Isnin, 23 Jun 2008

Blogger.com Block Blog Chedet.com

Hahaha, tajuk yang sangat "catchy" lagi berima! Cuma leceh sebab ada satu perkataan tu yang memang lari terus daripada tema, tapi tak mengapalah.

Tengah seronok melayari blog-blog mereka yang bergenrekan "politik" tadi. Ya, aku pun suka juga layari laman blog pasal politik ni, tapi sengajalah aku tak pautkan ke senarai blogroll aku ka apa ka, sebab aku ni "neutral" dan tak mahu kelihatan terlampau memihak ke mana-mana pihak secara bersangatan!

Ya, sedang asyik melihat entri demi entri, secara tiba-tiba aku ternampak satu tajuk entri di sebuah blog, dengan tajuk yang sangat menarik, menarik perhatian aku lagi mencetuskan suatu perasaan yanga boleh "membunuh kucing" (sebab orang kata "curiousity kills the cat"! Apa? Tak faham? Huhuu!)

Biar apapun tajuk entri blog itu serta blog yang mana satukah ia, yang pasti, sumber beritanya itu ialah dari laman berita Malaysiakini.Com. Aku rasa ramai dah blogger yang dah cover topik ni (lebih pantas dan awal daripada aku), tapi apalah salahnya kalau aku pun "toi sekaki" kan?

Seperti yang diketahui, blog Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh dicapai dengan menaip "http://www.chedet.com/" atau "http://chedet.com/". Kiranya itu nama domain yang dibeli la tu. Blog Tun Dr. M itu "dibina" menggunakan perkhidmatan Blogger.com, jenis blog yang alamatnya berakhir dengan ".blogspot.com" tu. Tapi dah blog "Chedet" tu ada domain sendiri, sebab tu alamat dia tak ada akhiran sebegitu.

Apa yang berlaku ialah, pihak Blogger.com telah menghalang pihak admin yang kerjanya ialah untuk mengemaskinikan blog Chedet itu, daripada terus mengemaskini blognya itu. Secara ringkasnya, blog itu sudah tidak boleh dimasukkan entri baru. Kenapa? Tak tahulah, pihak Blogger.com bertindak atas laporan orang terhadap kandungan sesuatu blog, dan berkemungkinan ada pihak tertentu yang melaporkan bahawa blog Chedet tu ada sesuatu kandungan yang ofensif la kot, sebab itu blog itu dihalang dengan alasan "dicuragai sebagai blog spam".

Blog spam? Maksudnya, blog Chedet itu adalah sejenis "splog"? Hoho, tak tahu pulak artikel daripada dalam blog Chedet tu "palsu" (dicuri dari laman blog lain), ataupun dibuat semata-mata nak buat duit (pakai Adsense ka apa ka). Atau sengaja nak naikkan "pagerank". Maka, entah macam mana la puak yang merepot itu boleh meyakinkan Blogger.com supaya menghalang blog itu? Atau apakah mereka ini turut menguasai Blogger.com? Ada saham juga? Macam dalam ECM Libra? Fu-yoh! Konspirasi tu!

Kot mana pun, hakikatnya, blog Chedet di situ mendapat ribuan komentar. Ratusan komentar untuk setiap satu entrinya. Ada juga dua entrinya yang mencecah seribu lebih komentar, iaitu yang bertajuk "Pengumuman Keluar Dari UMNO" (mencecah 1357 komentar) dan "Oil Price" (1491 komentar, yang terbanyak setakat ini).

Sekarang ini, setiap kali kita taip URL asal, iaitu "chedet.com" di address bar browser kita, ia akan membawa (redirect) kita ke suatu alamat baru, iaitu http://test.chedet.com/che_det/. Dengan kata lain, inilah dia blog "baru" bagi Chedet.com, dengan entri pertamanya bertajuk "Note To Visitors" yang menceritakan apa yang berlaku, bla bla bla, dan kesemua entri asal daripada blog yang lama itu dipindahkan dengan selamat ke situ. Entri sahaja la, takkan nak pindahkan dengan komentar sekali kot, kan?

Apahal pun, sekurangnya ianya masih okay, berlawanan dengan seorang "kenalan aku" yang bertindak memadam kesemua entrinya daripada blognya, nak mula semula katanya. Harap tulisan-tulisan kawan aku tu masih selamat dan tersimpan la di mana-mana. Di situ juga pentingnya backup kan? Kalau jadi macam kes Tun Dr. M (yang disabotaj) atau kawan aku (yang buat keputusan agak melulu), dan tak ada backup terhadap tulisan-tulisan kita, maka kerugian yang amat sangatlah bagi kita. Itu kalau kita menghargainya la, penat tu nak menaip, biarpun sekosong mana pun tulisan kita, janji tak copy-paste yang orang la kan? Aku sendiri ambik masa berjam-jam nak siapkan sesuatu tulisan untuk entri blog aku (sebab itu aku tak boleh jadi blogger yang melaporkan berita terkini, lambat sangat menaip), hehehehe! Eh, termelalut pulak!

Oh ya, kalau anda perasan, dalam tiga perenggan sebelum ini, aku ada memaut ke entri di blog Chedet yang mempunyai paling banyak komentar. Ya, berita gembira! Untuk pengetahuan, blog asal Chedet (di Blogger.com tu) masih boleh diakses yang sebenarnya. Alamat asalnya ialah http://dr-chedet.blogspot.com/ (lihat, ada akhiran ".blogspot.com" kan?). Kita masih boleh membaca ribuan komentar asal (di samping entri asal yang kini sudahpun dipindahkan ke alamat baru) di situ. Cumanya, macam yang diperkatakan, ianya akan kekal dengan entri terakhirnya yang bertarikh 19 Jun 2008 itu saja la, sebab dah tak boleh nak ditambah entri baru (lantaran kena block).

Apahalpun, memandangkan blog Chedet dah berada di alamat (serta dalam perkhidmatan blog dan server, iaitu di MovableType.org) baru, maka diharapkan Tun Dr. Mahathir meneruskan kegiatan menulisnya. Tak kisahlah anda ni peminat, pengkagum, pencinta, atau pembenci beliau, satu hakikat yang tak boleh ditolak ialah beliau ni sangat genius lagi berpengaruh. Kawan atau lawan semua mengagumi beliau. Yang bodoh dan totok sahaja yang anti dengan beliau secara bulat-bulat, kekekek!

Dan diharapkan tak ada la mana-mana puak/makhluk yang dengki dan sabotaj lagi blog beliau di situ. Dan untuk memastikan bahawa itu tidak berlaku, diharap bagi sesiapa yang nak hantar komentar ke laman barunya tu (hehe, merangkak la pulak nak sampai bilangan ribuan komentar macam sebelum ini!), silalah hantar komentar yang berkaitan dengan topik. Nak puji ka nak kutuk ka, biar kena dengan topik, dan jangan spam, nanti tak pasal-pasal kena block pulak blog Chedet yang baru ini! :)

P/S: Eh, Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masing-masing ada Fan Profile di Friendster, tapi pasai apa aku masih tak jumpa Fan Profile untuk Tun Dr. Mahathir ya? Amboi, mentang-mentang la sekarang ni semua pakat main Facebook, Friendster ni dah dikira "basi" dah la ya? Huhuhu... eh, err... apa kaitan? Hohoho!

2 ulasan:

  1. Kadang-kadang Blogger memang tersilap flag sesetengah blog sebagai spam. Benda ni pula berlaku secara automatik. Tak ada human review.

    Tapi kemungkinan besar, kenapa blog lama Mahathir tu kena block sebab trafik terlalu tinggi. Mana taknya, baru beberapa minggu buat, hits dah beratus-ratus ribu. Jadi, server Blogger melihat/mencurigai yang blog Mahathir tu ada kaitan dengan spambot.

    Maksudnya, server Blogger tu suspek ada spammers di sebalik tabir blog Mahathir tu, yang menyebarkan terlalu banyak inbound links yang mengarah ke blog tersebut. Penyebarannya ni pula dibuat secara automatik dengan menggunakan bot. (http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_bot)

    Jadi oleh sebab server Blogger tu tak nak bagi spammers ni dapat banyak trafik, maka kena la block.

    Tu pasal la!

    BalasPadam
  2. Yaa... masuk diakal peneranganmu itu. Tapi, itulah, macam Dr. Mahathir cakap dalam entrinya sebaik saja dia tukar blog, dia kata kita sekarang ni dah biar "mesin" buat kerja kita semua. Hmm... insinuasi kepada filem TERMINATOR? =))

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang