Ahad, 31 Ogos 2008
Konsert Akhir Akademi Nasyid
Yaaaa... lengkaplah sudah sebelas minggu/episod (angka yang ganjil bagi sesuatu siri TV) penayangannya dan berakhirlah sudah siri AKADEMI NASYID (AN), dan aku menonton konsert akhirnya. Sempena malam menjelang 31 Ogos ni, rupanya aku pun macam orang lain jugak; melayan konsert! Tapi bezanya, aku tengok konsert nasyid di TV, sesuai pula dengan suasana nak menyambut Ramadhan ni, kan? Sementara orang lain pulak melepak di tempat lapang, bercampur laki perempuan, tengok konsert hiburan yang melalaikan. Ewah sempat lagi "berleter" tu! :P
Yang bagusnya Akademi Nasyid ni, berbanding "Akademi nyanyi-nyanyi" yang lagi satu tu, serta majoriti rancangan pertandingan mencari penyanyi segera ni, sudah pastilah kerana ianya program lagu nasyid. Kalau dah nasyid ni, automatik ianya akan lebih baik daripada kategori persembahan pentas yang lain tu. Lagi satu, undian SMS hanya mempengaruhi 40 peratus pemarkahan. Sungguhpun macam itu, tapi berdasarkan trend dan populariti, memang dah dijangka dah bahawa Azhan akan menang.
Apahal pun, izinkan aku menjadi "juri tak rasmi" pulak, mengulas konsert serta peserta-peserta AN ini, yeah...
KONSERT AKHIR
Macam biasa, program ini diacarakan oleh Hafiz Hamidun. Sibuk betul saudara kita ni. Malam sebelumnya, tengah malam pulak tu, dia mengacarakan rancangan TILAWAH INTERAKTIF di RTM1 bersama Ustaz Mohd Farid Ravi. Mujurlah malam ni tak ada program tu di RTM1, kalau tidak, jenuh la dia berkejaran pulak ke RTM1 lepas habis mengacarakan AKADEMI NASYID ni, heehe!
Macam biasa jugak, juri tetap ialah Farihin Abdul Fatah. Kali ni dia ditemani oleh Azmeer, dan (kalau tak salah eja) Ustaz Mohd Rozi, ustaz tarannum yang pernah berduet dengan kumpulan FarEast dalam lagu "AHLAN BINA".
Macam biasa jugak, penyanyi latar yang menyokong persembahan ialah Yasin Sulaiman (ex-Brothersz), Salleh Brothersz dan Faiz Brothersz. "Pengetua" bagi akademi ini ialah Ustaz Asri dari Rabbani, tapi yang lawaknya, beberapa jam/minit kemudian, aku nampak kelibat kumpulan ni di siaran langsung konsert merdeka apa entah di RTM2!
Konsert dimulakan dengan persembahan dikir barat oleh peserta-peserta yang tak jadi finalis, dipimpin oleh Salleh Brothersz dan Akbar. Antara lagu yang aku ingat mereka nyanyikan (atau DIKIRkan, hehe) ialah lagu "LASKAR CINTA".
Kali ini, setiap peserta menyanyikan dua lagu, satu lagu orang lain dan satu lagi lagu khas diciptakan untuk mereka nyanyikan. Lagu "orang lain" yang mereka nyanyikan, disebabkan kita dah pernah dengar sebelum ini, maka kita boleh tentukan sama ada mereka sampaikan dengan baik, biasa atau sebaliknya, sementara lagu baru pulak, payah la sikit nak nilai, sebab baru pertama kali dengar, dan aku memang jenis yang tak pernah "jatuh cinta pendengaran pertama" pada mana-mana lagu pun, kena dengar dua-tiga kali dulu, haha! Macam selalu jugak, dipasangkan dua peserta untuk buat persembahan berturut-turut. Bezanya kali ini, keenam-enam finalis ini hanya dikomen setelah "pasangan" ini selesai buat persembahan kedua mereka masing-masing.
CICIK
Shukri atau nama glemernya, Cicik menjadi peserta pertama yang buat persembahan, dia menyanyikan lagu M. Nasir, "KIAS FANSURI". Lagu baru dia aku tak ingat tajuknya, hah! Suara dia sekali dengar, macam suara Jay Jay. Satu-satunya peserta yang berambut panjang dan sedikit "lari" dari tema dan aspirasi nasyid, hoho. Kelebihan dia ni, selain suaranya, ialah trademark dia waktu buat persembahan pentas, mesti ada gitar. Persembahan dia ni mantap dan okay la, kalau kita tak anggap dia penyanyi nasyid. Bukan peserta kegemaran aku sangat.
D'VISION
Peserta kedua ialah sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka D'Vision. Kumpulan nasyid yang kelihatan sedikit "tradisionalis", tapi sayang, mereka ni terkena juga sindrom "menamakan kumpulan dengan perkataan Inggeris yang diringkaskan agar kononnya nampak cool dan menarik". Dulu aku ada sikit masalah dengan satu kumpulan nasyid bergelar DeHearty, biarpun maksud asalnya mungkin dia nak kata "di hati", tapi kalau diterjemah bulat-bulat perkataan Inggeris ini, akan bermaksud "penyah-hatian" atau, dia "membuang" hatinya, dengan kata lain, menjadi tak berhati perut (haha, macam bagus saja tafsiran aku ini!). Kan macam negatif sikit maksudnya tu? Macam la dengan kumpulan D'Vision ni pun, salah satu maksud yang aku nampak ialah "perpecahan", hahah! Lain kali, cari la nama yang "bebas" dari sebarang unsur atau maksud negatif.
Persembahan mereka ni memang mantap dan baik. Suara vokalis utama dia ni memang ada tarannum, burdah, dan entah apa lagi istilah yang boleh aku pakai untuk menggambarkan suaranya. Orang yang pandai bertaranum waktu mengaji, lebih tahu kot apa jenis burdah dia pakai. Paling suka dengar lagu "DARI TUHAN" nyanyian asal Awie dan kemudiannya diduetkan dengan kumpulan Raihan tu. Menarik disebut di sini, D'Vision menyanyikan lagu ni dengan stail yang lebih mirip kepada versi Awie dulu-dulu, dan bukannya versi Awie dan Raihan.
Tapi sayang sikit, macam Azmeer kata, nama saja kumpulan, tapi yang dok pulun nyanyi (dia guna istilah "tamak" dan "bolot", heheh), vokalis utama tu sorang saja, hahah! Tapi mungkin tak adil jugak kita nak kata macam tu sebab ini stail yang sama digunakan oleh Rabbani dan Hijjaz, di mana vokalis utama saja yang nyanyi bahagian utama, sementara penyanyi lain memang sebagai latar, macam "Panca Sitara" tu, bak kata Azmeer. Ianya tak macam InTeam atau kumpulan nasyid muda-mudi yang bawak stail lain yang lebih "harmoni" sebab semua anggota ada bahagian vokal utama masing-masing.
MUSLIM VOICE
Seterusnya, kumpulan Muslim Voice, yang bawak stail acapella dalam nyanyian mereka. Menyanyikan lagu "Allahu" (nyanyian asal siapa aku tak tau, tapi rasanya mereka nyanyi yang versi Raihan punya, aku pun tak tengok sebab waktu tu aku tengah solat Isyak, haha). Lagu baru khas nyanyian mereka pun boleh tahan sedapnya. Sebab stail acapella yang mereka bawa, persembahan mereka memang kedengaran sangat harmoni sekali vokal-vokal masing-masing. Bak kata Farihin, mereka ni jenis "Halal-Sumbang" (istilah beliau yang orang lain tak boleh tiru, apalagi, cepat la patenkan, haha!), kalaupun sumbang, tetap terhibur.
EDA FAZILAH
Satu-satunya finalis wanita, Eda Fazilah, memulakan persembahan dengan lagu barunya yang aku tak dengar (alasan sama dengan waktu aku tak dengar nyanyian pertama Muslim Voice tadi). Tapi kalau dengar semula melalui ulang tayang sebelum berakhirnya tempoh pengundian, rasanya lagu tu macam sedap. Nanti la aku dengar semula kalau ada kesempatan, hehe.
Lagu orang lain yang dia nyanyi pulak ialah "TIADA YANG KEKAL" (sepatutnya tajuk penuhnya ialah "TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH") nyanyian asal kumpulan Al-Mizan dan dinyanyikan semula oleh Ustaz Akhil Hayy. Suara dia memang sedap lagi bergemersik (entah betul entah salah penggunaannya dalam ayat aku ni, heh). Juri kedua, "ustaz tarannum" tu sampai berkata dia ingat yang menyanyi ialah Ummi Kalthum, penyanyi Arab yang terkenal tu, haha! Cuma, Farihin kata suara dia ni banyak "vibrator" (apa benda tuu? Merujuk pada "getaran" yang dia kerap buat kat suara dia waktu menyanyi kot?). Kot mana pun, dia inilah peserta yang paling aku minati, hihihhiihihihi!
AIMAN
Aiman, seorang lagi finalis solo. Dia nyanyi lagu baru khas untuknya bertajuk "Dusta Berkala", satu-satunya lagu baru yang aku ingat tajuknya, haha! Mungkin sebab aku sempat terbaca bahawa lagu ini adalah ciptaan Hafiz Hamidun (pengacara, penyanyi, ex-UNIC) sendiri dengan Ahmad Fedtri Yahya dari TV3 tu. Hmmm... patutlah aku selalu nampak macam mereka berdua ini macam ada satu persamaan, rupanya inilah dia titik pertemuan mereka, hehe.
Dia juga menyanyikan dengan penuh perasaan lagu "Nur Kasih" nyanyian asal InTeam. Satu yang agak menarik lagi menghairankan mengenai Aiman ni ialah, dia SUKA sangat memilih lagu yang asalnya dinyanyikan oleh sesuatu kumpulan, untuk dinyanyikannya sorang-sorang! Tapi mungkin juga disebabkan dia ada satu lagi "kepelikan", iaitu dia berkebolehan "mengubahsuai" suaranya kepada suara-suara yang berbeza-beza ketika menyanyi, hahahahah! Kejap tinggi, kejap dalam, kejap lunak, kejap macam Yasin, kejap macam penyanyi-penyanyi lain, pendek kata, memang berkepelbagaian sungguh la suara dia ni. Aku tak pasti sama ada dia sengaja atau akibat gemuruh, sebab kelihatan tangan dia juga bergegar-gegar ketika memegang mikrofon di atas pentas tu, huhuh... Tapi persembahan dia memang okay, dia pun berkebolehan "bertaranum" dalam nyanyiannya.
AZHAN
Akhir sekali, peserta kegemaran ramai, iaitu Azhan Atan. Dia menyanyikan semula lagu Ramli Sarip iaitu IQRA' di samping lagu baru untuknya (tak ingat tajuk) yang ditulis oleh Usop Kopratasa. Haha, memang hanya lagu Azhan dan lagu Aiman saja yang aku terbaca nama komposernya. Suara dia memang lantang, tapi aku tetap tak begitu meminati dia. Namun, dia ni memang ramai yang minat, dan sekali lagi aku tak hairan dia menang. Atas sebab itu jugak kot aku tak minat sangat dia, aku memang tak minat apa yang orang ramai minat, hoh! Apapun tahniah buat beliau.
LAIN-LAIN HAL, HEH...
Habis persembahan finalis beserta komen-komen dari juri, sebelum iklan sebelum pengumuman keputusan, Nora menghiburkan penonton dengan lagunya, "SAMUDERA". Yang lucunya, dulu aku tak minat pun lagu ni, tapi bermula saat tadi setelah mendengarnya di AN, aku jadi minat pulak dengan lagu ni! Mungkin sebab aku memang akan minat apa saja lagu bukan nasyid tapi ada kaitan dengan nasyid kot?
Oh ya, Nora mengenakan busana yang berjilbab. Aku tak pasti apakah beliau memang akan kekal begitu, sebab ini dah kali kedua aku tengok dia dalam masa terdekat ni pakai macam itu (kali pertama ialah dalam iklan rancangan BUSANA di TV9). Macam trend pulak selebriti wanita kita sekarang ni, setelah puas menayangkan rambutnya kepada orang lain, akhirnya bertudung jua. Apapun, bak kata orang putih, "better late than never", kan?
Ahha, lagi satu aku rasa tertarik nak memperkatakannya. Nama program ni ialah "Akademi Nasyid", tapi TAK PERNAH LANGSUNG dijemputnya artis nasyid sebagai artis jemputan/undangan (termasuklah Nora). Hafiz Hamidun ada menjawabnya di "Blog Akademi Nasyid" (hehe, sekurangnya "blog" Akademi Nasyid adalah di internet, bukannya macam "Blog Gengsterzz" yang ditayang di TV3, kuang kuang kuang!), cuba baca di perenggan keempat dan kelima. Menurut beliau, ini untuk menarik orang yang "tak dengar/minat nasyid" untuk turut menontonnya.
Baguskah taktik ini? Entah la, bagi aku pulak la kan, dalam pada kita nak mencari lebih ramai "peminat baru" atau memperluaskan skop "penonton sasaran", janganlah pulak sampai ke peringkat "menganaktirikan" atau "alienate" peminat setianya yang asal. Aku tak merujuk kepada AN, aku merujuk kepada apa saja yang ada peminatnya, secara umum (komik, filem, apa sajalah). Mujurlah taktik penerbitan AN ni tak sampai ke peringkat itu, kiranya masih boleh diterimalah oleh orang macam aku ini, hehe.
Akhir kalam, tahniah kepada pemenang nombor satu, iaitu Azhan. Tapi tak ada pulak pemenang nombor dua dan tiga. Apakah ini bermakna kelima-lima finalis yang lain itu sama-sama berkongsi tempat kedua, sementara baki peserta lain yang tak jadi finalis itu berkongsi tempat ketiga? Wahaha, kalau benar begitu, memanglah rancangan ini betul-betul genius!
Apa-apahalpun, dalam kesempatan yang sedikit ini, selamat menyambut kemerdekaan dan SELAMAT BERIBADAH DALAM BULAN RAMADHAN! B-)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terkini dalam Ilmiah
-
-
Carilah Ilmu Ad-Diin pada Ahlinya - Ilmu al-iman itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-iman dengan ahli al-islam, melainkan jika ahli al-islam itu memang ahli jug...6 hari yang lalu
-
On Attending Gatherings Virtually - Answered by Sayyidi Habib Umar bin Hafiz (may Allah protect him and benefit us by him) Does someone attending your gatherings virtually receive what someon...Sebulan yang lalu
-
Lekuk Covid-19 mula landai, rakyat disaran terus patuh SOP - SHAH ALAM - Keputusan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh tepat apabila lekuk graf jangkitan Covid-19 mula melandai dalam masa beberapa hari s...2 tahun yang lalu
-
Lagi Tentang Pengunaan Nama Allah - Tidak cukup dengan artikel sebelum ini yang bertajuk "Nama Allah dalam Alkitab dan Tulisan-tulisan Lain" http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/na...3 tahun yang lalu
-
Monday Morning Haiku – Badr - The full moon called me from sleep Face dripping water Quietly chewing on dates The post Monday Morning Haiku – Badr appeared first...5 tahun yang lalu
-
-
Save pdf smaller size mac online - High image quality, bring your ideas to life save pdf smaller size mac online beautiful presentations. and instantly got the shrunken file! Although the de...6 tahun yang lalu
-
Terkini dalam Laman Suka²ku
-
Skim SolaRIS Diperkenalkan Untuk Menggalakkan Pemasangan Panel Solar Di Malaysia - Kerajaan telah memperkenalkan Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolARIS) bagi menggalakkan pemasangan panel solar di Malaysia. TPM Datuk Seri Fadillah Y...2 jam yang lalu
-
PC Gamer magazine's new issue is on sale now: Final Fantasy XIV: Dawntrail - Plus: Elden Ring: Shadow of the Erdtree, Helldivers 2, Manor Lords, Dungeonborne, Pacific Drive, Kingmakers, and much more!3 jam yang lalu
-
Transformers Masterpiece MP-60 Ginrai Possible First Look - Thanks to TFW2005 user, Onilink we have our first potential look at Masterpiece Ginrai with Godmaster originating from Baidu. Ginrai appears to be a Dece...3 jam yang lalu
-
First Look at Transformers Legacy Squeezplay, Prime Cliffjumper, Orange Tarantulas, Cyberverse Tarn - Target is getting another 4 pack this year, as we've gotten in the previous three years. And we now know what it includes thanks to some leaked images. The...11 jam yang lalu
-
Podcast #977: Tips From a Hostage Negotiator on Handling Difficult Conversations - In resolving hundreds of kidnap-for-ransom cases involving gang leaders, pirates, and extortionists, Scott Walker, a former Scotland Yard detective, has ...22 jam yang lalu
-
Release: *Necrosmith 2 with Soundtrack* - *Like a dead man reanimated by dark sorcery, the necromancer simulator is back – Necrosmith 2 is now out, with a -15% launch discount until April 10th, 5 P...Sehari yang lalu
-
Bang Mat dan Razi - Kampung Zombi Oleh Amirul Ain - [image: Author image] Amirul Ain *Nota Editor :* Ini adalah previu 5 dari 10 muka surat untuk penyertaan pertandingan *CKOM8*. *Nota Editor :* Ini a...3 hari yang lalu
-
-
-
Akhirnya Nicolas Cage Dapat Beraksi sebagai Superman menerusi Filem Animasi TEEN TITANS GO! TO THE MOVIES - Tiada apa yang mustahil dalam dunia komik. Baru-baru ini, kita telah diberitakan bahawa komposer dan penyanyi Halsey serta penyanyi rap Lil Yachty akan men...6 tahun yang lalu
-
-
Entri Terkini Blog Orang
-
Koleksi Alam - Bismillah hirrahman nirrahim.Lama blog ini bersawang. Sehinggakan saya tak tak tahu ianya masih berfungsi atau tidak. Masih ada yg menjengok atau tidak. S...2 bulan yang lalu
-
Lahir di Bulan - Siapakah yang lahir di bulan? Adakah orang yang lahir di bulan? Ini bukan tentang sesiapa yang lahir di bulan. Namun tentang aku yang lahir di bulan ...Setahun yang lalu
-
Ubah Menu Makanan - Jikalau belasan tahun dulu, aku sering saja minum teh tais, teh tarik, milo ais,20an pula penuh dengan air gas dan sirap sepanjang masa. 30an Aku di Sab...Setahun yang lalu
-
Miss Grand International 2020 - Its been awhile I write my blog and the last time I wrote was about pageant particularly Miss Universe. But this time around, post pandemic of the covid-19...2 tahun yang lalu
-
-
1st entry of the year… on the 7th. - Oh, darn it. Failed my ninth 2017 resolution by only writing here on the 7th. Supposed to have 7 entries already for the year! Boo hoo. What to write tonig...7 tahun yang lalu
-
12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...7 tahun yang lalu
-
New Science Inventions - The distinction between barbaric and ethical electromagnetic key to the new science inventions of Fullerene holographic 'chemistry'. While mainstream sci...8 tahun yang lalu
-
Surat-Surat Kepada Mereka - Dalam diri. Itulah. Cinta dan benci, datang dan pergi. Terlalu banyak cerita yang ingin ditulis, tetapi ada sebahagiannya bukan untuk dikongsi. Barangkali,...10 tahun yang lalu
-
(Idea Lucu) Cara Tidur Yang Berkesan! - 1. Pejam Mata. Mesti kene pejam mata kalau nak tidur. Mana ada orang buka mata. kan? 2. Tengok Drama Melayu. Bila dah bosan, pasti ngantok. 3. Senaman Mala...12 tahun yang lalu
-
Ludah Siswa Atau Ludah Najib? - Terkejut. Mahasiswa telah tunjuk taring. Walaupun bukan majoriti mahasiswa di Malaysia ini, tetapi tindakan mereka perlu diambil perhatian. Najib Razak per...12 tahun yang lalu
-
Machine Part 1 - Akhirnya, sampai gak 1 daripada 3 mesin production yg aku mohon daripada pelbagai agensi bantuan keusahawanan. Hari ni mesin Cooker/Mixer & Filler yg sampa...14 tahun yang lalu
-
-
Assalamu'alaikum...
BalasPadamSelamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada Encik saladin dan yang lain-lain.
Encik Saladin, pada pengkisahan anda tentang Muslim Voice, yang telah anda kurungkan. Letakknya pada baris ke empat dalam perenggan tersebut, anda mengatakan anda sembahyang ZUHUR. Setahu saya, siaran langsung AN tersebut ditayangkan pada waktu malam. Bahkan, pada perenggan pertama dalam baris ketiga dan keempat tulisan anda di atas juga mengatakan "Sempena MALAM...."
Apakah Encik Saladin tersalah menulis?? :p
Sebenarnya, saya tidak menonton konsert akhir AN tersebut. Tapi dalam Melodi siang tadi, si Micheal (taktau ejaan nama dia, si wartawan melodi tu la) tu interniewlah si penonton konsert yang lagi satu, bertanyakan tentang boikot yang dilakukan di luar tempat konsert. Sah-sah la derang kondem boikot tersebut.... itulah erti merdeka pada anak-anak muda...
(alamak, macam saya ni tak muda lagi jer)
Wa`alaikumussalam, Cik Tanpa Nama yang saya rasa (mungkin) saya kenal siapa orangnya, heheh!
BalasPadamYa Cik, memang saya telah tersalah menulis, kakakak! Terima kasih atas pembetulan anda, dan saya pun dah betulkan. Tapi sebab anda ni "Tanpa Nama", tak dapek la nak kreditkan nama anda... ;)
Oh, si Michelle Wee dari MELODI tu (bukan Michelle Wie si pemain golf dari Amerika berdarah kacukan Korea yang lahir di Hawaii itu ;D). Memang dari dulu lagi saya meluat dengan MELODI dan semua wartawannya secara khusus, serta TV3suku sendiri secara umumnya (kecuali bahagian dan personnel yang menerbitkan program² berunsur keagamaan di situ).
Ya, pasai konsert budak April tu kan? Apa boleh buat, benda camni memang AKAN timbul jugak kot manapun. Sedangkan "boikot" terhadap Mas Idayu dan Ella (yang tak seberapa teruk sangat pun) ditentang hebat oleh suatu parti yang terjajah juga itu, apa lagi konsert April yang bertaraf antarabangsa, lagi mau boikot ka? Kolot la lu, hahaha!
Apapun, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga buat anda. B-)
Assalamu'alaikum...
BalasPadamEncik Saladin...
Dengan bangganya, saya mengisytiharkan bahawa tanpa nama di atas adalah saya sendiri. Saya bukan "Cik" ye...
Saya kelupaan meletakkan men"sign-in"kan diri ke dalam akaun google kot yang menyebabkan nama saya tak keluar. Biasanya, sebelum saya baca blog, saya sign in dulu...
Haha, "Cik" aiyrie rupanya! Betullah saya kata, saya macam kenal saja dengan gaya bahasanya itu! ;)
BalasPadamSalam....
BalasPadamLaaa... dah abih ke AN ni? Ketinggalan betul kak su. Tak menghairankan sbb sepanjang AN berlangsung, kak su cuma tengok 2-3 kali je kot. Itupun nasib baik tengok, kalau gengstarz tu, kak su langsung tak penah tengok!
Lagipun siaran TV9 yg menyiarkan AN tak terpancar dgn eloknya di tv kak su. Maklumlah, kak su bukannya pengguna Astro pun.
Sebut ttg sambutan merdeka. Masa tu masjid Shah Alam juga mengadakan program merdeka yang mana ada forum merdeka (yg mana salah seorang ahli penalnya ialah Datuk Daud Che Ngah), zikrullah dan solat hajat. Yang hadir rasanya tak sampai 10% daripada mrk yang berkumpul di padang berdekatan untuk berarak dan entah apa-apa lagi acaranya. 25-35% dari yang hadir pula adalah dari sekolah tahfiz yg rasanya kehadiran mereka diwajibkan oleh guru.
Sewaktu ceramah dan zikrullah berlangsung, terutama semasa hampir kepada detik keramat tu, dari dalam masjid boleh dengar lagu-lagu (tak tau le samada itu dendangan secara langsung atau rakaman) dimainkan.
Sedih jugak melihat merdeka yang disambut oleh warga Shah Alam yg kebanyakannya Melayu muslim (insyaAllah) tak disambut dengan laungan takbir seperti yg dilakukan semasa memenangi pilihanraya. Apatah lagi utk bersama-sama menunaikan solat hajat mohon dipelihara kemerdekaan yg dinikmati. Sebaliknya disambut dgn siaran lagu-lagu, perarakan dan tembakan (?) bunga api.
Tapi kita kena berbaik sangka kan? Mungkin aktiviti masjid tak mendapat sambutan kerana ramai yg tak tahu acara yang diadakan, sebab tu tak ramai. Kak su pun tahu agak lewat, sehari sebelum hari merdeka!
Ish... dah jadi macam ulasan n3 merdeka pulak dan bukannya AN. Sorry ye Saladin. Kak su nak lepaskan perasaan kecewa je. :(
Apapun, selamat menunaikan ibadah puasa dan lain-lain ibadat sunat dibulan Ramadhan. Semoga kita semua dapat jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas-lepas kerana mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir...
Tok tak minat nasyid .... tapi teperangkap dek anak-anak dan isteri tersayang yg minat nasyid maka kami pergi tengok secara live malam tu. Itu pun sebab anak sulung yg sebok ambil tiket masuk dari kawanya di TV9 . malam tu mula2 tok kena duduk dgn penyokong cicik tapi isteri tok yg minat kad azhan tarik tok duduk dikerusi yg dikhaskan utk peminat azhan. Dan apabila masuk aje penyokong azhar jadi kami duduklah ditengah keluarga aazhan... jadi tok pula diberi bendera tangan huruf A jadi bila camera on aje tok pun terpaksalah angkat bendera tu....hahahahaha Isteri tok gelak besar sebab yg pertama dia dapat duduk dgn keluarga azhan dan kedua dia lihat tok terpaksa angkap bendera azhan walaupun tak minat nasyid.... banyak kalilah muka tok keluar TV malam tu... malam tu pada tok azhan tak berapa sedap jika dibandingkan sebelumnya, Aiman dgn penyokongnya pakai baju hijau dan sokongan yg ramai yg mengendelamkan penyokong lain. lagu pertamanya tok suka. muslim voice pun sedap tapi sayang tiada pemenang kedua dan ketiga. Nora memang power tapi tak heran le diakan penyanyi terkenal...
BalasPadamitulah pengalaman tok melihat live AN ni.... walaupun dihati tok gembira kerana dapat mengembirakan hati isteri tok....kerana ikut serta....
Kak su:
BalasPadamHoho, maaf, dekat dua bulan baru nak respon! Moga ini bukannya respon terakhir dari saya, ahaks!
Yeah, suasana waktu Merdeka tu, tak dapat nak ditolong kalau para ibu dan bapa masing² tak melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga anak² yang diamanahkan kepada mereka.
Pengalaman yang melibatkan saya dengan budak² sekolah rendah zaman sekarang membuat saya menggeleng kepala mengenangkan apa akan jadi sepuluh tahun akan datang apabila mereka semua ni nanti jadi remaja pulak. Guru pun dah tak dihormati. Zaman saya sekolah rendah dulu, sekurangnya di sekolah saya, taklah seteruk ini disiplinnya, tapi itupun remaja zaman sekarang macam pelik. Kalau generasi sekarang ni punya nanti, camna lak? Jeng jeng jeng...
...
Tok Long:
Wahaha, menarik sungguh alkisah anda ni. Biar apapun yang anda minat, tapi sesungguhnya anda telah membuat sesuatu yang sangat mulia, iaitu anda telah menggembirakan isteri anda yang tercinta. ;)
Mana entry terbaru ni?
BalasPadamEncik Dhuat
Wajib ka saya buat entri yang (ikut skema DBP terkini) terBAHARU? =))
BalasPadam