langsung oleh TV9 tu, langsung dari booth Celcom ketika wartawan Zuhairah Mustafa Al-Hussin yang membuat liputan mengenai cabutan bertuah yang bakal diadakan pada jam itu juga, aku yang turut berada di situ pada ketika rupanya telah masuk TV! Tapi malangnya, disebabkan aku berdiri betul-betul di belakang kotak cabutan yang lutsinar tu, tak berapa kelihatan la pulak wajah aku. Maknanya hanya baju yang aku pakai sajalah yang kelihatan dan mendapat glamour, heh!

Ehem, berbalik kepada Celcom Broadband, setelah terpaksa menunggu hampir dua hari sesudah pendaftaran (daftar terlewat sejam, hari Sabtu, kena tunggu hari Isnin baru diuruskan pendaftaran kami dan malamnya baru dapat online, heh!), aku mendapati ianya tidaklah sepantas mana pun. Lebih kurang macam Streamyx aku saja pun. Kengkadang lebih lambat lagi, namun ada ketikanya, lebih pantas juga daripada Streamyx. Dan aku dapati ianya sangat tidak ngam dengan Yahoo!, sebab aku mengalami kesukaran nak login aku punya Y!M, biarpun pada ketika ianya tersangat laju sehingga memuat turun video dari Youtube pun tak perlu tunggu lama.

Dan, dua hari lepas aku pakai Celcom Broadband, talian telefon pun kembali berfungsi (macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni, mereka cuma sambung ke dua tiga buah rumah sahaja). Maknanya sekarang, aku ada dua talian Internet yang nak kena dibayar bilnya setiap bulan. Herrmmm... ni yang mana satu yang aku nak terminate ni ya?

Ni baru nak cerita punca aku bercuti panjang ni, iaitu SEBAB KETIGA itu, heh!

Punca ketiga ni aku akan bahagi kepada dua faktor yang saling berkaitan. Faktor pertama ialah dari segi internet aku itu sendiri. Kalau pakai Celcom, ianya tak begitu stabil, kadang laju, kadang perlahan. Mungkin sebab lokasi aku kot.

Kalau pakai Streamyx pulak, di samping kepantasannya yang tak seberapa (aku pakai yang 521K punya), di rumah aku, ada suatu masalah "unik" yang menimpa Streamyx aku ni. Aku tak pastilah sama ada puncanya adalah disebabkan talian Streamyx itu sendiri, atau disebabkan kabel telefon pada tiang telefon (yang kerap diganti sebab asyik kena curi tu), atau disebabkan pemisahan yang bapak aku buat pada talian di rumah aku ni (kami split kepada beberapa buah lokasi di rumah; ruang tamu, bilik tidur utama, bilik kedua dan di dapur).

Apakah masalahnya? Haaa... apabila ada panggilan masuk, tatkala diangkatnya gagang telefon itu untuk menjawab panggilan, secara automatik sambungan ke internet tu akan terputus dan kena disambung semula. Itu baru "keunikan" yang pertama.

"Keunikan" yang kedua pula ialah, akan ada suatu ketika, sambungan ke internet itu terputus, dan modem yang aku setkan supaya menyambung kembali secara automatik tu, akan menghadapi kesukaran untuk menyambung talian. Selagi aku tak perasan akan hal ini (keluar rumah ka apa ka), selagi itulah dia takkan tersambung, sehinggalah aku kena buat sesuatu yang bagi aku agak lawak bila memikirkannya.

Satu cara yang aku buat, aku angkat gagang telefon dan tekan butang engage berkali-kali sehingga aku dengar bunyi modem aku membuat panggilan ke internet (ya, aku boleh dengar deringan modem menerusi gagang telefon rumah aku!) dan biarkannya untuk beberapa ketika sehingga ia betul-betul bersambung dan tak putus-putus lagi dah.

Atau, cara yang terkini, aku kena guna telefon bimbit aku dan dail ke nombor rumah, lepas tu aku angkat gagang telefon rumah, dan biarkan beberapa ketika. Setelah aku buat benda-benda ni, baharulah modem aku berjaya membuat panggilan dan menyambung ke internet. Apa cerita neh?!

Itu faktor pertama. Faktor Kedua, PC aku sendiri yang sudah tua lagi semput. Kerap juga mereboot diri sendiri tanpa terduga. Ditambah pulak dengan tabiat aku yang suka melayari internet menggunakan kaedah "tabbed browsing" pada browser yang mengakibatkan PC tua aku ni menjadi makin lembab, menjadi penggunaan aku terhadap komputer aku ni jadi sedikit terbatas.

Dua faktor tadi membentuk Sebab Ketiga aku lama tak berblog; aku jadi MALAS. Malas lama tak buat. Lama tak buat sebab terhalang oleh "asbab" yang aku ceritakan tadi. Aku memang macam ni, kalau lama tak dapat buat sesuatu aktiviti akibat dihalang oleh sebab-sebab tertentu, akhirnya aku akan jadi "hilang minat" atau "malas" dah nak buat aktiviti berkenaan. Andai aku nak buat juga, aku akan jadi sedikit kekok, dan akan mengambil sedikit masa untuk kembali "aktif"... seandainya aku mahu aktif.

Di samping itu, ada satu lagi sebab tambahan yang buat aku "malas". Bahkan, sebab inilah yang membuatkan ada individu blogger tertentu yang akhirnya bertindak berhenti terus daripada berblog. "Masa" dan "komitmen dunia sebenar". Dan, bagi kes aku yang sekali taip sampai beribu patah perkataan (aduih, tabiat apakah ini?!), sedikit sebanyak, banyak juga masa yang diperlukan. Heh, tapi ini boleh diselesaikan. Aku kena belajar macam mana nak kurangkan bilangan patah perkataan. Tu pun akan makan "masa" jugak nih!

Nah, itulah dia, penamat bagi trilogi "Cuti Panjang" aku ini.

Tammat...(?)

P/S: Dalam aku dok kata yang kununnya aku "kekok" ni, hasil karangan aku jadi panjang jugak yea? Seribu patah perkataan lebih! Waduh, tabiat lama sukar dihapuskan! :P

5 ulasan:

  1. Memang susah nak kikis tabiat lama yg suka menulis dgn detail dan panjang berjela-jela. Kak su faham sangat. :D

    Ish... pendek pulak komen kali nih. Hehehe

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum..

    klakar juga tulisan awk ni..
    tergelak sy mmbacenye..
    pe2 sy mmg tercari2 modem..
    x sangka susah juga kan...
    ade kelebihan n kekurangan die kan..
    awk ade 2..
    bglah satu..

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum,

    Amboih Encik Saladin! Panjangnya cuti anda kali ini. tak terukur pula berapa meter panjangnya. Tak ada idea terbaharukah?

    Gue udah kangen bangat sama tulisan loh!!!

    BalasPadam
  4. sultan perak murtad??

    http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang