Dipetik daripada filem MAMI JARUM arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Babak ini dilakonkan oleh Kartina Aziz sebagai Fatimah (Mami Jarum), Norlia Ramli sebagai Datin Nora, Maidin sebagai Elvis Rosli, Vanida Imran sebagai Sheqah, Zahida Rafik sebagai Shafinaz, Rita Rudaini sebagai Rita (Mami Jarum Junior), Sheila Mambo sebagai Bee, Rosnah Mat Aris sebagai Chombee, Ezad Exist sebagai Ezad, Ismail Din sebagai Dato' Meera, Piee sebagai Piee, dan Ikhzal Ideris sebagai Zaid.
Seminggu telah berlalu, dan tibalah hari yang dijanjikan. Fatimah, adiknya iaitu Bee, dan teman seperjuangannya iaitu Rita menanti-nanti kehadiran rombongan meminang. Setelah puas menunggu, akhirnya sampailah sebuah kereta mewah di hadapan rumah Fatimah. Alangkah terperanjatnya Fatimah mendapati tetamu yang sampai itu ialah Datin Nora, kawan barunya itu. Bertambah-tambah terkejut lagi apabila mendapati bahawa anak Datin Nora yang ingin meminang Shafinaz itu ialah Ezad, posmen yang dihalau dan dihinanya beberapa hari sebelum itu. Setelah termalu seketika, Fatimah lega mendapati dia akan berbesankan seorang Datin. Walau bagaimanapun, Dato' Meera, bapa Ezad, ada temujanji dan hanya akan datang lewat sedikit.
Setelah menjemput rombongan Datin Nora masuk ke rumah, kedengaran pula salam diberikan dari luar. Rupa-rupanya Chombee datang bersama Zaid dan rombongan mereka. Dengan suka hatinya, Fatimah menjemput mereka masuk. Agenda pun dimulakan dengan perbincangan mengenai peminangan, pertunangan dan tarikh pernikahan untuk Shafinaz dan Ezad. Setelah semuanya selesai, Fatimah meneruskan dengan agenda "tergemparnya", yang tidak diketahui oleh semua hadirin, kecuali Chombee.
Fatimah: Alhamdulillah. Semua dah selesai. Bab-bab hantaran, semua dah pakat-pakat setuju. Jadi Mami ada satu nak umumkan pada semua yang ada. Pasai hat bongsu lepaih dah. Ni ada lagi hat sulong. Oghang kata kan, kalau dilangkah bendoi, kan tak beghapa elok? Jadi Mami dengan bangganya nak umumkan majlis perkahwinan anak kedua-dua ni ataih pelamin seghentak sekali pada hari, tarikh yang kita tetapkan.
Datin Nora: Lagu ni Fatimah. Tadi dok kata satu, la ni jadi dua. Sapa pulak lagi satu?
Fatimah: Maksud saya kan ka Datin, saya ni dah caghi dah jodoh untuk anak saya yang sulong tu, Sheqah.
Wajah Sheqah, kakak kepada Shafinaz yang diraikan pada hari itu, serta-merta berubah mendengar kata-kata ibunya. Seolah-olah seperti dia ada suatu rahsia yang disembunyikan selama ini yang bakal terbongkar sekiranya dia tidak berbuat sesuatu. Namun kelihatannya, rahsianya itu akan terkantoi jua walau apa cara pun dia buat. Oh, patut la Chombee pun datang bersama anak terunanya. Patut la dari tadi Zaid asyik dok menjeling ke arahnya, mengacah-acahkan sejambak bunga yang dibawa itu ke arahnya. Rupa-rupanya untuk meminang aku! Namun dia perlu berbuat sesuatu. Apapun yang bakal berlaku, dia sanggup menerima risikonya.
Sheqah: Mak! Nanti sat mak. (Sheqah mendekati ibunya) Mak tak boleh buat lagu ni, Sheqah tak mau.
Fatimah: Pasaipa pulak tak boleh? Mak dah caghi dah jodoh untuk Sheqah menikah, Sheqah tak boleh tolak. Hang kena teghima Sheqah.
Elvis Rosli: Sheqah, awat? Hang habaq, pasaipa hang tak mau kat Zaid ni? Apa dia kughang? pasaipa hang tolak dia?
Fatimah: Ha, ni pasaipa? Habaq mai?
Sheqah: Mak... Sheqah...
Fatimah: Sheqah apa?!
Sheqah: ...Sheqah dah menikah mak...
Fatimah: Apa dia Sheqah?! Hang habaq betoi-betoi, hang habaq jelaih-jelaih, hang habaq bagi mak dengaq teghang-teghang kat telinga mak ni, apa dia ni, habaq, habaq! Hang nak contiang aghang kat muka aku Sheqah?!
Fatimah kelihatan seperti orang yang hilang akal. Seolah mahu sahaja dia membelasah anak sulungnya itu tanpa menghiraukan orang ramai yang hadir. Bee segera bangun menenangkan kakaknya yang memang terkenal panas baran itu.
Bee: Jangan, malu kat oghang ghamai ni!
Sheqah: Sheqah dah menikah dah dua bulan dah mak...
Orang ramai tekejut mendengar pengakuan Sheqah itu. Fatimah terkedu tak terkata-kata. Mendengarkan pendedahan ini, Chombee berasa marah dan bingkas bangun.
Chombee: Zaid, hang tunggu apa lagi! Bangkit!
Bee: Nanti, sabaq.
Chombee: Apa yang sabaq? Hei, dengaq sini! Aku pun tak mau lagi dengan keluarga yang tak tau malu!
Fatimah menangis teresak-esak. Dia merasakan seolah-olah cerita-cerita keburukan rumah tangga orang lain, kali ini benar-benar sudah menimpanya.
Chombee: Hai Timah, lagu mana hang hajaq anak hang? Hang dok mengata anak oghang, pandai! Semua tak betoi, semua jahat! Habih, anak hang ni, baik ka? Tak jahat ka? Hei Timah, aku pun tak kebuloq nak amik anak hang menjadi menantu aku, tau! Sudah (sambil menarik Zaid), balik, mai!
Zaid: Sssssat!
Chombee: Apa lagi?
Dengan tak semena-mena, bunga yang dibawa oleh Zaid, yang ingin ditujukan kepada Sheqah, kini diserahkan pula kepada Rita. Rita terkejut. Hermmm... apakah ini bunga-bunga cinta? Heheh! Walau bagaimanapun, keromantisan Zaid itu tidak berkekalan lama. Zaid kembali kepada perangai tiga-sukunya itu.
Zaid: C...c...c...cek nak minum!
Chombee: Tak payah! Kita minum di kedai! (Chombee memanggil rombongannya) Jom, maih maih!
Zaid: ...Cek nak minum, lapaq...
Sebaik saja rombongan Chombee keluar, Fatimah tiba-tiba hilang sabar, lalu mengamuk sambil memukul-mukul Sheqah. Setelah puas dihalang oleh Bee, Shafinaz, dan semua yang hadir, akhirnya Fatimah berhenti dan mendesak Sheqah memberitahu siapa suaminya.
Kebetulan pada ketika itu, suami Bee iaitu Piee yang bekerja sebagai pemandu peribadi Dato' Meera, tiba di rumah Fatimah bersama-sama dengan Dato' Meera. Sebaik sahaja Dato' Meera berada di pintu rumah dan memberi salam, Sheqah terus berlari ke arahnya dan memeluknya sambil menangis. Maka benarlah kata-kata Piee (yang sebenarnya sudah tahu cerita sebenar tapi dirahsiakan), memang betul Sheqah ni sudahpun menikah dengan "satu jantan tua"; Dato' Meera! Terkejutlah sekalian yang hadir, terutamanya Datin Nora dan Ezad apabila mendapati ketua keluarga mereka sudah "melebarkan sayap". Lebih rumit lagi, apakah Ezad masih boleh menikah dengan Shafinaz sedangkan kakak Shafinaz kini sudah menjadi ibu tirinya?
Dan Fatimah terlebih-lebih lagi tergamamnya mendapati anaknya sendiri sudah menikah dengan "jantan tua", suatu perkara yang sangat-sangat dia 'anti'. "Takkan la pak jadi menantu, anak pun nak jadi menantu?", merupakan kata-kata terakhirnya sebelum seluruh dunia ini gelap pada pandangan matanya lalu rebah di lantai rumahnya.
Bersambung...
Tentang Makanan yang Disediakan oleh Bukan Ahli Syahadah
-
Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat
tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari
sudut...
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ja. Tak kisah punya...