Isnin, 7 Julai 2008

Batman vs. Batman vs. Batman vs. Batman!

Filem Batman yang terkini, THE DARK KNIGHT (laman sesawang rasmi, profil di IMDb) akan mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Julai 2008 (sehari lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat sendiri). Filem sekuel bagi BATMAN BEGINS yang merupakan adaptasi bagi watak yang muncul dalam siri komik terbitan DC Comics ini diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Christopher Nolan dan sekali lagi menampilkan aktor Christian Bale sebagai Batman, dan kali ini menampilkan juga lakonan kedua terakhir buat aktor Heath Ledger sebagai musuh tradisi Batman, iaitu The Joker.

Dalam pada itu, aku teringat kepada TIGA aktor lain yang berbeza yang pernah memegang watak Batman bagi versi filem sepanjang dua puluh tahun yang lalu (ini tak termasuk versi drama bersiri atau siri animasi ya). Dalam pada itu, aku terbayang pula, alangkah bestnya kalau keempat-empat "Batman" ini (termasuk yang versi terkini tu) dapat berentap dalam satu filem!

Eh, memang ada la!

[Video berkenaan ada pada bahagian paling bawah entri ini. Sila skrol terus ke bawah untuk terus menontonnya.]

Sebelum itu, mari kita berkenalan dulu dengan "Batman-Batman" ini satu persatu...

Versi Michael Keaton

Ini adalah Batman yang muncul dalam filem BATMAN dan sekuelnya BATMAN RETURNS. Pengarah Tim Burton yang dikenali dengan filem-filemnya yang berunsur "gothic" turut "menyumbangkan" unsur itu ke dalam filem-filem Batman arahannya ini.

Ketika aktor Micheal Keaton diumumkan akan memegang peranan Batman, ramai di kalangan peminat yang tak berpuas hati kerana beliau ni pada ketika itu lebih dikenali sebagai pelakon komedi! Maka ramailah yang menyangka filem ini akan jadi campy sepertimana siri TV BATMAN lakonan Adam West.

Walau bagaimanapun, terbukti filem ini lebih berunsur serius dan dark serta agak ganas berbanding siri TVnya itu, dan lebih "selari" dengan tona versi komiknya. Filem ini sekaligus mempopularkan semula watak Batman, dan bermula dari filem inilah sebenarnya yang mencetuskan minat orang terhadap Batman. Kalau ada yang mengaku dia suka watak Batman kerana dia itu [masukkan apa saja alasan] sedangkan dia ni bukanlah pembaca komik, maka ketahuilah, filem lakonan Michael Keaton inilah puncanya. Dan melalui filem inilah, pertama kalinya dalam sejarah, watak Batman diberikan kostum berwarna hitam (yang kemudiannya turut diikuti dalam siri komiknya, tapi tak lama, lepas tu kembali ke warna asal iaitu sut kelabu dengan topeng dan mantel hitam/biru, bergantung kepada pilihan pelukis).

Biarpun secara fizikalnya (dari segi saiz ketinggian) Michael Keaton kelihatan "tak seswai" sebagai Batman, namun terbukti cara lakonan beliau amat berkesan membawa watak Batman/Bruce Wayne. Sebagai Bruce Wayne, beliau memaparkan watak billionnaire yang berpura-pura gembira dan "tak peduli" di hadapan orang ramai, sementara di belakang orang dan sebagai Batman, akan terpapar konflik dalaman dirinya, sebagai insan yang "terganggu" dan dibelenggu kisah silam dan trauma yang duka, dalam cara yang agak innocence dan childlike gitu (ewah!). Memang lakonan Michael Keaton ni ada sedikit charmingnya dan agak cute (yikes, macam tak caya aku boleh berkata sedemikian!).

Pendek kata, dari segi perwatakannya, boleh dikatakan ini adalah versi filem yang terbaik untuk watak Batman (sebelum kedatangan filem BATMAN BEGINS).

Versi Val Kilmer

Setelah kedua-dua filem Batman tadi berjaya di pawagam, untuk filem ketiga, pihak dari studio Warner Bros. "membuang" Tim Burton kerana skrip asal untuk filem ketiga itu dikatakan agak ganas (di samping beberapa perubahan yang agak BESAR yang membuatkannya sangat "lari" daripada versi komik, sesuatu yang bakal menimbulkan kemarahan kepada peminat komiknya), sedangkan mereka ingin membuatkan filem ini lebih meluas skop penontonnya, iaitu (jeng jeng jeng...) KANAK-KANAK! Ya, rugi yang amatlah kalau tak boleh dipasarkan kepada kanak-kanak. Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dibuat dengan kanak-kanak? Segala macam merchandise dan permainan beb!

Anyway, pengarah yang menggantikan Tim Burton ialah Joel Schumacher, seorang pengarah yang 'gay' (dia sendiri yang mengaku). Michael Keaton yang tak berpuas hati dengan perubahan tona filem ketiga ini (lebih ringan berbanding dua filem sebelum ini) menarik diri. Tempatnya digantikan oleh aktor Val Kilmer. Dan lahirlah filem ketiga bagi siri filem Batman ini yang diberi tajuk BATMAN FOREVER

Val Kilmer ni boleh dikatakan sebagai pelakon Batman yang "paling hensem" dan sasa dalam siri filem Batman ketika itu (kalau nak dibandingkan dengan Michael Keaton yang agak pendek tu).Sebagai Batman dan Bruce Wayne, beliau membawa watak itu secara tersendiri. Perwatakan Bruce Waynenya agak "kureng", tapi sebagai Batman, aku boleh kata dia memang menjadi. Tubuhnya yang agak besar (berbanding Micheal Keaton) dan lebih sasa, membolehkan dia membuat sendiri aksi-aksinya. Dan memang lakonan beliau sebagai Batman adalah lebih "beraksi" berbanding sebelum ini. Dan sebagai Batman, beliau membuatkan suaranya sedikit serak agar berbeza daripada suara Bruce Wayne.

Pendek kata, dari segi rupa parasnya, beliau ni memang selari la dengan rupa paras Bruce Wayne dalam komik yang digambarkan sebagai kacak dan tampan. Lakonan pun okay.

Oh ya, filem ini juga memperkenalkan buat pertama kalinya watak Robin/Richard "Dick" Grayson lakonan Chris O'Donnell. Walau bagaimanapun, dalam versi filem ini, watak Dick Grayson memulakan "karier" sebagai Robin ketika umurnya remaja yang sudah meningkat dewasa, sedangkan kalau dalam komik, watak Robin bermula sebagai seorang kanak-kanak. Mungkin sebab susah kot nak buat filem dengan budak-budak. Dan mungkin juga sebab kalau di dalam siri komik pada ketika itu (sehingga sekarang), watak Dick Grayson sudahpun meningkat dewasa. Bezanya, dalam komik, dia dah tak pakai nama "Robin", sebaliknya kini dikenali dengan nama Nightwing sementara peranan Robin dipegang oleh orang lain.

Di samping itu, ada beberapa masalah yang akhirnya membawa kepada "kejatuhan" francais filem ini setelah kemunculan filem keempat.

Versi George Clooney

Val Kilmer pulak menarik diri dari filem Batman keempat kerana beliau merasakan watak-watak penjahat lebih banyak ditonjolkan dan diberikan fokus, berbanding watak Batman sendiri. Maka, dengan pengarah yang sama dengan BATMAN FOREVER, di dalam filem yang diberi judul BATMAN & ROBIN ini, peranan beliau pun digantikan oleh aktor George Clooney, sementara watak Robin masih kekal dengan pelakon yang sama.

Sebagai Bruce Wayne, George Clooney berjaya membawanya dengan cemerlang. Watak billionnaire yang playboy amat cocok dengan stail lakonan George Clooney. Ada karisma dan aura gitu. Malangnya, sebagai Batman pun, beliau membawanya dengan cara yang serupa juga! Suaranya langsung tak diubah.

Tapi, bagi aku pulak, watak Batman untuk filem ini kelihatan tersangat berbeza daripada tiga filem sebelumnya. Dalam filem ini, Batman kelihatan lebih matang dan bertindak sebagai "bapa" kepada watak Robin yang lebih "memberontak". Secara keseluruhannya, Batman dalam filem ini digambarkan sebagai "veteran" yang sudah berpengalaman dalam tugasnya.

Malangnya, filem ini "gagal". Bahkan dijolok sebagai antara "filem Superhero yang terburuk dalam sejarah". Masalah utama filem ini boleh dikutip dari pelbagai aspek. Skripnya, di mana watak Batman kelihatan sangat "lari" daripada apa yang sepatutnya. Bahkan, kelihatan filem ini seperti sudah kembali kepada stail campy drama bersiri Batman tahun 60an dulu.

George Clooney sendiri mengakui bahawa beliau bertanggungjawab "membunuh" francais filem Batman. Sayang sekali, George Clooney punya "aura" sangat sesuai, dan boleh jadi Batman versi beliau akan jadi yang terbaik, sekiranya skripnya tidak sehampeh ini.

Dan, ini antara masalahnya kalau pengarah filem ini seorang gay. Filem ini dipenuhi dengan lampu neon. Aku tak pasti apa motif penggunaan lampu neon ni. Kostum penjahat, senjata penjahat, semuanya boleh "bernyala dalam gelap".

Lepas tu, cuba lihat kostum Batman versi George Clooney di atas tu. Nampak sangat "gay". Corak dan warna yang entah apa-apa, tak ada fungsi pun melainkan kosmetik semata. Ditambah pula dengan kostum getah Batman dan Robin yang ada (jangan marah aa) PUTING di bahagian dada (mujur dalam gambar kostum di atas itu, ianya tak ada kelihatan, heh!). Ya, ini benar-benar kejadian! Waddahek kan? Bahagian di kostum itu dijolok secara sindiran oleh peminat komik sebagai "bat-nipple". Benda ni dah ada semenjak filem BATMAN FOREVER lagi. Kalau berpeluang menonton semula filem Batman ketiga dan keempat itu, perhatikan pada kostum Batman dan Robin, dan anda akan nampak "benda" itu. Apa motif kewujudannya di kostum Batman? Itu kena tanya sang pengarah!

Kostum yang berwarna-warni dan cahaya neon yang berwarna-warni, memang resipi biasa bagi taste seorang pengarah yang gay. Bahkan, George Clooney sendiri mengakui, watak Bruce Wayne versi lakonannya tu, yakni ketika dia berlakon sebagai Bruce Wayne, dia menggambarkan bahawa watak itu seorang gay. Ya, seorang Batman yang gay! Pengarah gay ni memang tak profesional la. Buat filem tanpa memasukkan pengaruh gay kalian di dalam filem itu, tak boleh ka? Tengok sajalah apa yang sorang lagi pengarah gay dah buat pada watak Superman dalam filem SUPERMAN RETURNS, huhuh!

Apahal pun, kegagalan filem keempat ini sekaligus membunuh terus minat pihak studio untuk membikin lagi filem Batman pada masa akan datang, sehinggalah...

Versi Christian Bale

Setelah "trauma" dengan kegagalan filem keempat, usaha untuk membawa filem Batman yang seterusnya ke layar perak seringkali menemui kegagalan. Nampak sangat pihak studio "takut" nak buat, sebab takut filem mereka akan gagal lagi. Mereka khuatir penonton yang skeptik setelah kecewa dengan filem keempat akan memboikot filem kelima, sekiranya ada yang diterbitkan. Stigma itu masih menebal.

Akhirnya, setelah LAPAN TAHUN "menyepi", muncullah filem BATMAN BEGINS, filem yang dianggap sebagai "mula semula" bagi siri filem Batman. Dengan kata lain, filem ini tak ada kena-mengena dengan keempat-empat filem Batman sebelum itu. Ianya bukannya sekuel, sebab filem ini mengisahkan bagaimana Batman boleh menjadi Batman (kisah asal-usul). Namun ianya juga bukan prekuel, sebab stail dan "dunia" yang digambarkan tersangat berbeza. Dengan kata lain, perlu diulangi, ini filem yang BARU, fresh, tak bersangkut-paut dengan filem-filem sebelumnya.

Filem lakonan Christian Bale ini dipuji hebat. Dan filem inipun dianggap berjaya, biarpun masih ada stigma mengenai "keburukan" filem Batman keempat. Berbanding filem sebelumnya, filem ini menggambarkan dunia Batman dengan cara yang agak "realistik". Setiap alat yang digunakan Batman, menggunakan aplikasi prinsip/hukum sains yang betul (kononnya la). Secara mudah, filem Batman ini "berpijak di bumi nyata" (terjemahan bagi "grounded in reality", eh, betul ka terjemahannya tu?).

Lakonan Christian Bale pun mantap. Kita boleh lihat bukan saja DUA, malah TIGA personaliti Bruce Wayne yang dilakonkannya. Personaliti Bruce Wayne yang sebenar yang hanya ditonjolkan kepada orang yang dipercayainya (tak kira sebagai Bruce ataupun Batman); personaliti Bruce Wayne si "bachelor billionnaire playboy" yang kelihatan ceria dan "happy-go-lucky" serta carefree (ini yang dijolok oleh peminat sebagai "topeng sebenar" bagi watak Batman); dan personaliti Batman yang misterius lagi menyeramkan ketika berdepan dengan penjahat.

Pendek kata, pembawaan watak Batman versi dan lakonan Christian Bale adalah yang terbaik buat masa kini!

...

Ooops, baguih punya dok melalut, bagi intro pasal watak Batman versi filem, terlupa pulak tujuan sebenar entri ini! Iaitu nak menunjukkan video di mana keempat-empat "Batman" ini "berentap", dalam SATU SKRIN! Ya, ini merupakan sesuatu yang memang mustahil. Tapi video yang aku jumpa di laman sesawang Cracked.com ini kelihatan sangat real!

Melihat keempat-empat Batman ini bergandingan (tapi malangnya untuk bergaduh sesama sendiri!) adalah mimpi buat peminat filem Batman, dan video ini telah membuatkan mimpi itu menjadi suatu realiti!

Apahal pun, sementara menantikan kemunculan filem THE DARK KNIGHT (di pawagam masing-masing berdekatan anda!) silalah melayan video yang diberi tajuk BATTLE OF THE BATMANS ini!



Pada pandangan kalian, berdasarkan video ini, Batman versi siapakah yang paling best ya? Hehehe...

4 ulasan:

  1. Meresapkan elemen 'jiwa manusia'.
    Berikutan dengan ini, maka James Bond pun mengikuti trend ini-'Human Soul rather than machine'-ie gadget based movie.

    Walau macam manapun, i love mecha! :)

    BalasPadam
  2. Ya... urmm... saya rasa saya kurang mengerti la maksud Tuan ni, huhuhu!

    Saya cuma faham yang Tuan ni suka genre "mecha", heheh!

    Oh, maksudnya, filem ni lebih "berjiwa manusia", yang lebih menampilkan elemen manusiawi, seperti emosi, konflik dalaman, perasaan apa semua tu, daripada hanya mementingkan gadget yang dipakai oleh protagonis, sepertimana stail sebelum ini?

    Kalau itu, ya saya setuju. Filem yang hanya bergantung pada, contohnya kecanggihan gadget, hanya ada benda² yang dipanggil "flash". Sementara yang lebih menerapkan "jiwa manusia" ni, dianggap memiliki "substance". Err... betul ka camni, heheheh...

    BalasPadam
  3. Wah, ni boleh bagi hadiah ni, kategori "komentar terpendek"! =))

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang