Ahad, 24 Ogos 2008

Kedah... Kedah pantang kalah!


23 Ogos 2008 mencatatkan suatu sejarah buat Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah. Bukan saja Pasukan Kedah berjaya memenangi Piala Super dan Piala FA, malah malam ini, menang pulak Piala Malaysia.

Aku sebetulnya tak minat pun perlawanan bola sepak ni. Malah aku juga seorang yang kaki bangku, haha! Tapi kalau ada perlawanan penting melibatkan pasukan Hijau Kuning ni, memang aku akan jadi perhatian lagi prihatin untuk mengikuti perkembangannya. Sepertimana malam ni.

Malam ini sebenarnya aku terbelah bahagi. Nak tengok TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA kat RTM1, nak jugak tengok AKADEMI NASYID di TV9. Akhirnya aku settle. Tilawah boleh didengar di IKIM.fm, maka aku boleh dengar. AN tu aku boleh tengok online kat TV9 Online, atau tak tengok terus pun tak apa, hah! Oleh yang demikian, TV pun tertalalah ke RTM2 yang ada siaran langsung perlawanan tu.

Sebaik saja sudah solat Isyak, melihatkan pada awalnya, Selangor mendahului satu berbalas kosong, aku jadi kureng bersemangat nak tengok. Jadi aku lepak dulu di bilik, sementara TV dan Radio di luar berkumandang siaran liputan perlawanan tu. Lepas dengar ada gol penyamaan dari Kedah, aku pun jadi seronok sikit, tapi masih tak jenguk ke TV. Bila tiba waktu makan malam, keluar dari bilik, terjeling kat skrin TV, terkejut tengok Kedah dah mendahului 2-1! Aik, cepat sungguh! Lepas masuk gol ketiga tu, segalanya tinggal sejarah la buat pasukan Selangor, hahah! Baru separuh masa pertama tuuu!

Separuh masa kedua pulak, permainan stail maintain saja la nampaknya. Tapi tetiba terkejut seketika bila Selangor bubuh gol kedua. Aih, suspens la camni! Habis masa, tapi pi tambah tiga minit tambahan pulak! Maintain lagi. Lepas tu, dah tinggal seminit, Selangor pulak dapat sepakan percuma. Kalau masuk ni, memang haru-biru la jadinya, nak kena penalti pulak kan? Tapi syukurlah, bola tak masuk, dan dah masuk lebih dari tiga minit dah. Apa lagi pengadil weh, tiuplah wisel penamat tu! Dah la sepakan percuma pun dibagi saat-saat terakhir dah! Tak puas hati ka kalau Kedah menang? Bias betul la, haha!

Apapun, sejarah tetap dah tercipta. Keputusan yang tercatat ni macam ulang tayang perlawanan Kedah-Selangor merebut Piala FA dulu, di mana Kedah kalahkan Selangor 3-2 jugak, hoho! Dan khabarnya, bilangan penyokong Kedah di Stadium Bukit Jalil tu melebihi bilangan penyokong Selangor? Biar betul! Apa cerita? Kalian macam tahu pulak keputusan malam ini ya? Heeheh, jangan marah, gurauan penawar duka! Tapi nak tergelak la melihat ada kelibat budak-budak sekolah dari Kedah di situ. Oit, cuti sekolah dah habis la, hari Ahad di sini dah mula sekolah tau! Ponteng sekolah la alamatnya tu! Baguih la mak bapak ajaq anak-anak minat bola sampai tuang sekolah, ahaks!

Tahniah buat Ketua Jurulatih Kedah yang sangat aku kagumi kerana sangat merendah diri dan sentiasa sebut nama Allah dalam setiap pengucapan dia, iaitu Mohd Azraai Khor Abdullah. MB Kedah, Ustaz Azizan pun ada jugak tadi, heheh! Tahniah buat seluruh pasukan Kedah. Tahniah buat semua peminat (termasuk aku!).

Dan menjujung kasih buat Tuanku Sultan Kedah, peminat nombor satu Pasukan Kedah. Setiap perlawanan penting melibatkan Kedah, baginda mesti akan turun mencemarkan duli untuk menyaksikannya. Dan kalau Kedah menang, memang bonus la sebab baginda sendiri yang akan menyampaikan hadiahnya. Secara tak langsung, ini juga merupakan hadiah istimewa buat baginda sempena Sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda. Juga hadiah buat Allahyarham Dato Paduka Haji Ahmad Basri yang kembali ke rahmatullah 15 Julai yang lalu (Al-Fatihah).

Walau apapun, ini memang suatu berita yang sangat menggembirakan aku dan keseluruhan Peminat Hijau Kuning, haha! Sebab gembira punya pasal, izinkan aku menyanyi:
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darulaman

Kedah...Kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah
Hijau kuning tanahku
Darulaman negeriku
Hijau Kuning darahku..
Negeri Kedah negeriku

Sebagai bonos, silalah menonton lagu tema pasukan Kedah, versi asal:


...dan versi lebih rock:


Akhir kata, majulah bola sepak Kedah untuk negara! Biar jasa jadi kenangan! Pulun Kedah Pulun! B-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang