Sabtu, 8 November 2008

Cuti Panjang 1 - Ramadhan yang lalu...

Ulala, kali terakhir aku pos kat blog aku ini ialah pada 31 Ogos 2008, sehari sebelum masuknya 1 Ramadhan 1429H. Sekarang dah berapa haribulan?

Haha, rupanya sudah lebih dua bulan aku tak mengepos di sini! Kenapa ya?

Jeng jeng jeng...

Alkisahnya, sememangnya aku berniat untuk "bercuti" sepanjang bulan Ramadhan yang mulia itu. Selain daripada meneruskan rutin harian kita seperti (bekerja ka, belajar ka), kita digalakkan menambahkan amal ibadah dalam bulan berkenaan. Kiranya bulan Ramadhan ni boleh dianggap sebagai bulan "pesta ibadah" la bagi mereka yang beriman. Yang tak sabaq nak raya punya jenis manusia tu, aku cuma boleh kata, "insaflah kamu", heheh!

Disebabkan kemuliaan Ramadhan ni, aku pun mengurangkanlah aktiviti yang aku rasa "kurang berfaedah" bagi diri aku, aktiviti yang kalau aku buat juga, akan memakan masa tapi faedahnya tak seberapa, termasuklah mengemaskini blog, ahaks! Walau bagaimanapun, menonton TV tu aku buat jugak, tapi terhad kepada rancangan seperti SYAHADAH, JEJAK RASUL 14: RIHLAH IBNU BATTUTAH, AL-RISALAH: MUSA KALIMULLAH (kalau aku sempat balik dari Tarawih). Melayari Internet tu aku buat jugak, cuma taklah sekerap selalu. Tapi bila dah terbaca satu artikel mengenai perbuatan-perbuatan "buruk" yang kita selalu buat pada waktu-waktu biasa tapi kita "terhenti" seketika bila tibanya Ramadhan, aku pun terfikir dan insaf. Sebab benda dosa ni, dia akan ada satu "getaran" di hati kita apabila kita melakukannya. Tu bagi orang yang ada iman la tu. Kalau yang jenis tak ada langsung, yang mati hati tu, dia main belasah jua, kan?

Berbalik pada artikel tadi, aku jadi terfikir, kalau sesuatu "benda" tu kita selalu buat di bulan lain tapi kita rasa "berdosa" nak buat di bulan Ramadhan, lalu kita pun berhenti pada bulan itu, maka kenapa kita tak berhenti terus saja, kan? Sebab hati kita pun dah kata, "benda ni berdosa". Contoh mudah, yang suka menonton atau melayari laman sesawang yang memaparkan gambar "biru", dalam bulan Ramadhan, dia mungkin takkan melakukan kerja yang terkutuk itu. Yang merokok pulak, mungkin akan berhenti daripada melakukan kerja yang HARAM (menurut Fatwa Kebangsaan) itu.

Dengan mengabaikan mereka yang masih buat juga benda-benda ini di bulan puasa (apalagi kalau orang itu LANGSUNG tak puasa), mari kita tanya diri kita, kenapa kita tinggalkan benda-benda tertentu itu dalam bulan puasa? Kemudiannya, hatta pada 1 Syawal pun ada juga, kenapa kita kembali buat benda-benda yang kita tinggalkan sepanjang sebulan yang lalu? Kenapa tak berhenti terus saja kan?

Haha, rasanya aku sudah terlebih daripada penulis asal artikel tadi tu. Silalah ke pautan yang aku letak tu untuk membaca artikel tu dengan lebih lanjut.

Sementara itu, baru aku perasan, aku sebenarnya belum lagi menceritakan kenapa aku "bercuti panjang" daripada ke sini...

Bersambung...

5 ulasan:

  1. lagi mau tanya kenapa???

    SBB MALASSS ARR.....

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,

    Encik saladin main cak-cak nampaknya. Kejap ada, lama tiada. Gersang dibuatnya, menunggukan entri terbaru dari Encik Saladin.

    BalasPadam
  3. Cik !x0r@, saya tak pindah rumah, sebab saya memang ada DUA rumah. Bukan macam seseorang itu yang suka berpindah, hehe... ;)

    ...

    Tuanku King, itu sebahagian daripada punca utamanya. Tapi punca itu bersebab. Dan sebabnya berpunca daripada sesuatu yang bakal saya "kupas" dalam entri mendatang, ewah!

    ...

    Tuan dhuat79, selamat menerima saya kembali, dan selamat menunggu saya kembali semula, heh! B-)

    ...

    Tuan aiyrie, amboi, sampai gersang jadinya! Mohon maaflah yea? Saya dalam "fasa" yang tak dapat diterangkan ni, hoh!

    Tapi, alaa... sedangkan ada satu orang tu, dia buat domain blog sendiri dan siap menumpangkan kepada orang lain yang nak buat blog di bawah dia, malah dia itu pula mau berhenti berblog, dengan alasan yang sangat munasabah.

    Maka kenapa tidak boleh saya, yang hanya buat blog suka² (daftar percuma pakai perkhidmatan blog percuma sebegini saja), untuk berselang-seli berehat panjang sebelum mengepos entri baru? Kengkadang, komitmen dunia sebenar tu "memakan" waktu di dunia siber... B-)

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang